BAB 8

Family Completed 4130

Sekarang, pasangan itu sudah memasuki Tony Roma's, salah satu restoran di Pavillion. Iqhwan juga membuat keputusan untuk masuk ke restoran tersebut. Memilih tempat duduk yang tersembunyi namun dapat didengar apa sahaja yang mereka akan bualkan.

Selesai sahaja mereka buat pesanan, mereka mengambil masa yang terluang untuk berbual sambil tergelak manja. Bergetar jantung Iqhwan bila mendengar suara manja isterinya itu. Suara yang sepatutnya untuk dirinya sendiri sudah mula dikongsi kepada lelaki lain yang bukan dipanggil suami.

"Sayang, nanti malam I nak layanan yang paling best tau."

Airah sudah merengek manja sambil melentokkan kepalanya ke atas bahu si jejaka pasangannya.

"Of course sayang, tak kan tak tahu lagi macam mana layanan I selama ini. You tak puas ke?"

Buat pertama kalinya Iqhwan mendengar suara garau kekasih isterinya.

Bicara yang penuh dengan kata-kata tidak sopan dan makna yang mendalam. Tidak asing lagi selama ini isterinya sudah pun membelakangkan dirinya untuk hidup berzina dengan orang lain. Benda yang tidak elok masih seronok dilakukan. Masih lagi ada sifat-sifat semasa mereka kenal di Australia dahulu.

"Kalau dengan you, I akan sentiasa puas."

"You ada makan pil tak hari ini?"

"Ada. Wajib tu sayang."

Terdetak lagi hati Iqhwan mendengar kata-kata Airah. Isterinya makan pil? Adakah ia pil perancang kehamilan?

"Kenapa tanya?" tanya Airah.

"Tak ada apa-apa. Takut nanti ada yang bercambah dalam perut you tu."

"What if kalau dia nak bercambah juga dalam tu? Mana tahu benih you tu terlalu kuat sayang. Macam anak-anak I tu. You jangan lupa, dari benih you tu sayang."

Berketar-ketar tangan Iqhwan bila mendengar perkara yang baru sahaja dia tahu. Anak-anaknya, Iqbal dengan Insyirah, bukan dari benihnya? Betulkah apa yang baru sahaja dia dengar ini? Si kembar yang dijaganya siang malam bukan benihnya? Cilaka punya Airah!

Ya Allah, dugaan apakah yang kau berikan ini? Kehilangan isteri mungkin dia boleh terima lagi, tetapi kehilangan anak-anaknya, dia boleh menjadi hilang arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience