Bab 2

Family Completed 3187

Dannia yang telah berumur 12 tahun itu berjalan kaki menuju ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari sekolahnya.Panas terik matahari telah biasa dia rasakan.Peluh didahi diseka menggunakan tangan.

Mata Dannia disapa oleh sepasang kekasih yang begitu mesra.Lelaki itu menyilangkan lengannya di belakang leher perempuan itu.Begitu sakit mata yang memandang mereka.

Lelaki itu tiba tiba terkejut melihat Dannia yang sedang jalan ke arah bertentangan.Sungguh dia mengenali wajah itu walaupun telah bertahun tahun dia tidak bertemu dengan Dannia.Gadis yang telah dibuang sebagai anaknya dahulu.

Yang membuatkannya lagi terkejut,Dannia seolah olah tidak mengenalinya walaupun dia tahu gadis itu ada memandangnya.Wajah Dannia selamba seperti tidak mengerti akan situasi tersebut.

Dia langsung tidak menoleh ke arah Raziq yang sedang memandangnya.Dia tekad,dia tidak akan merayu seperti dulu lagi.Dia ada hati dan perasaan seperti orang lain.Masakan dia ingin merayu pada yang enggan.

Ketika mereka berselisih Dannia tidak walaupun seinci memandang ke arah papanya yang pernah meninggalkan kesan luka padanya suatu ketika dahulu.Biarlah yang lalu berlalu sebagai kenangan pahit baginya.Dia mempunyai kehidupan baru bersama datuknya yang telah dia anggap sebagai ibu dan ayah pada dirinya.

Sayangnya hanya pada Dato Hamid dan bukan pada orang lain.Selepas melintas pasangan sejoli itu Dannia terus berlalu pergi.Apa yang dia rasakan sekarang?sedih?marah?kecewa?Tidak!dia malah gembira kerana tidak bersama seorang papa yang tidak tahu mana dosa mana pahala.

Hanya Dato Hamid sahaja seorang ayah dan pada masa yang sama seorang ibu kepadanya.
Kasihnya pada datuknya yang satu itu sangat besar nilainya.

5 tahun kemudian...

Kring..bunyi loceng bergema di bilik seorang gadis menandakan telah tiba waktunya untuk dia bangkit ke sekolah.

Dengan rambut yang kusut masai,dia mencapai tuala mandinya lalu beredar ke bilik air untuk membersihkan badannya.Setelah 5 minit berada dalam bilik air,dia keluar lalu menyarung pakaian sekolahnya.

Pakaiannya kemas dengan berbaju vest hijau memandangkan dia pengawas bersama dengan baju kemaja putih di dalamnya.Skirt berwarna hijau turut disarung.

Kemudian dia memeriksa tudungnya untuk kali terakhir agar kelihatan kemas seperti biasa.Setelah berpuas hati dengan penampilannya,dia mencapai begnya lalu turun ke bawah untuk bersarapan.

"Assalamualaikum ayah.."sapanya kepada seorang lelaki yang agak berumur namun tampak segak dengan pakaian ofisnya.

"Waalaikummussalam.Mari sini sarapan ngan ayah."ajaknya.

"Sedapnya bau..siapa masak?"tanyanya selepas terpandang hidangan yang begitu menyelerakan.

"Mak cik Jah kamu lah..sape lagi."

"Patutlah baunya sedap."puji gadis itu.

"Amboi.Kalau ayah masak tak sedap ke?"duganya.

"Eh sedap!!Jiran kat sebelah pun boleh terhidu bau makanan ayah yang sedap tu tau."pujinya bersungguh sungguh lalu menyuap sesuap nasi ke dalam mulutnya.

Lelaki yang agak berumur itu memandang gadis itu dengan penuh kasih sayang.Dia sangat sayangkan gadis itu dari kecil lagi sebagai seorang ayah.

"Lisha.."panggilnya lembut.Alisha memanggung kepala memandang ke arah ayahnya atau lebih tepat,datuknya.

"Lisha tahu kan ayah sayangkan Lisha."katanya sedikit mengendur.

"Tahu!Lisha tahu ayah sayangkan Lisha dan Lisha pun sayangkan ayah lebih dari Lisha sayang diri Lisha.Walaupun Lisha tak pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu dan ayah yang sebenar tapi Lisha bersyukur sebab dapat kasih sayang dari ayah."balasnya dengan perasaan sedih yang tiba tiba mendatang.

"Lisha ingatkan pesan ayah?jangan ada rasa benci pada orang lain walaupun orang lain membenci kita.Kemarahan itu seperti api.Jika api dibiarkan dalam diri maka ia akan membakar diri." pesannya walaupun telah banyak kali dia berpesan tentang perkara yang sama kepada gadis itu.

"Lisha tak kan benci mama ngan papa tapi ayah kena tahu..Lisha takkan balik kepada mama dengan papa jika suatu hari nanti mereka inginkan Lisha semula.Kerana api yang mereka simpan telah membakar diri mereka dan tempiasnya turut terkena pada Lisha sendiri.Sakit..sakit yang dirasakan sangat pedih.Lisha tak sanggup yah."jelas kelukaan yang dialami Alisha begitu perit dari setiap ayat luahannya tadi.

"Dahlah.Lisha pergi sekolah dulu."katanya lalu menyalami orang tua yang disanjunginya itu.

"Keras hatinya.Disebabkan luka yang pernah mama ngan papanya tinggalkan dulu Dannia yang lemah dulu telah menjadi Alisha yang begitu matang pemikirannya sekarang.Haih..sungguh susah untuk melembutkan hati milik Alisha." gumam Dato Hamid sendirian.

Alisha menunggang basikalnya namun fikirannya tidak fokus pada tunggangan namun fikirannya menerawang memikirkan soal hidupnya.

'Aku tak perlukan mama ngan papa.Mereka bukan sesiapa bagi aku dari saat diorang buang aku.Aku hanya perlukan ayah dalam hidup aku. Dannia yang lemah dahulu dah takde.Aku Alisha yang kuat!Aku takkan mengalirkan air mata kerana mereka lagi.Aku Alisha bukan Dannia!' tekadnya dalam hati.

Pang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience