BAB 3

Romance Completed 9329

‘Alamak, memang nahas lah kau Qalis lepas ni. Entah budak kampung kau yang mane kau dah cekup suruh jadi date aku. Tengok tu, dah lah ape ape entah pakai. Selekeh! Muka buruk! Pakai cermin mate besar. Ishh’

Izkandar merungut di dalam hati. Stereng kereta BMWnya dihentak berapa kali. Qalisha disebelah tidak dihiraukan langsong.

‘Mamat ni gila ke ape hentak hentak stereng. Haha! Ni mesti tengah kutuk aku lah kan. Memang aku sengaja pon burukkan diri aku malam ni. Haaa, semua pasal abang Qalis lah ni. Tapi takpe, abang punye pasal nak dating dengan Izyani tu.

Haha, tengok tu muke Playboy ni, da macam monyet je. Kau belom kenal lagi aku siape lah Mohd Izkandar Dato Sri’ Izmail. Mesti kau ingat aku perempuan kampung kan dengan baju kurung lapok ni, rambot ikat satu, cermin mata besar.

Haha! Well, there is part of Puteri Qalisha Tan Sri Kamal you won’t know!’ Qalisha berkata di dalam hati dengan senyuman yang sinis

xxxxxxxx

“Ibu, Ayah” Izkandar menyapa ibu bapanya apabila sampai di meja makan yang tertulis VIP. Suasana dewan annual dinner itu sungguh penuh dengan orang orang elit yang dijemput bagi meraihkan ulang tahun syarikat ayah Izkandar.

“Eh siape ni Iz? Tak pernah pun Ibu nampak” Datin Sri Alia musykil. Setahunya, anak lelakinya itu selalu berkawan dengan perempuan yang bukan bukan. Bukan mengutuk tetapi fakta

“Kawan Iz, Bu. Puteri namenye” Tetapi bukan macam Puteri pon. BURUK! Izkandar menyambung ayat itu di dalam hati

“Apa khabar Aunty, Uncle?” Qalisha yang dari tadi diam, memulakan bicara. Eee, kekoknye…

“Kami baik, alhamdullilah. Come come, have a sit. Enjoy the food, enjoy the night” Dato Sri Izmail berkata dengan ramah sekali

“Well Hello Aunty, Uncle… Eh Izkandar and new girl…friend” Melissa yang entah datang dari mana mencelah tiba tiba.

“Hi Mel”

Datin Sri Alia membalas sekadar basi basi. Sungguh dia tidak sebulu dengan Melissa. Tengok pakaian sahaja macam orang tak cukup kain. Padahal, Ibu bapa kaya raya. Ini nak dijadikan menantu. Mintak simpang

“Ah Iz, you taknak kenalkan I dengan girlfriend baru you. Dari kampung mana you kutip?” Melissa tersenyum mengejek

“Hi. Saya Puteri. Awak siapa?” Qalisha dengan beraninya menyampuk dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Sorry my dear Princess. I Melissa Rose Dato Rahim, pereka fesyen dan model terkenal di Malaysia, in fact seluruh Asia. You tau tak?” Sengaja dia menekan perkataan perkataan yang agak gah itu

“Ohhh. Sorry lah tak kenal. Takde majalah fesyen terbukak-bukak ni semua” Qalisha menyindir.

’Yek eleh, siapa tak kenal kau. Controversy woman’ Qalisha mengutuk di dalam hati

Melissa sudah menahan geram kerana disindir dengan budak kampung!

“Mel, can I talk to you for awhile?” Izkandar tiba tiba menyampuk. Mukanya agak tegang. Qalisha pelik

“Sure honey. I have something to talk to you too” Melissa memaut tangan Izkandar mesra dan menjeling Qalisha

Datin Sri Alia tersedak dengan kelakuan Melissa yang tiada adap itu. Dengan segera dia memegang tangan Qalisha

“Sabar ye. Si Mel memang gitu dengan Iz. Rapat sangat” Cuba memujuk Qalisha jikalau dia cemburu. Qalisha senyum manis dan menyambung makan

‘Haha! Tak mintak di-explain kan pon. Ade aku kesah. Nak rapat sangat ke, nak peluk ke, nak cium ke’ Tetapi ada juga rasa terusik sedikit… Sikit je

“You nak ape Mel? Sengaja nak kasi I marah ke?” Izkandar melenting

“Woh woh, chill Iz. Kenapa dengan you ni. I nak tengok je girlfriend baru you tu. Kate boleh move on, boleh find someone better than I. Ingat lagi cantik dari I, hampeh. Budak kampung jugak. Tak macam Puteri langsong” Melissa ketawa sinis

“Biarlah, at least I sorang je yang pakai die. Dari you, dah macam macam lelaki pakai. Siape nak kan?” Izkandar balas

“You! You kene ingat, I jugak yang you pakai lah kalau you bosan semue, takde kawan nak lepak lah, stress lah. You jangan lupa Iz. Kalau tak, I bilang Aunty & Uncle” Melissa ugut

“Pegilah cakap, you ingat dorang nak percaya. Cause I know my limits Mel. Stakat party,minum minum ape lah sangat.Bukan sampai bilik pon kan. You tu yang da over” Izkandar membalas dengan selamba

“Go to hell with you Izkandar” Melissa melenting lalu beredar dari situ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience