BAB 2 - JBTAA - KERANA TERLUKA

Romance Completed 124211

"Jujur dengan saya, Rina ikhlas dengan perkahwinan ini?" Rina telan air liur.

"Takpe, Rina. Luahkan je apa yang terbuku di hati Rina. Saya sedia mendengarnya."

"Sebenarnya, Rina tidak redha. Rina terpaksa setuju dengan permintaan ayah. Rina betul-betul terpaksa."

"Apa maksud Rina, Rina terpaksa?"

"Rina takut ayah akan pukul ibu lagi."

"Ayah pukul ibu?"

"Ya, tuan. Selama ini, Rina hanya mampu mendiamkan diri je. Tapi, Rina hilang sabar bila ayah gunakan nama Rina untuk meminjam wang dan alasan yang ayah bagi..."

"Rina nak sambung belajar..." Tidak sempat Rina menghabiskan ayatnya, Anas dengan pantas mencantas.

"Tuan tahu?"

"Itulah alasan yang ayah Rina berikan selama ini ketika meminjam wang sepuluh ribu ringgit dari ayah saya."

"Ya Allah... Ayah..."

"Jadi, Rina terima perkahwinan ini hanya untuk mengelakkan dari ibu dipukul ayah?"

"Ya, tuan. Rina kasihankan ibu. Rina tak nak tengok lagi ayah pukul ibu. Rina tak sanggup. Selama ini, Rina simpan duit untuk sambung belajar. Rina bekerja pagi sampai malam untuk dapatkan duit demi menyambung pelajaran. Tapi, ayah..."

"Saya faham, Rina. Itu sebab saya terima perkahwinan ini dengan niat, saya nak jauhkan Rina dari ayah Rina. Rina fahamkan?"

"Terima kasih, tuan. Tapi, saya tak boleh biarkan ibu sendirian. Saya takut, ayah akan bertindak lebih kejam pada ibu..."

"Rina jangan risaukan semua tu. Saya tahu apa yang saya nak lakukan. Yang penting sekarang ni, Rina dah jadi isteri saya. Ayah tak boleh paksa Rina untuk serahkan duit pada dia lagi."

"Tapi, tuan. Ayah tentu akan datang cari Rina."

"Saya tahu dan saya juga tahu ayah Rina dah kebas duit mas kahwin untuk Rina."

"Mas kahwin?"

"Bukan duit hantaran tetapi mas kahwin... Sebab itu saya minta nombor akaun Rina sebab saya akan masukkan wang ke akaun Rina sebagai hantaran. Tapi tadi, saya ada sertakan sedikit duit bersama barang kemas untuk majlis batal air sembahyang tadi."

"Takde, tuan. Yang ada, hanya barang kemas. Itupun, ayah dah minta saya serahkan pada dia tadi."

"No! Saya tak izinkan. Rina isteri saya. Rina kena patuh pada arahan saya bukan ayah."

"Tapi, kalau ayah..."

"Rina, stop! Saya takkan izinkan semua itu berlaku. Esok, Rina akan ikut saya berpindah ke kediaman saya."

"Esok?"

"Ya, kita akan pindah esok. Saya dah sediakan semuanya untuk Rina."

"Tapi, tadi tuan kata, saya boleh sambung belajar..."

"Ya, saya tahu. Semua itu saya dah sediakan. Rina hanya perlu pilih yang mana satu kursus yang Rina mahukan. Selebihnya, I will take over, ok?"

"Terima kasih, tuan."

"Rina, please..."

"Ma...af. Saya belum dapat biasakan lagi."

"Takpe, saya faham. Tapi, tolong... Mulai saat ini, apa sahaja yang Rina nak buat, Rina kena inform saya sebab Rina dibawah tanggungjawab saya. Faham?"

"Saya faham. Terima kasih."

"Terima kasih, Rina. Err... Boleh saya berehat sekejap. Saya benar-benar keletihan saat ini."

"Si...lakan tuan. Tuan baring di sini, ya..."

"Hurm... Thanks..."

"Sama-sama..." Tidak sampai lima minit, sudah kedengaran dengkuran halus.

'Kenapa dia baik dengan aku? Dia tahu semuanya pasal aku, pasal Azmeer? Dia izinkan aku sambung belajar? Ya Allah... Apa semua ni?'

Rina sendiri sudah keletihan. Rambut panjang Rina yang disanggul dilepaskan. Rina sendiri tidak dapat menahan kantuknya. Entah bila dia terlelap, Rina sendiri tidak sedar.

'Kenapa kau terlalu cantik, Rina? Kenapa aku baru mengenali kau? Kenapa aku tidak perasan kau dari awal? Ikhlaskah kau menerima aku, Rina?'

Anas mengamati wajah putih bersih Rina ketika Rina sedang terlena. Anas memang terlena sebentar tadi. Tapi, terjaga ketika dirasakan bilik itu terlalu sejuk lantas bangun untuk menyelaraskan suhu penghawa dingin. Saat itu, Anas terpandang wajah mulus Rina bersama rambut panjang hitam pekat yang panjang mengurai.

'Adakah benar bidadari itu wujud?'

Ingin sekali Anas menyentuh wajah mulus Rina. Tetapi, Anas takut. Anas takut dia akan jatuh cinta pada Rina. Salahkan dia andai menyintai isterinya sendiri? Bagaimana pula dengan kekasih Rina, Azmeer? Anas melepaskan keluhan.

'Rina dah jadi hak aku. Isteri aku yang sah. Salahkan aku untuk menyintai Rina? Tapi, aku mengahwini Rina untuk elakkan dia dari Shakir... Ah! Aku bingung...' Anas bermain dengan perasaannya sendiri.

Anas kebingungan saat ini.

'Adakah aku sudah terlepas peluang bila membenarkan dia untuk menyambung pelajarannya? Bagaimana dengan bekas kekasihnya? Dayuskah aku membiarkan Rina meneruskan persahabatannya dengan Azmeer?'

Entah kenapa saat itu, Anas terlalu banyak memikirkan hal Rina. Adakah benar, Anas dah jatuh cinta pada Rina? Keluhan dilepaskan.

"Rina, mana Anas?" Soal ibu sebaik sahaja Rina ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

"Tuan sedang mandi, bu..."

"Rina, kenapa panggil tuan? Itu suami Rina, tau?"

"Emm... Rina..."

"Takpe, bu. Nanti Rina biasalah tu. Anas tak kisah." Anas tiba-tiba mencelah.

"Anas..."

"Maaf, bu. Selamat pagi."

"Selamat pagi, Anas. Lena tidur malam tadi?"

"Alhamdulillah... Lena, bu." Anas perasan, Rina memandang dengan ekor matanya.

"Tuan, jemput..."

"Rina, berapa kali ibu nak tegur ni?"

"Ibu ni... Rina tak biasa lagi, bu."

"Tak boleh macam tu, Rina. Suami, syurga bagi seorang isteri. Isteri kena panggil suami dengan panggilan yang baik."

"Tapi, ayah tak baik pun dengan ibu?" Celah Rina.

"Rina, hal ibu dengan ayah, hal lain. Tak baik campur hal orang tua, Rina."

"Rina minta maaf."

"Takpelah. Dah, sediakan makan minum untuk Anas."

"Err, ibu... Ayah mana?"

"Entahlah Anas. Dari malam tadi, dia tak balik. Ibu tak tahu kemana dia."

"Habis, barang-barang katering ni semua?"

"Ibu dengan Makcik Mun yang tolong dengan bantuan jiran-jiran kita semalam."

"Allah, bu. Kenapa tak panggil Anas? Kesian ibu. Maaf, bu. Anas tak tolong."

"Takpelah, Anas... Sikit je tu. Ayah kamu ni, entahlah... Ibu tak tahu nak cakap macamana..."

"Huh! Dah dapat duit, apa lagi, bu? Takkan ibu tak tahu ke mana ayah?"

"Apa maksud Rina?"

"Ayah dah ambil duit mas kahwin dari bekas hantaran, bu..."

"Ya Allah... Mana Rina tahu?"

"Tuan Anas yang cakap. Kalau Tuan Anas tak bagitahu, kita tentu tak tahu, bu."

"Betul ke Anas?"

"Ya, bu. Anas minta maaf. Anas memang nak serahkan pada Rina masa nak batalkan air sembahyang. Tapi, ayah dah minta dulu. Jadi, Anas serahkan pada ayah."

"Banyak ke, Anas?"

"Seribu ringgit, bu."

"Seribu? Ya Allah... Orang tua ni, buat hal pulak... Banyak tu, Anas. Aduh... Apa nak jadi ayah kamu ni, Rina?" Terduduk ibu mendengar pengakuan Anas.

"Rina tak tahu nak cakap apa lagi, bu. Duit Rina nak sambung belajar, ayah dah curi. Sampaikan mas kahwin untuk Rina pun, ayah dah ambil. Apa lagi yang tinggal untuk Rina, bu..." Ujar Rina sambil menghulurkan secangkir teh o buat encik suami dan sepinggan nasi goreng.

"Terima kasih..." Rina simpan senyum sebelum melabuhkan punggung di kerusi.

"Ibu, Anas nak minta izin nak bawa Rina pulang ke rumah."

"Bila Anas?"

"Hari ni."

"Pergilah, Anas. Bawalah Rina keluar dari rumah ni. Ibu tak nak tengok lagi ayah asyik minta duit dari Rina. Ibu dah pening dengan perangai ayah kamu. Apalah nasib ibu ni..." Keluh ibu.

"Sebab itulah, Anas nak bawa Rina balik ke rumah Anas. Anas rasa itu je jalan supaya ayah tak minta Rina duit lagi."

"Itulah yang sebaiknya, Anas. Ibu dah tak tahan dengan perangai ayah kamu ni. Apalah nak jadi dengan ayah Rina ni..." Rina menghabiskan suapannya.

"Rina, jangan layan ayah kalau ayah ke rumah kamu."

"Ibu jangan risau. Anas takkan izinkan ayah cari Rina lagi."

"Tuan?"

"Rina, suami tu..."

"Takpe, bu. Ibu, Anas dah izinkan Rina untuk sambung belajar dan segala perbelanjaan Rina, Anas akan tanggung."

"Tak susahkan Anas ke?"

"In shaa Allah, bu. Lagipun, itu impian Rinakan?"

"Terima kasih Anas. Ibu terhutang budi pada Anas."

"Jangan cakap macam tu, bu..."

"Boleh ibu tanya sikit kat Anas?"

"Silakan, bu..."

"Anas ikhlas terima Rina?"

"In shaa Allah, bu."

"Anas, ibu sebenarnya malu dengan Anas, dengan keluarga Anas. Ibu tak tahu pasal perkahwinan ini sebenarnya..."

"Takpe, bu. Papa dah ceritakan semuanya dan niat Anas baik, bu."

"Ibu doakan kebahagiaan Anas dan Rina. Pergilah. Pergilah sebelum ayah balik."

"Terima kasih, bu. Anas janji. Anas akan selalu bawa Rina pulang bertemu ibu."

"Ibu faham dan ibu tak kisah. Yang penting, tolong jaga Rina untuk ibu."

"In shaa Allah, bu. Anas janji... Anas akan jaga Rina sebaik mungkin."

"Alhamdulillah." Anas simpan senyum.

'Kalaulah ibu tahu niat sebenar Anas kahwin dengan Rina, tentu ibu akan kecewa dengan Anas...'

"Ini bilik kita." Ujar Anas sebaik sahaja mereka tiba di kondo milik Anas. Pintu bilik dikuak.

"Rina...?" Rina masih melopong melihat dekorasi dan suasana dalam kondo Anas yang baru dia masuki.

"Kenapa? Rina okay tak ni?"

"In shaa Allah. Rina okay je... Besarnya rumah ni..."

"Tak besar mana pun. Lagipun, rumah ni, saya dah lama tak duduk."

"Habis tu, tuan duduk kat mana?"

"Rumah papa. Kekadang kat hotel." Tipu Anas. Kalaulah Rina tahu kisah silam Anas, tentu Rina akan kecewa. Rumah papa, kadang-kadang Anas balik. Mungkin sekali sebulan. Sekali dalam dua bulan atau mungkin sekali dalam tiga bulan.

Sejak papa mengahwini isteri ketiganya, Anas semakin jarang pulang ke rumah agam papa. Bukan apa. Anas kurang gemar dengan ibu tirinya yang baru ni kerana agak 'daring'. Maklumlah, ibu tiri Anas ni tak jauh beza dengan Anas. Sekitar empat puluhan dan bekerja sebagai seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.

Bukan Anas tidak pernah mengadu pada papa, tapi papa malas nak bising. Papa sayangkan isterinya yang ketiga ni lantaran dia pernah menyelamatkan nyawa papa dari kecederaan parah selepas papa mengalami kemalangan jalan raya.

"Seronokkan dapat tinggal kat rumah besar macam ni?"

"Takde apa yang seronoknya, Rina... Tinggal seorang diri."

"Tapi, best sebab takde orang ganggu."

"Takde orang ganggu tak bermaksud seronok, Rina. Bosan. Kita takde partner nak berbual, bergurau."

"Maaf..."

"Untuk apa?"

"Sebab Rina tak tahu tuan sendirian selama ni..."

"Hahaha... Tak perlu nak minta maaf, Rina. Ibu kandung saya dah lama meninggal. Sejak saya kecil. Saya dibesarkan oleh pembantu rumah, Mak Nah dengan suaminya, Pak Che. Lepas tu, papa kahwin lain." Kusyuk Rina mendengarnya.

"Isteri pertama, papa, Mama Lia. Tak lama kemudian, papa kahwin baru, Mama Shila dan yang ketiga ni, Aunty Kaira, seorang doktor pakar di hospital swasta."

"Papa tuan kahwin tiga?" Rina masih belum daat menghadam kata-kata Anas.

"Ya. Papa kahwin tiga..."

"Maksudnya, mereka semua tinggal serumah dengan papa tuan?"

"Mama Lia dan Mama Shila, ya. Serumah di rumah agam tu. Aunty Kaira menetap di kondo tak jauh dari rumah agam."

"Oh... Ya Allah... Macamana papa boleh kahwin ramai-ramai macam tu, ya?"

"Entahlah, Rina... Saya tak tahu. Tapi, Alhamdulillah. Setakat ni, saya tak pernah nampak pulak yang mereka bertengkar sesama sendiri."

"Baguslah macam tu."

"Hurm... Rina rehat dulu. Nanti saya oder makan secara online ya. Malas pulak nak keluar panas-panas ni."

"Emm, boleh je. Rina tak kisah. Lagipun, penat juga sebenarnya..."

"Rina tak kisah ke? Maksud saya, Rina ada alahan pada makanan?"

"Eh, takdelah. Rina makan je semua. Rina tak memilih."

"Baguslah macam tu... Senang kerja saya."

"Ibu dah ajar dari kecil jangan memilih makanan. Tak bagus."

"Baguslah Rina dah dididik macam tu. Macam saya, ada benda yang saya tak boleh makan."

"Contohnya?"

"Saya tak boleh makan kacang. Saya ada alahan pada kacang."

"Semua jenis kacang?"

"Ya... Semua jenis kacang..."

"Oh... Takpe. Kalau macam tu, Rina akan pastikan dalam setiap masakan, Rina takkan masukkan kacang waima minyak kacang sekali pun." Ujar Rina bersama senyuman yang terukir di bibirnya.

"Terima kasih, Rina. Err, Rina pandai masak?"

"In shaa Allah. Pandai tu tidaklah. Tapi, Rina boleh je masak yang simple-simple. Tuan cerewet ke pasal makanan ni selain dari alahan dengan kacang?"

"Tak..."

"Alhamdulillah."

"Takpe. Hari ni, rasanya tak payahlah kita keluar ke mana-mana. Kita rehat je. Esok, kita keluar cari barang basah untuk rumah, boleh?"

"Boleh... Terima kasih, tuan..."

"Rina..."

"Maaf, tuan. Rina perlukan masa nak sebut nama tuan..." Anas melepaskan keluhan.

"Rina minta maaf... Rina perlukan masa..." Ujar Rina jujur. Rina tak pasti sampai bila perkara ini akan berlanjutan

"Baiklah. Saya faham..."

"Terima kasih, tuan."

"Rina..." Tegur Anas usai makan malam.

"Ya, tuan..."

"Duduk..." Rina ikut segala arahan Anas. punggung dihenyakkan di sofa di balkoni kondo.

"Tengok ni. Ni semua, risalah pasal universiti yang berdekatan dengan rumah kita. Rina pilih je kursus mana yang Rina minat. Saya akan daftarkan Rina."

"Tuan, saya... Saya rasa macam dah susahkan tuan je."

"Kenapa Rina cakap macam tu?"

"Rina minta maaf. Sepatutnya perkahwinan ini..."

"Rina... Rina ingat tak apa yang saya katakan sebelum ini. Saya berniat baik nak bantu Rina jauhkan diri dari ayah Rina dan saya nak bantu Rina merealisasikan impian Rina untuk sambung pelajaran di universiti. Rina lupa?"

"Tak, tuan. Rina ingat semua tu. Tapi, Rina rasa, Rina dah menyusahkan tuan. Sepatutnya, perkahwinan ini... Rina setuju kahwin dengan tuan..."

"Rina, listen here. Saya setuju dengan tawaran papa sebab Rina. Jadi, Rina jangan fikirkan hal itu. Yang penting Rina tahu batas Rina sebagai seorang isteri sebab Rina dah bergelar isteri orang. Rina fahamkan?"

"Boleh Rina tanya tuan sesuatu?"

"Apa dia?"

"Apa tujuan tuan kahwini saya? Saya nak jawapan jujur dari tuan..."

"Saya nak selamatkan Rina dari ayah Rina dan nak bagi Rina sambung belajar..."

"Takde sebab lain?" Anas melepaskan keluhan.

"Rina, sejujurnya saya kahwini Rina sebab nak selamatkan Rina dari ayah Rina. Papa saya dah ceritakan segalanya pada saya sehinggalah kenapa Rina kena berkahwin dan kenapa saya diarah papa untuk kahwin dengan Rina." Rina telan air liur.

"Sebenarnya, Rina yang kena kahwin dengan papa, pada asalnya. Tapi, papa kesiankan Rina sebab Rina nak sambung belajar dan lagi sebab Rina masih muda. Rina baru menjangkau dua puluh tahunkan?"

"Saya masih sembilan belas tahun, tuan. Bulan hadapan saya baru genap berusia dua puluh tahun."

"See... Rina masih terlalu muda." Air mata Rina mula bergenang.

"Saya minta maaf, Rina. Saya tahu Rina dah korbankan cita-cita Rina untuk perkahwinan ini dan Rina dah korbankan cinta Rina pada Azmeer kerana perkahwinan ini. Saya tahu semuanya." Rina mencari mata hazel milik Anas.

"Dan kalau Rina nak tahu, saya dah berjanji dengan papa untuk berkahwin dengan Rina untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan." Rina tergamam.

"Apa maksud tuan?" Anas meraup wajahnya bersama keluhan yang dilepaskan.

"Saya minta maaf, Rina... Saya dah terlepas kata dengan papa. Papa bagi saya pilihan samada kahwin dengan Rina untuk jangka masa enam bulan atau..." Terhenti bicara Anas. Kelu lidah Anas nak mengatakannya.

"Atau?"

"Atau... Saya akan kehilangan keistimewaan yang saya terima selama ini. Dan papa mengugut untuk menarik nama saya dari wasiat jika saya enggan mengikut arahan papa." Rina memejamkan mata sehingga mengalir air matanya saat Anas melafazkan kata-kata yang menyakitkan itu.

"Saya faham, tuan." Rina mendongak bagi mengelakkan air matanya mengalir lagi.

"Rina... Saya minta maaf."

"Jangan tuan. Saya berterima kasih pada tuan sebab sudi berkahwin dengan saya walaupun untuk tempoh sementara. Terima kasih sebab sudi bantu saya untuk sambung belajar dan jauhkan saya dari ayah saya. Terima kasih, tuan." Ujar Rina sebelum membawa diri ke bilik tidur mereka.

"Rina... Rina, please..." Rina tidak memberi sebarang respon sebaliknya terus menyusur ke kamar mandi. Rina menyandarkan tubuhnya ke pintu kamar mandi sambil memeluk dirinya sendiri bersama tangisan yang semakin menggila.

Tok! Tok! Tok!

"Rina... Buka pintu ni, Rina. Tolong buka pintu ni, Rina. Saya minta maaf. Saya tak sengaja, Rina. Rina... Maafkan saya..." Rina hanya mampu menutup kedua telinganya dengan tapak tangan. Hancur hati Rina saat mendengar kata-kata menghiris jiwanya yang keluar dari mulut Anas.

Apakah ini yang Rina mahukan dalam perkahwinan? Semestinya tidak. Rina korbankan cintanya pada Azmeer untuk Anas. Rina korbankan masa depannya untuk perkahwinan yang hanya bertahan untuk enam bulan.

Tok! Tok! Tok!

"Rina, tolong buka pintu ni, Rina. Rina... Saya minta maaf. Saya terpaksa."

Klik!

Rina menguak pintu kamar mandi. Wajah Rina sedikit sembap.

"Rina, we need to talk..."

"Tak... Takde apa yang perlu dibincangkan. Saya penat dan pening kepala. Saya nak berehat. Maafkan saya."

"Rina, bagi saya peluang Rina."

"Tuan, saya akan hormat tuan kalau tuan hormat keputusan saya..." Ujar Rina tanpa sedikitpun memandang wajah Anas.

"Rina, please..." Rina tidak pedulikan Anas. Bantal diambil bersama sehelai selimut lalu Rina baring di sofa panjang yang terdapat di dalam kamar tidur Anas.

"Rina..." Rina menarik selimut menutup seluruh wajahnya. Anas melepaskan keluhan.

"Maafkan saya, Rina. Saya... Saya terpaksa..." Rina menekup mulutnya disebalik selimut yang ditarik menutupi seluruh tubuhnya bagi mengelakkan tangisannya didengari Anas. Tak mampu Rina bayangkan ini yang akan terjadi. Perkahwinan yang diatur untuk tempoh enam bulan. Sadisnya hidup Rina.

Another chapter untuk pembaca kesayangan. Enjoy reading sayang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience