Kehidupan Ziana kini telah berubah dari gadis kampung kepada golongan berada. Duit hasil dia menjadi “Sugar Baby” di habiskan untuk merawat badannya, ke rawatan spa dan dandanan rambut agar kelihatan cantik pada pandangan Remy. Ziana tidak pernah bertanya tentang latar belakang Remy melainkan Remy sendiri ingin menceritakannya. Remy pun selesa dengan Ziana kerana sefahaman dan ada persamaan. Ziana sudah kurang pergi berlakon, banyak masanya dihabiskan dengan membeli belah dan melayani Remy. Dia gemar pamirkan kekayaan yang dia peroleh di media sosialnya. Mencipta publisiti murahan memang kepakarannya sejak dahulu lagi. Remy tidak kisah jika Ziana bersikap seperti itu kerana Ziana pandai melayan Remy di ranjang. Lelaki sebenarnya manja seperti anak kecil dan Ziana melayan kerenah dan keperluan Remy. Remy tidak pernah dilayani oleh isterinya. Isteri Remy memang cantik cuma kuat bersosial. Tidak seperti isteri-isteri zaman dahulu sentiasa patuh pada suami dan berbakti pada suami juga menjaga keperluan suami.
BERSAMBUNG
Share this novel