BAB 7

Family Completed 4130

CERITERA IQHWAN

Mata Iqhwan setia melihat sepasang kekasih yang siap berpelukan sambal berjalan tanpa menghiraukan orang ramai. Persis generasi muda yang dilamun cinta saja lagaknya. Orang ramai yang berkunjung di Pavillion sepertinya tidak hairan dengan pasangan itu.

Hati Iqhwan panas bila melihat isterinya sendiri seronok berpelukan bersama lelaki muda. Muda daripada umur mereka berdua. Umur sudah menjejak 40-an, masih gatal bersama lelaki muda. Anak-anak yang merengek rindu dengan ibu mereka seperti tidak dipedulikan lagi. Sudah sebulan isterinya itu tidak pulang ke rumah. Alasannya, kerja syarikatnya yang berlokasi di Indonesia masih belum siap. Masih banyak perkara yang harus diuruskan. Outstation di Indonesia? Tapi batang hidung ada di Malaysia! Dasar lahanat!

"Harap maaf, nombor yang awda dail sedang sibuk."

Nombor telefon bimbit isterinya cuba didail lagi.

"Harap maaf, nombor yang awda dail tidak dapat dihubungi ketika ini."

Telefonnya sudah ditutup.

Irsyad merengus kasar. Dasar betina!

Memang betul apa yang dikatakan oleh sahabat baiknya seminggu yang lalu. Isterinya, Airah sudah ada jantan lain malah bersekedudukan. Dari semalam pasangan ini sudah diperhatikan gerak langkah mereka. Dia merasakan dirinya amat dayus. Tidak mampu menjaga isteri sebaiknya. Sungguh dia rasa malu, apatah lagi ramai rakan-rakannya sudah mula tahu.

Bila mengenangkan Airah, isterinya itu amat cantik. Malah wanita yang cantik pernah dia kenal. Siapa tidak kenal Airah semasa mereka belajar sama-sama di bumi Australia suatu ketika dahulu. Malah semasa mereka belajar di Australia juga sudah seperti suami isteri. Hidup dibumi orang, bukan kisah sangat mengenai status kalau hendak duduk dalam satu rumah.

Banyak rakan-rakannya cemburu bila dia berjaya merebut hati Airah ketika itu. Wanita yang cantik, petah berkata-kata, terlalu anggun dan menjadi rebutan orang ramai. Airah yang tinggi lampai. Airah yang sentiasa seksi. Airah yang suka berpakaian up-to-date.

Bila Airah bersetuju berkahwin dengannya selepas mereka berdua dapat pekerjaan, Iqhwan terlalu gembira. Ini kerana, mereka boleh mengulangi apa yang mereka buat semasa di Australia. Balik ke bumi Malaysia sememangnya membataskan hubungan mereka yang satu itu.

Patutlah selama ini Airah semakin kerap mengelakkan dirinya untuk berhubung dengannya. Suaminya sendiri. Setiap sahaja hujung minggu, bila dia berniat untuk turun ke Indonesia, isterinya itu tegas menghalang supaya tidak menjejakkan kaki ke Indonesia kerana kerjanya masih banyak. Takut tugasnya tergendala. Namun, Iqhwan hanya akur dengan permintaan daripada isterinya itu. baginya, lagi cepat kerja itu siap dikerjakan, lagi cepat isterinya balik ke Malaysia. Tapi, apa yang dia dapat? Ditipu hidup-hidup dengan isterinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience