PROLOG

Drama Completed 66585

Kayuhan basikal semakin laju.Jam tangan yang sedikit lusuh membaluti pergelangan tangannya dilirik seimbas lalu.

"Kak,tunggulah!Kenapa laju sangat ni?"

Terdengar jeritan suara dari arah belakang.Kayuhan basikalnya diperlahankan.Afiq mengayuh basikalnya sedikit laju agar seiring dengan kayuhan kakaknya.

"Cepatlah,nanti kalau lambat abah marah kita!"

"Ala...bukan kita sengaja lambat pun.Cikgu yang lepaskan kita lambat.Kalau arwah atok masih adakan bagus.Selalu hantar dan ambil kita balik dari sekolah.Tak macam sekarang."

Iris Qarissa memberhentikan kayuhan basikalnya.Brek tangan ditarik.Afiq turut melakukan hal yang sama.

"Allah lebih sayangkan atok.Sekarang ni kita kenalah pandai berdikari sendiri.Mak dan abahkan sibuk cari duit.Dahlah,jom.Kesian mak sorang-sorang buat kerja.Nanti kalau lambat abah marah pula."

Mereka kembali mengayuh basikal menuju pulang ke rumah.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam.Kakak,Afiq,cepat tolong mak.Mak dah lambat ni.Kejap lagi abah balik ambil mak.Kalau dia nampak mak tak siap lagi habis bising mulut dia."

"Baik,mak."

Iris Qarissa dan Afiq menukar pakaian sekolah mereka.Kaki diatur ke arah dapur.Tangan dicuci bersih.Iris Qarissa dan Afiq mula melakukan tugas harian mereka seperti biasa.

Usai memotong kuih-kuih di dalam loyang,kuih-kuih yang sudah siap dipotong dimasukkan ke dalam bekas lain untuk dibawa ke gerai.Pelbagai jenis kuih-muih yang sudah siap dimasak turut dipindahkan ke dalam bekas.

"Kakak tolong mak siapkan semua.Mak nak bersiap ni.Nanti jangan lupa masak nasi dan lauk untuk adik-adik."

"Baik,mak."

Melati menyusun langkah ke arah bilik.Iris Qarissa dan Afiq segera menyiapkan tugas mereka.Bekas yang sudah siap berisi kuih dimasukkan pula ke dalam plastik besar.

Selang beberapa minit,kedengaran bunyi deruan motor masuk ke perkarangan rumah.Iris Qarissa dan Afiq melajukan langkah sambil membawa plastik besar yang sudah siap berisi bekas-bekas kuih di dalamnya.Lalu diserahkan kepada bapa mereka,Bahar.

Melati bergegas keluar dari rumah.Punggungnya dilabuhkan di atas motor.Baki bungkusan plastik yang ada di tangan Afiq diambil.Lalu diletakkan di atas kedua belah pehanya.

"Mak,abah pergi dulu.Nanti jangan lupa pesanan mak.Pintu jangan lupa kunci.Jangan nak merayap."

"Baik,mak.Abah,hati-hati."

Bahar hanya mengangguk kecil.Wajahnya langsung tidak beriak.Motornya mula bergerak keluar dari perkarangan rumah.Iris Qarissa dan Afiq terus masuk ke dalam rumah.Pintu rumah dikunci.Loyang-loyang kuih dan barang-barang membuat kuih dibawa ke singki.Afiq membantu Iris Qarissa membasuh barang-barang tersebut.Manakala Iris Qarissa pula mula melakukan tugas memasak.

Usai menyiapkan tugas,Afiq mengatur langkah membersihkan diri.Iris Qarissa menyiapkan makanan buat adik-adiknya.Nasi putih,sayur bayam masak air dan ikan goreng menjadi menu mereka hari ini.

"Kak,Esya lapar.Akak dah siap masak ke?"Sapa kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun itu.

Bibirnya melengkung senyum.Iris Qarissa menyedok nasi ke dalam pinggan,lalu disua kepada adik bongsunya itu.

"Esya makan dulu.Akak nak mandi dan solat.Nanti lepas siap makan,tolong akak kemas dan basuh pinggan tu.Boleh?"

Lembut sahaja nada suara Iris Qarissa.Rambut Esya diulus lembut.Esya hanya mengangguk sambil tangannya laju menyuap nasi ke dalam mulut.

"Esya,makan jangan gelojoh.Makan perlahan-lahan.Akak masuk bilik dulu."

Iris Qarissa terus mengatur langkah ke arah bilik.Tuala yang tersidai diambil,lalu dibawa masuk ke dalam bilik air.

Usai bersiap,Iris Qarissa keluar ke arah ruang tamu.Baju-baju yang sudah kering diambil daripada dalam bakul dan dilipat.Afiq dan Esya tekun membuat kerja sekolah mereka.

"Kak,bukan ke hari ni kawan akak ada buat majlis dekat rumah dia?Akak tak pergi ke?"

Terbit keluhan kecil di bibir Iris Qarissa.

"Afiq,macam mana akak nak pergi,kalau abah tak bagi."

"Akak tak tanya lagi.Mana tahu abah baik hati nak bagi akak keluar."

"Akak kenal abah tu.Sekali dia cakap,kena ingat sampai bila-bila.Dahlah,sambung buat kerja sekolah tu.Minggu depan dah periksakan?"

"A'ah.Stresslah kak.Nanti kalau tak dapat keputusan yang baik mesti kena marah dengan abah."

"Sebab tu kena rajin ulangkaji.Abahkan nak yang terbaik untuk kita.Takkan Afiq nak hidup susah sampai besar.Akak nanti kalau dah bekerja,ada duit sendiri,akak nak beli macam-macam.Akak nak simpan duit.Nak bantu mak dan abah.Kalau boleh akak tak nak mak jual kuih lagi.Akak kesian dengan mak.Yalah,gaji abah mana cukup.Kalau abah ada kerja baru dia ada duit.Kalau tak,kena harapkan duit jualan kuih mak jelah."

Afiq menghela nafas panjang.Riak wajahnya mendung.

"Afiq,kenapa muram tiba-tiba?Afiq ada masalah ke?"

"Kak,bulan depan sekolah kitakan ada buat lawatan sambil belajar.Kawan-kawan Afiq semuanya pergi.Tapi....Afiq takut nak minta duit dekat abah.Akak pun tahukan abah tu macam mana.Lagi-lagi bab duit.Nak minta mak,tak sampai hati."

"Afiq nak pergi ke?Berapa kena bayar?"

"Lima puluh ringgit.Tak apalah.Kalau tak ada duit,Afiq tak pergi pun tak apa."

Bahu Afiq disentuh lembut.

"Nanti akak bagi duitnya."

Mata Afiq bersinar-sinar.Wajahnya yang muram kembali ceria.

"Betul ke,kak?Tapi...mana akak nak dapat duit?"

Iris Qarissa senyum segaris.Tangannya kembali melipat baju.

"Akak...Afiq tanya ni.Mana akak nak dapat duit tu?"

Lengan Iris Qarissa digoyangkan.

"Duit simpanan akaklah.Mak setiap hari bagi kita duit belanja.Akak tak belanjakan pun.Duit tu akak simpanlah."

"Ooh...baguslah akak ni.Untung Afiq ada kakak macam akak ni.Tak macam abang Airil tu.Tahu habiskan duit mak abah je."

"Ishk,tak baik cakap macam tu!Airil tukan duduk dekat asrama.Mestilah banyak pakai duit.Bukan dia saja-saja minta duit dekat mak."

"Yalah tu.Akak macam tak kenal abang Airil tu,boros.Ingat mak dan abah tu orang senang ke? Buat macam diorang tu mesin ATM.Bila nak duit minta je.Mak abah pun manjakan sangat dia tu.Kalau kita minta duit kena dengar tazkirah dulu baru dapat.Untung dapat,kalau tak,dapat sakit telinga je."

Afiq menarik muncungnya.Ketawa Iris Qarissa meletus tatkala mendengar bebelan adik lelakinya itu.

"Ada-ada je Afiq nilah.Dah,siapkan kerja tu.Lepas tu tolong akak angkat baju-baju yang dah lipat ni.Esya pun sama.Tolong abang Afiq.Akak nak pergi masak untuk makan malam."

"Baik,kak.Tapi nikan awal lagi?"

"Akak nak siapkan kerja sekolah akak juga.Banyak yang akak kena buat.Bila dah siap masak awal senang.Nanti tinggal panaskan je lauk-lauk tu.Sebelum mak balik nanti,akak masak nasi je."

"Ooh...ok,kak.Kejap lagi kitorang buat.Kitorang siapkan kerja sekolah ni dulu."Esya pula mencelah.

Iris Qarissa mengatur langkah ke arah dapur.Peti sejuk dibuka.Jari-jemarinya dibawa mengetuk dagu.

"Apa aku nak masak untuk makan malam ni?"

Bekas berisi daging ayam dan kacang panjang diambil,lalu dibawa ke singki.Iris Qarissa mula melakukan tugas memasaknya.

***************

"Eh,Iris.Kau rasa kau dapat tak panggilan ke universiti tu?"

"Ntah.Aku tak mengharap sangat.Keputusan aku tak sebaik kau."

"Kenapa kau cakap macam tu pula?Keputusan SPM kau pun ok juga.Kalau kau dapat offer tu,kau pergi tak?"

"Tak kot."

Pandangannya dibuang ke arah manusia yang lalu lalang di hadapannya.Zahrah memandang wajah Iris Qarissa sambil berkerut kening.

"Kenapa pula?Kau dah penat-penat belajar, takkan nak sia-siakan macam tu je.Mesti mak abah kau bangga kalau kau dapat sambung belajar."

"Aku nak kerja.Aku nak cari duit sendiri.Aku tak nak susahkan diorang lagi.Aku sendiri nampak penat lelah diorang cari duit untuk aku dan adik-adik aku.Biarlah kali ni,aku pula yang tanggung diorang.Adik aku,Airil tu.Banyak nak pakai duit.Kalau aku sambung belajar,bertambah beban mak abah aku."

Zahrah mengeluh kecil.Bahu sahabat baiknya disentuh lembut.

"Tapi kalau kita sambung belajarkan kita dapat biasiswa,boleh dapat pinjaman.Duit tu kau buatlah untuk pelajaran kau."

Zahrah cuba memberi semangat.

"Taklah,Zahrah.Aku tetap dengan keputusan aku.Aku tak nak sambung belajar.Nanti kalau aku ada duit,aku sambunglah belajar.Buat masa ni,aku nak bantu mak abah aku je.Kau pun tahu.Keluarga aku bukan senang macam kau.Kitorang ni biasa-biasa je.Kalau abah aku ada kerja,berduitlah kami.Kalau tak ada,harapkan duit jualan kuih mak aku je.At least,kalau aku kerja,aku dapat tolong diorang.Biarlah adik-adik aku yang sambung belajar."

Zahrah menghela nafas panjang.Wajah sahabat baiknya ditatap.

"Ikut suka kaulah.Aku cuma mampu beri nasihat je.So,bila kau nak start cari kerja?"

"Esok.Aku dah minta tolong jiran aku bawa aku cari kerja dekat pekan tu.Kata dia ada satu stokis ni tengah cari pekerja.Mana tahu rezeki aku."

"Yalah.Kerja baik-baik.Nanti kau jangan lupa aku pula."

"In Syaa Allah,tak lupa.Aku doakan kawan aku yang sorang ni berjaya dan bakal bawa balik segulung ijazah satu hari nanti."

"Amin....."

"Oklah.Aku nak balik dulu.Apa-apa kau tahu nak cari aku macam manakan?"

Zahrah mengangguk laju.Mereka mula bersalaman.Iris Qarissa kembali mengatur langkah ke arah basikalnya.Lalu kakinya dibawa mengayuh basikal pulang ke rumah.

Share this novel

Naura
2023-07-31 14:14:02 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience