Rey hadir dihari penerimaan Ijazah Fea dan ditemani oleh Taylor. Dia gembira kerana anak gadisnya berjaya tamatkan pengajian dengan cemerlang.
"Abang Drake tak datang?" Fea mencari kelibat abangnya sebelum kembali menatap wajah Rey.
Rey mengeluh seraya menggeleng.
"Maafkan papa" suara Rey kecewa. Biar berapa kali dia memujuk sekalipun, anaknya itu tidak akan hadir di upacara penerimaan Ijazah adiknya. Begitu keras hati anak lelakinya itu.
"Tahniah Fea" ucap Taylor lantas menghulurkan sejambak bunga ros kepada Fea.
"Thanks Taylor" Walaupun Drake tidak datang ke majlis konvokesyennya, Fea tetap gembira ditemani Rey dan Taylor.
**
Rey, Taylor dan Fea pulang ke tanah air, New York.
"Fea, papa benarkan kamu berehat selama satu bulan ni. Lepas habis tempoh tu, Fea kena datang ke pejabat. Papa nak Fea kerja di syarikat papa"
"Okay papa" Fea tidak membantah. Tempoh rehatnya selama satu bulan sudah terasa begitu lama.
Selama tempoh satu bulan itu, Fea tidak duduk diam. Dia sering masuk ke ruang pejabat Rey untuk mengikuti perkembangan terkini hal-hal berkenaan dengan syarikat. Setiap tander projek yang diambil oleh syarikat dan juga beberapa tanah yang dibeli dan dipindah milik hak pemilikkan.
"Fea tak tidur lagi?" Rey yang tadi mahu ke dapur, terhenti saat melihat lampu ruangan pejabatnya masih menyala.
"Papa, terkejut Fea. Papa tak tidur lagi?"
Rey melangkah masuk lalu duduk dihadapan Fea di sofa.
"Banyak lagi ke yang Fea tak faham?" Rey dapat lihat sendiri tompokkan fail di hadapan anaknya.
"Taklah papa. Semua ni Fea dah semak. Cuma.." matanya meliar mencari fail yang begitu menarik perhatiannya dari tadi.
"Hah" Fea jumpa apa yang dicarinya. Dia mengambil lalu diserahkan kepada Rey.
"Kalau tak salah papa, projek ni diuruskan oleh Drake. Yang papa tahu, projek ni sepatutnya dibangunkan 6 tahun lepas lagi. Papa tak sangka, sehingga sekarang projek ni masih belum berjalan." Rey sendiri terlupa tentang projek ini.
"Kenapa tak suruh orang lain saja yang handle projek ni?" soal Fea hairan.
"Kamu macam tak kenal abang kamu tu bagaimana. Dia takkan serahkan sesuatu projek yang dia rasakan memberi keuntungan berlipat kali ganda pada orang lain."
"Walaupun ianya tak berhasil, macam tu? Tsk, nonsense!" Fea menggeleng kepala dengan sikap sombong Drake yang tidak pernah berubah sejak dulu.
"Jikalau projek ni diserahkan kepada Taylor, sudah pasti kawasan ini sudah membangun pesat sekarang"
"Jangan nak berlagak pandai" sela Drake dari muka pintu.
"Abang Drake" Fea kaget saat melihat Drake muncul di dalam ruang pejabat Rey secara tiba-tiba.
"Drake, kamu dari mana? Waktu sekarang baru pulang?" Rey memandang jam di dinding, sudah menunjukkan jam 2 pagi.
"Keluar dengan Hardin" ujarnya seraya menghampiri Fea rapat.
"Hah!" Fea tersentak saat fail yang dipegangnya dirampas kasar oleh Drake.
"Jangan ingat kau lepasan ijazah, kau fikir kau bijak." sindir Drake sinis.
Rey yang berada disitu sudah faham benar dengan perangai anak sulungnya. Hati batu!
"Sudahlah. Fea, pergi tidur. Dah lewat ni. Esok sambung lagi" arah Rey. Dia sebenarnya tidak mahu Drake terus terusan menyalahkan Fea dan menuduh Fea yang bukan-bukan.
"Baik papa. Fea masuk bilik dulu. Selamat malam" Fea segera berlalu dari situ.
Drake sempat menatap sinis adiknya dari atas hingga ke bawah.
Drake mahu berlalu.
"Nanti" suara Rey tegas.
Drake mengetap gigi menahan geram. Semua ni gara-gara adik malapetakanya itu.
Drake memutar tubuhnya,
"Duduk" arah Rey tak ubah seperti seorang majikan kepada pekerjanya.
"Damn" kutuknya perlahan. Sebelum berjalan menghampiri sofa lalu duduk.
"Jangan kamu nak salahkan Fea. Untung saja dia terjumpa fail ni, jika tidak, sampai bila-bila pun papa tak akan tahu yang projek ni masih belum berjalan."
Drake menundukkan wajahnya.
"Kenapa tak beritahu papa? Apa sebenarnya yang berlaku? Sombong! Suka buat kerja ikut kepala sendiri" marah Rey.
"Pemilik hotel tu tak nak lepaskannya. Sudah berapa kali Drake ke sana, dan setiap kali itu juga kami diusir seperti sampah!" Drake menggenggam tangannya erat, menahan marah.
"Fikir cara lain. Banyak lagi faedah yang kita boleh dapat jika kita boleh berfikir diluar kotak. Asalkan kita dapat keuntungan dari situ. Cuba berfikir sikit. Jangan hanya nampak satu jalan saja. Kamu tu bukan baru sebulan dua kerja dengan papa, tapi sudah hampir 9 tahun." bebel Rey.
