"Opah!"
Hajah Khadijah yang sedang memasak di atas dapur sedikit tersentak dengan panggilan itu. Dia berpaling ke belakang. Wajah cucu lelaki kesayangannya menghiasi pandangan.
"Nufail ni suka kan bagi opah terkejut?" Bahu Nufail ditampar lembut. Nufail senyum nipis lantas melabuhkan punggungnya kerusi dapur.
"Mana ada Nufail terkejutkan opah. Opah yang khusyuk sangat goreng ayam tu."
Hajah Khadijah menggeleng.
"Ni Fail pergi mana lama sangat keluaq?"
"Tadi dekat kedai runcit Fail tolong orang. Akak tu tengah mengandung lepas tu tiba-tiba dia pendarahan. Fail waktu tu baru keluar dari kedai beli santan yang opah suruh tu. Kelam kabut Fail tolong akak tu. Bawak pergi hospital. Lepas tu semua dah okey, keluarga dia datang...Fail balik lah."
"Lahh yaka? Teruk ka pendarahan?"
"Tak kut. Doktor cakap tak ada apa-apa. Tapi doktor pesan kena lebih berhati-hati."
"Lepas tu, suami dia mai la?"
Nufail Wijdan berjeda. Seolah-olah sedang berfikir. Kening sebelah terangkat.
"Entahlah, opah. Tak nampak pun suami dia. Fail nampak mak dia dengan adik dia je. Oh ya, dengan anak lelaki dia sekali. Hamarra nama akak tu kalau tak silap."
"Oh la...." Hajah Khadijah ketawa dihujungnya.
"Kenapa? Opah kenal ke?"
"Awat tak kenai pulak. Depa duk sekampung dengan kita ja. Lorong ja lain-lain. Mak dia selalu mai mengaji rumah opah. Sekali dengan jiran-jiran hat lain sama lah. Kan malam-malam Opah buat mengaji untuk para mak-mak."
"Lah ye ke..." Nufail mengangguk, mengerti. Dia bertanya lagi, "Akak Hammara tu suami dia memang dah tak ada ke, Opah"?
"Tak dak aih. Suami dia tinggai dia." Suara Hajah Khadijah tiba-tiba jadi perlahan. Pekerjaan yang dilakukannya tadi pun terhenti.
"Cerai, maksud Opah?" soal Nufail mahukan kepastian. Hajah Khadijah mengangguk.
"Ha kena cerai sebab bekas suami dia ada perempuan lain. Kesian opah tengok keluarga depa, Fail."
"Kenapa, Opah?"
"Dak la...banyak sungguh ujian depan kena lalui. Opah walaupun tak dengar dari mulut depa sendiri, dengar dari mulut orang tapi Opah dapat rasa. Dulu masa arwah ayah Hammara dengan Nisa ada...ayah dia kahwin dua. Selalu berkelai dengan mak depa time tu. "
Membulat mata Nufail mendengarnya. " Betul ke Opah?"
Hajah Khadijah mengangguk.
"Kesian kan? Orang kampung selalu jugak duk mengata dekat depa. Kutuk macam-macam. Kata depa tu ada membela apa lah. Sebab perkahwinan yang terjadi dalam keluarga tu semua tak berjaya. Orang mula duk mengata lagi lepas Hammara kena cerai. Tapi..."
"Tapi...?" Nufail betul-betul fokus dengan penceritaan opahnya itu. Entah kenapa dia tertarik dengam kisah keluarga itu.
"Tapi Opah suka tengok Anisa. Budak tu walaupun muda lagi tapi hati dia Masya Allah kental." Automatik bibir opah melengkung membentuk senyuman manis mengenangkan anak gadis itu.
Jantung Nufail mula berdetik secara tiba-tiba. Dia pantas menggeleng. Apa benda kau ni, Nufail? Tiba-tiba aje. Astagfirullahalazim.
"Kenapa dengan dia?"
"Dia jaga, dia lindung, dia pertahan keluarga dia gila-gila punya. Setiap kali dia dengaq keluarga dia kena hina, ha laju ja dia buat kerja. Pi sound balik. Tak kira laki, tak kira perempuan semua pernah kena sound dengan dia. Tapi bersebab lah."
"Lagi satu, kalau dia tolong orang, dia tak kira sapa. Semua dia tolong. Opah tak pernah jumpa lagi perempuan macam tu. Opah ingat lagi...time opah nak pi rumah depa. Time tu on the way lah. Masa sampai tu, Opah nampak dia bergaduh dengan budak-budak kampung. Budak lelaki pulak tu. Masa tu dia umur 17. Tau sebab apa dia gaduh?"
"Sebab budak-budak tu baling pasir dekat Othman. Kenai kan Othman?"
Nufail jeda seketika sebelum mengangguk, "Kenal. Yang tak sihat tu kan?"
"Ha...Opah nak tergelak time dia baling selipar dekat budak-budak tu. Dia ligan sampai budak-budak tu balik rumah. Lawak betoi."
Entah kenapa dia merasakan kisah gadis bernama Anisa Ufairah ini terlalu menarik dan unik. Sedikit sebanyak mengundang senyum di wajahnya. Seketika kemudian dia tersedar.
No Nufail Wijdan! This is not right. Safiyya Humairah always and forever stay in your heart. Your heart belongs to the only one woman that you love the most, it's Safiyya Humairah. Your late wife.
"Papa! Rindu papa! Tok umi lambat sangat bawak Ikha datang sini! Orang rindu papa tau tak!"
Nufail yang sedang jauh mengelamun tersentak dengan kehadiran anak gadisnya.
"Zulaikha! Bila anak papa sampai ni, hm?" Nufail membuka luas kedua belah tangannya lalu dia memeluk erat tubuh kecil Zulaikha. Ubun-ubun anaknya dicium kasih lalu diusap lembut.
"Amboi...dah jumpa papa dia. Terus lupa Tok Umi eh?" Umi kepada Nufail iaitu Datin Kauthar yang baru muncul dari ruang depan sehingga ruang dapur menyakat cucunya yang seorang itu.
Zulaikha sengih hingga membuatkan matanya menyepet.
"Umi..." Nufail bangun dari kerusi dan mencium jemari tua umi kesayangan.
"Umi tak cakap pun nak datang hari ni? Bukan ke hari tu umi cakap nak pindah lewat sikit?" soal Nufail, hairan.
Nufail dan sekeluarga buat keputusan untuk pindah ke kampung di Kedah kerana memandangkan hati dan fikiran Nufail selalu sangat memikirkan tentang arwah isterinya dan kakaknya jika terus berada di Kuala Lumpur. Senang cerita, dia mahu mengubat hati yang masih lagi berdarah. Lagi pula, Nufail mahu menguruskan satu lagi cawangan resort hasil perusahaan arwah walidnya di Penang suatu ketika dahulu. Sayang jika tidak dioperasi dengan baik.
Datin Kauthar hanya ketawa kecil. Diabaikan soalan anaknya itu lalu mendapatkan emaknya iaitu Hajah Khadijah. Dipeluk tubuh tua emaknya itu.
"Sihat mak?"
"Sihat Alhamdulillah. Macam ini lah." Hajah Khadijah menepuk belakang anaknya.
"Mak dengan anak teruna saya sembang pasal apa tadi hah? Khusyuk je muka Nufail saya tengok." sakat Datin Kauthar. Dia mengerling Nufail di sebelah.
"Sembang kosong aje umi." laju Nufail membalas. Tidak mahu jikalau uminya akan membangkitkan isu kahwin lagi.
"Tapi Umi macam bau nasi minyak?" sakat Datin Kauthar lagi. Lengan anaknya disiku perlahan.
Ha kan, baru je cakap. Mesti umi dia asyik ulang benda yang sama. Walaupun arwah isterinya dah 3 tahun tinggalkan dia tapi dia tak kisah menduda hingga ke tua. Tak ada yang dapat ganti tempat Safiyya Humairah di hatinya.
Nufail mengeluh kecil.
"Umi ...Kita dah bincang kan pasal ni? Please?"
"Okey..." Datin Kauthar menepuk bahu anak lelakinya itu.
Hajah Khadijah yang tidak senang mendengar perbualan itu segera menukar topik.
"Dah. Jom makan. Opah dah siap masak semua. Jom makan tengah duk panas lagi ni. Satgi sejuk tak sedap pulak."
"Mak masak apa hari ni? Kauthar ada beli pekasam. Nak goreng tak?" tanya Datin Kauthar. Dan dengan begitu sahaja topik tentang kahwin ditutup.
Nufail? Nak buka hati untuk wanita lain? Lambertttttt lagi.
•••
"Nisa. Jom hantar ibu pergi rumah mengaji." ajak Puan Asma'. Anisa Ufairah yang sedang membaca buku agama itu terhinjut sedikit bahunya kerana terkejut. Dia angkat wajah.
"Oh dah pukul 8:30 eh?" Anisa kerling jam dinding. Jam menunjukkan tepat pukul lapan, tiga puluh minit malam, "Hanif dengan kakak mana?"
"Ada dalam bilik kut tengah tidurkan Hanif." balas Puan Asma'.
"Ibu nak pergi mengaji jugak eh? Nisa risau dekat kakak ni. Kalau Nisa hantar ibu pergi mengaji, kakak macam mana? Tak kan kita nak tinggal kakak sorang-sorang dekat rumah." Anisa garu kepala yang tidak gatal. Susah jugak eh kalau tak ada orang lelaki dewasa dalam rumah. Anisa tak ada abang
"Itu lah tu. Alamatnya tak boleh pergi lah ye malam ni? Tapi tu la...ibu teringin nak jumpa Datin Kauthar. Dia baru balik tadi."
"Datin Kauthar?"
Puan Asma' mengangguk.
"Anak Opah Tijah..."
Datin Kauthar dan Puan Asma' boleh dikatakan berkawan baik juga lah di kampung Seroja ini. Cuma disebabkan Datin Kauthar berhijrah ke Kuala Lumpur mengikuti suaminya, jadi... sudah agak lama mereka tidak bertemu. Boleh dikatakan 10 tahun?
"Uish... Datin eh? Hebat."
"Dahlah ibu nak tukar baju."
Setelah Puan Asma' meloloskan diri ke dalam bilik, Anisa meneruskan pembacaannya.
Buku Sirah darjah 1.
Dipendekkan cerita, kakak dia paksa dia untuk gantinya sebagai guru kafa buat sementara waktu. Dia dah banyak kali cakap dekat kakak dia yang dia ambik perniagaan, bukan bidang agama. Eh tiba-tiba suruh jadi cikgu agama pulak. Tak ke pelik?
Lepas tu kakak dia cakap Anisa pernah belajar sekolah agama sampai form 3 dan dia layak. Ha tibeh betul. Kalau dia ada sijil SMA mungkin lah layak. Ini pt3 je buat apa.
Kalau ikutkan memang tak layaklah tapi disebabkan kakak dia yang paksa dan guru-guru kafa yang bersetuju untuk ambil dia, so yeah! Tiba-tiba jadi Ustazah Anisa. Fulamak, sedap gila bunyi.
Nasib baiklah dia pandai jawi, tahu mengaji, pandai tajwid. Semua tu sebab dulu dia pernah juga belajar dekat Kafa an-Nur. Boleh dikira sebagai ex-student atau alumni.
Tak apalah. Demi kakak, dia sanggup!
TOK TOK TOK!
Anisa tersentak mendengar bunyi ketukan itu. Dahinya berkerut seribu.
"Siapa pula yang datang malam-malam ni?" Dia bingkas bangun dari sofa menuju ke pintu utama rumah. Nasib baik dia siap sarung tudung dari selepas maghrib lagi, sampai sekarang tak buka-buka langsung.
Jantungnya mengepam laju. Tak pernah walau sekali ada orang datang rumah malam-malam macam ini. Jangan cakap yang ketuk pintu rumah dia sekarang ni adalah perompak.
Pantas Anisa mencapai kayu yang tersadai di belakang pintu. Kayu tersebut dipegang kemas dan perlahan-lahan lock pintu dibuka.
KLIK!
Anisa dah angkat kayu tu tinggi-tinggi, bersedia untuk diayun namun...
Terasa kayu tersebut ditahan seseorang. Kuat. Matanya terpejam erat. Rasa takut menguasai diri.
"Cik ni dah kenapa?" suara garau seorang lelaki menerjah gegendang telinganya.
Suara ni?
Anisa buka matanya perlahan-lahan dan automatik pandangannya dihiasi dengan seorang jejaka tinggi lampai bersama renungan mata hazelnya.
Lelaki ni...?
Terkebil-kebil Anisa dibuatnya, cuba menghadam situasi yang berlaku. Oh! Dia baru teringat. Ini mamat yang tolong kakak petang tadi.
"Apa Encik buat dekat sini?" soal Anisa dengan dahinya yang berlapis-lapis. Risau juga kalau lelaki ni ada niat tak baik.
"Sebelum saya jawab soalan Cik...boleh tak Cik turunkan benda ni?" Matanya mengerling ke arah kayu yang dipegang oleh Anisa.
Oh!
Tersedar akan keterlanjurannya, Anisa segera menurunkan kayu tersebut dan diletak semula di belakang pintu.
"Ek ehem. Teruskan."
"Saya datang nak ambil ibu, Cik."
Kali ini bukan setakat dahi berkerut teruk tapi dengan mulut-mulut dia sekali yang ternganga.
"Kenapa Encik nak ambil ibu saya pulak?"
"Adik...ibu cakap-" Hammara yang baru muncul bersama telekung yang tersarung pada badan tercengang melihat adiknya itu sedang berbicara dengan seseorang dan seseorang itu adalah Nufail.
Anisa berpaling ke belakang dan dapat tangkap riak wajah kakaknya yang seolah-olah mengatakan 'sejak bila kau rapat dengan dia ni? Siap datang rumah?'
Anisa tepuk dahi.
"Akak. Don't think too much. Nisa pun tak tahu kenapa dia ni ada dekat sini."
Hammara hiraukan Anisa dan terus berjalan ke muka pintu.
"Nufail. Buat apa sini?"
"Maaf menggangu malam-malam kak. Tapi Opah saya suruh jemput Mak lang datang rumah." Nufail menunduk kepala sedikit seolah menyapa, sopan.
"Opah?" Serentak Anisa dan Hammara berkata.
Nufail gosok belakang lehernya, kekok. Ini mesti kes dua beradik ni tak kenal siapa dia sebenarnya.
"Saya cucu Opah Tijah."
"Apa?!"
TBC
Share this novel