Rate

Bab 1

Romance Series 4019

" Alamak, aku dah lambat ni ..kenapa aku boleh lewat bangun pulak ni.." Saerra mengeluh sambil mengambil tualanya lalu bergegas ke bilik air.
Setelah selesai membersihkan diri Saerra segera mengenakan uniform sekolahnya lalu mencapai beg galasnya dan bergegas turun.Setelah memastikan pintu dikunci Saerra terus menghidupkan enjin motornya lalu menuju ke sekolah. Motor dipandu laju agar cepat sampai ke sekolah.

Rambutnya yang sedikit kusut akibat helmet dibetulkan dengan jari.Saerra berlari menuju ke kelas.
" Alamak mati lah aku.." gumam Saerra.
Saerra menjenguk ke dalam kelas nya memastikan guru yang mengajar dan dia bernasib baik kerana tiada guru yang sedang mengajar.Saerra terus melulu masuk menuju ke tempat duduknya.
" Lambatt.." tegur Izzati yang duduk bersebelahan dengannya." Nasib kau cikgu tak masuk lagi..kalau tak berdiri lah kau jawabnya"
" Yelah,, aku lewat bangun tadi..mak aku takde kat rumah,"jawab Saerra.
" Selamat pagi Saerra " tegur Fadhlee.
" Pagi..kau nak apa ?" jeling Saerra.Meluat melihat Fadhlee yang tak henti mengganggu
" Takde,memang rutin harian aku kan wish kau pagi pagi ni " Fadhlee tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
" Hmm yelah..dahlah pegi lah kau duduk kat tempat kau.Menyemak je," Saerra menhalau Fahdlee dengan jelingan maut.
" Cute..hehe" kata Fadhlee sambil berlalu.Saerra terus membaling buku yang dipegangnya ke arah Fadhlee namun tersasar.

* * *
Loceng berbunyi menandakan kelas dah tamat dan waktu rehat telah tiba.Saerra segera mengemas begnya dan menunggu Izzati di luar kelas.Memori lama terimbau semula.
" Jom gerak" ajakan Izzati mematikan lamunan Saerra.
" Ok jom lah" mereka bersama sama menuju ke kantin untuk mengisi perut yang mula memulas.Tambahan lagi Saerra yang belum bersarapan pagi.Setelah membeli makanan mereka menuju ke kelas untuk makan.Memang kebiasaan mereka untuk makan di kelas memandangkan keadaan kantin yang sesak dengan pelajar.
" Hai Saerra boleh join?" tanya Fadhlee.
" Hmm boleh je,tapi jangan kau mengada nak ganggu aku kalau tak makan kerusi kau pagi ni " Saerra memberi amaran.Izzati pula tergelak lucu melihat gelagat mereka berdua.
" Hah kau ni dah kenapa izzati? Tertelan lalat ke?" perli Saerra yang tau akan maksud Izzati. Izzati pernah menyatakan yang dia suka melihat Saerra dan Fadhlee.Sepadan katanya tetapi Saerra nafikan kerana dia hanya mengganggap Fadhlee sebagai kawan walaupun kekadang membuat Saerra meluat.
Fadhlee ketawa dan turut membuatkan Saerra ketawa.Fadhlee terasa senang bersama dengan 2 orang gadis yang bersikap selamba itu.Senang dibuat kawan dan tak seperti perempuan lain yang gedik semacam.

* * *
"Saerra, Fadhlee tu hensem jugak kan ?" soal Izzati memecahkan kesunyian antara mereka berdua yang sedang lepak d pondok cendawan sekolah.
" Ye hensem," jawab Saerra selamba.
" Dah tu kenapa kw tak je dengan dia?"
Saerra terkedu seketika." Well you know juga kan..I cant stop thinking about Syukrie.There's so much memory that he left,"
" Ya i know, sorry Saerra." jawab Izzati dengan nada yang mengendur.
" Ahahaha takdelah..dah dah jom ah gerak bapa kau dah sampai tu,"kata Saerra sambil mengambil helmetnya.
" Jumpa esok ya Saerra..Bye" Izzati melambai d sebalik cermin tingkap kereta bapanya.
" Bye" Saerra turut melambai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience