BAB 12

Romance Completed 20321

“Durrah, tolonglah dengar apa yang abang nak cakap. I’m begging you!”

Rayuan Imtiyaz pada mulanya dipandang sepi namun dengan terpaksa dia memberhentikan langkahnya. Beg kertas yang dibimbit digenggam kemas. Air muka dikawal sebaik mungkin. Kecilnya dunia ini hinggakan dia boleh bertemu dengan Imtiyaz di pusat membeli-belah ini. Durrah menghembuskan nafasnya perlahan dengan kepala yang digelengnya perlahan. “Kita dah tak ada apa-apa hubungan sekarang. Harap awak faham. Saya minta maaf tapi saya kena balik sekarang. Saya pergi dulu,” ujarnya.

“Sayang, abang masih sayangkan sayang! I really love you,” luahnya.

Durrah menoleh sekilas. “Kalau awak sayangkan saya, awak tak akan ceraikan saya ketika saya mengandungkan anak kita. Kalau awak cintakan saya, awak tak akan sesekali biarkan saya melahirkan anak seorang diri di dalam bilik bersalin. Awak tak temankan saya pun! Awak sanggup biarkan saya keseorangan, kan? Itukah yang awak namakan sayang? Itukah yang awak kata cinta?” balasnya sedikit geram. Cintakah itu? Sayangkah itu namanya?!

Imtiyaz tergamam. “Sayang, abang boleh jelaskan semuanya. Percayalah!”

“Untuk apa? Untuk suruh saya kembali kepada awak? Tak! Saya tak nak.”

“Tapi abang betul-betul menyesal, sayang. Abang nak bina semula masjid yang telah abang runtuhkan dengan tangan abang sendiri. Abang tahu apa yang abang buat ni salah dan telah melukakan hati sayang. Tapi abang memang perlukan sayang di dalam hidup abang. Terimalah abang, sayang. Abang akan bahagiakan Durrah! Abang akan buat apa-apa sahaja untuk Durrah!” yakinnya.

Hampir runtuh tembok keegoan yang cuba dibina oleh hati. Kasar Durrah menghembuskan nafasnya dengan mata yang dipejamkan. Wajah Imtiyaz untuk kesekian kalinya dipandang. “Cukup. Cukuplah dengan semua ni, saya tak boleh nak terima awak untuk kali yang kedua. Mungkin betul; semua orang itu layak mendapat peluang kedua tapi untuk apa saya perlu berikan awak peluang lagi? Awak dah tinggalkan saya. Awak buang saya, anggap saya ni macam… sampah!”

“Tapi abang terpaksa, sayang! Ini semua kehendak ibu abang.”

“Jadi turutkanlah kehendak ibu abang tu. Anak lelaki mesti dengar cakap ibu kerana syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu,” sebak Durrah bertutur. Sepatutnya Imtiyaz perlu redha dengan percaturan Allah. Mungkin ada sebab-sebabnya dia dan Imtiyaz terpaksa berpisah. Sepatutnya Imtiyaz bersyukur kerana masih mampu berjasa kepada ibunya yang masih hidup sedangkan dia? Dia langsung tidak punyai saudara-mara terdekat. Arwah datuk dan nenek meninggal dunia ketika dia masih kecil dan arwah ibu bapanya pula pergi beberapa hari sebelum majlis pernikahan di antara dia dan lelaki itu berlangsung. Dia tiada tempat untuk mengadu.

“Imtiyaz… kalau awak sayangkan saya, tolong sayangkan isteri awak tu.”

“But I really need you, and I miss you so much. I can’t imagine my life without you by my side. I’m sorry, I’m so so sorry for letting you go but I did it for a reason. I still love you, sayang,” rayuan demi rayuan dibuat dek lelaki itu. Julia tidak sama seperti Durrah. Biarpun hati masih mampu menerima Julia di dalam hidupnya namun masih ada sisa-sisa cinta buat Durrah. “Can’t you just give me a chance?”

Durrah menggeleng.

“Minta maaf tapi saya tak sekuat besi untuk terluka lagi. Anggap sahajalah kita berdua ini tiada jodoh dan Allah akan berikan hikmahNya kepada kita. Setiap aturan dan percaturan manusia itu ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Siapa saya untuk menolak? Siapa saya untuk membantah dan melawan takdir Allah? Saya mengaku saya sedih dan saya marah tapi kalau saya belajar untuk redha, In Shaa Allah Dia akan gantikan semua ini dengan yang lebih baik.”

Diam. Imtiyaz terkesima. “Durrah…”

“Awak jangan mengejar sesuatu yang tak akan dapat untuk dicapai dan jangan meninggalkan sesuatu yang sudah ada di dalam genggaman awak. Saya doakan agar awak bahagia dengan isteri baharu awak, Imtiyaz. Saya tumpang gembira dengan kebahagiaan awak berdua. Lagipun, hati saya sudah dicuri untuk kali yang kedua…”

Ayat terakhir Durrah membuatkan Imtiyaz tersentak. Adakah…?

“Doakan kebahagiaan saya pula,” lembut Durrah menamatkan kata-kata dan kemudian dia mengucapkan salam sebelum beredar pergi. Imtiyaz termenung sejenak memikirkan kata-kata Durrah yang kedengaran ringkas tetapi amat dalam maksudnya. Nama seseorang meluncur laju di kotak memori. Telefon bimbit dikeluarkan lantas nombor telefon seseorang didail tanpa berlengah.

“Helo, ini Imtiyaz. Kau ni… kawan Durrah, kan? We need to talk.”

‘Abang faham, Durrah. Abang faham tiada istilah ‘peluang’ bagi abang di dalam kamus hidup Durrah, betul tak? Tapi izinkan abang untuk tebus kesalahan lalu abang dengan melihat Durrah bahagia dengan si dia…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience