Bab 6

Action Series 9419

Anna duduk seorang diri di restoran sebelum Aliff datang dan duduk di hadapan Anna. Dengan muka yang tidak tahu malunya dia menegur Anna.
“Hi Anna, lama tak jumpa, kau apa khabar?”
Soal Aliff pada Anna. Anna yang sedang membaca menu memandang Aliff dingin.
“Kau nak apa?”
Soal Anna kasar.
“Aku nak ajak kau kahwin dengan aku Anna, Kahwinlah dengan aku…”
Rayu Aliff lagi. Anna menghela nafas kasar.
“Apa yang kau nak lagi dengan aku Aliff? Aku dah kata sebelum ni yang aku memang tak nak kahwin dengan kau. Kau tak faham ke?”
Soal Anna kasar. Orang yang duduk berdekatan mejanya mula memandang mereka.
“Tapi Anna, aku suka dekat kau..”
Kata Aliff. Anna menghempas menu yang sedang dipegang.
“Apa yang kau tak faham? Aku tak suka kau! Aku tak boleh kahwin dengan kau! Apa lagi yang kau nak?”
Anna mula meninggikan suaranya.
“Aku nak kau kahwin dengan aku je. Aku dah lama tengok kau dari jauh sejak kau datang ke butik pakaian mak aku untuk beli baju. Sejak dari tu aku selalu ikut kau Anna.”
Kata Aliff. Anna memicit dahinya geram. Ikutkan rasa hati Anna dia mahu menumbuk Aliff kerana tidak faham bahasa.
“Kau ni, memang ada masalah Aliff. Perkataan melayu yang senang pun kau tak faham. Sekarang ni kalau aku cakap kau kene berambus dari pandangan aku kau faham tak?”
Anna mula hilang sabar. Tidak mereka sangka datang seorang lelaki yang memakai pakaian seragam pelayan restoran tersebut cuma dia sudah mebuka apron dan tali leher menandakan dia sudah habis waktu bekerja.
“Sayang sorry, lama ke you tunggu i? I baru habis shift i ni.”
Amirul memegang bahu Anna lembut. Anna yang sedang bengang bertukar lembut sebaik melihat Amirul.
“Eh tak adalah, I baru je sampai.”
Balas Anna. Aliff tercengang melihat Anna dan Amirul.
“Kau siapa?”
Soal Aliff kasar pada Amirul. Dia berdiri untuk berhadapan dengan Amirul.
“Aku Amirul. Hai, kau kawan Anna ke?”
Balas Amirul selamba, dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Aliff tetapi Aliff tidak menyambut huluran Amirul. Amirul menarik tangannya kembali selamba. Anna turut bangun dan berdiri di samping Amirul.
“Kau siapa dengan Anna?”
Tanya Aliff lagi, dia sudah menunjukkan belangnya. Aliff yang sopan dan bercakap lembut dihadapan Anna selama ini sudah hilang dan mula berkata kasar nadanya. Amirul tersenyum mengejek.
“Oh, aku?”
Kata Amirul sambil kedua jari telunjuknya menekan dadanya.
“Aku boyfriend Anna.”
Terbeliak mata Aliff mendengar perkataan yang keluar dari mulut Amirul. Anna pula dengan cepat memeluk lengan Amirul dan sedikit senyuman terukir di bibirnya.
“Sejak bila? Anna kau tak pernah bagitahu aku pun!”
Aliff mula resah. Dia memandang Anna dan menantikan jawapan dari mulut Anna.
“Aku tak kenal kau, buat apa aku beritahu kau tentang status hubungan aku dengan orang lain?”
Sindir Anna. Aliff menghentak meja berang.
“Aku setiap hari ikut kau, aku tak pernah nampak kau keluar dengan jantan ni!”
Aliff sepertinya tidak dapat menerima hakikat yang Anna sudah berpunya.
“Kau ikut aku sampai ke rumah ke? Amirul ni jiran aku. Aku tak perlu nak jumpa dia kat luar kalau aku buka pintu rumah je dah nampak dia.”
Amirul tersenyum memandang Anna. Aliff menumbuk meja kuat.
“Kau kena ingat, kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh dapat!”
Jerit Aliff lalu berlalu keluar dari restoran tersebut. Anna dan Amirul memandang Aliff pelik.
“Oh, itulah Aliff yang kau cakap paksa kau kahwin tu?”
Bisik Amirul perlahan sambil kepalanya menunduk tanda maaf kepada pelanggan yang hadir di restoran itu. Anna mengambil beg tangannya dan sangkut pada bahunya.
“Ya, menyampahkan?”
Soal Anna. Amirul menganggukkan kepalanya.
“Selamat aku ada nak tolong kau. Kau buat apa dekat sini?”
Amirul dan Anna memang berjiran namun kebetulan pula Anna makan di restoran milik Amirul harini ini. Selamat Amirul cekap, membantu berlakon sebagai teman lelaki Anna untuk menghalau Aliff.
“Aku nak makan, tapi sekarang aku dah tak ada mood nak makan. Yang kau kenapa pakai baju macam pelayan ni?”
“Aku tak cukup staff hari ini. Terpaksa la turun padang.. Alang alang kau dah ada dekat sini, jom lah kita keluar makan. Kau belanja sebab aku dah tolong kau.”
Anna memandang Amirul geram.
‘Untung muka kau macam Park Seo Joon, kalau tak aku tak nak belanja kau Amirul…’
Bebel Anna dalam hati. Amirul yang lihat Anna termenung menolak bahu Anna.
“Oi! Belanja tau..”
Kata Amirul lagi. Anna menjeling geram.
“Ya! Kita nak naik kereta siapa ni?”
“Naik kereta kaulah, esok pagi kau hantar aku ke restoran pula.”
“Wah! Kau ni dah lebih…”
“Ah, ada aku kisah? Jom!”
Kemudian Amirul menarik Anna keluar dari kedai dan merampas kunci kereta yang berada di tangan Anna.
“Aku dah lama berangan nak drive kereta Honda.”
Anna mencebik.
“Poyolah kau, kau ada BMW kan? Haram jadah apa teringin nak bawa Honda?”
Bebel Anna geram. Amirul menjelirkan lidah lalu dia segera berjalan laju ke kereta Anna.
XXXXXXXXXX
Anna duduk bersila di pintu utama rumahnya dan begitu juga dengan Amirul. Kerana kedudukan rumah mereka berada di hujung sekali jadi tiada orang yang akan melalui hadapan rumah mereka. Jadi setiap malam mereka akan lepak di hadapan pintu rumah dan berbual.
“Mana ibu? Lama aku tak nampak ibu dekat rumah.”
Tanya Amirul. Dia memanggil Damia ibu juga kerana ibu dia sudah meninggal dunia semenjak dia di bangku sekolah.
“Ibu ada hal dekat luar negeri. Aku tak tahu, tiba-tiba dia beritahu aku yang dia tak akan balik untuk jangka masa yang agak lama.”
“Patutlah kau ajak aku lepak dekat pintu rumah masing-masing je, kalau ibu ada tak adanya kita melepak dekat sini.”
Bebel Amirul. Melepak di depan pintu agak memenatkan tetapi dia tidak kisah berbanding hanya duduk di bilik dan bermain telefon ada baiknya mereka duduk bersembang.
“Ayah aku tak habis habis suruh aku kahwin, tapi aku tak ada calon lagi. Kau rasa macam mana?”
Anna tersengih memandang Amirul.
“Aku kan ada? Aku kan awek kau, apa salahnya kau kenalkan aku dekat ayah kau. Ha ha ha..”

Amirul buat muka.
“Aku okay je tapi aku takut kalau ayah aku terus suruh aku kahwin. Kau nak ke kahwin dengan aku?”
Anna buat muka geli. Lalu dia terus bangun dan masuk ke dalam rumah.
“Aku tak nak kahwin dengan kau. Bye!”
Kata Anna lalu terus menutup pintu rumahnya. Amirul memandang Anna geli hati.
“Tahu takut..”
Pada keesokkan paginya, ketika Anna menghantar Amirul di restorannya Anna dan Amirul perasan semua pekerja restoran Amirul sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan.
“Wei, kenapa staff kau berkumpul dekat parking tu?”
Anna memandu perlahan sambil matanya tertacap pada kumpulan pekerja yang sedang berkerumun di kawasan meletak kenderaan.
“Aku tak tahu, Anna berhenti dekat sikit, aku nak tengok.”
Anna kemudian menekan minyak ke arah yang dimaksud kan oleh Amirul. Setelah Anna berhenti Amirul segera keluar dari kereta. Zaiful pekerja Amirul segera menghampiri Amirul apabila melihat kelibat dia.
“Bos, ada orang conteng kereta bos.”
Kata Zaiful. Amirul yang mendengar kenyataan pekerjanya itu segera menghampiri keretanya, kelihatan kereta miliknya di conteng dengan cat sembur berwarna merah yang tertulis perampas di sekeliling kereta mewah miliknya..
“Weh Anna, aku tahu siapa yang buat ni…”
Amirul berkata lemah sambil matanya memandang kereta miliknya.
“Aliff…”
Bisik Anna geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience