Bau masakan nasi goreng air tangan Ariana memenuhi dapur. Apron yang dipakai dibuka sebelum digantungkan kembali di tempatnya semula. Dia menyanyi kecil sambil menyalin nasi itu ke dalam pinggan suaminya.
"Sedapnya bau." tegur Adi Ashraf yang baru tiba di dapur. Tas kerjanya diletakkan di sebelahnya sebelum mengambil tempat di meja makan.
"Mestilah sedap." balas Ariana ceria. Dia menuangkan jus oren ke dalam gelas suaminya. Usai itu, dia turut mengambil tempat yang bertentangan dengan Adi Ashraf.
Maklumlah, hari ini Adi Ashraf sudah bekerja semula seperti biasa. Begitu juga dengan Ariana. Masing-masing sudah kembali kepada rutin mereka seperti biasa.
Namun itu sedikit pun tidak menghalang hubungan mereka untuk semakin berkembang dari masa ke semasa. Harapnya lah. Dia tak mahu kesibukan di tempat kerja merenggangkan semula hubungan mereka.
"Kau tak makan ke?" tanya Adi Ashraf ingin tahu. Pelik apabila melihat isterinya hanya memerhatikan dia makan sejak dari tadi. Mulut dia comot ke apa?
"Tak nak. Kau makanlah. Biar aku teman." balas Ariana. Tangannya digoyangkan tanda tidak mengapa. Dia menghirup sedikit air minumannya.
Adi Ashraf mengerutkan muka tanda tak suka dengan jawapan isterinya. Dia mengerling jam di tangannya mahu memastikan dia tidak terlambat ke tempat kerja.
Dia terasa lega apabila menyedari masih awal pagi. Lantas, dia mengambil sesudu nasi goreng air tangan isterinya untuk menjamu selera. Matanya mengerling ke arah isterinya buat seketika.
"Kenapa? Tak sedap ke?" tanya Ariana mula panik. Bukan apa, tapi pandangan suami dia itu lain macam.
Adi Ashraf mengeleng tanda menafikan. Dia mengulum senyuman kecil. Dia mengambil sesudu lagi makanan tersebut namun kali ini disuakan kepada isterinya.
Ariana angkat kening tanda tidak faham dengan tindakan suaminya. Adi Ashraf menjulingkan mata. Dia segera memberi isyarat kepada isterinya untuk mengangakan mulut.
Walaupun pada mulanya Ariana tak mahu, akhirnya dia akur sahaja. Sebaik saja mulutnya dingangakan, laju sahaja Adi menyuapkan sesudu nasi tersebut ke dalam mulut isterinya. Ariana menerima dengan rasa tak puas hati.
"Rasalah sendiri. Sedap tak?" balas Adi Ashraf tidak bersalah. Dia menongkat dagu menunggu balasan isterinya.
Ariana mengangguk. Wajahnya dimasamkan. Pelik pelik je suami dia ni. Kadang-kadang romantik, kasar dan yang paling penting menjengkelkan.
"Sedap je. Kau makanlah. Aku masak untuk kau. Sampai hati kau tak nak habiskan." ucap Ariana sengaja berpura-pura sedih. Dia memuncungkan bibir.
"Salah ke aku nak kongsi makanan dengan isteri aku sendiri? Lagipun aku tak nak kau lapar bila aku dekat tempat kerja nanti." bidas Adi Ashraf selamba. Dia menyuakan sesudu lagi nasi untuk isterinya.
Ariana terdiam seketika. Tak sangka suaminya boleh menyatakan perkara itu dengan selamba. Tipulah kalau dia kata dia tak terharu mendengar kata-kata suaminya.
Laju sahaja dia menerima suapan daripada suaminya. Bukan selalu dapat suami dia suap. Lebih-lebih lagi, pada waktu sarapan awal-awal pagi ini. Fuh, nampaknya hari dia dimulakan dengan cara paling terbaik!
"Sedapnya! Mesti sebab kau suap, sebab itu bertambah sedap. Suaplah aku hari-hari, Ash. Lagipun, sharing is caring kan?" usik Ariana sambil mengerakkan keningnya. Adi Ashraf hanya tayang muka biasa.
Padahal, dia sudah melebarkan senyuman sampai ke telinga. Lebih-lebih pulak isteri dia seorang ini. Tetapi tak mengapa, dia lebih dari suka untuk lakukan perkara ini setiap hari.
"Ah kenyangnya. Eh nanti lambat kau pergi kerja. Biar aku kemaskan semua ni." tegur Ariana apabila melihat suaminya mahu membasuh pinggan. Adi segera mengerling jam tangannya.
Nampaknya betul kata-kata isterinya. Dia segera mengeringkan tangan. Tas kerja diambil. Kakinya mengorak langkah ke pintu rumah. Sempat dia memeriksa penampilannya di cermin panjang yang berada di situ.
Dia mula panik apabila perasan dia tidak memakai tali leher pada pagi itu. Sudahlah hari ini dia ada mesyuarat penting dengan ahli direktor syarikat. Dia tak mahu dilabel untuk tidak kelihatan professional.
Namun semuanya dapat dielakkan apabila Ariana datang menghampiri dia bersama seutas tali leher di tangan. Adi Ashraf menghela nafas lega. Ariana mengeleng kepala atas kesilapan suaminya itu.
"Sini, aku pakaikan. Aku tahulah kau tak sabar nak pergi kerja kan. Tapi janganlah sampai jadi pelupa. Suka lah tu tak jumpa aku. Boleh jumpa direktor kesayangan kau. Nasib aku ada, kalau tak ada macam mana. Itulah dah tua jadi cepat nyanyuk." bebel Ariana mula merepek. Namun tangannya cekap memakaikan tali leher suaminya dengan pantas.
Manakala, Adi Ashraf hanya menundukkan wajah untuk memerhatikan wajah isterinya dengan lebih dekat. Maklumlah, ketinggian mereka agak berbeza. Tetapi itu memberikan kelebihan untuk Adi Ashraf mengenakan isterinya.
Segala bebelan isterinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada satu pun yang dihadam olehnya. Matanya ralit memerhatikan bibir mungil isterinya yang bergerak dari tadi.
"Shhh, aku tahu Riana. Aku tahu. Thank you." celah Adi Ashraf. Dia meletakkan jarinya pada bibir isterinya itu. Terasa kelembutan bibir isterinya pada jarinya. Tindakannya itu berjaya menghentikan bebelan Ariana serta-merta.
Ariana menyilangkan tangan ke dada. Tangannya mengambil beberapa buah beg lalu diberikan kepada suaminya. Adi Ashraf memandang pelik isterinya.
"Ini semua cenderamata Akid, Mai dengan mama papa. Kan kita beli dekat Langkawi hari itu. Jangan kata kau terlupa jugak, Ash." ucap Ariana dengan nada memerli. Dia tersenyum nakal.
"Aku ingatlah. Ada apa-apa lagi ke? Aku nak pergi dah ni." tanya Adi Ashraf. Tangan kirinya menjinjit tas kerjanya bersama beg cenderamata yang diberikan oleh isterinya. Tangan kanannya pula diseluk ke dalam poket.
Ariana mula menghampiri suaminya dengan lebih dekat. Adi tidak bergerak. Hanya menunggu langkah isterinya yang seterusnya. Perlahan-perlahan, tangan kanannya ditarik oleh isterinya.
Dia tidak menghalang tindakan isterinya malah hanya membiarkan. Tak lama kemudian, Ariana menyalam tangan suaminya. Dalam masa yang sama, menghadiahkan ciuman pada tangannya.
Adi sedikit terkejut tetapi dia tidak menunjukkan. Terasa tenang hatinya apabila diperlakukan sebegitu. Dirinya rasa dihargai. Tanpa membuang masa, dia pula menghadiahkan ciuman hangat pada dahi isterinya.
Ariana memejamkan mata tanda menikmati belaian suaminya. Dia mengukir senyuman. Jujur dia kata, dia turut dapat merasakan senyuman suaminya pada dahinya sebentar tadi.
"Take care, sweetheart." ucap Adi Ashraf. Dia menggosok kepala isterinya yang tidak bertudung itu. Pipi isterinya diusap lembut sebelum melangkah pergi.
Adi Ashraf mengeleng kepala tanda tidak percaya dengan apa yang dilakukan sebentar tadi. Dia tersenyum sendiri.
"Ash!"
Kedengaran isterinya memanggil namanya dia segera menoleh. Tanpa amaran, tubuhnya dibawa ke dalam pelukan isterinya. Dia kaku tak mampu bertindak balas dengan kejutan tersebut.
"Take care too, husband." bisik Ariana pada telinga suaminya. Dia melebarkan senyuman apabila melihat reaksi Adi Ashraf. Sekelip mata, satu ciuman dihadiahkan pada pipi suaminya.
"Bye, Ash! Jangan rindu aku!" ucap Ariana lalu melarikan diri kerana malu. Oh tahu pulak malu ye.
Adi Ashraf menghantar pemergian isterinya dengan pandangan. Tanpa sedar, tangannya memegang pipinya yang baru sahaja dicium oleh isterinya. Terasa hangat pipinya.
Telinganya mula memerah. Langsung tak menyangka tindakan isterinya itu. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Nampaknya isterinya penuh dengan kejutan.
Dia semakin tak sabar untuk menyelesaikan kerja di pejabat untuk bersama dengan isterinya semula. Sekali pandang, nampak seperti dia angau. Tetapi tak salah kan kalau angaukan isteri sendiri?
Akhirnya, pada pagi itu Adi Ashraf sudah berjaya kembali ke tempat kerjanya semula. Senyuman lebar di bibirnya masih terpamer di wajahnya. Boleh dikatakan semua staf di situ sedikit terkejut dengan perubahan sikap majikan mereka tetapi mereka memilih untuk tidak mempersoalkan apa-apa.
Adi Ashraf segera menuju ke pejabatnya selepas menegur sapa beberapa pekerjanya. Sebaik dia tiba di pejabatnya, dia melabuhkan punggung di kerusi.
Apabila memori pada pagi tadi terlayar di fikiran, secara automatik bibirnya akan mengukir senyuman. Dia mengeleng kepala cuba untuk mengelakkan dirinya terfikirkan perkara tersebut lebih lama lagi.
"Assalamualaikum, woah abang. Berseri-seri kau hari ini. Seri pengantin tak habis lagi ke?" tegur Akid Ahnaf yang sudah menerjah masuk ke dalam biliknya seperti biasa. Sekurangnya dia bagi salam kan?
"Sibuk jelah kau. Nah ambil ni untuk mama dengan papa. Tu ada juga untuk kau dengan Maisarah." balas Adi Ashraf. Dia menyuakan beg yang berisikan coklat sebagai cenderamata daripada bulan madunya dan Ariana kepada adiknya, Akid Ahnaf.
"Nasib kau orang berdua tak lupa aku tau. Kalau tak, siap kau abang. Kau tahu tak penat aku gantikan kau sepanjang kau tak ada ni." adu Akid Ahnaf penuh drama. Konon mahukan simpati dan pujian daripada abangnya.
Ting!
Bunyi notifikasi telefon pintar milik Adi Ashraf berbunyi. Membuatkan dia membatalkan saja niat untuk membalas kata-kata adiknya sebentar tadi. Matanya bergerak melihat paparan di skrin telefonnya.
Riana??
Sebaik melihat nama yang terpapar di situ, dia segera membuka telefonnya. Akid Ahnaf yang memerhatikan tindakan abangnya tersenyum nakal. Seronok melihat abangnya sebegitu.
"Haih baru berpisah kejap, dah rindu?" usik Akid Ahnaf. Dia cuba mencuri pandang perbualan Adi Ashraf. Tetapi gagal kerana dihalang sepenuhnya oleh abangnya.
"Akid, no. Keluar sekarang. Kita ada meeting sekejap lagi kan." arah Adi Ashraf. Padahal mahu mencari alasan untuk bersendirian bersama isterinya. Walaupun hanya mesej sahaja.
Akid Ahnaf mempamerkan riak muka tak percaya. Dia ingatkan dapatlah pujian tak pun perlian pun cukup atas segala hasil kerja dia selama abangnya tak ada. Tapi sekarang dia kena halau? Sampai hati!
"Nasib abang tau. Kau lambat masuk meeting nanti padan muka. Aku tak nak cover untuk kau." ugut Akid Ahnaf. Tetapi tak diendahkan oleh Adi Ashraf. Orang bila dah dilamum cinta begitulah. Tak ingat dunia!
Riana??
Ash, nak minta izin ??
You
Untuk apa? ??
Riana??
Makan tengah hari dengan Izz, dia nak jumpa. Boleh ke? ????
You
D
engan Izz? Hmmm, boleh. Nanti ada apa-apa bagitahu aku, faham?
Riana??
Okay, Thank you, Ash! ??
Adi Ashraf tersenyum sendirian apabila membaca balasan mesej isterinya. Jarinya pantas membalas mesej tersebut. Lantas, dia menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar.
Pada masa yang sama, dia rasa agak pelik juga apabila Izz Faris mahu bertemu dengan Ariana. Tetapi dia percaya tak ada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Oleh itu, dia tak ambil pusing sangat tentang hal itu.
Kini, dia mengaktifkan mod senyap pada telefon pintarnya untuk mengelakkan gangguan di meeting yang bakal dihadirinya nanti. Nampaknya hari ini dia dapat bekerja dengan perasaan gembira.
All thanks to Ariana.
???????????????????
Ashusband??
Welcome, wife. Be safe. ;)
Sebaik menerima balasan daripada Adi Ashraf, Ariana melebarkan senyuman. Dia menyembamkan wajah pada bantal kusyen di sofa ruang tamu.
Oh alangkah gembiranya dia pada hari ini. Bukan sahaja dapat suapan khas suaminya sebagai sarapan. Tetapi balasan mesej daripada Adi Ashraf juga yang mencairkan hatinya.
"Ash ni..." omel Ariana sendiri apabila teringatkan kepada suaminya itu. Alangkah bahagianya dia kalau dia dapat meluahkan perasaannya pada suaminya itu.
"Alamak, Izz." ucap Ariana baru teringat tentang pertemuannya bersama rakan baik suaminya itu. Dia meletakkan tangan pada dahi kecewa kerana boleh terlupa.
Pada mulanya dia berasa pelik juga apabila Izz Faris menghubungi dia untuk bertemu pada waktu tengah hari. Mungkin perasaannya sahaja agaknya.
Dia segera bingkas bangun untuk bersiap. Mahu menemui klien yang diatur oleh bapanya pada pagi itu. Kemudian, barulah dia akan menemui Izz Faris pula.
Usai bersiap, dia segera mengambil kunci kereta untuk memandu. Beberapa fail yang diperlukan dibawa di dalam beg bimbitnya.
Dia menarik hela nafas panjang untuk memulakan perjalanan. Selepas lebih kurang 30 minit, dia sampai. Tudung yang dililit kemas di kepalanya dimasukkan ke dalam blazer yang dipakai.
Seluarnya yang sedikit berkedut digosok agar kelihatan kemas. Jam tangan dikerling risau sekiranya terlambat. Dia mengorak langkah dengan yakin.
Dia menghadiahkan senyuman apabila bertemu dengan kliennya pada pagi ini. Miss Liu, iaitu salah seorang pelabur syarikat bapanya, Encik Johan.
"Shall we start, Miss Liu?" ucap Ariana penuh sopan. Menggunakan formaliti untuk menghormati pertemuan mereka yang berdasarkan kerja.
Mereka berdua memulakan perbincangan. Sekejap sahaja masa berlalu. Sedar-sedar lebih kurang sejam setengah mereka berdua berbincang.
"Hope you still interested for continuing your investment for our company. We are looking forward to cooperate with you next time, Miss Liu." Ucap Ariana Atilia sebelum bersalaman dengan kliennya. Dia tersenyum manis.
Miss Liu mengangguk tanda faham. Dia terlebih dahulu telah membuat keputusan untuk menyambung pelaburannya untuk syarikat tersebut. Sememangnya hasil pelaburannya menguntungkan.
Bukan itu sahaja, sikap professional Ariana turut membuatkan dia meletakkan kepercayaannya sepenuhnya pada syarikat tersebut. Usai itu, dia melangkah pergi dengan harapan pelaburannya kali ini menguntungkan juga sepertimana yang Ariana yakinkan pada dia.
Ariana menghela nafas lega. Dia lantas mengambil sebotol air minuman yang dibawa bersama. Mahu melegakan tekak. Perutnya mula berbunyi mahu diisi.
Mengingatkan dia pada waktu makan tengah harinya bersama Izz Faris. Malas mahu memandu jauh, dia segera menghantar mesej kepada Izz Faris untuk bertemu di restoran yang berdekatan dengan tempatnya.
"Yes." sorak Ariana apabila Izz Faris bersetuju sahaja dengan cadangannya itu. Kini, dia bingkas berdiri untuk cepat sampai ke destinasi. Beg tangannya dijinjit bersama.
Dia memandu dengan berhati-hati. Tak mahu kejadian yang sama berulang lagi. Lagipun malang tidak berbau. Sebaik sampai, dia mengambil beg cenderamata yang berisikan coklat untuk diberikan kepada Izz Faris nanti.
Kakinya mengorak langkah masuk ke dalam restoran yang sepatutnya menjadi tempat pertemuannya bersama Izz Faris. Matanya bergerak mencari tempat kosong. Namun dibulatkan sedikit apabila ternampak figura Izz Faris yang sudah menunggu di sebuah meja di situ.
"Sorry, lama ke tunggu?" soal Ariana panik selepas menghampiri lelaki itu dengan segera. Ingatkan dia yang datang dulu tadi. Dia memandu lambat sangat ke tadi?
Izz Faris mengeleng tanda menafikan. Dia tersenyum nipis. Langsung tak ada maksud mahu memarahi gadis itu atau apa. Lagipun dia yang nak jumpa Ariana. Bukan Ariana nak jumpa dia.
"Eh tak. Aku baru je sampai. Duduklah dulu. Maaflah susahkan kau, nak jumpa kau tiba-tiba. Jangan risau aku belanja." jelas Izz Faris secara terus. Rasa bersalah apabila meminta Ariana untuk bertemu dengannya.
"Tak ada apalah. Aku okay je. Nah untuk kau." ucap Ariana tanda tidak mengapa. Tangannya menyerahkan beg cenderamata yang dibawanya tadi. Izz Faris menyambut huluran tersebut walaupun berasa keliru.
Ariana mengambil tempat duduknya. Lantas, pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan makanan dan minuman mereka berdua. Sebaik selesai, Izz Faris memulakan perbualan dahulu.
"Riana, untuk apa kau bagi aku ni?" tanya Izz Faris sambil menunjukkan beg yang diserahkan kepadanya tadi. Ariana menepuk dahi.
"Oh lupa. Itu cenderamata sempena aku dengan Adi berbulan madu dekat Langkawi minggu lepas. Kenapa? Kau alergik coklat ke?" jawab Ariana sedikit susah hati. Mana tahu kan.
"Eh tak. Oh baru teringat Adi ada bagitahu hari itu yang kau orang berdua pergi sana minggu lepas." ucap Izz Faris menenangkan kebimbangan Ariana. Dia tersenyum apabila mengenang betapa bertuah Adi Ashraf memiliki Ariana.
"Kalau macam itu tak apalah. Erm Izz, ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya Ariana berterus-terang. Tak mahu berbasa-basi lagi. Rasa ingin tahunya makin membuak-buak.
Memandangkan Ariana sudah bertanya, Izz segera mengeluarkan sekeping gambar lalu diberikan kepada Ariana untuk dilihat. Ariana hanya mengambil gambar tersebut sebelum menelitinya.
Kelihatan sebuah rumah yang amat dikenalinya di dalam gambar tersebut. Ariana segera mengalihkan pandangan kepada Izz Faris semula.
"Mana kau dapat gambar ni, Izz?" tanya Ariana. Hairan bagaimana gambar rumah tersebut berada di tangan Izz Faris.
Izz Faris kelihatan tenang sebelum menjawab. Reaksi Ariana memastikan tekaannya bahwa Ariana memang ada kaitan dengan rumah tersebut.
"Itu rumah kawan aku, Naufal." jawab Izz Faris masih tenang. Manakala, Ariana sedikit terkejut apabila mendengar nama itu keluar daripada mulut Izz Faris.
"Naufal?" tanya Ariana semula mahu memastikan nama yang didengarinya.
Apabila dia melihat Izz mengangguk sebagai balasan,dia terfikir jika Naufal yang dikatakan adalah orang yang sama atau tidak. Mungkin hanya kebetulan.
"Lagi satu, aku pelik kenapa rumah itu ada di bawah nama kau dan bukannya nama Naufal. Aku dah tanya penyewa rumah untuk dapatkan maklumat tentang pemilik rumah itu siapa.
Tapi dia cuma dapat bagi aku nombor telefon. Tahu apa yang lagi pelik? Nombor tu nombor telefon kau Riana. Aku ingat mulanya tu cuma kebetulan bila nama kau sama rupanya memang kau. Jadi siapa sebenarnya kau, Riana? Apa hubungan kau dengan Naufal?" tanya Izz Faris bertalu-talu. Mahukan jawapan kepada semua soalannya.
Ariana terdiam. Nampaknya betullah sangkaannya. Naufal yang disebut oleh Izz adalah orang yang sama. Dia menarik nafas panjang. Bersedia untuk menjelaskan segala-galanya.
"Naufal Amir."
Sebaris nama itu yang disebut oleh Ariana mengejutkan Izz Faris. Itulah nama Naufal yang dikenalinya.
"Kau kenal dia? Macam mana?" tanya Izz Faris lagi. Semakin rasa tertanya-tanya. Nampaknya Ariana adalah kunci jawapan untuk persoalannya.
"Dia abang angkat aku, Izz." jelas Ariana tenang.
"Dia dekat mana sekarang?" tanya Izz Faris lagi. Ingin tahu tentang keberadaan sahabat lamanya itu.
Ariana tersenyum nipis. Walaupun sebenarnya tak tahu bagaimana mahu menjelaskan tentang Naufal lebih lagi.
"Dia dah tak ada, Izz." perlahan saja suara Ariana ketika menjawab. Dia menundukkan wajah sedikit. Terasa kecewa kerana tak dapat memaklumkan kepada Izz Faris lebih awal.
Izz terkedu. Tak menyangka langsung jawapan itu yang keluar dari Ariana. Naufal sudah tiada. Dia meraup muka. Sedih kerana tak dapat mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Sebaris nama lagi terlayar di fikirannya membuatkan Ariana kaku apabila mendengar.
"Ria?"
???????????????????
"Apa kau sebut tadi, Izz?" tanya Ariana takut-takut. Sudah lama benar dia tidak mendengar nama panggilan itu. Terasa memori pahitnya datang semula.
"Ria. Macam mana dengan Ria, Riana? Apa jadi dengan Naufal dengan Ria?" tanya Izz Faris sedikit terdesak. Dia tahu dia sudah ketinggalan terlalu banyak sepanjang dia tiada di sini.
Kematian Mawar Adriana iaitu bekas tunang Adi Ashraf pun dia tidak tahu. Inikan pula, kematian sahabatnya sendiri iaitu Naufal. Adakah Ria juga telah tiada?
"Izz... Ria masih ada. Dia ada dekat depan kau. Akulah Ria. Riana." balas Ariana mendedahkan kebenaran. Tak menyangka dia dapat menemui orang yang masih menggunakan nama panggilan Ria itu terhadap dirinya.
Izz Faris terkejut dengan pengakuan daripada Ariana. Maksudnya orang yang dicarinya selama ini berada di depan matanya sahaja. Dia menilik wajah Ariana dengan lebih teliti.
Kini, barulah dia sedar bahwa Ria dan Ariana mempunyai banyak persamaan. Membuktikan mereka juga adalah orang yang sama. Dia bersyukur kerana masih mempunyai peluang untuk bertemu dengan Ria semula.
"Riana... Macam mana kehidupan kau lepas Naufal pergi?" tanya Izz Faris. Kali ini dengan nada yang lebih tenang. Tahu isu itu agak sensitif memandangkan Naufal merupakan bekas tunang Ariana dahulu.
"Mula-mula, susah jugak aku nak terima. Tapi alhamdulilah lama-lama aku redha. Lagipun Haris ada. Dia yang jaga aku sepanjang Naufal pergi." cerita Ariana tersenyum lemah. Dia mengacau air minumannya yang telah sampai.
Izz Faris mula merasa simpati. Sudah pastinya susah buat untuk Ariana untuk melalui semua itu. Tetapi gadis itu masih kuat sehingga ke hari ini. Dia tersenyum bangga. Untung Adi mempunyai isteri sekuat Ariana.
"Riana... Aku nak minta maaf kalau aku buat kau terasa ke apa. Aku tak ada niat. Kalau boleh, boleh ke kalau kau ceritakan dekat aku macam mana Naufal pergi? Tapi kalau tak boleh, aku faham." ucap Izz Faris berhati-hati. Tak mahu mengeruhkan keadaan. Ariana mengangguk kecil.
"Accident. 5 tahun lepas. Beberapa minggu sebelum perkahwinan kita orang berdua. Hentakan kepala yang kuat menyebabkan Naufal maut dalam kemalangan. Aku seorang yang terselamat." jelas Ariana menelan air liur.
Terlalu pahit kebenarannya yang perlu ditelan. Kemalangan yang melibatkan tiga orang. Dua maut tetapi hanya dia yang terselamat. Namun kebenaran tersebut terselindung daripada pengetahuan Adi Ashraf dan Izz Faris sehingga ke hari ini.
Dia masih tiada keberanian untuk mendedahkan perkara itu kepada sesiapa kerana dia tahu orang akan menyalahkan dia. Hanya Haris Irfan dan keluarganya yang tahu dan sudi menyembunyikannya bersama dirinya.
"Oh aku ingat kau orang berdua dah kahwin masa tu. Tak apalah Riana. Mungkin ini semua ujian. Sekarang kau dah ada Adi. Bawa bersabar ya." ucap Izz Faris ikhlas dari hati. Harap kata-katanya dapat menenangkan Ariana.
Ariana mengangguk tanda faham. Dia mengulum senyuman kecil. Lega kerana masih mempunyai Adi Ashraf di sisi. Dia bersyukur masih mempunyai peluang untuk bersama dengan suaminya.
Dia takkan sia-siakan peluang ini walaupun sekali.
Updated!
Sorry sebab update lambat ????
Selalunya satu bab, ambik masa dalam 2-3 hari
So, author harap reader boleh faham ??
Anyway, enjoy reading ?
Don't forget to comment tau!
Share this novel