BAB 20

Humor Completed 26062

"KALAU ibu tanya,Iris jangan marah ya."Ibu duduk di abirai katil.Iris sedang mengemas bilik,mengalihkan perabot ke tempat lain akan merasai suasana lain.Tak lama lagi kan dah nak raya.Lebih kurang tinggal dua minggu saja lagi.

"Tanya lah ibu.Buat apa Iris nak marah?"Iris segera duduk bersebelah ibu.

"Kalau ada orang nak masuk meminang Iris,Iris terima tak.Ayah suruh tanya sebab pihak sebelah sana nak percepatkan tarikh nikah."jelas ibu.

Ternganga mulut Iris.Tak ada angin tak ada ribut orang nak masuk meminang.Siapa lelaki malang tu agaknya.Tak tahu kah Iris ni janda.Bekas orang pula tu.

"Tak nak lah ibu."Tolak Iris mentah-mentah.

"Ibu bukan nak paksa tapi Iris masih muda.Sampai bila nak hidup membujang macam ni.Iris perlukan suami untuk sama-sama kongsi perasaan dan hidup bahagia."nasihat ibu penuh berhati-hati.

"Entah lah ibu.Iris tak rasa nak kahwin buat masa ni.Iris rela hidup membujang.Buat apa kahwin lepas tu cerai berai.Cakap cinta dan sayang tapi kena tinggal juga."kedengaran nada kecewa di situ.

"Ibu tak nak salah kan sesiapa pun.Iris dah besar panjang.Dah ada pengalaman pun.Kalau ada suami kan senang boleh jaga Iris."telah ibu lagi.

"Ibu cuma nak tengok Iris bahagia.Ibu tahu Iris masih sedih dengan kehilangan.Bukan ibu nak mengungkit kisah lalu Iris.Tapi Iris juga berhak bahagia dan hidup bekeluarga macam orang lain.Ibu nak Iris fikir sehabis baik."Ibu hela nafas panjang.Khuatir Iris putus asa untuk berumahtangga lagi.

"Ayah dan ibu tak ada halangan untuk Iris berkahwin.Lagipun kami dah kenal lama dengan dia.Dah tahu dia macam mana."tekan ibu.

Iris kerut kan kening.Tertanya juga siapa yang berkenan sangat dengan janda macam dia ni.Dan siapa 'dia' yang ibu maksudkan?

"Iris tak boleh nak buat keputusan sekarang,ibu.."

"Dah tiba masanya Iris buka kan pintu hati untuk orang lain.Mana tahu ini jodoh terbaik buat Iris."

"Siapa dia,ibu?"

Ibu pandang Iris dan senyum.

"Abang Attar kamu."

"Hah!?"tercengang Iris.Terkebil seketika.

Kenapa abang Attar?Jadi selama ni dia rapat dengan keluarga aku sebab nak dekat dengan aku.Kenapa aku tak perasan apa-apa pun.Tapi dia tak pernah pun cakap apa-apa tentang hati dan perasaan.Ya ker dia tak cakap.Bukan ker dia pernah melamar kau berbulan yang lalu.Kau lupa?

Iris garu kening yang tidak gatal.

"Attar tu baik orang nya.Ayah pun dah berkenan.Attar cakap dia pun dah lama suka kan Iris."

Iris bulatkan mata.Abang Attar suka kan dia?Tapi abang Attar tak pernah cakap pun.


Macam mana nak cakap kalau kau asyik mengelak dari dia saja.

"Tapi...Iris takut gagal lagi.Iris tak kuat untuk tempoh buat kali kedua."ucap Iris perlahan.

"Insyallah.Ibu doakan jodoh Iris dan Attar berpanjangan sampai ke syurga."Puan Jamilah menadah tangan dan menyapu ke muka.

"Ayah dan ibu dah kenal sangat dengan dia.Dia pun dah berjanji dengan kami untuk jaga Iris.Dia ikhlas nak jadikan Iris isteri."

Iris terlopong.Maknanya abang Attar kerap datang ke rumah bersebab.Dan kedatangannya membawa hajat.


"Ayah pun dah setuju.Ibu suka kalau Attar jadi menantu.Sekarang cuma tunggu keputusan Iris saja."


Perasaan Iris sebenarnya berbelah bagi.Dia tak tahu nak cakap sama ada dia suka kan Attar atau tak.Tapi apa yang dia tahu setiap kali pandang muka Attar,dia jadi tak keruan.Ada kah dia juga mula suka kan Attar?

"Ni cincin tanda dari Attar.Kalau Iris terima,Iris pakai.Tapi kalau Iris menolak,ibu faham yang Iris belum bersedia untuk berumahtangga lagi."Ibu letakkan bekas cincin di atas meja solek.Dan terus keluar dari bilik.Di biarkan Iris membuat keputusannya sendiri.

Cincin belah rotan dalam kotak cincin Iris tenung lama.Bersilih ganti dengan wajah Attar yang mula berlegar dalam fikiran.Keliru juga dia nak buat keputusan.Ini melibatkan masa depan nya.

Sebenarnya dia masih sedikit trauma.Takut bila dicintai lepas tu dikecewakan.Tak sanggup nak luka kan hati sendiri lagi.Sakitnya tu hanya Tuhan saja yang tahu.Berbulan lama nya dia mengubati sendiri dan Iris berjaya buang sebahagian memori lama nya.Dia tak mahu kenangan lalu menghantui hidupnya lagi.

Semalaman juga tidur Iris tidak nyenyak memikirkan.Bila pejam mata,wajah Attar yang Iris nampak.Iris kena buat satu keputusan yang bijak.Dia bukan hanya akan hidup bersama Attar tetapi berkongsi segalanya dengan Attar.

Dia jadi malu sebenarnya nak berhadapan dengan Attar.Ya lah,tup tup yang masuk merisik Attar.Dah tu nak nikah cepat pulak.Iris masih terkejut terkejut malah rasa seakan tidak percaya.Tang mana lah Attar berkenan sangat dekat dia.

Attar duda dan dia janda.Sama-sama ada pengalaman.Beza nya Attar bercerai mati dan dia bercerai hidup.Tak tahu lah sama ada mereka boleh serasi atau tidak.

Pagi itu,Iris sudah bersiap untuk pulang ke KL.Cincin belah rotan tersemat elok di jari manis Iris.Tanda kesudian Iris menerima hajat dari Attar.Terus ibu tersenyum lebar.

Ibu tak henti-henti mengucap syukur sambil menangis kegembiraan.

"Ibu sentiasa doa kan kebahagiaan Iris.Nanti ibu bagitahu Mak Cik Hawa kamu.Mesti dia gembira sangat.."kata ibu sambil mengesat airmata kegembiraan dengan hujung baju kedah.

Ayah hanya tersenyum manis sambil mengusap kepala Iris yang tunduk menyalami tangannya.Iris angkat kepala,ayah angguk sedikit.Petanda ayah juga merestui keputusan Iris.

Sampai di rumah Nida,Iris disambut dengan seribu senyuman.Cepat sungguh berita sampai ke pengetahuan kak Nida.Dia pun sama macam ibu,peluk Iris sambik mengucap syukur.

"Alhamdulillah..lega akak dengar.."Nida menggosok tangan Iris.Iris hanya senyum kecil.

"Akak nak lihat Iris bahagia.Iris berhak bahagia macam orang lain.Buktikan Iris pun boleh bahagia.Tak sabar akak nak makan nasi minyak kamu berdua."sakat kak Nida.

"Mesti Attar pun gembira.Sekejap akak nak call dia."Nida tak henti-henti senyum.Entah apa yang dia bualkan dengan Attar.Siap tersenyum sungging pada Iris.

Selepas Isyak,Iris berbaring di katil sambil membelek cincin emas belah roran yang tersarung di jarinya.Iris senyum sorang.Tak tahu macam mana nak berdepan dengan Attar nanti.Malu pun ada.

Telefon Iris berbunyi.Tertera nama Attar di atas skrin.Iris dah gelabah.Tak tahu nak berbual apa dengan Attar.Dia rasa berdebar semacam seolah kali pertama jatuh cinta.

Digagahkan diri untuk menjawab juga.

Suara di sebelah sana berdehem kecil sebelum memberi salam.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam...."jawab Iris sedikit getar.

"Iris dah tidur ker?maaf abang mengganggu..."suara Attar lembut dan selesa di dengari macam selalu.

"Belum.."

"Iris..terima kasih..."ucapnya.


Irim diam sebentar.


"Abang harap Iris tak marah."


"Kenapa pula nak marah?"tanya Iris.


Attar gelak kecil.Lucu pula dengan pertanyaan Iris.


"Esok,abang nak jumpa Iris boleh?"


"Insyallah,kalau tak ada apa hal,boleh saja."


"Esok abang ambil Iris."


"Okay..."jawab Iris ringkas.


"Mmmm...abang..."Attar terus diam.

Iris ternanti apa yang Attar nak cakap.


"Jumpa esok abang cakap.Nak cakap dalam telefon rasa tak sesuai pula."


"Baik."jawab Iris sepatah.Dia pun tak tahu nak berbual apa.Tiba-tiba rasa kosong.Macam baru berkenalan lagaknya.


"Okay abang letak fon dulu.Good night.Jumpa esok tau.Assalamualaikum..."ucap Attar lagi.


"Waalaikumusalam.."ucap Iris sebelum Attar memutuskan panggilan.


Iris menghembus nafas lega.Muka pun dah jadi panas.Baru cakap dalam telefon dah gementar.Esok nak jumpa agaknya Iris gelabah macam mana pula.Nampaknya kena heret kak Nida sekali baru suasana tak sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience