bab 34

Romance Series 423079

Lim memandang susuk tubuk lelaki itu atas dan bawah. Entah mengapa dia merasakan dia tidak sebulu dengan lelaki itu. Mel yang berada disebelahnya juga sudah merasa tidak tentu arah.

“Tak sangka jumpa dekat sini. Lama kita tak jumpa kan Mel?” soal lelaki itu dengan nada perli. Mel memandang Lim yang berada disebelahnya.

“Siapa ni?” tanya Lim apabila melihat Mel seperti tidak mahu bercakap.

“Ni…. ni Naz.” beritahu Mel ragu ragu. Naz pula tersenyum apabila dikenalkan.

“Ye aku Naz… kau?”

“Dia Lim.” jawab Mel laju tidak mahu lelaki itu berkenalan dengan lelaki itu.

“Tak sangka kan Mel you dah tukar taste… serba hitam macam ni.” perli Naz lagi. Lim yang sedar bahawa dirinya yang dikatakan itu memasukkan tangannya ke dalam poket.

“Much better.” jawab Mel perlahan namun dapat didengari oleh mereka.

“So you nak cakap yang lelaki ni boyfriend you ke Mel? Mel, I kenal you lah… You tak payah nak tipu I.” kata kata Naz itu memberi kesan kepada Lim. Lim mula tidak puas hati dengan lelaki itu. Mel pula mula tidak senang hati melihat wajah Lim berubah.

“Tak ada kena mengena dengan you… kitaorang ada hal, so please tepi sikit.” jawab Mel sambil menarik lengan Lim supaya Lim tidak membuat hal. Namun langkah Mel terhenti apabila Lim berhenti.

“Btw bro saja nak betulkan. Bukan Bf tapi future husband dia. Lagi sekali aku nampak kau kacau future wife aku, pecah muka kau aku buat. Jom sayang.” ajak Lim sambil meletakkan tangan ke atas bahu Mel. Otak Mel ketika itu seperti terputus saraf. Naz yang memerhati mereka membuat riak tidak puas hati.

“Bro asal kau diam je ni… kau okay tak?” tanya Andy apabila sejak tadi Fariz hanya mendiamkan diri. Mereka juga menyedari hal itu.

“Tak ada apalah. Aku okay.”

“Pasal baby tu kau tak payah fikirlah… nanti dia okaylah tu.”

“Sampai sekarang aku still tak faham dia. Patutlah aku dengan dia jodoh tak panjang.” jawab Fariz dalam nada kecewa.

“Kau jangan cakap macam tu… semua tu dah ditentukan. Kalau betul baby memang jodoh kau tetap dia jodoh kau.”

“Tapi aku selalu lukakan dia Dy…. kau nak ke adik sepupu kau selalu disakiti? Mesti kau nak yang terbaik untuk dia kan.” Andy tersenyum mendengar kata kata Fariz. Jujur betul apa yang Fariz katakan, dia memang menginginkan adik sepupunya bahagia.

“Aku rasa biarlah si Isac tu jaga Ayriz. Aku ni nama je pernah duduk sebumbung dengan dia tapi aku masih tak kenal dia sedangkan Isac tu tak sampai berapa minggu dah kenal Ayriz jenis macam mana.”

“Bro kalau kau sayang dia, jangan putus asa.” Sekali lagi Andy cuba memberi semangat kepada Fariz. Fariz hanya mendiamkan diri.

Malam itu, mereka berkumpul bersama untuk makan malam. Kejadian siang tu sedikit sebanyak membuatkan suasana menjadi tidak semeriah awal. Ayriz hanya dengan dunianya sendiri. Manakala Isac dan Fariz sedang berborak dengan saudara mara Ayriz.

“Ayriz… mummy duduk sini boleh?” soal mummy lembut ingin cuba memujuk gadis itu. Ayriz hanya diam kerana masih terasa dengan anaknya.

“Ayriz… Ayriz merajuk dengan mummy ye?” diam tidak berjawab dan membuatkan mummy tersenyum kerana sudah masak dengan perangai anakbuahnya yang manja.

“Ayriz, mummy minta maaf ye… mummy tahu mummy tak pandai didik anak perempuan mummy. Mummy dah cuba nasihat tapi tetap macam tu.” kata kata mummy membuatkan Ayriz sedikit sedih dan serba salah. Tahu salahnya bersikap kebudakkan kerana tidak bercakap dengan ibu saudaranya.

“Mummy….. jangan cakap macam tu. Mummy dah jadi mummy yang baik dah. Hal Ayriz dengan Sya biarlah kami settle. Mummy janganlah susah hati. Yang bergaduh dengan Ayriz, Sya.”

“Tapi….”

“No tapi mummy…” bantah Ayriz sambil menarik tangan ibu saudaranya. Bagaimanalah Ayriz tidak dimanjakan semua orang dah kalau Ayriz berperangai begini dengan semua orang.

“Mummy…. Ayriz nak tanya, Ayriz tamak ke mummy?”

“Tamak? Tamak apa pula sayang?” tidak mengerti dengan soalan Ayriz itu. Ayriz memandang ke arah Fariz dan Isac yang sedang berbual.

“Tu… Sya cakap Ayriz mainkan perasaan dorang.” Ayriz memuncungkan mulut menunjuk ke arah mereka. Mulanya mummy berkerut lalu tersenyum.

“Jadi tadi gaduh pasal diaoranglah?”

“Entahla mummy…. Ayriz dengan Isac berkawan tapi Ayriz sakit hati bila Sya cakap Sya ada perasaan dekat Isac… Fariz pula, Ayriz tak tahu perasaan Ayriz sekarang ni dengan Fariz…. Ayriz keliru.

“Sayang mummy…. sayang tak sedar ke sebenarnya saya dah jatuh hati dekat Isac… tapi dalam masa yang sama Ayriz masih nak tengok effort Fariz kan?”

“Ayriz suka Isac?”

“Ayriz… semua boleh nampak cara Ayriz dengan Isac macam mana… Walaupun Ayriz cakap Ayriz baru berkawan dengan Isac tapi tengok Isac lebih faham Ayriz… itu buatkan anakbuah mummy ni selesa and tenang dengan dia.”

“ Tapi ma… Fariz….”

“Sayang… pentingkan perasaan sendiri dulu. Mungkin Ayriz dengan Fariz jodoh takat ni dan mungkin korang lebih baik berkawan. Mummy tahu Fariz mesti faham. Fikir masak masak ya… siapa pun Ayriz pilih mummy tak kisah asalkan Ayriz bahagia.” Mummy membelai rambut Ayriz dan membuatkan Ayriz tersenyum.

Dalam mereka sedang berbual, Sya memerhati daripada jauh. Dia memandang tidak puas hati apabila mummynya sendiri memujuk Ayriz.

“Dah dah la dengan plan tu.” tegur seseorang yang entah bila berada di sebelah Sya. Ternaik bahu Sya mendengar suara itu.

“You…. you bukan dekat sana? Jap plan? Plan apa ni?” soal Sya tidak mengerti dengan ucapan itu. Berkerut dahinya apabila melihat lelaki di sebelahnya tersenyum sinis.

“Aku tak akan ulang jadi dengar baik baik…. aku bukan Fariz.” lagi tercengang Sya kurang faham apa yang cuba Isac sampaikan.

“I… I tak faham.”

“Stop iri hati dengan adik sepupu kau… cukuplah apa yang kau dah ambil daripada dia dulu. Kalau betul kau nak cari laki, berlambak lagi yang ada… Fariz tak sesuai dengan kau… dan jangan risau aku pun tak berminat dengan orang yang tagih perhatian macam kau.” hanya bernada biasa namun kata kata Isac membuatkan Sya berasa bengkak hati dan ingin menumbuk sahaja lelaki itu sekarang.

“Tak perlu pandang aku macam tu. Aku tak rasa langsung.” kata Isac lagi sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek. Sempat dia berbisik sesuatu di telinga Sya sebelum dia berjalan meninggalkan Sya yang sudah bengang sambil mengempal penumbuk.

“Kau tak kenal aku… kau cubalah teruskan plan kau tu…”

“Bodoh!” hanya perkataan itu yang keluar daripada mulut Sya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience