Jam menunjukkan pukul 11.35 malam. Isha masih tidak dapat melelapkan matanya meskipun berkali-kali mencuba. Dia akhirnya bangun dan berdiri di balkoni biliknya sambil menikmati pemandangan malam yang indah. Angin malam yang begitu dingin membuatkan Isha membalut dirinya dengan selimut seperti ulat beluncas. Fikirannya jauh melayang memikirkan Iman. Buat seketika dia lupa pada kekasihnya yang jauh di negaranya itu. Baginya Iman seorang yang merendah diri meskipun bekerja di syarikat gergasi bapanya yang ternama itu. Dia mengimbau kembali saat dia mula-mula bertemu dengan lelaki itu. Sikapnya yang dingin itu membuatkan Iman sedikit kecewa. Lelaki itu Cuma mahu berteman dengannya. Ternyata tidak disambut baik oleh Isha. Sehingga lah siang tadi, mereka mula mengenali serba sedikit tentang diri masing-masing. “Aku ni asyik fikir pasal dia je. Do i like him?” soal Isha pada dirinya sendiri. “No, no, no. I can’t. I’m Akmal’s. He just a new friend that I met coincidentally here. And i should forget him before my heart change into it.” bicaranya lagi. Lamunan Isha akhirnya dibawa pergi setelah telefon bimbitnya dia atas kati berbunyi. Dia segera menjawab panggilan daripada adiknya, Arizza. “Ada apa Izza call akak ni?” Isha menyoal. “Nothing. Just nak bagi tahu, esok abang ambik akak dekat airport. Pak Mail busy. Dia kena hantar ibu dengan ayah esok. Okey?” jelas Arizza padanya. “Em. Okey. Esok akak sampai akak call.”balas Isha selamba. “Okey. That’s all. Call jauh-jauh ni mahal. Habis kredit Izza. Bye!” Arizza sempat bergurau sebelum menamatkan panggilannya. “Kedekut. Bukan sampai sejam pun.” omel Isha sendiri. Dia menutup sliding door yang memisahkan balkoni dan biliknya dan merebahkan dirinya di atas katil untuk tidur. Dia akhirnya terlena sebaik sahaja memejamkan matanya beberapa minit.
Isha terjaga apabila jam telefonnya berbunyi. Dia bangun dan membersihkan diri untuk solat subuh. Isha bersiap-siap dan keluar untuk makan pagi di restoran di hotel itu. Seperti kebiasaan, dia mengambil tempat duduk di tepi tingkap yang agak jauh dari orang ramai. Dia tidak mahu berada dalam suasana yang agak bising itu. Kali ini dia tidak terserempak dengan Iman seperti sebelumnya. Matanya liar mencari kalau-kalau lelaki itu ada di sekitar situ. Namun usahanya sia-sia kerana kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan pada hari tersebut. Dia akhirnya menikmati sarapannya seorang diri tanpa mengendahkan orang sekelilingnya. Telefonnya berdering dan tertera nama Mr.Edward di skrin itu. “Yes, speaking.” jawab Isha. “When you will depart from airport? I’m sorry but i’m gonna pick you up a bit early because i got a things to settle on. Is it alright?” jelas Mr.Edward padanya. “It’s okay. It does not a matter to me. Since there is nothing that I need to do anymore. I’ll wait you at the lobby. My flight will depart at 2.30 p.m. So, what time that you’ll pick me up?” soal Isha kembali. “I will pick you at 12.00 p.m. If there is anything, just call me.” kata Mr.Edward. “Okay! Thank you so much.” balas Isha sebelum mematikan panggilan itu. Selepas menghabiskan sarapannya, dia masuk ke biliknya dan membelek barang-barang yang dibelinya semalam. Dia terjumpa kotak rantai yang berisi seutas rantai silver yang sangat cantik di dalamnya. Dia pasti hadiah itu daripada Iman berdasarkan nota yang terselit di dalam kotak itu. ‘It was a wonderful time to see you. I hope there will be a next meeting between us. Iman.’ Iman sempat menulis nota ringkas dan meletakkannya di dalam kotak rantai tersebut. Pemberian itu membuatkan Isha serba salah sama ada untuk menerima atau menolaknya. Jika diterima, dia takut hatinya turut menerima lelaki itu. Jika ditolak, hadiah itu telah pun berada dalam tangannya. Fikirannya kusut. Agak lama dia termenung memikirkan apa yang harus dilakukan dengan rantai itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja pemberian dari Iman itu. Ya. Dia perlu menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain sebelum menjadi tanda tanya. Setelah puas membelek barang-barang itu, dia berdiri ke arah balkoni di biliknya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah gunung-ganang yang dilitupi salji tebal itu. Suasana itu sangat menenangkan dirinya. Jika diikutkan hati, Isha tidak mahu pulang dan ingin tinggal di situ selama-lamanya. Tetapi dia sedar semua itu hanyalah angan-angannya. Setelah jam menunjukkan pukul 11.45 tengah hari, Isha pantas bersiap dan turun ke lobi untuk menunggu Mr.Edward menjemputnya. Setelah mendaftar keluar, Isha menuju ke arah kereta Mr.Edward yang diparking di hadapan bangunan hotel tersebut sambil diiringi Mr.Edward yang sedang menarik bagasinya dan diletakkan di dalam bonet kereta. “I wonder if you buy any souvenir before your departure.” kata Mr.Edward. “Of course I do. I bought it yesterday with my friend.” jawabnya dengan nada yang ceria. “So, how was Perth?” soal Mr.Edward tentang pandangannya terhadap negara itu. “It’s great and I love to be here.” jawab Isha ringkas. Baginya negara itu unik dan memiliki tarikan yang tersendiri. Pendapatnya itu dibuktikan malalui beberapa tempat yang dikunjunginya bersama Iman semalam. Dia tidak sabar untuk pulang dan bertemu dengan keluarga dan rakannya untuk berkongsi cerita mengenai negara itu. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Isha sempat memberikan kata-kata terakhirnya kepada Mr.Edward sebelum melepasi imigresen untuk menaiki pesawat. “I’m so appreciated everything that you had done for me along i’m staying here. Thank you very much Mr.Edward.” kata Isha padanya. “You’re most welcome. It is my job to incharge of you here. Anyway, hope to see you again pretty girl.” balas Mr.Edward dan disambut dengan ketawa oleh Isha. “Thank you! Goodbye!” kata Isha sebelum melangkah pergi dan melepasi pemeriksaan imigresen. Dia sempat melambai ke arah lelaki asing itu sambil menuju ke arah peramugara yang berdiri di pintu pesawat Australia Arlines itu. Sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi, Isha terus membuka lagu di telefon bimbitnya dan memakai headphonenya. Dia memejamkan ingin merehatkan dirinya di dalam pesawat itu sebelum mendarat di KLIA. Tidurnya agak terganggu dengan layanan oleh para peramugara dan peramugari di dalam pesawat itu yang menanyakan kalau-kalau dia memerlukan sesuatu. “It’s okay. If I need something then i’ll call you with my own.” balas Isha. Dia berharap agar staf-staf di dalam pesawat itu faham akan kata-katanya itu yang bermaksud dia tidak mahu diganggu. Staf tersebut tersenyum dan berlalu pergi. Matanya terasa berat sekali. Dia memberhentikan lagu yang dimainkan dan menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Dia akhirnya terjaga apabila mendengar pengumuman oleh staf pesawat tersebut mengarahkan untuk memakai tali pinggang kerana pesawat akan mendarat sebentar sahaja lagi. Isha menggosok matanya dan pantas menyimpan segala gajet ke dalam beg tangannya. Setelah menjejakkan kaki di balai ketibaan, Isha menelefon abangnya supaya menjemputnya secepat yang mungkin. Kepalanya mula terasa berat dan tekaknya terasa sakit. Isha terus melangkah ke tempat parking kereta yang tidak jauh dari tempatnya menunggu setelah melihat kereta Toyota Wish milik Aizal di situ. Aizal keluar dari kereta dan membawa menarik bagasi milik Isha ke arah keretanya. “Macam mana kat sana? Everything was fine?” soal abangnya sebaik sahaja menghampiri Isha. “Not bad la.” Isha menjawab dengan ringkas. Baginya dia mahu cepat pulang dan berehat di rumah kerana kepalanya mula pening dan tekaknya semakin perit. Dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan abangnya di belakang yang sedang meletakkan bagasinya ke dalam bonet kereta. “Izza mana?” soal Isha setelah perasan yang adiknya tidak ikut bersama. “Dia dah balik pagi tadi. Lecturere dia tiba-tiba nak buat kelas ganti esok katanya.”jelas Aizal. Isha hanya mengangguk. “Abang tolong singgah kat mana-mana kedai boleh tak? Isha nak beli panadol.” kata Isha pada abangnya. “Isha demam ke? Kalau macam tu abang bawak pergi klinik lah.” balas Aizal yang bimbang tentang keadaan adiknya itu. “Tak payah lah. Sakit kepala dengan tekak je. Esok–esok okay lah.” jawab Isha menafikan keadaannya. Dia tidak mahu keluarganya risau tentang keadaan dirinya tambah-tambah lagi dia baru pulang dari luar negara. ‘Tak pasal-pasal orang syak aku ni bawak penyakit pulak dari negara luar.’ bisik hatinya. Setelah sampai di rumah, Isha terus naik ke biliknya dan membersihkan diri. Dia terus menunaikan solat maghrib. Isha merebahkan badan di atas katil dan cuba melelapkan mata seketika dengan harapan sakit kepalanya akan beransur-ansur hilang. Isha tersedar apabila azan isyak berkumandang dan terus menunaikan solat isyak. Usai sahaja solat, dia kembali baring di atas katil. Kesakitan di kepalanya masih tidak hilang malah semakin manjadi. Badannya juga sudah mula panas. “Isha, jom makan! Ibu dah siapkan semua. Isha tak makan lagi kan dari petang tadi?” soal ibunya yang menjenguk masuk ke biliknya. Isha hanya menggelengkan kepalanya tanpa menoleh ke arah ibunya. “Isha tak sihat ke? Panas badan ni! Kita pergi klinik lah.” kata ibunya sebaik sahaja memegang kepala anaknya itu. “Tak nak lah. Isha nak tidur je. Esok okay lah.” jawabnya perlahan. “Tengok tu. Suara pun dah tak ada. Jom pergi klinik.” pujuk Puan Riana. Setelah memberitahu suaminya, Encik Faizul pantas bersiap dan menghidupkan enjin keretanya. Isha hanya mengenakan t-shirt lengan pendek dan baju sejuk serta tudung sarung mamandangkan cuaca pada malam itu agak berangin. Mereka sekelurga menuju ke klinik berhampiran. Setelah doktor yang bertugas membuat pemeriksaan ke atasnya, mereka diberitahu bahawa Isha menghidap demam panas dan sakit tekak kerana perubahan cuaca yang dialaminya di Perth dan Malaysia berlainan. “Badan dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia memandangkan dia baru pulang dari negara yang mengalami musim sejuk.” kata doktor itu memberi penjelasan. “Saya rasa lebih baik Encik Faizul membawa anak Encik ke hospital untuk pemeriksaan lanjut memandangkan keadaannya agak serius. Saya akan sediakan laporan perubatan dan Encik Faizul perlu menyerahkan laporan tersebut pada doktor yang bertanggungjawab menguruskan Cik Faisha di sana nanti.” tambahnya lagi. Kerisauan mereka semakin memuncak apabila mendengar siren ambulans yang membawa Isha ke hospital yang berhampiran. Mereka bertiga mengekori ambulans tersebut dari arah belakang dengan berhati-hati. Sampai sahaja di hospital, Faisha terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari bagi rawatan lanjut. “Memandangkan dia baru pulang dari luar negara, kami terpaksa tahan dia untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri dia menghidap penyakit yang dibawa dari sana. Tapi Tuan dan Puan tak perlu risau. Ini cuma kemungkinan sahaja. Kita akan tahu keputusannya selepas pemeriksaan nanti.” jelas doktor itu sebelum berlalu pergi. Mereka sekeluarga berkumpul di dalam bilik itu pada malam tersebut untuk menjaganya. “Petang tadi dia ada cakap yang dia sakit kepala dengan sakit tekak. Dia suruh singgah dekat kedai nak beli panadol.” Aizal memberitahu ibu dan ayahnya. “Kenapa tak cakap awal-awal dekat ayah dengan ibu? Kalau tahu, terus bawak dia pergi klinik masa dia balik petang tadi.” kata ayahnya. “Dah ajak dah pergi klinik, tapi dia tak nak. Dia kata sikit je. Aizal tak tahu pulak sampai jadi macam ni.” balas Aizal agak kesal kerana menuruti kata-kata adiknya itu. “Kamu macam tak kenal perangai degil adik kamu ni. Dia kalau sakit, bukan nak pergi klinik.” omel ayahnya. Aizal diam seribu bahasa di sebelah ayahnya. “Dah lewat ni. Ibu dengan ayah balik lah dulu. Malam ni biar Aizal stay. Esok ayah dengan ibu datang la.” Aizal memberi cadangan. “Yelah. Kalau ada apa-apa call ayah dengan ibu.” balas Encik Faizul. Selepas ayah dan ibunya beredar, Aizal duduk baring di sofa di dalam bilik itu. Dia akhirnya terlena sendiri. Dia hanya tersedar setelah mendengar suara adiknya memanggil. Dia segera bangun dan mengambilkan air untuk Isha. Aizal meletakkan tangan di dahi Isha untuk merasa suhu badannya. Dia agak bimbang kerana kepanasan badan Isha masih belum surut. Dia memalingkan wajahnya ke arah jam di dinding bilik itu yang menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aizal terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat subuh di bilik itu beralaskan tikar yang disediakan.
Langit sudah mula cerah pada pukul 7 pagi. Aizal keluar dan berdiri di koridor hospital untuk mengambil udara segar. Dia melihat suasana bandar Bangi dari tingkat atas hospital itu. Dia masuk kembali ke dalam bilik itu untuk memeriksa telefonnya kalau-kalau ada panggilan daripada ibu atau ayahnya. Pada saat itu baru terlintas di fikirannya untuk memaklumkan keadaan Isha pada Akmal. Dia menelefon Akmal dan memberitahu perkara itu. “Kalau macam tu saya datang sana masa lunch break nanti sebab sekarang saya ada meeting. Tak boleh cancel.” kata Akmal pada Aizal setelah dimaklumkan tentang keadaan Isha di situ. “Okey. Kalau macam tu abang tunggu Akmal dekat sini tengah hari nanti. Akmal rehat pukul berapa?” soal Aizal padanya. “Pukul 12.30 p.m sampai pukul 2.00 p.m. sempat lah nak pergi tengok Isha. Okey lah, apa-apa hal abang Aizal call je Mal. Assalamualaikum!” kata Akmal mengakhiri perbualan. Lebih kurang sejam kemudian, Puan Riana dan Encik Faizul tiba di hospital. “Macam mana? Doktor ada cakap apa-apa?” soal ibunya kebimbangan. Belum sempat Aizal menjawab, Doktor Danial yang bertugas merawat Isha masuk ke bilik itu. Mata mereka tertumpu pada doktor itu. Masing-masing menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut Doktor Danial. “Kami dah dapat keputusan pemeriksaan darah Cik Isha semalam. Alhadulillah tak ada apa-apa. Dia cuma menghidap demam panas. Kalau suhu badannya mula menurun, mungkin esok atau lusa dia dah dibenarkan keluar. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.” kata doktor itu setelah memberi penjelasan pada mereka. Keluarga Isha menarik nafas lega setelah mendengar kata-kata dari doktor itu. “Aizal balik lah dulu. Pergi siap-siap, lepas tu pergi office. Mintak fail yang ayah bagi pada Finas dan hantar fail tu pada Datuk Jeffry di pejabat dia. Nanti ayah call Finas, biar dia bagi fail tu pada kamu.” arah Encik Faizul pada anak sulungnya itu. Aizal hanya mengangguk tanda faham. “Petang nanti datang sini balik. Tak payah masuk office hari ni. Kamu tolong jaga adik kamu. Ayah ada mesyuarat penting petang ni lepas zohor. Ibu pulak kena pergi tengok isteri Datuk Khalid yang sakit tu kejap dekat rumah dia di Gombak. Kalau jadi lepas zohor ni Mak Ngah dengan Pak Long sekeluarga datang sini tengok Isha.” tambah Encik Faizul pada anaknya itu. “Yelah. Kalau macam tu Aizal pergi dulu.” kata Aizal dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Setelah sampai di rumah dia terus membersihkan diri dan menukar pakaian. Dia memecut laju keretanya untuk ke pejabat ayahnya. Setelah memasuki bangunan Florea Holding itu, dia terus ke bilik Finas, setiusaha ayahnya untuk mengamil fail tersebut. Selesai sahaja urusan di situ, dia terus beredar dan menuju ke pejabat Datuk Jeffry yang terletak di Shah Alam. Setelah semua urusan selesai, Aizal memecut laju keretanya untuk ke hospital semula kerana jam sudah menunjukkan pukul 12.50 p.m. Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik Isha, kelihatan Akmal berada di kerusi di sebelah katil Isha sambil tersenyum memandangnya. “Abang Aizal dari mana ni? nampak macam kelam-kabut je.” tegur Akmal setelah melihat Aizal. “Abang kena uruskan hal ayah abang tadi. Dia ada mesyuarat petang ni. Tu yang kelam-kabut sikit tu. Takut tak ada orang tengokkan Isha. Akmal baru sampai ke?” soal Aizal padanya. “Baru lah jugak. Eh, dah masuk waktu zohor ni. Mal pergi surau dulu ya. Kejap lagi Mal naik balik.” kata Akmal dan berlalu meninggalkan Aizal di situ. Aizal hanya mengangguk. Setelah kedua-duanya selesai solat, mereka kembali ke bilik untuk menjenguk Isha. Tidak lama kemudian, keluarga Mak Ngah dan Pak Longnya datang melawat. Aizal meninggalkan Isha di bawah jagaan mereka sementara dia dan Akmal pergi ke restoran terdekat untuk makan tengah hari. Mereka sempat berbual tentang keadaan Isha. Selepas habis makan tengah hari, Akmal sempat menjenguk Isha sekali lagi sebelum dia pulang ke pejabatnya semula. Dia juga sempat berkenalan dengan saudara-mara Isha yang datang melawatnya. “Kawan Isha ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni.” soal Pak Long Isha setelah melihat Akmal di situ. Akmal tersenyum dan membalas soalan Pak Cik Saudara Isha itu. “Ya saya. Maaf Pak Cik, saya kena balik office. Saya mintak diri dulu ya. Insyaallah kalau ada masa nanti kita berbual lagi ya.” kata Akmal dan bersalaman dengan Aizal dan saudara-mara lelaki Isha yang datang pada hari itu. Dia terus beredar dan menuju ke keretanya yang diparking di perkarangan hospital. Dia kelihatan kurang senang ketika melihat sepupu-sepupu Isha yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki. Dia berharap agar sepupu-sepupunya Isha tidak menaruh hati pada kekasihnya itu. Tambahan pula semua sepupunya itu lebih tua daripadanya. Mereka juga mempunyai wajah yang agak tampan. Perkara itu membuatkan Akmal sedikit tergugat. Selepas saudara-maranya pulang, seorang jururawat masuk ke bilik itu dan menghantar minum petang. “Minum petang pun makan nasi ke? Kalau tiap-tiap menu makan nasi, gemuk lah Isha.” kata Isha setelah jururawat itu melangkah keluar. “Yelah. Habis tu Isha expect apa? Kuih? Biskut cicah air teh?” soal abangnya kembali. “Orang sakit memang kena makan makanan berkhasiat. Tak payah nak diet sangat. Isha tu dah kurus, tak lama tinggal tulang pulak. Isha nak ke?” omel abangnya lagi. “Okay, okay. Isha makan. Lagipun Isha memang tengah lapar.” Isha akhirnya mengaku. Aizal hanya ketawa mendengar pengakuan adiknya itu. “Tahu pun. Makan kenyang-kenyang. Abang nak pergi toilet kejap.” kata Aizal dan meninggalkan adiknya di bilik itu. Baru beberapa minit Aizal keluar, ibu dan ayahnya sampai. “Ibu!” sapa Isha ceria apabila melihat ibunya masuk. “Anak ibu okay tak? Doktor ada cakap apa-apa?” soal Puan Riana pada Isha. “So far okay. Sakit tekak pun dah surut. Doktor kata esok Isha dah boleh keluar.” katanya dengan nada yang ceria. “Tadi ada Pak Long dengan Mak Ngah sekeluarga datang?” giliran Encik Faizul menyoal. “Ada. Ramai jugak yang datang. Aman, Razif, Haikal, Izlan, Azif, Fika, Dian, semua ada.” kata Isha. “Abang kamu mana? Keluar?” soal ayahnya lagi. “Dia pergi toilet kejap.” jawab Isha ringkas. Setelah habis makan, Isha ke bilik air dan berwudhuk untuk menunaikan solat asar. Mereka bertiga pulang ke rumah petang itu dan datang semula selepas maghrib. Nia dan Azwa turut datang melawatnya pada malam itu. “Kau okay tak ni? Kau ni kan, sakit bukan nak bagi tahu orang. Aku tahu pun dari Akmal tahu tak.” Nia mengomel dan disambut dengan ketawa oleh Isha. “Tak ada la beb. Aku demam je. Aku tak nak korang susah hati.” balas Isha. Mereka semua pulang ke rumah sebelum tamat waktu melawat malam itu.
Share this novel