MELIHAT Harith sering tersenyum keseorangan membuatkan Iris bertambah gusar.Selalunya Harith jarang menghadap telefon bimbit bila bersama Iris dalam bilik tidur.Tetapi lain pula sejak akhir-akhir ini dan semakin menjadi-jadi.
"Abang."panggil Iris.Harith masih tidak dengar walaupun Iris hanya di sebelahnya.
"Abang."kali kedua Iris panggil.Masih tiada respon.Selalunya Harith akan bermesra dengan Iris sebelum tidur.Kali ini Iris panggil pun dia tidak peduli.Begitu asyik dengan telefon bimbit di tangan.
"Abang,Iris tidur dulu ya.."Iris berkata sambil meletak kepala di bantal setelah beberapa kali dia cuba untuk berbual dengan Harith tetapi tidak berjaya.Harith hanya mengangguk kepala entah dengar atau tidak.Mata masih melekat pada skrin telefon bimbitnya.Sikit pun dia tidak pandang ke arah Iris.
Terus Iris terlelap bersama perasaan yang tidak enak yang mula bertandang di hati.Dia takut apa yang terlintas dalam fikiran akan benar-benar terjadi.
Pagi itu mereka bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa.Harith baru selesai memakai tali leher dan terus menyembur wangian ke seluruh tubuh.Harum semerbak seisi kamar dipenuhi dengan wangian jenama Polo.
Iris yang sedang merapikan tudung hanya melihat dengan ekor mata.Suaminya sekarang terlalu banyak berubah.Pakaian pun sentiasa nampak lebih kemas dan bergaya dari kebiasaan.Tambahan di hujung minggu,ada saja aktiviti Harith.
"Malam ni abang balik lambat.Jangan tunggu abang."kata Harith sambil bergegas mengambil beg bimbit di atas sofa.
"Okay abang pergi dulu.Dah lambat ni."ujarnya sambil terus berlalu tanpa sempat Iris nak cium tangan seperti selalu.
"Abbb...bang.."tak sempat Iris nak cakap apa pun,Harith terus pergi.Tergesa-gesa pula tu.Pada hal masa masih awal lagi untuk masuk ke pejabat.
Bukan itu saja,Harith sering kali membawa masuk telefon bimbit ke bilik air.Dulu tak pernah macam ini.Iris berasa sedikit ragu akan perubahan ketara Harith.Terasa dirinya diketepikan.Hampir setiap malam Harith akan pulang lewat.Boleh dikira dengan jari bila Harith ada di rumah.Iris berasa hidupnya kini keseorangan dan kesunyian.Selama ini Harith sentiasa menemani walau sesibuk mana pun.Ibu mentua Iris faham-faham saja lah.Lagi suka Harith kerap keluar.Malah siap bagi pesanan lagi yang membuatkan jantung Iris bagai dihiris belati.Sakit dan pedih.
"Lepas meeting jangan lupa bawa Intan pergi makan.Kesian dia, dah la Auntie June ke luar negeri.Intan tinggal sorang pula tu.."sambil tersenyum penuh makna.
Selama Iris jadi menantu mana pernah dia tanya Iris dah makan atau belum.Bila Harith ada, baru Iris dapat duduk semeja makan bersama dengan ibu mentuanya.Tu pun dengan mimik muka yang tak pernah elok.Iris persaan semua tu tetapi hanya mendiamkan diri.Kerap Iris akan makan di dapur bersama bibik.Ibu mentuanya lagi suka Iris makan di dapur dari duduk semeja dengannya.
Sambil menghirup angin malam,Iris memandang bulan di langit.Nampak cerah di hiasi dengan bintang-bintang yang berterabur di langit.Sangat cantik.Iris mengucap syukur dalam hati kerana masih diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini.Sungguh cantik dan indah sekali kejadian alam yang Maha Esa ciptakan.
Saat matanya terpandang ke bawah.Iris ternampak kereta Intan yang kebetulan berhenti di hadapan pagar rumah.Keluar Harith dari tempat duduk pemandu dan Intan di sebelah juga turut keluar.Tadi petang Harith pulang awal seperti biasa.Tapi lepas maghrib Harith sudah bersiap untuk keluar.Kebelakangan ni pun Harith jarang solat itu yang Iris perasan.Kain pelikat masih terlipat elok di atas rak.Nak tegur Iris rasa takut tapi kalau tak ditegur Harith makin lalai.
Entah sengaja atau tidak,Intan hampir terjatuh semasa mahu masuk ke tempat duduk pemandu.Sempat dia berpaut pada bahu Harith.Harith dengan tangkas menyambut badan Intan dari jatuh ke tanah.Iris yang berada di balkoni rumah hanya mampu melihat dari jauh.Terkedu dia sebentar.Intan ketawa kecil bersama Harith.Nampak sangat kemesraan antara mereka berdua tanpa terselindung lagi.
Intan pula dilihat sengaja masuk lambat-lamabat ke dalam kereta sambil melambai pada Harith di pintu pagar.Saat mata Intan dan Iris berlaga,Intan senyum senget pada Iris.Sekali lagi Iris terkedu.Terus Iris masuk ke dalam.Tidak betah dia melihat muka Intan yang penuh dengan muslihat.Tetapi pada siapa dia harus mengadu.Pada ibu?pada ayah?Tidak sama sekali.
Iris berharap Harith tidak berubah sama sekali.Tetapi bila makin memikirkannya dia makin runsing.Dia dapat rasakan terbit jurang antara mereka berdua.Malah diri Harith semakin menjauh darinya.Hubungan suami isteri mereka turut berasa hambar.Tiada lagi usikan mesra,rayuan manja Harith padanya.Jiwa Iris kini benar-benar kosong.
Hai semua..maaf SL tak update lama.. SL pergi bercuti.. harap jangan marah ya :)
Share this novel