BAB 2

Romance Completed 49595

“Nama awak siapa?” soalku dengan kasar. Aku melihat dia sudah mulai tidak duduk diam. Kemudian dia menyerahkan sebuah fail kepadaku. Sudah aku agak, fail tersebut mengandungi butiran peribadi dirinya. Aku mengangkat keningku dengan tinggi, mengalahkan Ziana Zain sahaja!

“Awak tak ada mulut ke? Saya tanya awak nama. Bukan saya minta awak serahkan fail awak!” marahku lagi. Terkebil-kebil dia memandangku. Tersentak barangkali.

“Maaf Puan Fitri.” Ujarnya dengan suara yang perlahan. Semakin aku naik angin dengan panggilan yang baru sahaja diberikannya. Puan? Dia ingat aku dah kahwin ke apa? Tak nampak ke muka aku ni muda dan cantik berseri lagi?

“/Excuse me!/ Saya belum kahwin. /So, just call me Cik Fitri!/” aku membetulkan panggilannya. Dia mengangguk dan tersenyum. Menyerlahkan lesung pipitnya. Dan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh tertambat dengan senyuman itu. Dengan tidak semena-mena aku senyum kembali kepadanya. Aneh bukan?

“Maaf Cik Fitri. Nama saya Samser Farisi Katanya dengan tergagap-gagap. Terkejut dengan suaraku barangkali. Ahh, biarlah. Yang penting aku suka melihat senyumannya.

“Jadi, awak ada pengalaman jadi setiausaha sebelum ni?” soalku dengan serius, sedikitpun tidak memandang wajahnya. Yang sebenarnya aku sudah tak sanggup melihat senyuman dan mata redupnya. Manis sekali!

“Pernah beberapa bulan aje Cik Fitri. Lepas tu saya /resign/.” Beritahu Samser dengan bersungguh-sungguh. Mungkin ingin meyakinkan aku. Aku mengangguk sembari melihat kembali butiran dan sijil yang dibawanya.

“Hurm, not bad. Boleh cerita dengan lebih lanjut. Kenapa awak resign. Bukan apa, nanti awak kerja dekat sini tak fasal-fasal awak /resign/. Saya tak nak macam tu. Saya nak seorang setiausaha yang setia. Faham maksud saya? Saya tak nak yang pengecut punya. Bila kena marah, terus minta berhenti. /Or whatever, resign/ ke. Saya nak orang tu teguh pendiriannya. Faham tak?” jelasku panjang lebar.

Ada sedikit perubahan di wajahnya. Eh, terasa ke dengan kenyataan aku? Klise sangat! Aku lihat dia mengangguk dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Bukan macam tu Cik Fitri. Mungkin Cik Fitri anggap saya macam tu tapi yang sebenarnya, saya minta berhenti sebab saya tak tahan dengan pihak atasan yang menuduh saya gelapkan kewangan syarikat.

Demi Allah, saya sikit pun tak ada niat nak buat macam tu. Beberapa hari kemudian, mereka dapat tahu siapa pelaku sebenarnya /and that time/ baru diorang minta maaf dengan saya. Saya rasa dah tak guna saya kerja situ lagi, kalau satu syarikat dah buruk sangka yang perangai saya macam tu. Saya ada maruah,” katanya dengan bersungguh-sungguh. Menarik!

Maksudnya dia berhenti kerja bukan kerana tidak tahan dimarah. Berhenti kerana mahu mempertahankan maruahnya. Sememangnya aku suka dengan orang yang sebegini!

“Baiklah, maknanya awak bukan orang yang pengecut. Bagus, saya /respect/ dengan keputusan awak. Saya rasa saya terima awak disini.” Kataku pula.

“Eh, senangnya Cik Fitri. /Usually/ saya kena tunggu /feedback/ dulu.” Komennya pula. Eh, banyak bunyi pulak mamat ni. Orang dah bagi dia kerja, dia bagi komen pulak! Marahku!

“Senang sebab saya nak menyenangkan kerja saya. Boleh aje kalau awak nak saya menyusahkan kerja saya dan menyusahkan awak. Awak boleh balik dan tunggu dua minggu, lepas tu saya /call /awak. Nak macam tu?” soalku kepadanya. Dia tersenyum lagi.

“Maaf Cik Fitri. Tak apalah kalau macam tu. Bila saya boleh mula kerja?” tanyanya lagi. Fail yang berada di tanganku diserahkan kembali kepadanya.

“Awak boleh mula bekerja esok. Bawak semula fail ni. Sijil PMR awak tak ada dalam tu. Nanti masukkan sekali. Saya nak salinan dia. Okey?” pintaku. Dia mengangguk.

Itulah kali pertama aku mengenali Samser Farisi, seorang lelaki yang aku rasakan low profile, mungkin. Tinggi, mempunyai mata yang tenang dan selesa dipandang. Hidung yang mancung, bibir yang merah. Serta kulit yang putih. Ya, dia pekerjaku dan menjadi orang bawahan aku, sehinggalah suatu hari…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience