BAB 13

Horror & Thriller Completed 9981

-2 petang-

"Yohan, kau ni memang suka aku sangat-sangat ke?" tanya Yukiko.

"Mestilah. Sepenuh hati aku hanya milik kau," kata Yohan.

Yukiko mengangguk. Nampaknya Yohanlah pembunuh Chenta. Tak sangka lelaki berwajah hensem ni juga mempunyai sisi gelap. Kalau boleh, sekarang juga Yukiko mahu membunuhnya. Tetapi dia tak boleh buat semua tu kerana ada mata-mata yang memerhati.

"Betul kau sayang aku?" tanya Yukiko.

"Ya sayangku,"

Nak termuntah Yukiko dibuatnya. Dahlah pembunuh, dasar buaya darat.

"Malam ni nak pergi rumah aku tak?" tanya Yukiko sedikit manja.

Yohan kemerah-merahan. Acah malu pula. Selalu datang McDonald luahkan perasaan tak malu pula.

"Boleh sayang," kata Yohan penuh gembira.

Yukiko dan Tsukiko sudah merancang segala rancangan! Kau tak akan terlepas kali ini pembunuh Chenta!

"Yu, pelanggan dah datang ni, cepatlah buat kerja. Nanti bos marah," kata Umae.

"Baiklah," kata Yukiko sedikit keriangan.

"Happy semacam kau. Kau dah terima cinta dia ke?" tanya Umae pelik.

Dulu bukan main benci si Yukiko dengan Yohan. Betullah kata orang, benci-benci dulu kemudian bercinta.

Yukiko hanya menunjukkan isyarat peace sambil tersenyum. Ya dia memang gembira, gembira kerana pembunuh kawan baiknya dapat diberkas. Lebih manis lagi, dia dapat membunuhnya dengan tangan sendiri. Hehe...

*****

"Wah, makin laju kau buat kerja hari ni kak Tsu," kata supervisor Marsha.

"Biasalah. Lagipun saya nak balik awal hari ni," kata Tsukiko.

"Balik awal lagi? Esok bos suruh kerja lagi. Ramai orang menginap di hotel kita sejak kebelakangan ni. Pekerja lain tak macam awak Tsu, baru sejam 3-4 bilik je settle. Kalau awak, 10-11 bilik. Fuh," puji Marsha.

"Takpelah kak Marsha. Cakap ngan bos esok saya nak ambil cuti. Dan saya balik pukul 4 hari ni," terang Tsukiko.

"Kenapa nak ambil cuti?"

"Memang itu cuti saya pun. Saya tak nak buat part time. Tunggu cuti saya habis baru saya kerja semula,"

"Ouh..Oklah kalau begitu,"

Tsukiko perlu pulang awal hari ni. Ya, akan ada 'tetamu' tak diduga yang akan hadir ke rumahnya nanti. Seseorang yang Tsukiko ingin berjumpa selama ini.

Tsukiko tersengih seorang diri. Marsha dapat melihat senyuman Tsukiko. Namun, Marsha berasa sedikit seram kerana senyuman Tsukiko bukan senyuman yang 'manis'. Senyumannya lebih ke arah negatif. Apa maksudnya?

"Saya check floor atas dulu ye," kata Marsha sedikit seram.

"Aik? Tiba-tiba nak naik dah? Tak sampai 2 minit kau kat sini," kata Tsukiko.

Suasana berubah menjadi sedikit seram. Marsha merasakan ada 'sesuatu' pada diri Tsukiko!

"Tak apalah, lagipun aku tau kau tinggal beberapa bilik je lagi. Aku nak pergi tolong Sumar kat tingkat atas jap. Dia tu slow," Marsha memberikan alasannya.

"Oh, baiklah kalau begitu," Tsukiko sambung mengelap meja.

Marsha cepat-cepat beredar dari situ. Senyuman Tsukiko sebentar tadi membuatkan Marsha sedikit gentar dan kecut perut. Pertama kali Marsha berasa takut berhadapan dengan Tsukiko.

Marsha cepat-cepat masuk ke dalam lif semula. Di dalam lif itu tiada CCTV. Marsha perlu beritahu bos!

"Alamak, phone aku tertinggal kat ofis. Tak guna," Marsha menyumpah di dalam hati. Dia menekan butang 1. Dia ketika itu berada di tingkat 22.

Pintu lif tertutup. Dia berasa sedikit lega. Lif bergerak turun. Tiba-tiba pada tingkat 20 lif berhenti bergerak menandakan ada orang yang ingin menaiki lif.

Ting.

Tiada sesiapa di situ. Marsha menekan butang tutup lif semula. Tiba-tiba muncul seseorang di tepi pintu lif. Alangkah terkejutnya Marsha.

"Tsukiko?!"

"Eh Marsha? Kenapa turun pula ni? Kata nak naik atas, tolong Sumar," Tsukiko tersenyum lagi.

Marsha kehilangan kata-kata. Dia perlu memberikan alasan.

"Aku perlu ambil phone kat ofis kejap. Aku tertinggal kat situ," kata Marsha.

"Ooo," Tsukiko masuk ke dalam lif tersebut bersama-sama Marsha.

Marsha tidak berani untuk melangkah keluar apatah lagi bergerak. Seluruh mukanya berpeluh-peluh. Apakah perasaan ini?

"Marsha," Tsukiko bercakap apabila pintu lif mula tertutup.

"Aku dengar kau pernah dera seorang budak dan dia mati,"

Marsha terkejut. Bagaimana Tsukiko tahu? Siapa yang beritahu?

"Aku sedih sangat bila dapat tahu kau dera dan bunuh seorang budak. Tapi polis tak tau pun," sambung Tsukiko lagi.

Marsha hampir terkencing.

"Kau sorok mayat budak tu dalam dinding kan? Kau simenkan dia,"

Apa yang dikatakan Tsukiko semuanya betul. Oh my. Kantoi.

"Aku tak suka budak mati disebabkan dia dibunuh,"

"Aku dapat rasakan kesedihan dia setiap hari,"

Marsha melihat lif. Baru tingkat 13? Marsha berasa lif bergerak lambat ketika ini.

"Kenapa tengok atas? Tak sabar nak turun? Atau...Kau takut?" psiko Tsukiko.

Marsha menelan air liurnya berkali-kali. Jantungnya berdegup kencang.

12...11...10

Marsha mengira di dalam hati. Ketakutannya makin terserlah di raut wajahnya.

"Marsha," Tsukiko bersuara semula.

Marsha hanya mendengarnya.

"Aku benci pembunuh budak,"

Tsukiko mengeluarkan pisau dari dalam bajunya. Marsha menjerit ketakutan!

"Aaarrrrghhh!!"

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience