Semakin lama rumah itu semakin suram baginya. Luka di hatinya masih belum kering, di tambah pula dengan luka baharu. Namun, ia masih tetap bertahan meskipun setiap hari mendapat cemuhan. Selagi lelaki itu tidak mengucapkan lafaz cerai, selagi itu jasadnya masih berada di situ. Perubahan yang diharapkan dari seorang Aidil Hakimi semakin melancong jauh. Aidil yang dulu mati!
“Apa yang kau masak ni?!” Terhinjut bahu Hanis yang sedang membasuh pinggan dan gelas kotor. Cepat-cepat dia mencuci tangan lalu menghampiri meja makan di mana lelaki itu sedang naik berang. Apa lagi agaknya yang tak kena dengan masakan itu?
“Kenapa ni?” tanya Hanis bingung. Tiga pasang mata itu sedang memandangnya tajam. Puan Kartini dan Neldia hanya menunggu kata-kata daripada lelaki itu.
“Kau tanya kenapa? Sini, sini!” Belakang leher Hanis di cengkam kuat. Makanan yang di masak olehnya tadi, di ambil oleh lelaki itu lalu disuapkan ke mulutnya dengan kasar. Kedua wanita yang menyaksikan kejadian itu hanya tersenyum puas.
“Kau rasa tak? Tawar! Kuat berangan waktu masak, tulah padahnya! Potong mood aku jelah nak makan!” kepala Hanis di tolak kadar sebaik sahaja cengkamannya dilepaskan. Hanis menyapu mulutnya yang penuh dengan sisa makanan tadi. Dia juga cuba menahan air mata daripada mengalir.
“Tulah, you. I dah kata, jangan pelihara binatang seorang ni. Ceraikan je! Tapi, you nak juga pelihara dia, tengok sekarang... dia sengajalah tu tak letak garam dalam masakan dia..nak balas dendam,” Neldia bersuara. Hanis memandangnya dengan mata yang kuyu, tetapi sudah pasti kuyu lagi jiwa dan raganya.
“Orang macam dia ni, tak guna di pelihara. Tak menguntungkan hidup kita pun. Perempuan ni banyak datangkan masalah! Hari-hari buat kita stress! Hari ni memanglah dia tak letak garam, esok lusa? Entah-entah mati kita di baginya racun,” tambah Neldia lagi tanpa mempedulikan perasaan Hanis.
Dia cuba untuk memanaskan lagi keadaan Aidil. Sudah lama dia menunggu untuk Aidil menceraikan Hanis. Dia tidak mahu berbagi suami dengan orang lain walaupun kasih dan cinta lelaki itu sudah dia miliki sepenuhnya.
Neldia merungut kasar apabila Aidil terus berdiam. “You fikir apa lagi?! Buang aje dia ni dari hidup kita. Mak ayah dia je tak sanggup jaga dia, sebab tu mati dulu. Dia orang tahu anak dia ni menyusahkan!”
PAP!
Satu tamparan hinggap di pipi Neldia. Hanis tidak dapat memadam api yang sedang membara di sanubarinya. Neldia sudah melampaui tahap kesabaran Hanis. Wanita itu merintih kesakitan. Pipinya terasa panas. Puan Kartini dan Aidil tergamam melihat tindakan Hanis.
“Hanis!” herdik Adil.
"Apa?! Memang patut dia rasa tamparan tu. Ikutkan hati, nak saja aku koyak mulut dia!” Naik turun dada Hanis saat melepaskan api kemarahannya.
PAP!
Tamparan kini melekat di pipi Hanis pula.
"Enough, Hanis! Yang kau tampar tu isteri aku! Mana adab kau dengan dia? Kau lupa ke kau menumpang rumah siapa?!” suara lantang Aidil mulai bergema. Hanis menarik senyuman senget walaupun pipi terasa pedih. Namun, kesakitan itu tidak sesakit luka yang tidak berdarah menampung di hatinya saat ini.
“Apa? Adab? Selama ni korang layan Hanis macam mana? Macam sampah, bukan? Ada korang fikir fasal adab? Hanis kena pukul, kena kurung, kena maki, tak ada pula Hanis tanya mana adab korang?” ujar Hanis. Bibir matanya kian merah akibat tahan tangis. Apa yang penting, isi hati sedikit demi sedikit dilepaskan.
“Oh? Awak kata dia isteri awak? Habis saya apa? Saya pun isteri awak, Aidil! Isteri pertama awak! Tapi, awak layan saya macam hamba! Semua kerja dekat rumah ni, saya yang buat. Sedangkan dia? Goyang kaki. Buatkan air untuk awak pun, tidak! Itu isteri kesayangan awak? Huh, no function!” Sinisnya.
“Biadab!” jerit Neldia seperti orang gila. Mujurlah wanita itu sedang di tahan oleh puan Kartini. Kalau tidak, tercetus pergelutan antara kedua wanita itu.
“Cukup, Hanis! Cukup!” Hanya itu yang keluar dari mulut Aidil. Tiada kata-kata lain yang hendak dikeluarkan.
"Korang semua kejam! Perangai sama macam iblis!” Jerit Hanis. Kali ini, dia betul-betul tidak dapat mengawal amarahnya. Cukup sudah rasa sakit yang dia telan hidup-hidup selama ini. Inilah masanya untuk meluahkan semua. Kalau kelembutan tidak terkesan, biar kurang ajar saja yang membekas!
"Kau melampau, Hanis! Kau dengar sini, Putri Hanis binti Malik, aku ceraikan kau dengan talak satu!” dengan satu nafas, Aidil telah melepaskan Hanis secara sah. Neldia terus tersenyum puas. Itulah yang dia tunggu-tunggu dan pada akhirnya tercapai dengan jayanya.
Hanis sekadar menghela nafas. Tidak ada reaksi lain yang ditunjukkan. Buat apa hendak bersedih? Anggap saja satu perpisahan ini adalah tanda kebebasannya daripada cengkaman manusia yang tidak berhati perut. Cukuplah penderitaan itu. Selepas ini, dia tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan fasal kerjanya yang tertumpuk di rumah itu. Dia memandang wajah itu silih berganti. Tugasnya sudah selesai.
Dia terus menapak pergi dari ruang makan menuju ke bilik tidurnya yang berada di belakang tangga dalam rumah itu. Beg di capai lalu mengemas baju-bajunya.
"Kau nak pergi mana, Hanis?” tanya puan Kartini sebaik sahaja Hanis keluar daripada biliknya bersama dengan beg pakaian.
"Kenapa perlu tanya? Kemana saya nak pergi, itu urusan saya,” balas Hanis selamba. Untuk apa di tanya lagi? Mereka tiada hak untuk menghalangi ke mana pun tujuannya. Dia juga seorang manusia ingin mencari kehidupan yang baru.
"Eloklah tu. Jangan tunjuk muka depan kami lagi, jijik!” ujar Aidil dengan riak angkuh.
Hanis sekadar tersenyum dan terus melangkah keluar. Dia masih belum ada rancangan hendak berbuat apa. Nantilah difikirkan. Sekarang, dia sudah bebas dari kehidupan yang suram itu. Dia hanya perlu menyembuhkan luka yang yang masih tertanggal di hati. Semoga saja hidup kedepannya jauh lebih baik.
****
Happy reading ><
Share this novel