Drake buntu. Selama dia bekerja, ini kali pertama dia berhadapan dengan pelanggan yang keras kepala.
"Kalau kamu tak boleh buat, papa akan cari orang lain yang boleh. Tukar plan pembangunan. Biar makan masa sikit, tapi tidaklah sampai makan masa selama 6 tahun"
Drake rasa tersindir.
"Minggu depan, Fea akan mula bekerja di syarikat kita. Papa akan letakkan dia dibahagian hartanah, bawah seliaan kamu. Arahkan seorang pembantu untuk mengajarnya cara-cara jalankan tugas. Papa taknak dengar kamu buli adik kamu tu. Kalau tidak, papa takkan teragak-agak untuk ambil tindakkan keras terhadap kamu"
Rey bangun.
"Pergi tidur. Papa taknak kamu masuk office lewat esok. Kita ada meeting jam 8.30 pagi. Papa nak kamu ada disitu tepat pada masanya." Rey berlalu pergi.
Dia dapat hidu bau arak pada Drake. Dia tahu anaknya keluar dengan Hardin untuk berfoya-foya.
'Tak pernah berubah!' gerutu Rey dalam hati.
**
Seminggu kemudian,
Fea mengenakan solekkan tipis pada wajahnya. Selesai merias wajah, dia membuka bathrope-nya lalu mengenakan dress pencil paras lutut tanpa lengan berwarna merah darah. Sangat cantik dan terletak indah pada tubuhnya yang tinggi dan ramping. Sesiapa yang memandang, pasti akan tertawan dengan kecantikkannya.
Dibahagian luarnya pula, dia mengenakan kod vymple berwarna khaki. Penampilannya tampak sempurna apabila dia mengenakan stiletto berwarna senada dengan dress pencilnya.
Kereta Ford Mustang Coupe berwarna kuning mustard berhenti tepat dihadapan pintu besar Syarikat Reynard Co Lockwood. Syarikat setinggi tiga tingkat itu ditatapnya lama. Sebenarnya, ini adalah kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. Mungkin ramai yang belum mengenalinya kerana dia tidak pernah menghadiri mana-mana event yang pernah dianjurkan oleh syarikat Rey.
Fea tahu, ramai yang melabelnya 'anti sosial'. Namun, kata-kata itu langsung tidak meninggalkan luka atau bekas padanya. Dia hanya mengganggap mereka-mereka ini ibarat nyamuk penghisap darah. Setelah kenyang, mereka akan terbang dan pergi.
Saat dia melangkah turun dan menapak masuk ke dalam lobby, kesemua mata hanya tertumpu padanya.
Banyak bisikan yang bertanyakan 'siapa dia?'. 'Aku juga wanita, tapi aku tergoda dengan kecantikkan yang dimilikinya'. Fea sekadar mengulum senyum saat dia mendengar ungkapan itu.
Tanpa singgah di kaunter pertanyaan, Fea langsung berjalan ke arah lift dan menekan butang aras 3.
Ada beberapa staff di dalam lift yang ikut naik bersamanya.
'Kau kenal siapa perempuan ni?' soal salah seorang wanita kepada temannya dengan hanya bisikkan. Kerana suasana di dalam lift begitu sunyi, Fea dapat mendengarnya dengan jelas.
'Manalah aku tahu' balas rakannya dengan bisikkan keras.
'Mungkin salah seorang client Tuan Drake. Atau jangan-jangan, teman wanita Tuan Drake" telah salah seorang dari mereka.
Fea hanya tersenyum. Fea berdiri paling hadapan dan menghadap pada pintu lift. Tidak ada sesiapa yang dapat melihat riaksi wajahnya sekarang.
Ting! 'Aras 3' suara lift itu. Fea melangkah keluar diikuti yang lain. Ramai yang tercegat di hadapan pintu lift, mahu melihat kemana langkah Fea pergi.
'Hah, kan aku dah cakap, teman wanita Tuan Drake.' suara wanita yang berada di dalam lift tadi.
Banyak hati yang terluka saat mengetahui hati Drake sudah dimiliki. Siapa yang tidak jatuh cinta pada lelaki berusia 31 tahun, yang masih single dan available itu.
Wajahnya tampan, beralis tebal, memiliki bibir yang tipis, hidung mancung dan berkumis nipis, bersosok tinggi lampai dan bertubuh tegap. Rambut perangnya di brush up rapi, kemas dan sangat-sangat tampan. Sebab itulah dia digilai oleh staff-staff wanita disini.
Hanya sekali ketukkan, dan tanpa menunggu arahan dari tuan empunya bilik, Fea membuka pintu dan melangkah masuk.
"Hello brother" sapa Fea sambil tersenyum lebar.
Drake yang leka menyemak fail, terkedu.
Dia hampir saja mahu pengsan bila melihat susuk wanita cantik berdiri tegak dihadapan meja kerjanya. Drake menatap tubuh wanita itu dari atas hingga ke bawah, perfect!
Seketika dia tersedar. Raut wajahnya serta merta berubah.
'Damn!' kutuknya dalam hati. Kerana solekkan dan penampilan yang berbeza, dia hampir tidak mengenali adiknya sendiri.
Bersambung...
Kelakar kan? Bagaimana abang tidak mengenali adiknya sendiri
Share this novel