Hanis merebahkan tubuh pada katil yang empuk itu. Sesekali dia menghela nafas ringan pada ruangan bilik tersebut. Penat yang dirasakan semakin lama semakin menghilang apabila keselesaan membungkus dirinya. Seharian membanting tulang mengurus hal-hal berkaitan Cafe tersebut. Semakin hari semakin ramai pelanggan yang datang berkunjung pada cafe tersebut. Terutamanya, pada sesi petang. Namun, itu semua rezeki. Tiada apa yang perlu diprotes.
Posisinya yang terlentang di ubah menghadap dinding sebelah kiri. Fikiran pasal kerja sudah hilang, muncul pula nama seorang Haiqal Jason di ruang fikiran. Entah mengapa dirinya asyik memikirkan lelaki itu. Ya, seminggu lebih lagi lelaki itu akan pulang. Urusan di sana hampir selesai dengan jayanya. Rasa tidak sabar pula mahu berjumpa dengan majikannya.
Masa seminggu itu cukup lama, tapi dirinya tidak dapat mengawal debaran jantungnya apabila teringatkan kata-kata Jason sewaktu mereka berhubung semalam.
“Tak lama lagi aku balik. So, kau ingat tak, aku ada kejutan nak bagi kau?”
“Mestilah saya ingat. Saya tunggu tuan balik je ni, nak claim kejutan tu...”
“Kejutan ni luar biasa. I want you to be ready. Risau pula kena serangan jantung ke, pengsan ke...” ujar Jason di dalam talian dengan nada yang serius.
“Elleh, Tuan sebenarnya nak melamar saya, kan?” tak pasal-pasal soalan itu keluar daripada mulut Hanis semalam. Entah kenapa mulutnya boleh terlepas cakap.
“What do you mean, Princess?” Tanya Jason berpura-pura tidak memahami maksud wanita itu.
“Ta-tak delah, saya dapat info dari Datin Jumira. Tuan suka saya ke?”
Kedengaran hembusan nafas Jason pada ketika itu. Agak lama juga Hanis menunggu jawapan.
“Tuan?”
“So... kau dah tahu lah? Aduh... lupa pula suruh mama rahsiakan benda ni,”
“Yes, aku suka kau. Sebenarnya, inilah kejutan aku nak bagi dekat kau. Tapi, semua dah bocor. Tak pelah, kau tunggu jelah hantaran daripada aku,” tambahnya lagi.
“Kenapa tuan tak cakap awal-awal? Maaflah. Sebenarnya, saya dah ada kekasih hati. Jadi, saya rasa...”
“Tak payah nak menipu. Kalau ya pun ada, let's make this as a competition. Siapa cepat, dia dapat dan dia menang.” garang nada Jason kedengaran.
“Ala, tuan dekat Vietnam, kekasih saya tu dekat je. Entah-entah, tuan dah balik, saya dah sah jadi isteri dia.”
“Lepas ni, aku call mama minta masuk meminang kau untuk aku. Bagitahu boyfriend kau, bersiap sedia untuk kalah...”
Begitulah perbualan mereka semalam. Sampai saat ini, Hanis tak habis-habis tergelak mendengar setiap jawapan yang di beri oleh lelaki itu. Saja dia nak cabar kesabarannya. Sedang melayani perasaannya, tiba-tiba dirinya dikejutkan dengan ketukan pintu dari luar rumah.
“Ya, sekejap...” kata Hanis. Terhegeh-hegeh dia menghampiri pintu utama. Pintu di buka dan menunjukkan susuk tubuh Atiqah bersama Jayden sedang berdiri di sana. Belum sempat dirinya melakarkan senyuman, badannya di tolak kasar sehingga membuatnya sedikit terundur ke belakang.
“Atiqah?” Hairan melihat tingkah kasar rakannya itu, seolah-olah sedang menahan letupan amarah di dalam diri. Mata Hanis beralih ke arah Haiqal Jayden yang sedang melangkah masuk serta menutup pintu. Kelihatan lelaki itu senyap dan tampak sangat serius.
“Korang ni kenapa? Ada masalah?” tanya Hanis, ragu-ragu. Tak pernah melihat wajah kedua pasangan itu tegang sebelum ini. Apa hal?
“Aku tak sangka ada kawan serupa binatang macam kau, Hanis. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?” Suara Atiqah mula kedengaran setelah lama berdiam diri. Jelas nadanya marah serta menahan tangisan daripada pecah.
Dahi Hanis berkerut. Terpempan mendengar kata-kata Atiqah sebentar tadi. Hatinya bagai dilempar batu berapi. Panas dan sakit! Sepanjang mereka berkawan, tiada satu pun kata-kata kasar dikeluarkan untuk dirinya.
“Ni... Apa semua ni, Hanis? Apa semua ni?!” suara Atiqah melenting memenuhi segenap ruangan. Kotak kecil yang berada di dalam begnya dikeluarkan lalu dibaling tepat ke arah Hanis. Isi di dalam kotak itu bertaburan di atas lantai di mana ia mengandungi tanah, serpihan kayu, kain putih dan kuning serta gambar Atiqah dan Jayden. Mulut Hanis semakin berat untuk berkata-kata.
“Kenapa kau diam? Terkejut? Eh, aku lagi terkejut lah sebab aku tak sangka, orang yang aku anggap seperti saudara sendiri sanggup nak sihirkan aku. Kenapa, Hanis. Kenapa?!” Badan Hanis digoncang dengan kasar. Air mata Atiqah sudah bekerja tanpa sebarang gaji. Luruh hatinya saat mengetahui perkara itu. Kecewa, sedih dan marah semua bercampur aduk.
Petang tadi, tergerak hati Atiqah untuk membersihkan halaman rumahnya sehinggalah dia terjumpa kotak tersebut. Dalam keadaan ingin tahu, dia terus membuka kotak itu. Jantungnya berdegup kencang lebih-lebih lagi melihat gambarnya bersama Jayden di situ. Sangat mengejutkan apabila mereka berdua melihat daripada rakaman CCTV.
Dalam rakaman tersebut, sebuah motosikal serupa dengan motosikal yang digunakan oleh Hanis berhenti tepat di depan pagar mereka dan melontar kotak tersebut di dalam pagar rumahnya.
“Kau kejam, Hanis! Kau lah syaitan bertopengkan manusia!”
“Aku tak buat semua tu, Atiqah. Buat apa aku nak sihir kau? Apa aku dapat?” akhirnya Hanis bersuara cuba mempertahankan diri. Dia berdiam bukan bermakna dia salah. Cuma, dia terkejut dengan tuduhan ini. Sangat-sangat terkejut.
“Aku nampak kau lah, Hanis! Rumah tu ada CCTV, kau tahu? Apa? Kau nak tuduh orang lain? Aku berkawan dengan kau dah lama. Semua gerak gerik kau aku tahulah! Dasar Syaitan!”
“Tak, tak. Bukan aku. Mesti ada orang lain yang tak puas hati dengan kau... Bukan aku, Atiqah. Percayalah,” laju kepala digeleng. Bersungguh-sungguh untuk meraih kepercayaan rakannya itu.
“Kau lah tak puas hati dengan aku! Tujuan kau hantar benda haram ni sebab nak porak-perandakan rumah tangga aku, kan?! Hati kau busuk, hitam! Memang patut Aidil ceraikan kau!”
“Atiqah!” Berombak dada Hanis mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh wanita itu. Matanya mula berkaca-kaca.
“Kau tak percaya aku? Sumpah demi Allah, aku tak pernah buat benda ni. Tolong percaya...” rayunya. Tangisnya sudah pun pecah.
Atiqah menatap dengan sinis. “Semua sudah jelas, Hanis. Aku tak percaya dengan kau. Kau dengar perkataan aku baik-baik. Aku menyesal kawan dengan kau. Mulai saat ini, kau bukan lagi sahabat aku. Ini kali terakhir, aku tengok muka kau. Awak... jom kita pergi,” ujar Atiqah sebelum menarik lengan suaminya untuk beredar dari situ.
Dunia Hanis hancur lagi. Seperti panahan petir yang menyambar menghancurkan dunianya. Air mata semakin deras mengalir tanpa ada petanda untuk berhenti. Atiqah yang dianggap sahabat telah meleraikan ikatan persahabatan yang mereka telah bina bersama. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah kira-kira kehidupannya saat ini.
Hanis tersedar dari lenanya. Baru perasan dia terlelap satu malam di ruang tamu. Barang yang dianggap 'sihir' itu masih lagi bertaburan di atas lantai. Laju saja Hanis membersihkan lalu di buang. Selepas itu, dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh. Kemudian. dia bersiap-siap untuk pergi kerja. Biasanya. Rendi menjemputnya sekitar pukul 7 pagi.
Tepat tekaan Hanis. Rendi datang tepat pukul 7. Seperti biasa, Rendi akan membuka pintu kereta untuk dirinya.
“Cik Hanis ada masalah ke? Lain macam saja wajah saya tengok. Tak seceria seperti selalu,” tegur Rendi. Hanis hanya tersenyum hambar. Betullah tekaan lelaki itu. Dia sedang bergelut dengan masalah di mana dia sendiri masih buntu untuk mencari penyelesaiannya. Perlahan-lahan kepala digeleng sebelum menjawab.
“Tak adalah. Cuma, saya rasa tak sedap badan aje,” dalih Hanis.
“Kalau macam tu, Cik Hanis tak perlulah turun kerja. Tuan Jason pun ada pesan dekat saya, kalau Cik Hanis tak sihat, jangan turun kerja. Jangan paksa diri,”
“Tak pe. Nanti sihatlah ni. Awak jangan memandai nak bagitahu tuan Jason. Saya okay aje,” balas Hanis. Rendi hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Saya nak Chocolate Milkshake satu,” ujar salah seorang pelanggan yang baru saja menjejakkan kaki di dalam Cafe tersebut. Kebetulan juga, Hanis menjaga kaunter Cafe tersebut. Kehadiran pelanggan tadi langsung tidak disedari. Fikirannya sedang melayang-layang jauh.
“Akak nak Chocolate Milkshake? Sekejap ya,” suara Mariam memecahkan benteng lamunan wanita itu.
“Hanis, kau alright tak alright ni? Macam ada masalah je. Atau kau sakit? pergilah rehat kejap,” kata Mariam penuh prihatin. Dari tadi lagi dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada diri wanita itu.
“Aku rasa tak sedap badanlah,” dalih Hanis.
“Dah tu, pergilah rehat. Biar aku jaga kaunter Cafe ni. Dah, pergi sana.” Mariam mendorong lembut badan Hanis keluar dari kawasan kaunter Cafe. Hanis akur saja. Mungkin betul kata Mariam, dia perlu berehat sekaligus menenangkan fikiran yang bercelaru. Sepatutnya, masalah peribadi tidak boleh di bawa ketika bekerja kerana ia akan mengganggu tumpuan. Ya, itulah dihadapi olehnya saat ini. Semua kerja dibuat serba tidak kena. Dia melepaskan keluhan sebelum meneguk segelas air putih.
“Mana Hanis?” tiba-tiba satu suara menerpa gegendang telinga. Keras nada suara itu kedengaran.
“Dekat ruangan rehat...” Mariam menjawab.
“Kau buat apa dekat sini?!” soalnya sebaik sahaja melangkah masuk di dalam ruangan rehat itu. Tajam pandangan yang diberikan kepada Hanis.
“Da-Datin...”
****
Ish, tak habis-habis Hanis kena tuduhan ! ( Happy reading everyone hehe <33 )
Share this novel