BAB 1

Horror & Thriller Completed 5203

‘Dia buat hal lagi!’

Bunyi derapan kaki semakin lama semakin jelas kedengaran. Setiap langkah bergema seakan menghampirinya. Alisya yang sedari tadi tekun menelaah pelajaran mulai merasa bagai ada tak kena, sesekali bulu romanya merinding. Dalam hatinya mulai bimbang. Malam itu hanya tinggal dia yang masih menginap di aras asramanya itu dek kerana dia masih mempunyai satu peperiksaan lagi. Sudahnya dia tiada pilihan lain melainkan gagah memberanikan diri iuntuk tinggal sendiri, manakala rakan sebiliknya telah pun pulang ke kampung petang tadi. Hujan renyai diluar kedengaran sayup-sayup menambahkan lagi suasana seram malam yang kelam itu.

Dup dap Dup Dap..

Semakin lama bunyi derapan itu semakin kuat dan seakan menghampiri biliknya. Jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Alisya cuba menenangkan dirinya. Walaupun hakikatnya dia sudah merasa cemas. Matanya meliar melihat disekelilingnya dan matanya terhenti kearah pintunya. Tombol pintunya seakan sedang dipulas oleh seseorang. Peluhnya mula memercik keluar. Badannya mula rasa seram sejuk.

Alisya semakin takut. Ruang bilik yang sempit itu tidak mampu melarikannya ke mana-mana. ‘ Ya Allah lindungilah aku.’ Desis hati Alisya. Pintu biliknya terbuka perlahan-lahan dan seseorang memasuki biliknya dengan berpakaian serba hitam.

“Tidak! Tidak mungkin, tolonglah! Bukan aku! Bukan aku! Pergiiii! Jangan ganggu aku!

Air mata Alisya merembes keluar, peluhnya semakin membasahi wajah. Dia berdiri lemah di hadapan seseorang yang berbaju hitam itu. Tubuhnya seakan seorang lelaki. Dia menegenakan jaket kulit hitam, seluar jeans hitam, bertopeng dan juga bersarung tangan hitam. Ditangannya kelihatan dia sedang memegang sebilah pisau. Nampaknya lelaki ini ingin membunuh Alisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience