Episode 19

Adventure Series 25852

Episode 19- eyka_aqua

Di rumah Las, dibilik Las.

Las sedang nyenyak tidur diatas katil awannya dengan badannya separuh bogel telah menampakkan tubuh badan Las yang mempunyai sixpad. Las tidak menyelimutkan tubuhnya melainkan paras pusat ke tapak kaki. Terdapat parut bulat di dada kirinya.

"Aghhh.. Tak.. Maaf.. Lepaskan!" Las mengigau.

Badan Las berpeluh-peluh. Nampak gayanya Las sedang bermimpi sesuatu yang ngeri.

"Jangan... Tak mampu.. Aku... Arghhh.."

"Tikam...darahhh...wajah..."

"Jangan kacau aku...Bunuh!" Las membuka mata.

Badannya naik turun bagaikan baru lepas menaiki bukit. Peluh mencurah-curah ditubuhnya. Las menggigil ketakutan.

"Maafkan aku.. Maafkan aku.." Las memeluk kakinya dan kepalanya disebamkan ke lutut.

Cahaya matahari menembusi disebalik langsir telah menerangkan sedikit bilik Las yang besar dan gelap.

Las menjeling ke arah langsir lalu bergerak ke tingkap dan membuka langsir tersebut. Cahaya pagi telah menyilaukan sedikit pandangan Las. Las menghalang cahaya matahari dari mengena matanya dengan tapak tangannya.

"Terangnya...."perlahan Las berbicara.

Las melihat suasana di luar rumah agamnya. Dia melihat semua orang gaji di rumahnya sedang sibuk mengemas halaman rumah termasuklah pak cik kebun.

Las bergerak ke penjuru biliknya lalu mengambil sebilah pedang yang telah meninggalkan kesan ngeri dalam dirinya. Kemudian dia gerak ke tingkap semua. Dia pusing kebelakang lalu menghunus pedangnya.

Cahaya dari matahari telah memantulkan cahaya pada pedangnya yang sudah tersedia kilat.

"Apa agaknya reaksi dia?" Las bermonolog sambil memandang langit dibelakangnya.

Las membuka komputer gravitinya lalu menghantar pesanan kepada Arsh.

"Arsh oh Arsh~ Dimanakah engkau wahai cinta hatiku? Aku kebosanan ni. Lepak jom?"'- Las.

Selang beberapa minit ada bunyik 'deep' menandakan mesejnya dibalas.

"Kau dah kenapa? Salah makan ubat ke apa? Lepak? Aku dekat luar dengan Zulian ni."-Arsh

"Zulian mana ni?? Takkan senior Zulian yang kita jumpa dekat perpustakaan tempoh hari? Uishhh kau curang!!"-Las

"Aah. Senior Zulian. Dia suruh aku panggil dia Zulian.. Hoi! Mana ada aku curang!"-Arsh.

"Tak sangka kau Arsh! Dahlah curang dengan aku.. Pastu curang lagi dengan Sabrina! Sekarang kau tambah stok pulak! Curang! Curang! Curang! Lelaki main kayu tiga!"-Las.

Las ketawa dengan mesej baru yang dihantarnya dan dia pasti Arsh terbahak dengan mesejnya.

"Aku terajang gak kau ni! Hahahaha."- Arsh.

"Malu aku dibuatnya. Zulian pandang aku sambil berkerut.. Aduhhh! Senak perut.. Hahahaha.. Aku jumpa dia dekat terminal KGE lah. Kebetulan nak beli barang dapur."-Arsh.

Las tersengih dengan apa yang dia sedang bacakan.

"Eleh! Pergi dating banyak pulak alasan. Kau nak pergi mana? "- Las.

"Pasaraya mega Pavi. "-Arsh.

"Ok aku siap-siap pergi sana."-Las.

"Tunggu dekat mana? "-Arsh.

"Aku tunggu dekat kedai makan jelah. Kau pergilah date dengan senior Zulian tu.."-Las

"Hoi. Dengki betul kau dengan aku."-Arsh.

"Oh! Haruslah! "- Las.

"Dah jangan merepek. Aku jumpa kau dekat sana memang aku sekeh kepela kau! Bye."-Arsh

"Demi abang Arsh tersayang, saya sanggup menerimanya."-Las.

Las menutup mata menahan ketawa. Terhinjut-hinjut tubuhnya.

Las bergerak mengambil tuala dan bergerak masuk ke dalam tandas mewahnya.

Selepas 15 minit dia bertapa didalam bilik air, dia keluar sambil tubuhnya basah dan diikat tuala dibahagian bawah. Rambutnya basah digosoknya dengan tuala secara lembut dan perlahan.

"Telefon Sabrinalah." Las tersenyum nakal.

Selepas beberapa dering terdengar ada yang mengangkat panggilan.

"Hello~?" Suara seperti kucing tersebut pasti suara Sabrina.

"Yoh Sabrina! Aku Las." Sapa Las sambil menyikat rambutnya.

Oleh sebab panggilan ini dibuat dengan telefon tanpa wayar dan pemegang jadi tak mengganggu aktivitinya.

"Las...Las.. Ahh! Las! Kenapa telefon? Macam mana awak dapat nombor saya?" Suara Sabrina ceria.

"Aku dapat dari pejabat. Aku nak ajak kau keluar pergi pasaraya mega Pavi. Kau lapang tak sekarang?" Kata Las sambil menyapu krim pelembabnya.

Tiada benda yang pelik jika kaum lelaki memakai krim pelembab di planet ini dan ia PELIK kalau mereka tidak memakainya!

"Sekarang?"

"Aah."

"Kalau begitu tunggu dekat terminal lagi 45minit."

"Aik. Lambatnya."

"Ohh.. Hehehe saya perempuan.. Jadi paham-pahamlah..hehehe"

"Oh.. Ok.."

"Bai."

"Bai! Jumpa dekat sana." Suara ceria Sabrina menyahut sebelum menutup panggilan.

Las mengeleng kepala dengan telatah Sabrina.

"Ishh.. Comel." Las bergerak ke almari automatiknya lalu mengambil kemeja hijau dan jaket tanpa lengan warna putih dan seluar slack. Tidak dilupakan juga baju bahagian dalam yang mempunyai penutup mulut.

Tiada siapa pernah melihat wajahnya melainkan ibu kandungnya dan 'dia'.

Las sudah bersiap-siap untuk keluar. Jam hologramnya sudah menunjukkan sekarang pukul 11:30 pagi.

Lagi 35 minit sebelum perjumpaan dia dengan Sabrina di terminal. Jadi Las membuka telekopatinya.

"Sue, bawak sarapan ke bilik saya." Arah Las kepada pembantu rumah khas untuk dirinya sahaja.

"Tapi saya tengah mengemas halaman beramai-ramai." Jawab Sue, si pembantu rumah khasnya.

"..." Las mengaru kepalanya yang tidak gatal dengan jawapan pembantu rumah khasnya.

Dia sedar itulah peraturan rumahnya, jika sesuatu perayaan sampai semua pembantu rumah serta orang yang digajikan harus mengemas rumah bersama-sama dan tiada siapa boleh mengular.

"Alahai. Makan dekat sana sajalah." Kata Las dalam hati.

"Tak apalah kalau macam tu." Jawab Las perlahan.

"Tapi.. Tapi..tapi Tuan muda Las." Suara Sue gagap kerana bersalah dengan Las.

"Tak apa.. Hari ni saya nak keluar dengan kawan-kawan. Kalau Tuan tanya ke mana saya pergi. Kata saja saya teman kawan beli barang dapur." Arah Las dengan lembut.

"....Baik~" balas Sue selepas diam seketika.

"Hati-hati ye Tuan muda Las." Pesan Sue.

"Ahh.. Yelah.." Balas Las sebelum menutup telekopatinya.

Telekopati ialah sejenis alat seperti toki-toki tetapi dia adalah gambungan sihir penghantar dengan sihir firasat serta sihir pendinding yang direka khas oleh penyihir terkemuka ketika dahulu. Dalam bahasa mudahnya hanya orang tertentu sahaja akan mendengar telekopati yang dihantar oleh penyihir. Tidak ramai tahu akan sihir tersebut melainkan mereka yang berlajar di Sekolah Kesyatrian Aqua Kristal untuk mereka mendapatkan tugasan kelas A keatas.

Las memberi rantai telekopati kepada pembantu rumah khasnya supaya mudah untuk dia berbicara dengan Sue tanpa orang lain mendengarnya. Mereka hanya perlu bercakap dalam hati untuk menyampaikan pesanan. Disebabkan telekopati adalah sihir khas maka pengguna elemen yang mampu membaca hati orang tidak akan mendengar perbualan mereka.

"Haiss.. Nampaknya aku kena cepat. " apabila angka jam hologramnya menunjuk pukul 11:55.

Las berdiri ditengah-tengah biliknya lalu mengaktifkan sihir penghantar. Las hilang dari biliknya.

Di terminal KGEKT.
Kemunculan Las di sebalik pokok yang redang dan banyak pokok-pokok disitu telah menyebabkan orang lalu lalang tidak menyedarinya.

Las berjalan ke lift terminal KGE. Dia duduk di bangku disekitar KGE sementara menunggu Sabrina.

Ketika menunggu Sabrina, Las perasan bahawa disekelilingnya ramai pasangan kekasih.

"Hurmm?" Las bagaikan cuba mengingati sesuatu.

"Sapu sampah dihalaman rumah beramai-ramai. Sekarang pasangan kekasih.." Las cuba mengingati sesuatu.

"Ohh.. Patutlah.. Lagi 3 hari nak sambut hari perayaan manisan." Las mengangguk kecil.

Hari perayaan manisan selalu dikaitkan dengan perayaan kekasih. Coklat dijual secara besar-besaran. Bukan sahaja coklat termasuklah kesemua pencuci mulut akan dijual secara besar-besaran. Siapa beli baju waktu-waktu begini memang cari nahas! Mahal nak mampus! Kalau nak beli murah, beli waktu 5 jam sebelum perayaan.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience