Bab 5

Vampire Series 4580

“ Cealyn ! ”

Perlahan-lahan aku membuka mataku . Dan disaat mata aku terbuka , dapat aku lihat seorang lelaki sedang menggoncang tubuh badan aku yang sudah terbaring di dalam dakapannya .
Bahagian belakangku terasa amat perit . Seolah-olah ada luka yang dalam di belakangku .

“ Cealyn ! Jangan tinggalkan aku ! ”

Lelaki itu tidak berputus asa menggoncang tubuh badan aku yang sudah terbaring lemah . Dapat aku lihat matanya yang jelas terpancar sebuah kesedihan apabila melihat aku yang sudah nyawa-nyawa ikan .
Hanya matanya saja yang mampu aku lihat dengan jelas . Manakala yang lain hanya samar-samar .
Lelaki itu juga tidak berputus asa untuk meraung nama seorang gadis yang sentiasa muncul di dalam mimpi aku .

“ Cealyn ! Bangun ! Please !! ”

Lelaki itu meraung lagi . Tapi aku pelik , nama aku bukan Cealyn . Dan aku tak pernah alami situasi ni selama aku hidup .
Tiba-tiba semuanya menjadi semakin gelap , suara lelaki itu juga sudah semakin tidak didengari . Apa semua ni ? Adakah ini sebuah situasi dimana seseorang akan menghembuskan nafas terakhir ?
Tapi siapa ?

“ Kak Lyn !! Bangun !! ”

Mataku serta merta terbuka luas . Aku terjaga dari lenaku saat terdengar jeritan Emelya .

“ Hah bangun pun . ” kata Lya . Sudah berapa kali dia memanggil nama Emelyn namun tidak juga dia terbangun .

Aku meraup wajahku . Apa semua tu ? Mimpi kah ? Atau memori ?
Kenapa Cealyn selalu masuk mimpi aku ? Siapa lelaki tu ?

“ Kak Lyn mimpi apa tadi sampai nangis bagai ? ”

Nangis ? Aku memegang mataku sendiri . Sejak bila aku nangis ?
Apabila tanganku sudah memegang mata sendiri , dapat aku rasakan mata aku sedang berair . Memang betul ! Aku menangis ke tadi ?
Uish ! Dasyat betul mimpi aku tadi . Adakah patut mimpi macam tu . Tapi , kenapa aku macam pernah rapat dengan lelaki tu ?

“ Kak , aunty Casey ngan uncle Roan datang . ”

Aik ? Siapa pula yang datang awal-awal pagi macam ni ? Tetiber je .
Emelya yang perasan akan kerutan di dahi kakaknya terus mengeluh .

“ Parents Noah . ” kata Lya lagi .

What ?! Apa diorang buat dekat sini ?!

••••

“ Tak sabar rasanya nak berbesan dengan Anne ni . ” kata Casey sambil tersenyum lebar .

“ Itu lah , tak sangka pula yang kita akan berbesan kan Lucas . ” kata Roan pula sambil menepuk-nepuk bahu Lucas .

Terasa bahagia sungguh jika mereka berbesan . Bukan apa , diorang memang kawan rapat . Cuma anak-anak diorang tu saja yang tak suka berkawan .

“ Haih , mana pula si Emelyn ni . ” kata Anne perlahan . Tak kan lah sampai sekarang masih tidur .

“ Hah tu dia . Panjang umur . ” kata Casey sambil memandang ke arah tangga .

Semasa aku menuruni tangga , semua mata memandang ke arahku . Apa ? Ingat aku artis ke nak pandang lama-lama .

“ Hai aunty , uncle . ” sapa aku sambil tersenyum mesra . Yalah , tak kan nak bagi wajah mendung dekat diorang kan ?

“ Call me mom . You're going to be our daughter-in-law right ? ” kata Casey sambil tersenyum lebar .

Terus mati senyumanku saat dia mengatakan tentang perkara itu . Aku belum cakap ya lagi kan ? Ni mesti papa punya kerja . Ugh !

“ Lyn ? What's wrong ? ” soal Roan apabila perasan akan perubahan wajah Emelyn .

“ Macam ni uncle .. ”

Sempat aku melirik ke arah dia , si bapa naga . Dia memandang aku dengan tajam sekali . Seolah-olah dia berkata ‘ kau jangan malukan aku ’ .
Macam tau tau je apa yang aku nak cakap kan ? Ah ! Aku peduli apa ! Dah kau tak bagitau aku tentang perkara ni .

“ Lyn harap uncle dengan aunty boleh batalkan niat nak kahwinkan Lyn dengan Noah . ” kataku perlahan .

Suasana menjadi sepi buat seketika . Aik ? Dah kenapa tiba-tiba jadi sunyi ni ?
Aku tengok muka aunty Casey ngan uncle Roan berubah . Macam terkejut pun ada , marah pun ada .

“ But why honey ? Noah ada buat salah dengan Lyn ke ? Kalau ada , Lyn cakap . Uncle akan ajar si Noah tu . ”

HaHaHa ! Kalau boleh nak saja aku cakap yang si Noah tu selalu malukan aku dekat sekolah dulu . Tapi tak apa lah , benda dah lepas kan .
Tapi aku belum lupakan perkara tu tau !

“ Noah tak buat apa-apa pun aunty . Cuma Lyn belum berhasrat nak kahwin . Lyn harap aunty dengan uncle boleh faham ? Lagi pun Lyn rasa Noah ada pilihan lain . Maafkan Lyn sebab hampakan permintaan semua . Lyn minta diri dulu . ” kataku lalu melangkah menuju ke bilik .

Aku tak sanggup nak hadap muka kecewa diorang . Tapi aku lagi tak sanggup nak kahwin dengan si Noah . Mimpi ngeri ui .
Sepanjang hari ni biarlah aku mereput kat bilik dulu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience