13

Drama Completed 10559

Arash menghantar ku kesekolah dan dia pulang untuk membantu ibu digerai.digerai ibu arash turut di perli kerana digantung sekolah akibat bergaduh.ada juga yang menghinanya kerana dia anak seorang pembunuh dan ramai yang mempertikaikan status anak kami. hati ku sakit melihat arash diperlakukan secara tidak adil walaupun dukanya tidak pernah dikongsi kepadaku.dihadapan kami dia sentiasa tersenyum tetapi bila dia bersendirian ditikar sejadah tangisnya mengalir.
"sayangggg... "panggil arash. aku bangun dari sofa dan menuju ke beranda mendapatkan arash
"sayang.. iyan dah gaji"gembiranya bukan kepalang.beberapa keping wang bernot 50 diberikan kepadaku.
"sayang simpan ya"pintanya
"iyan simpan la.. ni kan duit iyan.. hasil titik peluh iyan"ujarku
"iyan kerja untuk sayang dengan baby"mendengar kata katanya aku menjadi sebak.
"biar ibu simpan.. kalau korang nak guna minta dengan ibu"cadangan yang bernas.wang itu aku berikan kepada ibu.

arash menghantar dan mengambilku setiap hari.wajahnya sedikit cengkung mungkin kerana keletihan yang melampau.dalam pada dia digantung sekolah masanya tidak dihabiskan dengan sia sia.dia kerap ke surau dan masjid untuk bersolat berjemaah dan mendengar kuliah agama. masanya diisi dengan ilmu agama dan bergaul dengan orang kampung yang lebih tua dari kami.
"ayong...ayong"panggil qayyum cemas.dia yang baru pulang dari masjid kalut mendapatkan ku yang berada didalam bilik.
"apasal terpekik terlolong ni malam malam ni angah"tegurku
"abang iyan.. abang iyan.. "ujarnya yang tercungap cungap.
"kenapa dengan abang"soalku
"kenapa dengan iyan"soal ibu yang berada didapur berlari ke bilikku.
"kenapa dengan abangg"jerkah ku
"abang iyan kena tahan polis sebab bergaduh"ujarnya.aku terduduk mendengar berita itu. ibu memampah ku ke katil.
"dia bergaduh dengan siapa"soal ibu
"dengan budak sekolah kami.. alah yang dia bergaduh dekat kantin hari tu"cerita qayyum. aku bersiap untuk ke balai polis.tauke kedai makan yang arash bekerja juga ada disitu.dia bercerita pada polis akan perkara sebenar.arash direman tiga hari bagi membantu siasatan.aku menangis disitu apabila melihat arash yang bengkak dan dipenuhi luka pada wajah dan tubuhnya serta tangannya digari.
"sabar anisa, insyaAllah iyan akan bebas"pujuk ibu
"sufiyan tak bersalah... saya akan pastikan dia akan dibebaskan dan diberikan keadilan"ujar lelaki yang berusia separuh abad itu.walaupun katanya itu melegakan hatiku tapi aku tidak boleh menepuk dada.zaman sekarang wang bermaharaja lela.. nyawa manusia boleh di beli dengan wang apatah lagi keadilan.

"anak bekas banduan cucu pun cucu bekas banduan..habuan nak tunjuk hero sangat"tawa sekumpulan pelajar lelaki berderai.hatiku geram. mahu saja aku karate mereka tapi aku dilarang oleh qayyum untuk bertindak kerana kes masih dalam siasatan. kerusi kosong disebelah ku aku tenung sayu. sebak. airmataku mengalir. syirah memelukku erat. dia turut mengalirkan air mata.
"ayong nak makan apa angah belikan.. "tanya qayyum yang rehat bersamaku.aku menggeleng.
"ayong kena makan sikit nanti baby lapar"pujuknya.aku diam
"kau kena kuat demi baby dan arash.. kalau arash nampak kau macam ni mesti dia sedih"ujar syirah.tangis ku berderai lagi.sebotol susu strawberi sejuk dan sebiji roti diletakkan dihadapanku.
"saya nak awak makan sekarang"sir rahimi berdiri disebelahku
"tak pe sir saya tak lapar"tolakku
"makan sekarang"nadanya tinggi seoktaf.aku akur.walaupun tekak ku terasa pahit dan tiada rasa aku telan juga roti dan susu itu untuk memuaskan hati sir rahimi.Tiga dara pingitan itu berdiri selang satu meja dihadapanku.mereka tersenyum sinis. hati ku bertambah geram.

Barang arash aku perhati satu persatu.rindunya aku padanya tidak terungkap.malam ini malam kedua aku tidur bersendiri.terasa lain. walhal sebelumnya aku juga tidur sendiri.entah kenapa bilik ini terasa luas.. katil ibarat padang bola. bantalnya ku peluk cium semahunya. rindunya aku pada insan bernama ARASH SUFIYAN Ya Allah.bantalnya basah kerana deraian air mata.
"ayong kena kuat, kena sabar, jangan macam ni, kesian baby"pujuk qayyum.
"ibu pun sedih sebab dia anak ibu tapi ibu tak pernah berhenti berdoa supaya semuanya baik baik saja, InsyaAllah iyan akan bebas"
"tapi ibu, anisa rindu iyan.. rindu sangat sangat"tangis ki memecah sunyi.

"saya tahu kamu sedih dengan apa yang terjadi, tapi kamu kena ingat peperiksaan semakin hampir. lagi sebulan je. kalau kami terus menerus macam ni bukan saja pelajaran kamu terjejas tapi juga kandungan kamu"tegur guru kaunseling. aku hanya mampu berdiam diri.
"saya tahu berat bagi awak, peritnya hanya awak yang rasa tapi saya sebagai seorang guru tak mahu tengok awak terus sugul macam ni"jelas guru kuaunseling itu lagi.aku keluar dari bilik kaunseling tiada apa apa perubahan. aku hanya mahu Arash Sufiyan
"hai mum to be.. "sapa rubi
"mummy nak guna tandas ke, masuk mummy masuk"dia memberiku laluan. aku masuk ke tandas.pintu tandas ku tidak boleh dibuka. puas aku mengetuk pintu tapi tidak berjaya. aku meminta pertolongan tapi tiada sahutan. badan ku basah kuyup kerana disimbah air.busuk baunya. kedengaran hilai tawa seseorang dari luar.
"tolong.. tolong buka pintu ni"rayu ku. aku menjerit semahunya namun tiada jawapan.aku keletihan. mata ku kelam.

"Ayong.. "panggil redza. aku memerhati sekeliling. tangan ku dimasukkan wayar.
"anisa.. anisa nak ke mana sayang"soal ibu
"iyan mana ibu.. ibu iyan mana"aku meraung
"sabar sayang sabar"ibu memelukku erat.
"ibu kenapa anisa ada dekat sini, baby mana, baby mana ibu"tempikku.ibu menekan loceng bantuan berkali kali tidak lama kemudian datang seorang doktor dan dua orang jururawat menghampiri katil ku.
"hajar, tenang..kamu bertenang dulu"pujuk doktor
"anak saya mana.. anak saya macam mana.. kenapa saya ada dekat sini"tempikku.wayar ditanganku aku rentap.langkah ku ditahan jururawat dan qayyum.
"tepi aku nak pergi cari suami aku.. aku nak suami aku."jeritku. pipi ku terasa perit.qayyum menampar pipiku.wajahnya merah. marah
"kalau ayong terus macam ni, bukan saja ayong menyusahkan diri sendiri tapi melibatkan orang lain juga,melibatkan ibu,angah dan adik,ayong dah menyusahkan semua orang"tengkingnya
"kalau aku dah menyusahkan korang..korang boleh pergi.. pergi aku nak suami aku...aku nak suami aku"tempik ku. lagi sekali pipi aku ditampar qayyum. ibu cuba membantu tapi dihalang qayyum
"ayong rasa dengan buat perangai macam ni boleh selesaikan masalah, ayong tak kesian ke dekat abang iyan... dia dekat lokap tu sorang sorang.. ayong sekurang kurangnya ada kami, ayong ingat tak rindu ayong.. dia tak teringatkan kita.. dia lagi sedih.. lagi berat beban dia.. ayong buat macam ni boleh jejas baby.. kalau jadi apa apa pada baby macam mana. apa ayong nak jawab pada abang iyan..."tengkingnya. aku terdiam. aku menghempas badan ku kekatil dan menoleh keluar jendela.
"ayong dah nak jadi ibi orang perangai jangan macam budak budak"tempiknya.suasana dia.sunyi tanpa kata hanya kedengaran bunyi mesin nadi
"bayi hajar selamat tiada apa apa masalah, yang ada masalah ialah hajar,kalau hajar berterusan begini, terus terang doktor bagitahi hajar akan kehilangan bayi hajar"aku terkesima.
"biar doktor biar bayi dia hilang dia bukan sayang pun"perli qayyum
"kau.. "geram ku
"apa.. tak betul angah cakap"balas qayyum
"sudah kita dekat hospital bukan dekat rumah"marah ibu
"dah dia tu.. "qayyum membisu selepas ibu menampar lengannya tapi mulutnya masih terkumat kamit.
"doktor terpaksa tahan hajar di wad untuk beberapa hari untuk pantau kesihatan bayi dan hajar.. keadaan hajar terlalu buruk.. terlalu lemah"aku terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience