MAB 18: TAKDIR ATAU KESILAPAN*

Romance Completed 901188

Pulang dari pejabat, Arianna bersantai-santai di biliknya. Berbaring di katil sambil membelek semula gambar-gambar Lily dan Lana di dalam galeri telefonnya yang diambil di kondo Zahran dua hari lalu. Ada juga gambar swafotonya bersama Lily, Lana, dan Zahran. Ah, kelihatan seperti sebuah keluarga bahagia. Mommy, daddy, dan anak kembar perempuan yang petah dan comel. Apa lagi yang lebih membahagiakan daripada itu?

Tanpa sedar, kedua-dua sudut bibirnya terangkat. Perancangan asal mahu menonton Violet Evergarden sehingga tamat, akhirnya tergendala dengan kemunculan Lily dan Lana. Namun tidak buruk juga. Setidaknya si kembar itu pandai juga mengambil hati dan membuatnya gembira berbanding pakcik mereka yang menyebalkan.

Ketika telunjuk runcingnya masih menggeser skrin melihat foto-foto itu, skrin telefonnya tiba-tiba berkelip. Nama Aaron muncul di sana membuat Arianna mengeluh.

Teringat majlis pertunangannya dengan lelaki itu yang tinggal beberapa hari saja lagi. Dia malas menjawab dan tangannya hampir menekan reject call, tetapi dia tidak sampai hati. Terlebih, dia takut Aaron mengesyaki sesuatu kerana sudah beberapa hari dia tidak menghubungi lelaki itu. Malah panggilan dan mesej juga hanya dibalas ala kadar. Ajakan lelaki itu untuk bertemu hujung minggu lalu pun ditolak dengan alasan sibuk, sedangkan dia bersama Zahran. Hari ini dia mengabaikan semua panggilan dan mesej Aaron. Bukan sibuk, tetapi dia tidak ada mood.

Semakin dekat majlis pertunangan mereka, semakin dia rasa tertekan dan mahu menjauhkan diri.

Dalam pada dia masih berfikir-fikir sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak, jarinya secara tidak sengaja tersentuh ikon berwarna hijau. Ah, sudah terlambat mahu menolak panggilan. Dengan malas dia melekapkan benda pipih itu ke telinga.

“Helo,” ujarnya.

“Arianna, kenapa you tak jawab call I? And you didn’t reply my text. What happened to you?” soal Aaron tanpa mukadimah.

“I sibuk and I penat,” balas Arianna.

Kedengaran Aaron mengeluh. Arianna tahu lelaki itu kecewa dengannya. Tetapi dia tidak mampu membohongi perasaan sendiri. Dia tidak suka Aaron melayannya seperti kekasih. Dia lebih suka Aaron melayannya seperti dulu, sebelum dia tahu Aaron menyimpan perasaan terhadapnya dan sebelum dia tahu keluarga mereka berhasrat untuk menyatukan mereka. Mereka memang bersahabat sejak kecil dan sehingga sekarang Arianna masih menganggap Aaron sebagai sahabat. Sulit rasanya untuk menerima Aaron sebagai kekasih, tunang, dan akhirnya suami.

“Kenapa makin dekat tarikh pertunangan kita, you macam makin jauh dari I? Apa yang tak kena? Apa yang berlaku sebenarnya sampai you langsung tak nak bercakap dengan I?” Suara Aaron sedikit tinggi. Mungkin kerana bengang dan berang panggilan dan mesejnya tidak dijawab sepanjang hari ini.

Arianna diam. Bukan tergores, bukan terluka. Tetapi kerana dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Tidak mungkin dia menyatakan rasa hatinya yang sebenar-benarnya. Sudah terlambat untuk menolak Aaron kerana hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Aaron mengikatnya sebagai tunang.

“Kenapa you diam? Walau apa pun berlaku, I akan tetap teruskan pertunangan kita. And kalau you terus jauhkan diri dari I macam ni, I akan percepatkan perkahwinan kita. I takkan biarkan you tinggalkan I lagi kali ni.” Aaron memberi kata putus.

“You kenapa Aaron? Masih insecure dengan orang yang dah mati?” Arianna menjawab datar.

“Dengan sikap you yang macam ni, sampai bila-bila pun I akan rasa insecure!”

‘You ingat dengan rasa insecure tu akan mengubah perasaan I pada you?’ Ah, dia cuma berani berkata begitu di dalam hati.
Tidak mungkin dia meluahkannya langsung kerana bimbang perkara itu sampai ke pengetahuan datuk dan daddynya.

“Kita tetap akan kahwin Aaron. Apa yang you nak insecure sangat?”

“Sebab you macam terpaksa. You tak rela. Faham tak?”

“You tahu I terpaksa, kenapa you nak jugak kahwin dengan I?”

Hening. Tiada jawapan daripada Aaron di hujung sana. Mungkin terkejut dan terkedu dengan kata-katanya.

Tidak semena-mena Arianna diterpa rasa bersalah. Aaron tidak pernah menyakitinya, baik dengan kata-kata mahupun perbuatan. Mengapa dia begitu lancang mengeluarkan kata-kata itu kepada Aaron sedangkan pada masa yang sama dia seperti memberi harapan kepada lelaki itu. Ya, dengan menyetujui pertunangan itu, tidakkah dia secara sengaja membuat Aaron berharap?

“Aaron I…I’m sorry…”

“I love you, Ari. I want to marry you, I nak ada anak dengan you dan I nak tua bersama dengan you. I tahu you terpaksa, but please…give me a chance…”

Arianna terdiam. Suara Aaron yang lembut dan separuh merayu itu membuat hatinya tersentuh.

“I’ll try…” Akhirnya hanya itu jawapan yang dia boleh beri. Tiada kepastian, kerana sejujurnya dia tidak pernah mencuba.

Hanya sesekali dia memaksa dirinya mencuba. Itu pun kerana simpati. Dia tidak tergamak melukai lelaki sebaik Aaron.

“Thank you.”

Arianna hanya membalas dengan gumaman. Matanya terpejam dengan satu tangan di dahi, memikirkan akan ke mana hidupnya setahun dari sekarang? Mungkin ketika itu dia sudah berkahwin dengan Aaron dan sedang hamil? Atau masih bertunangan tetapi sibuk dengan persiapan perkahwinan? Atau mungkin dia sudah mereput di dalam tanah kerana mati bunuh diri? Ya, sepertinya pilihan ketiga itu lebih baik.

“Malam esok I nak bawak you jumpa kawan-kawan I. My best buddies. I ramai kawan tapi tiga orang ni paling rapat.” Suara Aaron mematikan lamunan Arianna tentang masa depannya.

“Erm…Okay.” Arianna menjawab seadanya. Mahu menolak pun, dia sudah tidak alasan.

“Okay. Good night. Love you.”

“Bye. Good night.” Arianna memutuskan panggilan sebelum Aaron menuntutnya membalas ungkapan I love you itu. Lafaz itu mesti datangnya dari hati, dengan perasaan tulus dan ikhlas. Jika dilafaz sekadar mahu menyedapkan telinga yang mendengar, ia tidak akan memberi apa-apa makna.

“NAK pergi mana?” tanya Dato’ Eric apabila melihat Arianna melewati ruang utama dengan pakaian yang sudah rapi. Solekan nipis pada wajah menyerlahkan kejelitaannya.

“Keluar dengan Aaron.”

Dato’ Eric hanya mengangguk dan terus berlalu ke tingkat atas tanpa bertanya banyak. Arianna hanya memandang belakang badan daddynya dengan keluhan berat perlahan lolos dari bibir.

Dia sayangkan daddy, tetapi pada masa yang sama dia benci dengan sikap lelaki itu yang terlalu dominan dan suka mengatur semua perkara mengikut kehendaknya. Dia mahukan sedikit kebebasan, setidaknya dalam menentukan jodohnya sendiri. Tetapi dia yakin semua itu mustahil. Suka atau tidak, dia perlu berkahwin dengan Aaron.

Arianna melangkah keluar dari mahligai yang seperti sangkar emas itu; membawa sepasang kakinya ke arah gazebo yang terletak di sudut halaman dan menunggu Aaron menjemputnya.

Tidak lama dia menunggu sebelum bunyi enjin kereta Aaron menderum memasuki halaman. Tergesa-gesa lelaki itu keluar membukakan pintu kereta untuknya.

“Sorry lambat. Dah lama tunggu?” tanya Aaron sambil memasang tali pinggang keledar setelah kembali ke tempat duduk pemandu. Terdengar sedikit mengah nafasnya, mungkin agak berkejar-kejar tadi.

“Taklah. Baru je.”

“Ada accident masa on the way tadi, sebab tu lambat sikit,” jelas Aaron sambil memandu keluar dari halaman mahligai mewah itu.

“Oh…” Arianna tidak begitu menanggapi. Cepat atau lambat, sama sahaja. Hujung minggu depan, dia akan bertunang dengan Aaron secara rasmi. Hakikat itulah yang membuat hari yang dilalui terasa begitu menyeksakan. Dia bukan membenci Aaron. Bukan. Dia cuma tidak menyukai pertunangan ini. Itu saja. Aaron lelaki yang baik dan layak mendapat wanita yang benar-benar mencintainya. Bukan dia yang tidak memiliki apa-apa perasaan terhadap lelaki itu.

Aaron melirik ke arah Arianna apabila mendengar gadis itu mengeluh entah untuk kali yang ke berapa.

“What’s wrong Ari? Ada apa-apa yang mengganggu you ke?” tanya Aaron. Dilirik Arianna sekilas sebelum kembali fokus ke arah jalan.

“No.”

“I dengar you mengeluh banyak kali tadi. I tak rasa you okey. Tell me, what’s wrong?” Aaron sedikit mendesak.

“I’m okay, Aaron.” Arianna menjawab dengan nada malas bersama keluhan yang lagi-lagi lolos dari bibirnya.

“You know what, a woman can say more in a sigh than a man in a sermon. So kalau you mengeluh berkali-kali macam tu, you nak I percaya yang you tak ada apa-apa? I know there’s something. Tell me. Kita akan kahwin, akan jadi suami isteri, so I nak you share apa yang you rasa dengan I.”

Arianna diam. Melipat tangan ke dada, kepala bersandar pada head rest, pandangannya dihalakan keluar. Tidak ada apa yang menarik perhatiannya; hanya cuba mengelak daripada memandang atau menjawab pertanyaa Aaron.

“Ari, did you hear me?” tanya Aaron lagi apabila Arianna hanya membiarkan soalannya tadi berlalu tanpa jawapan.

Arianna masih diam. Bukan dia tidak mahu menjawab, tetapi apa yang dia rasa bukanlah sesuatu yang pantas untuk dikongsikan kepada Aaron.

‘I tak cintakan you.’

‘I tak nak bertunang dan berkahwin dengan you.’

‘I tak nak jadi isteri you.’

Apa Aaron sanggup mendengar semua pengakuan itu? Tentu sekali tidak.

Tidak mungkin juga dia berbohong dengan mengatakan dia sukakan Aaron, dia tidak sabar menunggu pertunangan dan perkahwinan mereka, dia suka meluangkan masa bersama Aaron sedangkan kebenarannya jauh berbalik daripada apa yang dia katakan itu.

Dia sudah penat berbohong tentang perasaannya. Dia sudah letih meyakinkan keluarganya bahawa dia baik-baik sahaja sedangkan hati dan jiwanya terseksa. Lebih baik dia berdiam dan membiarkan luka itu memamah hatinya sendiri.

“I’m okay, Aaron. Trust me.” Arianna toleh, memandang Aaron lalu memaksa sebuah senyuman supaya bakal tunangnya itu tidak bertanya lanjut.

“Are you sure?”

“Yeah.”

Aaron senyum. Tangan kanan Arianna dicapai lalu dia dikucupnya lembut.

Senyum Arianna memudar . Rasa bersalah bersesak-sesak memenuhi rongga dada. Nafas yang ditarik terasa tersekat di kerongkongan. Benar-benar perasaan bersalah ini mendera hati dan batinnya. Tangan Aaron yang masih menggenggam tangannya di bawa ke pipi; berharap dapat mengurangkan sedikit rasa bersalahnya.

AARON menggenggam tangan Arianna, membawa bakal tunangnya itu memasuki restoran yang terletak di dalam sebuah hotel terkemuka.

“Dua orang kawan I tu you dah pernah jumpa masa engagement party Sealen hari tu. Yang sorang ni you belum jumpa,” ujar Aaron.

“Oh ye ke. Siapa?”

Aaron tidak segera menjawab kerana matanya melilau mencari kelibat Zahran, Seelan dan Zahrin. Arianna turut melilau walaupun dia tidak tahu siapa kawan yang dimaksudkan Aaron.

“Ha tu dia. Zahran!”

Bagai direnjat arus elektrik, tubuh Arianna kaku serta-merta apabila mendengar Aaron menyeru nama itu. Zahran? Apa dia tidak salah dengar? Zahran yang dia kenal? Atau Zahran yang lain?

Ketika otaknya masih berfikir-fikir, susuk yang dipanggil Aaron tadi menoleh. Jelas pada penglihatannya, senyum yang terpapar pada wajah Zahran perlahan memudar sebaik melihatnya. Namun lelaki itu cepat-cepat memperbaiki riak wajah. Senyumnya kembali terukir.

“Hei, dah lama tunggu?” sapa Aaron lalu melabuhkan duduk di depan Zahran setelah menarik kerusi untuk Arianna di sebelahnya.

“Lamalah jugak. Dah habis separuh air aku,” balas Zahran sambil menunjuk minuman di gelasnya.

“Zahranlah sampai awal. Aku dengan Eve pun baru sampai,” ujar Sealan.

“Zahrin mana?” tanya Aaron.

“Masih dalam proses recover lepas accident hari tu,” jawab Zahran.

“Oh…” Aaron memanggut-manggut.

Arianna diam mematung di tempat duduknya. Dia sebenarnya bukan seperti itu. Kerjayanya sebagai supermodel membuat dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Namun kali ini dia jadi kaku.

“Eh Ran…Ni Arianna, bakal tunang aku. Seelan dengan Rin dah jumpa hari tu. Kau je belum kenal.” Aaron memperkenalkan Arianna kepada Zahran.

“Hai…” Zahran menyapa seadanya.

Arianna angguk dan senyum sekilas. Entah bagaimana rupa senyumnya itu kerana jelas ia dipaksa. Mungkin senget, mungkin sumbang.

“Zahran ni masih single and available. Kalau you ada kawan, boleh recommend,” ujar Seaean sambil memandang Arianna.

“Zahran ni very high tastelah…Kalau orang cari, nanti dia banyak complaint. Biar dia cari sendiri,” balas Aaron.

Zahran hanya tertawa perlahan, tidak begitu menanggapi usikan sahabat-sahabatnya itu.

“I ada kawan, Zahran. Melinda, anak Tan Sri Gavin. Sekarang dia manage satu badan kebajikan untuk pesakit diskrasia darah. Kalau you nak, I boleh tolong aturkan,” kata Evangeline.

Zahran mahu menjawab, namun kata-kata Arianna membantutkan hasratnya.

“I rasa pertemuan yang diatur ni dah tak relevan sekarang. You know…all your life you’re taught not to speak to strangers and suddenly you’re asked to meet with one. Ridiculous.”

Zahran berkerut. Ada tanda tanya muncul di benaknya, namun dia tidak berkata apa-apa. Hanya tersenyum nipis sambil menjongket kening.

“Itu lainlah. You kenal Melinda kan Ran? Selalu masa Imperial buat charity, dia mesti ada,” ujar Evangeline lagi.

Zahran angguk. “Pernah jumpa, tapi tak bercakap sangat.”

“Dia cantik kan?”

Arianna ketap bibir. Kenapa Evangeline masih tidak faham-faham? Apa, kata-katanya tadi belum cukup jelas untuk membuat Evangeline berhenti bercakap tentang Melinda?

Arianna mahu bersuara, namun kali ini Zahran tidak memberinya celah.

“Aku tak tertarik dengan mana-mana perempuan sekarang.”

Bulat mata semua yang berada di meja itu memandangnya dan dia faham benar dengan maksud tatapan itu. Pantas dia
menyambung kata-katanya: “…apatah lagi dengan lelaki.”

Aaron dan Seelan urut dada. Fikir mereka Zahran sudah beralih selera.

“So, bila nak kahwin?” tanya Zahran, mengalihkan perhatian mereka kepada Aaron pula.

“As soon as possible,” jawab Aaron.

Zahran memanggut-manggut. “Congrats. I’m happy for you.”

“Thanks. Lepas Seelan, aku booking kau jadi best man aku pulak.”

Zahran tertawa perlahan. “Boleh. No problem.”

Entah mengapa Arianna sedikit tergores melihat tawa dan mendengar jawapan Zahran itu. Lelaki itu seolah-olah tidak terkesan melihatnya bersama Aaron. Tidak adakah walau sedikit rasa cemburu atau kurang senang seperti yang dia rasa saat Evangeline menyinggung soal Melinda?

Malah lelaki itu kelihatan santai berbual dengan Aaron, Seelan dan Evangeline. Lagak Zahran itu seolah-olah dia langsung tidak peduli dengan kehadirannya. Seolah dia adalah seseorang yang tidak dikenali sedangkan mereka sudah beberapa kali meluangkan masa bersama. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan dia lebih banyak menghabiskan masa dengan Zahran berbanding Aaron. Cara mereka menggunakan masa bersama itu tidak ubah seperti pasangan kekasih. Tidakkah Zahran berasa apa-apa? Setidaknya sedikit rasa tidak rela melihat dia bersama Aaron?

Hanyut dalam fikirannya sendiri, Arianna hanya diam sepanjang pertemuan itu. Sesekali dia ikut tertawa apabila mereka semua ketawa walaupun dia tidak tahu apa yang diketawakan. Entah-entah dirinya yang ditertawakan.

Sesekali dia melirik Zahran, berharap lelaki itu juga curi-curi memandangnya, namun tidak ada. Zahran kelihatan biasa sahaja.

Kecewa dengan Zahran, Arianna membuang pandang ke luar restoran yang berdinding kaca. Dari tingkat 10 bangunan hotel yang menempatkan restoran itu, kelihatan pancaran halilintar yang membelah langit mengiringi guyuran hujan yang turun membasahi bumi.

Dia tidak tahu berapa lama dia termenung menatap hujan di luar sehingga Aaron mengajaknya pulang. Tanpa berkata apa-apa, dia hanya menghadiahkan senyum yang jelas dipaksakan kepada Zahran, Evangeline dan Seelan sebelum keluar dari restoran itu.

“Are you sure they love each other?” tanya Evangeline kepada Sealan setelah kelibat Aaron dan Arianna hilang dari restoran.

“Of courselah. If they don’t love other, how can they decide to get engaged. Macam kitalah, if I don’t love you, you think I will take you as my wife?” balas Seelan.

“You’re right, sebab tu I tak pernah buat muka bosan setiap kali spend masa dengan you.”

Seelan terdiam. Begitu juga Zahran. Benar, Arianna kelihatan tidak gembira sepanjang pertemuan mereka tadi. Senyum dan tawanya nampak benar dibuat-buat. Malah Arianna tidak begitu menanggapi perbualan mereka. Seolah-olah hanya jasadnya berada di sini, sedang rohnya sudah berkelana entah ke mana-mana. Mungkin disebabkan itu Aaron mengajaknya pulang lebih awal.

“I kesian dengan Aaron,” ujar Evangeline. Minuman yang masih bersisa di gelasnya, dikacau dengan menggunakan straw sebelum menyedutnya beberapa teguk.

“Nampak macam Arianna tak happy kan?” Seelan menimpal.

“Yeah…It’s obvious, right? You nampak Aaron layan dia macam mana kan? The way he talked to her, the way he looked at her, tapi Arianna macam…Yeah, whatever…I don’t care.” Evangeline meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Arianna.

“I dengar Arianna tu dulu macam depression…Pernah dapat rawatan psikiatri sebab cuba bunuh diri…”

“Ehem…” Zahran berdeham sekali untuk menghentikan bicara Seelan. Juga membuat Sealan dan Evangeline memandangnya. “…aku rasa bukan Arianna tak suka Aaron, tapi mungkin dia tak selesa dengan kita. Don’t think too much.”

“Tapi…” Evangeline kelihatan tidak bersetuju dengan andaian Zahran itu. Dia perempuan dan dia faham benar dengan riak wajah Arianna saat berkomunikasi dengan Aaron.

“Malam ni baru first time dia jumpa kita. Jangan expect dia nak terus mesra macam you.” Zahran cepat-cepat menyela sebelum sempat Evangeline menyuarakan pendapatnya.

“Yeah, I think you’re right,” kata Seelan, membuat Evengeline juga akhirnya diam. Ya, mungkin benar Arianna kurang selesa kerana ini kali pertama mereka bertemu.

“I’ve got to go now. See you soon,” ujar Zahran lalu bangun dan segera beredar.

ZAHRAN bersandar pada tempat duduk keretanya. Merapatkan kelopak mata, kedua-dua tangannya memegang kejap kemudi kereta, menahan rasa yang tersekat di rongga dada, namun dia tidak tahu apa. Rasa kehilangan, putus asa, sedih, dan…Entahlah. Perasaan yang sama dia rasa saat kali pertama melihat Irdina melangkah masuk ke Villa Seroja bersama Zahrin.

Mengapa Arianna tidak memberitahunya, dia akan bertunang dengan Aaron? Mengapa Arianna tidak pernah menyinggung tentang Aaron? Tidak pernah walau sekali Arianna memberitahu tentang pertunangannya. Jika dia tahu, tidak mungkin dia menjebak Arianna ke dalam kehidupannya; mengajak gadis itu ke Langkawi, memaksa Arianna ke kondonya, membawa Arianna ke sekolah muziknya, menonton siri Violet Evergarden bersama-sama. Mengapa setelah banyak yang mereka lalui bersama, baru dia tahu yang Arianna adalah bakal tunang Aaron? Mengapa setelah ada sedikit rasa dalam hatinya, baru dia tahu hakikat itu?

Zahran tarik nafas, menyedut sebanyak mungkin oksigen yang mampu ditampung oleh paru-parunya sebelum perlahan dia hembuskan. Terasa berat, namun tidak ada apa yang boleh dia lakukan. Hanya perlu melaluinya sekali lagi, sama seperti dia menghadapinya saat Irdina menikahi Zahrin beberapa tahun dulu. Jika dia boleh melaluinya dulu, mengapa tidak sekarang? Bukankah selalunya kali kedua lebih mudah berbanding kali pertama?

Bunyi notifikasi mesej dari telefonnya membuat lamunannya buyar. Dicapai benda pipih itu dari bawah dashboard lalu menggeser skrin. Nama yang terpapar pada skrin itu membuat jantungnya berdebar tak keruan.

Violet!

Teragak-agak jarinya mahu menyentuh skrin, berfikir sama ada mahu membaca mesej itu atau tidak. Otaknya mengarahkan supaya jangan baca, namun hatinya tertanya-tanya mesej yang dihantar Arianna.

Setelah menimbang-nimbang, dia akhirnya lebih menurut kata hatinya. Perlahan ibu jarinya menekan notifikasi mesej itu sebelum mesej yang dihantar Arianna terpapar pada skrin.

-I’m sorry.-

Zahran terkedu. Lama dia merenung mesej itu dengan perasaan yang bercampur baur. Apa Ariana berkongsi rasa yang sama dengannya? Jika ya, apa yang harus dia lakukan? Memperjuangkan Arianna atau melepaskannya kepada Aaron sama seperti dia melepaskan Irdina kepada Zahrin?

Ah, situasinya tidak sama. Dia tidak pernah melepaskan Irdina kerana wanita itu tidak pernah menjadi miliknya. Tetapi bagaimana dengan Arianna? Arianna juga bukan miliknya dan tidak pernah berada dalam genggamannya.

Jadi apa yang perlu dilepaskan?

Tidak ada!

Dia hanya perlu menjarakkan hubungannya dengan Arianna selepas ini supaya rasa yang yang mula tumbuh ini tidak subur dan melata.

Tidak membalas mesej Arianna, Zahran mencampak perlahan telefonnya ke tempat duduk penumpang sebelum memandu keluar dari tempat letak kereta hotel bertaraf lima bintang itu.

ARIANNA memandang mesej yang dihantarnya kepada Zahran yang hanya meninggalkan blue tick. Sepuluh minit berlalu, dia tidak nampak Zahran menaip balasan. Arianna mengeluh. Dia masih di dalam kereta bersama Aaron, tersekat di dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat.

Aaron melirik bakal tunangnya itu. Dia bukan bodoh dan naif untuk menilai reaksi Arianna saat bertemu kawan-kawannya tadi. Sebab itu dia mengajak Arianna pulang awal. Rasa tidak enak dengan Seelan, Evangeline dan Zahran atas sikap dingin Arianna.

“Apa yang berlaku sebenarnya Ari? Kenapa you macam tak happy?” Aaron akhirnya bersuara meluahkan kekesalannya

“Siapa kata I tak happy.”

“Your expression says it all. I jadi serba-salah dengan kawan-kawan I bila tengok mood you macam tu.”

“I’m sorry.” Arianna menjawab malas sambil membuang pandang ke luar tingkap.

Reaksi Arianna yang acuh tak acuh itu benar-benar membuat Aaron geram.

“Sejak akhir-akhir ni you macam dah lainlah. You makin jauh dari I. You dah ada lelaki lain ke?”

Serkap jarang Aaron benar-benar mengena membuat dada Arianna seperti mahu pecah. Degupan jantungnya laju menghentam dada menyebabkan darahnya menyirap ke kepala. Mata dikatup rapat dengan bibir diketap erat. Adakah Aaron sudah tahu? Atau Aaron hanya meneka? Liurnya yang mula terasa kelat ditelan berkali-kali. Perlahan dia toleh, memandang wajah tegang Aaron. Tatapan lelaki itu lurus ke depan, namun Arianna tahu lelaki itu menahan rasa. Tangannya yang menggenggam kejap stereng kereta, jelas menggambarkan suasana hatinya. Mungkin marah, mungkin geram.

“Kalau betul, kenapa?” soal Arianna.

Aaron membelokkan keretanya ke bahu jalan dan membrek mengejut menyebabkan tubuh Arianna terdorong ke depan.

Arianna tersentak. Aaron tidak pernah bertindak seperti itu. Wajah tegang Aaron itu dipandangnya sekilas sebelum dia kembali membuang pandang ke luar tingkap.

“Arianna…” Aaron tarik nafas dan menghembusnya perlahan, meredam perasaan amarah yang bergejolak. Dia manusia dan dia ada perasaan. Tingkah Arianna seolah-olah sengaja mahu memancing pergaduhan dengannya.

“…apa lagi yang you nak I buat supaya you terima I? Apa lagi yang kurang? Apa lagi yang tak cukup? Kenapa you dingin sangat? Why do you look so unhappy? Apa yang tak kena?”

“I dah setuju nak kahwin dengan you, isn’t that enough? Bukan ke itu yang you nak?”

Aaron mengeluh. Dipusing tubuhnya mengadap Arianna walaupun gadis itu langsung tidak memandangnya. Susahnya dia mahu mendekati Arianna. Semakin dia mendekat, semakin jauh Arianna pergi darinya.

“I want you to be happy. I nak you terima I dengan ikhlas, bukan sebab terpaksa,” balas Aaron.

“Tak penting pun I happy atau tidak. As long as you’re happy, and family kita happy, tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bahas” balas Arianna.

“Jadi you betul-betul tak happy dengan pertunangan ni?” duga Aaron.

Arianna malas menjawab. Sedikit mengeluh, dia toleh ke arah Aaron yang sedang merenungnya.

“Aaron, I penat. I tak nak bergaduh. Tolonglah bawak I balik,” ujar Arianna.

Aaron tidak berganjak. Tatapan Arianna dibalas dengan sorot yang menyiratkan kemarahan. Arianna benar-benar mencabar kesabarannya.

Dipegang kejap kedua-dua bahu Arianna sehingga gadis itu meringis kesakitan.

“Aaron..” Arianna cuba melepaskan tangan Aaron dari bahunya tetapi genggaman yang kuat itu menyebabkan dia gagal.

“Kenapa you selalu mengelak bila kita bercakap tentang ni? Dari awal lagi I nampak you macam tak suka dengan pertunangan kita. Kenapa Arianna?! I dah tunggu you lama. I love you more than anything in this world. Tapi kenapa you tak boleh terima I? Kenapa?!” soal Aaron sambil menggoncangkan bahu Arianna. Suaranya yang meninggi dan melengking itu membuat Arianna menangis. Tidak pernah dia ditengking atau disakiti begitu sepanjang hayatnya.

“Tolong jangan beritahu I you dah ada lelaki lain. I tak boleh terima. I dah tunggu you cukup lama. I sabar tunggu you, tapi bila pertunangan kita makin dekat, you buat I macam ni! Why?! Why Arianna, why?!” Aaron melepaskan bahu Arianna.

Kembali bersandar pada tempat duduknya, dia meraup wajah berkali-kali.

Setelah dirasakan sedikit tenang, dia memandang Arianna yang sedang teresak-esak menangis. Timbul rasa bersalah tidak semena-mena.

“Ari, I’m sorry,” ujarnya sambil cuba meraih tangan Arianna namun ditepis.

Aaron menelan ludah. Dia tahu dia bersalah kerana terlalu mendesak dan berkasar dengan Arianna. Tidak sepatutnya dia bertindak begitu di saat Arianna dingin dengannya. Nah, sekarang hubungan yang sudah jauh, semakin berjarak.

“I’m so sorry,” ujar Aaron lagi.

“Hantar I pergi rumah Amber,” ujar Arianna dengan suaranya yang masih serak akibat menangis.

“Kenapa rumah Amber? I ambik you dekat rumah, so I akan hantar you ke rumah.” Aaron bertegas.

“I tak nak balik dengan keadaan macam ni, Aaron. Nanti kalau daddy tanya kenapa I menangis, you nak I jawab kita bergaduh?”

Aaron diam, sedikit mengeluh. Namun dia akui, kata-kata Arianna ada benarnya. Walaupun keberatan, Aaron memandu juga keretanya ke rumah Amber. Terpaksa dia menukar haluan dengan membuat pusingan U dan itu memakan masa lebih setengah jam, dengan keadaan jalan raya yang sesak.

AARON menunggu sehingga Amber keluar membuka pintu pagar, barulah dia membenarkan Arianna keluar dari keretanya.

“I’m sorry,” ujarnya sebelum Arianna keluar dari kereta.

Tiada jawapan daripada Arianna. Hanya toleh sekilas sebelum keluar dan berlari-lari anak dalam hujan yang masih turun renyai-renyai.

Setelah Arianna selamat masuk ke perkarangan rumah Amber, barulah dia memandu pulang. Keluhan berat dia lepaskan. Dia tahu Arianna tidak sepenuh hati menerimanya. Tetapi kali ini dia tidak akan mengalah. Dia tidak akan biarkan Arianna dirampas lelaki lain sekali lagi. Apa pun yang berlaku, dia akan memastikan Arianna menjadi miliknya.

“Tak nak masuk lagi ke?” tanya Amber apabila Arianna hanya tercegat di porch sambil menekan-nekan skrin telefon dengan telunjuknya.

“Aku nak jumpa Zahran,” jawab Arianna tanpa mengangkat muka dari skrin telefonnya.

Amber menganga tidak percaya.

“Say it again, Arianna Chan Xiao Ling,” ujarnya bengang.

“Aku. Nak. Jumpa. Zahran.” Sepatah-sepatah dan penuh penekanan, Arianna mengulang kata-katanya.

“Eh, kau ni kenapa ya? Kau baru balik jumpa Aaron. Sekarang kau nak jumpa Zahran pulak? Kau ni ada masalah apa ni sebenarnya?”

Tiada tanggapan daripada Arianna. Telefon kembali disimpan di dalam tas tangan setelah selesai membuat tempahan Grab.

“Kalau kau nak masuk, masuklah dulu. Tak payah tunggu aku kat sini.” Arianna melabuhkan punggung di kerusi batu. Menongkat dagu, dia menikmati tempias hujan yang menerpa wajahnya. Sedikit pun tidak dipedulikan Amber yang tercegat bercekak pinggang di belakangnya.

“Ari!”

“Apa sahaja yang keluar dari mulut kau, takkan mengubah pendirian aku. Aku tetap akan jumpa Zahran malam ni.”

“Isy kau ni kan…” Amber benar-benar mati kata. Entah perkataan apa yang dia boleh gunakan untuk menasihati Arianna.

Degil sungguh sahabatnya yang seorang ini.

Arianna malas melayan. Dikipas-kipas tangannya menghalau Amber dari porch itu.

“Fine!” Dengan sedikit menghentak kakinya, Amber berlalu masuk ke dalam rumah. Manusia keras kepala seperti Arianna, tidak guna diberi nasihat.

ZAHRAN memperlahankan langkah apabila melihat seorang gadis berdiri di depan pintu kondonya. Meskipun dari sisi, dia cukup kenal susuk itu yang lantas menoleh apabila mendengar derap langkahnya.

Langkahnya terhenti, menyisakan jarak lebih kurang satu meter antara mereka. Saling bertatapan, tiada sesiapa antara mereka yang bersuara. Hanya dada sahaja yang kelihatan turun naik, membuktikan mereka masih bernafas.

“Why are you here?” Zahran akhirnya bersuara.

“Kenapa tak reply mesej I?”

“Aku tak reply mesej yang tak penting.”

Arianna terkedu. Pedih. Jika sebelum ini bicara Zahran yang begitu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya, namun entah mengapa sekarang dia tergores. Seolah-olah dirinya langsung tidak bermakna dalam kehidupan Zahran. Tidak penting!

Zahran kembali melangkah mendekati pintu kondonya. Kata kunci pintu ditekan sebelum pintu yang tertutup rapat itu terbuka sedikit. Sebelum melangkah masuk, dia memandang Arianna yang masih setia menatapnya dengan sorot mata yang tidak berani dia tafsirkan.

“Baliklah. Sebelum ni aku tak tahu yang kau bakal tunang Aaron. Kalau aku tahu, aku takkan paksa kau ikut aku pergi Langkawi, aku takkan paksa kau datang kondo aku. Aku tak salahkan kau bila kau tak bagitahu yang kau akan bertunang. Mungkin kau takut sebab gambar-gambar tu. So…” Zahran tarik nafas dan menghembusnya perlahan. “…I’m sorry.”

Arianna terkebil-kebil. Mengapa Zahran meminta maaf? Adakah lelaki itu menganggap apa yang berlaku antara mereka selama ini adalah satu kesilapan?

Tidak!

Dia yakin itu bukan kesilapan. Ia adalah takdir Tuhan yang mahu mempertemukan mereka.

“Baliklah Arianna. Jangan sampai Aaron tahu kau kat sini. Dan…Tolong jangan bagitahu dia apa yang berlaku beberapa minggu ni.”

Arianna pejam mata. Rapat. Dua kali dia diusir Zahran malam ini dan ianya lebih menyakitkan berbanding saat dia dipaksa mencuci sekolah muzik Zahran selepas pulang dari bermain golf dua minggu lalu.

Ditarik dalam nafasnya, sebelum menghembusnya berat. Perlahan dia membuka kelopak matanya dan benda pertama yang dilihatnya adalah tatapan redup Zahran.

"For the sake of the time we've spent together, are you not interested in me at all?" tanyanya tersekat-sekat, menahan nafas yang terasa sesak. Didongak wajahnya, menatap Zahran yang hanya memapar wajah datar.

Satu sahaja jawapan Zahran akan mengubah seluruh keputusan hidupnya. Dia sanggup menempuhi apa sahaja jika Zahran menjawab ya. Apa sahaja!

"No." Tenang, tegas, dan yakin. Langsung tidak terlihat keraguan pada wajahnya.

Hancur.

Lebur.

Dan berkecai semua harapan yang baru dia bangunkan.

Arianna tersenyum getir sambil mengangguk-angguk. Dia sudah mengagak jawapan Zahran itu, walaupun jauh di sudut hati dia berharap Zahran menjawab ya. Tidak terkejut, namun tetap terluka.

"Before I go, I wanna know..." Arianna gigit bibir bawahnya, menahan tangisnya supaya tidak pecah. Tidak mahu menangis dan terlihat menyedihkan di depan Zahran sedangkan lelaki itu tidak peduli padanya.

"...you tak tertarik dengan I...is it because you still love Irdina?"

"Yes."

"Okay..." Arianna tunduk, cuba untuk tidak menangis, namun air mata itu gugur juga. "..then I will marry Aaron."

"That's the best. He's a good man and you’re lucky to have him."

“Yeah…”

Arianna berlalu, meninggalkan Zahran yang memerhatikan belakang tubuhnya sehingga menghilang di sebalik pintu lif.

Share this novel

Fazlina Ahmad
2022-05-25 12:02:45 

nasib la novel ni x guna coin dpt la baca tp nak baca novel SAYANG TAK PERNAH KURANG jgk...

Asmah
2022-05-20 14:30:03 

terluka lagi.....

norsila
2022-05-20 12:00:41 

kesian zanran..carilah watak kekasih yg lain..yg lebih mpunyai prwatakan dgn irdina tu.hehehe kesian airon tu..lelaki setia sgt tu...klu saya terima joo..hahahaha..kesetiaan tu penting..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience