BL 18

Humor Series 177333

KEDINGINAN ANGIN pada pagi itu menyentuh lembut permukaan kulitnya. Tenang itu yang di rasakan Farah yang sedang duduk di tepi sebuah perkuburan. Setahun masa berlalu bunga-bunga yang di beli di taburkan di atas pusara itu dan Jug kaca berisi air putih di tuangkan. Tidak lupa juga Bunga lili segar berwarna putih di gantikan di dalam pasu kaca di atas pusara itu.

"Habibi yang ku kasihi.. Humaira mu pulang dulu ya..." Nama yang ada pada batu nisan itu dibelai. Senyuman manis terukir di bibir manis wanita itu.

"Nanti Farah singah lagi ya lepas rindu.."

Alhamdulilah setelah mengikuti rawatan Psikiatri, Dia berjaya untuk merawat lukanya, Pelahan-lahan. Kini, Dia sudah mampu untuk bekerja kembali dan keluar dari imaginasinya. Cuma adakala, Ada juga masa dia di serang anxiety. Namun dia masih di dapat mengawal.

Keluarga, Sahabat dan juga rakan sekerjanya tidak putus memberikannya semangat, Itulah Kekuatan yang memberi dorangan untuk Puteri Farah Najwa bangkit semula. Mungkin cinta yang terjalin antara dia dan Gibran telah tertulis hanya sementara.

Dulu dia menderita untuk menerima pemergiaan suami tercintanya buat selama lamanya. Namun hadirnya pelangi indah tanpa di sangka menguatkan lagi perjuangan untuk dia meneruskan kehidupan mereka.

Segala berita, Video dan tomahan yang di pernah di siarkan di media masa mengenai Gibran sudah hilang seperti angin lalu. Jika dulu taip sahaja nama suaminya pasti segalanya terpampang di media masa. Tetapi kini, Hanya berita tentang sejarah kerjaya suaminya di paparkan.

Dia bersyukur kerana Keluarganya, Carlos dan Zahra banyak membantu untuk menutup segala kekacauan itu. Walaupun pahit menerima kenyataan itu, Namun itu adalah sejarah suaminya. Masa lalu, Biarlah di telan jua.

"I miss you abang.."Beritahu Farah.

Lelaki itu adalah satu-satu lelaki yang berjaya menjentik pintu hatinya. Dia terlalu mencintai Lelaki itu.

"I miss you so much, How i wish that you here with me abang." Hujung batu nisan itu masih di sentuh lembut.

BIP!

Keluar keluhan kecil di bibir Farah saat ada getaran yang terbit daripada beg tangganya.

"Farah tak boleh lama.. Lusa insyaAllah Farah datang lagi ye.. I love you so much habibi.." Batu nisan dan seutas rantai yang sengaja di tinggal dia batu nisan itu dibelai lagi sebelum dia bangun dan melangkah pergi.

Farah menilik jam di pengelangan tangan. Hampir satu jam dia disini pasti ada yang sudah mencarinya. Ketika dia melangkah menyusuri jalan perkuburan itu, Tubuhnya berselisih dan seorang lelaki.

Jantungnya serta merta berdegup laju.
Wangian itu, Hatinya terus di serang dengan satu perasaan aneh. Tak mungkin dia telah mampu melupakan haruman itu. Setiap malam masih menemani tidurnya.

Farah menelan air liur kesat. Terasa peluh dingin mula membasahi dahi. Dia cuba membuang apa yang menganggu fikirannya saat ini. Farah terus melangkahkan kaki untuk pergi tanpa melihat siapa pemilik wangian itu.

Setelah beberapa langkah menjauhi wanita itu, Langkahnya terhenti di satu perkuburan yang bunganya masih segar di atasnya. Mata di pejamkan sesaat setelah terlihat seutas rantai yang mempunyai huruf PFN di batu nisan tersebut.

Tubuh di tundukkan, Tangan besarnya terus mengambil rantai tersebut dan di pandang seketika sebelum senyuman penuh makna terbit pada bibirnya.

"PFN." sebutnya sambil huruf pada buah rantai tersebut diusap lembut. Tangannya menggenggam kemas rantai tersebut dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Anak mata lelaki itu ditumpahkan pada pusara di hadapannya. Tangannya tangkas mengambil sebatang bunga lili putih didalam pasu kaca di hadapan batu nisan tersebut sebelum melangkah pergi.

"Finally. We meet again.."

"Ma femme.."

Bunga lili putih hidup hidu untuk menyedut bau wangi dari bunga tersebut.

.....

TERUKIR SENYUMAN di bibir Farah bila melihat tubuh kecil yang berada di dalam dukungan sahabatnya itu. Handbrake ditarik. Gear ditukar dari D ke P. Pintu di kereta di buka dan ditutup kembali lalu langkah kaki mendekati laman rumah semi D itu.

"Bila sampai Mey?"

Tubuh kecil itu bertukar tangan, Terus dipeluk erat. Mey ling hanya memerhati pelik kelakuan Farah. Wajah wanita itu kelihatan mendung.

"Baru sampai, What's wrong Najwa, kau nampak resah?" dia mula bertanya.

Kembali melepaskan tubuh anak kecilnya, dia memandang Mey ling yang berdiri tegak berhampirannya. Selain Zahra, Mey Ling juga sentiasa bersama dengannya.

"Entah la.. Cuma rasa macam ada yang tak kena"

"OK tak ni? Mainan perasaan kau tu jangan layan sangat OK."Pujuk Mey ling.

Dia tidak mahu Emosi Farah terganggu lagi.

Farah mengangguk. Dia menatap wajah Ghaaziy. Mata bulat bayi itu setia memandang wajah si ibu.

"My only one Ghaaziy perjuang ummi." ucap Farah perlahan. Pipi anak kecil itu di kucup lembut.

"Sampai dah pun..Mai Mey kita minum dulu." Tegur Megat Othman sambil membawa dulang berisi satu teko air panas dan beberapa biji cawan kaca.

"Susah-susah je Uncle,"

"Tak susah pun, Lagipun kamu dah tolong tengokkan si kecik ni." ujar Megat Othman pipi Ghaaziy ni usap lembut.

Mey ling tersenyum.

"Mai dik, Mey kita minum dulu, Nak tunggu nasi lemak dengan roti canai Angah hang mau berjam. Angah ang ni tak tau la abah nak kata, keluaq tak balik-balik. Ka dah melekat kat warung Ayu janda tu." bebel Megat Othman.

"Jenuh." ujar Farah sambil ketawa.

"Amboi abah kemain mengata orang, Kalau dia pi pun silap-silap tengah hari pun tak balik dok melepak kat warung tu." Seloroh Megat Fairus, Plastik yang di jinjitnya di letakkan tengah-tengah meja batu itu.

"La tahu juga ang jalan balik rumah noh, Abah ingat dah sesat kena mandrem."

Mendengar seloroh Megat Othman, Farah dan Meyling terkekek ketawa.

"Eleh mengata dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih." Jeling Megat Fairus pada Megat Othman.
Baru Megat Fairus ingin melabuhkan punggung di sebelah Megat Othman bahunya di tepuk.

"Pi amik pingang ka, Camca ka kat belakang, tak kan tetamu mai nak hidang gini ja. Adik hang payah anak" Arah Megat Othman.

Megat Fairus mencebik.

"Alah Abah.. Orang dah pi beli sarapan tak kan orang nak kena hidang pulak."

Tanpa memperdulikan arah Megat Othman punggungnya di labuhkan di atas kerusi tersebut. Sepotong kuih seri muka yang masih di dalam plastik di ambil lalu di sumbatkan ke dalam mulut.

"Pi sat Ngah.."

"Adulah..Pakai tangan ja la Abah, dah la tunggu roti canai lama last last abis. Orang dah kebuluq ni ha. Tuh, Ada paip aiq basuh situ dah la."

Farah mengeleng kepala, Tubuh kecil di atas pangkuannya di berikan pada Meyling yg duduk di sebelahnya.

"Mey pegang Ghaaziy jap aku nak pi belakang." Farah segera berdiri.

"Hang nak susah apa dik, Anak cina tu boleh ja makan pakai tangan. Kalau tak reti sangat mai aku nak suapkan." Nasi lemak daun pisang di buka lalu di suakan pada Meyling.

Farah menjeling tajam Megat Fairus, Ada saja nak cari pasal dengan sahabatnya itu. Tanpa membuang masa Farah terus masuk ke dalam. Dapur di tuju.

"Tak payah nak suap anak dara orang la ngah oi, Mai hang suap abah dapat pahala." Tangan Megat Fairus di tarik lalu nasi yang berada di tangan lelaki itu di masukkan ke dalam mulut.

"Aceh,cehh Ziy hang tengok Tok Abah ang la ni pandai nak makan bersuap, Sejak lepak dengan geng pencen dia kat warung Ayu janda tu." ujar Megat Fairus sambil ketawa.

"Merapu dah." Marah Megat Othman.

"Merapu apa Abah, Pepatah lirik lagu ni.
Kalau Abang pilih janda, Sudah pasti lebih dewasa,Sudah bermain cinta..Banyak pengalamannya."

Hampir tersedak Mey Ling apabila mendengar Megat Fairus menyanyikan lirik lagu itu.
Rosak telinga Ghaaziy.

PAK!

Kepala Megat Fairus di ketuk Megat Othman mengunakan surat khabar yang di gulungnya.
Tersembur sedikit nasi lemak yang baru di kunyah Megat Fairus.

"Apa ni Abah." Rungut Megat Fairus. Tangannya naik mengosok belakang kepalanya. Secawan air teh di hirup pelahan melegakan tekaknya.

"Ini padah ang dok merapu depan rezeki."
Marah Megat Othman.

Farah yang baru tiba, Meletakkan beberapa pingang kaca dan sudu di atas meja memandang Megat Othman. Punggungnya di labuhkan semula di atas kerusi.

"Awat Abah." Soalnya.

"Tak ada apa, Ang dengan Mey makan lah tuh dah ada pingang dengan sudu. Ghaaziy meh kat Tok." Tangan di hulurkan pada anak Mey ling mengambil anak kecil itu.

"La Ngah awat tak abis nasi tu." Soal Farah. Hairan dia melihat Megat Fairus sudah melipat kembali bungkusan nasi lemak itu.

"Tak dak selera.." jawab Megat Fairus.

"Pulak..." Mata Farah melirik Megat Othman dan Mey Ling. Ada apa apa yang dia tertinggal ke?

Megat Fairus berdiri, Paip air di tuju. Selesai membasuh tangan dia mendekati Megat Othman.

"Abah makan la orang jaga Ziy," Tangan di hulurkan tubuh kecil itu terus bertukar tangan.

"Jom Ziy kita karoke kat dalam.. Boh selagu dua perawan atau janda." ujar Megat Fairus yang sudah melangkah meninggalkan laman rumah itu.

Surat khabar yang masih bergulung di tepi Megat Othman dicapai, Lalu dengan laju lelaki itu membaling ke arah Megat Fairus.

"Tak sudah lagi hang merapu." Marah Megat Othman.

Farah dan Meyling berpandang. Farah menjongket kening memandang Mey ling. Kenapa? Faham dengan apa yang mahu di soal sahabatnya itu, Mey Ling tersenyum.

"Nanti i cerita."

Share this novel

Hazwanihussain Ninie
2023-02-13 09:40:00 

author bila nk update..

norsila
2023-01-30 23:10:00 

lamo naa cutinya .bilo nk updte ni..huuu

norie
2022-12-22 00:39:17 

bila nk update..x sbauu


NovelPlus Premium

The best ads free experience