Chapter 6

Horror & Thriller Completed 33593

Locker

Lepas Kak Sarah tu banyak juga ‘mereka’ yang aku nampak .Cuma aku abaikan sebab dah biasa.Muka diorang pun macam biasa je bukan macam yang korang baca..Gigi taringlah..Mata merahlah..Muka bernanah terkopek..Setakat ni takde aku jumpa..Muka diorang normal macam manusia biasa..Yepp muka normal dengan kaki tak jejak tanah..Tu je nothing special.. -.-

Walaupun minggu orientasi dah tamat a.k.a minggu membuli budak junior masih ada ramai lagi senior yang saja nak sakat junior-junior ni dekat dorm..Bukan buli pun just jalan itik,squad jump,tiup lampu sampai padam dan tiup kipas sampai pusing..Yeah..Bukan buli pun..

“Tiup la lampu ni sampai padam,”Kak Cici mengarahkan Nana meniup lampu kalimantang yang takkan mungkin terpadam tu.Aku syak lagi 3 minit dia yang padam sebab muka dia dah merah padam..Kenapa nak kaitkan dengan padam pun aku tak faham..Haha ok sambung balik.

“Kau jang gelak..Meh sini,”aku dipanggil oleh Kak Zeti.Lehenet betul ingatkan dah tak kena sebab aku baru je kena ‘PLKN’…Merangkak bawah katil to be exact..

‘Nak suruh dia buat ape ni?”tanya Kak Lola.

“Hmmm suruh die wat lawak nak?”cadang Kak Zeti..Ewah korang sedap je suruh aku buat lawak.Engko tengok muka aku ni ada iras Jep Sepah ke?

“Taknak lah..Boring,”

“Dahtu?”

“Suruh dia bagi salam kat locker,”jawab Kak Lola dengan muka evil gaya Rika Sumanto versi Nabil Ahmad..Boleh imagine tak?Tak boleh?Imaginasi korang tak cukup tinggi..Cuba lagi k..

‘Ok tu locker sana tu kau ketuk dan bagi salam.Jangan berenti sampai dia jawab salam,”jari montel macam sosejnya tu ditunjuk pada sebuah locker.Locker tu ialah sebuah almari.Aku bagitahu kot ada yang tak tahu kan.Aku bangun dan ke sana.Aku ketuk 3 kali dan bagi salam.

“Assalamualaikum,”suara lemak manis aku.

“Waalaikumsalam,”bagai nak tercirit aku bila ada suara menjawab dari dalam tu.Peluh-peluh betina mula membasahi dahi aku.Ahhh sudah..Kesialan apakah ini..Pintu locker itu terbuka perlahan…Krekkkk…dan..

“Tau takut!”sergah Kak Oreo dari dalam.Sumpah aku cakap kalau dia ni bukan senior aku memang aku dah terajang muka dia.Malaun todi sergah aku camtu.Mati-mati aku ingat ada hantu dalam tu.

“Dahlah tu Oreo kang terkencing budak tu,”tegur Kak Boja.Dia menyuruh aku balik.Aku pandang ke arah locker.Kak Oreo keluar dari locker.Dan dia tak keluar bersendirian…

Author note:

OK so jangan pelik camne dia boleh muat dalam locker.First die tu kecik je besar macam budak darjah 3.Second,diorang dah clearkan locker tu semata nak prank budak junior.Third,locker kiteorang tu 2 pintu so kind of besar..Lembu pun boleh menyorok dalam tu..Ok tak yang tu aku tipu..Hahaha tapi senior aku memang betul muat dalam tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience