Bab. 02

Family Completed 223671

KEESOKAN paginya summayah yang baru bangun dari tidurnya sedikit terkejut melihat suaminya yang berbaring di sebelah nya sambil memeluk pinggang nya dengan tidurnya yang nyenyak.  Sebelum summayah mengusap lembut wajah suaminya itu. Dengan air mata nya yang perlahan lahan menitis.

    "maya cintakan abang.. Maya tak boleh terima abang kahwin lagi, tapi kalau itu sudah takdir yang ditakdirkan untuk kita maya terima abang.." desis hatinya dan tanpa disedarinya air matanya deras membasahi tempat tidurnya.  Sebelum summayah bangun dari perbaringannya untuk menyeka air matanya. Dan baru sahaja summayah menuruni katil terasa tangannya ditahan untuk tidak pergi.

    "Sayang nak pergi mana?.. Sayang tolong jangan tinggalkan abang.. Abang tak boleh kehilangan sayang.." Tutur Amsyar lembut sambil mengenggam lembut tangan isterinya itu.

Summayah yang mendengar ucapan suaminya terus menoleh dengan senyuman yang nipis dipamerkan di wajahnya. Sebelum Summayah meleraikan pegangan suaminya dan berdiri dari duduknya untuk berhadapan dengan suaminya.

    "Abang.. Maya nak pergi bilik air je tak pergi mana pun, abang tu jangan bangun lambat sangat, nanti mama bising pulak" ujarnya.  sebelum suaminya itu terus bangun dari perbaringannya nya dan mengenggam kedua tangan isteri nya itu.

    "Sayang marahkan abang lagi pasal semalam? .. Sayang abang betul-betul minta maaf atas apa yang dah jadi, walau apa  pun yang jadi sayang tetap pilihan abang. Dan tiada siapapun yang boleh gantikan tempat sayang dihati abang." ucapnya sambil mengucup tangan isterinya itu dengan penuh perasaan yang dalam.

   "Sudahlah abang.. Maya nak bersihkan diri dulu.." balasnya sebelum melepaskan pegangan tangan suaminya itu.

    "Abang nak mandi sekali dengan sayang boleh?.. " pintanya dengan senyuman manis dipamerkan pada isteri nya itu. Sedangkan summayah hanya mengangguk perlahan seraya tersenyum nipis sebelum keduanya jalan beriringan menuju ke bilik air.

Baru saja mereka memasuki ruang dapur. Pandangan Summayah terus tertuju pada shuhada yang sudah berada di dapur itu bersamaan dengan ibu mertuanya. Sebelum Summayah memandang ke arah suaminya yang masih berdiri di sebelahnya sambil memegang tangannya erat.

    "Baru nak bangun?! Menantu jenis apa kamu ni? Patutnya kerja kamu melayani segala makan pakai suami kamu!. Bukannya kamu tunggu orang lain yang sediakan untuk suami kamu! Ni nasib baiklah saya duduk sekali dengan kamu tiadalah saya risau akan jadi apa apa dengan anak saya jika bersama dengan kamu!." Bebelnya pada menantu nya itu dengan jelingan tajam. Sebelum puan salwa memaut lengan anak lelaki nya itu duduk ke meja makan.

    "Mama tolong lah jangan cakap macam tu pada maya.. Mama tahu kan semalam maya tak sehat, lagipun selama ini maya yang buat semua kerja tanpa susah kan mama, takkan sebab sehari maya tak bantu mama, mama jadi ungkit semua benda"  Tegur Amsyar pada ibunya itu. Tidak sanggup dia mendengar apa yang keluar dari mulut ibunya itu dan dituju kan pada isteri nya. Summayah tidak pernah lupa akan tanggungjawab nya sebagai isteri. Bahkan segala kerja yang bukan jadi tanggungjawab nya dia lakukan.

    "Dah pandai nak tegur mama pulak? Eh Amsyar! Mama yang makan garam dulu dari kamu.  Kalau dah namanya isteri tu tiada istilah rehat kamu tahu tak! Dia tu kena sentiasa layan kamu, bukannya melayan perasaan dia sendiri!.. Apa guna dia jadi isteri kamu kalau semua benda tak tahu! " Ujar Puan Salwa sedikit tegas

    "Amsyar tak bermaksud macam tu, Amsyar cuma taknak mama salahkan maya.. Maya tak buat apa apa pun.. Tolong lah jangan  paksa dia menurut segala kemahuan mama.. " Bidas Amsyar cuba untuk  menenangkan keadaan. Dia tak sanggup lagi melihat isteri nya bersedih dengan semua benda.

   "Memang lah dia tak buat apa! Sebab semua benda shuha yang bantu mama tahu tak! Cuba am tengok atas meja ni! Kalau bukan shuha yang tolong mama. Sampai kesudah sarapan tak terhidang am tahu tak!. Ada menantu pun tak boleh pakai. Memang betullah keputusan mama untuk kahwin kan am dengan shuha, takdelah mama kecewa dapat menantu macam ni.. " ujarnya sengaja mahu memerli menantu nya itu. Baru terasa puas dihatinya mengatakan itu semua. Disebabkan dia anaknya jadi menjawab segala ucapannya.

Summayah yang begitu terasa dengan setiap ucapan ibu mertuanya itu hanya menyeka air matanya yang laju menuruni pipinya sebelum summayah berlalu pergi dari situ tanpa pamit. Dia sudah tidak tertahan lagi. Hatinya bagaikan dibakar mendengar semua kata kata itu. Kenapa setiap apa yang dilakukannya selalu salah dimata ibu mertuanya.  Dia sudah puas mahu berbaik tapi tidak pernah diendahkan.

    "Sayang!.. Tunggu! " Panggil Amsyar pada isterinya yang sudah berlalu pergi. Sebelum bahunya ditahan untuk tidak pergi oleh ibunya yang tidak membiarkannya pergi mengejar isterinya itu.

   "Am tak boleh pergi mana mana!. Biarkan jela isteri kamu tu pergi, dia bukan budak kecik lagi sampai nak kena jaga setiap masa. Lagi satu, kamu tak nampak ke shuha ada dekat sini? Kenapa kamu tak nak jaga hati dia? Kamu tahu kan shuha ni bakal isteri kamu?.. Beberapa hari lagi kamu nak kahwin dengan dia.. Jadi mama nak kamu duduk sini temankan dia! " Arahnya pada anak nya itu. Sebelum puan salwa melangkah pergi dari situ membiarkan anaknya berdua-duaan dengan bakal menantu nya itu.

* * *

Encik kamarul yang baru saja hendak pergi keluar. Mula terhenti mendengar suara esakan seseorang. Sebelum encik kamarul mencari setiap sudut dan ternampak satu sosok tubuh yang duduk di luar rumah sendirian. Dengan terbit nya matahari pagi mengenai wanita itu.

    "Summayah. Kenapa duduk diluar ni? Tak panas ke?.. Dah pergilah masuk sarapan dulu.. Mama kamu tu dah siapkan dah"  Tegur encik kamarul pada menantu nya itu. Dengan wajah nya yang sembab seperti baru lepas menangis.

   "Papa, tak pergi kerja ke?.." Soal Summayah kembali mengalihkan pertanyaan yang ditujukan padanya.

   "Kamu baru lepas menangis ke Maya? Mama kamu cakap apa lagi dengan kamu?.. Maya papa nak maya jangan ambil hati sangat dengan apa yang dikatakan mama kamu tu. Maya sendiri kenalkan perangai mama kamu tu macam mana, jadi papa harap sangat maya boleh bersabar dan ikut saja apa yang mama mahukan.." ujarnya

   " Mungkin itu yang terbaik untuk keluarga kita. Mama dengan papa pun bukan nya makin muda, mama dengan papa pun mahukan cucu dengan secepatnya. Dan papa sendiri tahu yang Amsyar hanya mahukan anaknya sendiri, jadi dengan cara berkahwin lagi dapat memudahkan segalanya."  Ujarnya pada menantunya itu.

Sedangkan summayah hanya mengangguk perlahan  seraya mengukirkan senyuman nipis.  Wanita mana yang tidak mahukan layanan baik dari mertuanya. Dan isteri mana yang mahukan suaminya berkahwin lagi.? Tapi kalau itu sudah menjadi takdir dalam hidupnya. Tiada siapa yang dapat menghalang nya. Bahkan ketulusan cintanya pun  tidak dapat membuat suaminya itu menolak keinginan ibunya. Dan meluluhkan hati mertuanya.

Amsyar yang ke hulu ke hilir mencari keberadaan isterinya itu sedikit risau. Sedari dari tadi lagi dia tidak melihat kelibat isterinya disetiap tempat.

   "Shuha mana? Kamu dah hantar dia balik ke rumah ke? " Tanya Puan salwa pada anaknya itu.

   "Dah ma.. " balasnya sepatah

    "Ni kamu kenapa ni am? Cari siapa ha? "

    "Ma.. Maya tak ada ma.. Maya pergi mana? Dari pagi am tak nampak dia, mama nampak maya dekat mana tak? Am risaukan dia ma.. " Balas Amsyar sedikit panik. Dia takut terjadi sesuatu pada isterinya itu. Sudahlah pagi tadi dia tidak dapat mengejar kepergian nya.

   "Yang kamu ni nak gelabah sangat dah kenapa?.. Mana lah mama tahu isteri kamu tu pergi mana, lagi satu tak ada masalah mama nak ambik tahu dia pergi mana dengan siapa, Mama uruskan majlis perkahwinan kamu dengan shuha lagi bagus tahu tak" Ujarnya sebelum berlalu pergi ke ruang tamu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Sedangkan Amsyar hanya mengendahkan saja sebelum. Kembali menghubungi number telefon isterinya itu. Tapi sama saja tiada sahutan didalam talian.

    "Ya allah sayang.. Awak pergi mana, jangan tinggalkan abang.. Tolong angkat telefon saya.. " desis hatinya yang begitu risaukan keadaan isterinya dimana.

Puan salwa yang melihat anak lelaki nya itu dari jauh hanya tersenyum sinis seraya membetulkan beberapa hantaran dan bunga telur untuk majlis nanti, memang dia sengaja tidak memberitahu anaknya itu dimana keberadaan isterinya. Biar padan dengan menantunya itu digelarkan isteri derhaka kerana keluar tanpa izin dari suaminya. Ingat dia akan menyampaikan apa yang dikatakannya. Memang tidak akan pernah terjadi. Dia lebih suka melihat menantunya itu dimarahi suaminya dan hubungan mereka pun semakin hancur.

* * *

   "Assalamualaikum maya, sorry aku lambat sikit. Ni kau dah lama ke dekat sini? "  Tegur Fatihah yang baru tiba disitu.

    "Takpe, kau duduk jela.. Sorry aku kacau kau" balas Summayah sebelum mempersilakan sahabatnya itu  duduk di kerusi hadapannya.

   "Tak susahkan aku pun lah, ni kau cakap ada benda penting nak cakap dekat aku, apa dia? Lagi satu, asal aku tengok kau ni macam tak sihat je? Kau okey tak?"

   "Aku nak jemput kau minggu ni datang rumah mak mertua aku, kau datang eh.. Aku perlukan kau ada disitu teman aku.. " Ucapnya sedikit tersekat-sekat dengan suaranya yang sedikit serak. Dia tidak berupaya lagi menahan sebak di hatinya.  Dia tak kuat.. Dia tak mampu kalau harus menghadapi ujian sebesar itu.

   "Weh maya! Kenapa ni? Asal nangis.. Maya tolong bagitahu dekat aku apa yang dah jadi? Mak mertua kau buat apalagi dekat kau kali ni? .. Dah banyak kali aku cakap dekat kau keluar dari rumah neraka tu tapi kau degil maya! Kau masih nak bersikeras hadap mak mertua puaka macam tu! Tengok apa dah jadi! "

    "Tempoh setahun aku dah habis, dah aku belum mengandung lagi. Hiks!.. Hiks.. Aku tak boleh tihah.. Aku tak sanggup hadap semua itu sendirian.. Tolong aku hadir ke majlis itu teman aku untuk lalui semua nya.."  Rayunya pada sahabatnya itu dengan air mata yang tadinya ditahan gugur membasahi pipinya.

Fatihah yang tadinya sedikit bingung mula dapat menangkap apa yang cuba dikatakan sahabatnya itu.

   "Maksud kau yang suami kau akan kahwin lagi? Jadi Tempoh waktu yang mak mertua cakap tak main main lah? Jadi betullah yang dia akan kahwinkan anak dia dengan perempuan lain? "  Soalnya bertalu-talu sedikit terkejut mendengar berita itu. Dan disebabkan itulah sedikit perubahan pada wajah sahabatnya itu.

   "Aku dah tak tahu macam mana lagi cara untuk aku halang semua tu berlaku, aku cintakan suami aku.. Aku sayang kan dia tihah.. Aku takut aku akan kehilangan dia suatu hari nanti.. " Ujarnya dengan esakan.

   "Mak mertua jenis apa tu ha! Sanggup dia musnahkan rumah tangga anak menantu dia sendiri demi kepentingan dia sendiri! Dia ingat dia siapa, tuhan? Sampai nak aturkan semuanya untuk orang lain. Dia tak tahu ke yang semuanya itu datangnya dari Tuhan kalau dah ditakdirkan belum waktunya untuk mereka mendapat kan cucu. Kahwin kan lah anak dia tu dengan berapa ramai perempuan pun memang takkan adalah!.. Eee geram je aku dengan orang tua tu.. "  amarah Fatihah sedikit tidak puas hati.

     " yang suami kau ni pun satu! Dia dah tak ada mulut ke? Nak tegur perbuatan mak dia tu? Kenapa nak kena ikut je apa yang mak dia suruh!  Sanggup dia sakitkan hati isteri dia demi nak dapatkan zuriat untuk keturunan dia? Entah entah dia yang mandul bukan  kau" Bebelnya lagi.. Nafasnya sudah turun naik turun memikirkan perasaan sahabatnya itu harus  diperlakukan dengan begitunya oleh mereka.

    "Tak guna lagi untuk kita bahaskan semuanya. Aku jumpa kau ni pun sebab nak kau hadir ke majlis perkahwinan suami aku.. Tolong tihah.. Kalau kau betul sahabat aku kau datang.. Aku dah tak ada sesiapa, aku cuma ada kau sorang je.. " ujarnya cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

    "Kalau tak dikenang kan sebab kau, aku takkan jejak kaki aku dekat rumah neraka tu tahu tak! Lagi lagi tengok suami kahwin lagi dengan perempuan entah mana tah! Buat sakit hati aku je.. Sanggup kau eh tengok suami kau kahwin.. Kalau aku memang taknak Tengok langsung. Lagi bagus keluar dari rumah tu"

* * *

Puan salwa yang baru menuruni tangga mula mendekati anak lelaki nya yang duduk di ruang tamu sambil cuba menghubungi seseorang berulang kali dengan riak wajah nya begitu risau. Sebelum puan Salwa datang mendekati anaknya itu.

    "Percuma kamu hubungi dia banyak kali, isteri macam tu memang takkan pernah sedar dengan status dia sekarang. Dia ada suami tapi langsung tak minta izin suaminya nak pergi mana mana, itu kah yang kamu sebut isteri mithali? Tak kena langsung! "  Ujar Puan Salwa sebelum melabuhkan punggung nya bersebelahan dengan anaknya.

   "Mak.. Dah, dah lah tu cakap macam tu dekat maya.. Mama selalu nak cari salah dia untuk burukkan dia depan Am.. Maya keluar sebab dia terasa dengan mama tahu tak.. Cukup cukuplah kongkong dia dalam rumah ni.." Balas Am sedikit serabut memikirkan tentang isterinya itu. Dia dahlah tak boleh tenang selagi tidak dapat tahu dimana isterinya.

    "Tengok lah kamu! Sebab perempuan tu kamu dah semakin berani nak lawan mama tahu tak! Sebab inilah mama tak suka perempuan tu, disebabkan dia Am jadi biadab macam ni! "

    "Am tak bermaksud nak biadab dengan mama, tapi mama tak hormat isteri Am.. Macam mana Am boleh biarkan saja semua tu.. Am sayangkan summayah ma.. Kalau maya tinggalkan Am macam mana haa.. " bidasnya..

    "Perempuan macam tu mama nak hormat?  Cuba Am tengok gambar ni.. Tengoklah! Am tengok mana isteri Am dan apa  yang dibuat sekarang! " Bentak Puan Salwa sebelum memberikan telefon nya dan menunjukkan gambar menantu nya itu duduk makan diluar bersama sahabatnya sambil bergelak tawa.

Sedangkan Amsyar sedikit terkejut melihat isterinya makan diluar dengan bahagia nya. Tanpa memikirkan nya yang begitu merisaukan keberadaan isterinya dimana.

    "Mama kesian dengan Am tahu tak.. Am dekat rumah ni risaukan isteri Am. Sedangkan isteri Am tu langsung tak peduli dengan masalah dekat rumah ni.. Ini ke perempuan yang Am kata bagus sangat tu? " Ujarnya lagi sengaja mengapi-apikan lagi keadaan. Nasib baiklah dia sudah menyuruh seseorang untuk mengikuti kepergian Summayah kalau tak takdelah dia dapat gambar itu.

Share this novel

Anisha Khan
2023-09-29 10:46:00 

ish knapa ba si Amsyar ni ikut ja apa yg dsuruh! Tiada otak ka utk brfikir? Bgus buang ja tu utakkkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience