Bab 41

Romance Completed 78326

Puan Aminah menunggu resah di ruang tamu rumahnya. Selalunya Gia akan datang jenguk dia waktu-waktu macam ni tapi kelibat Gia langsung dia tak nampak lagi. Dia risau kalau Gia masih lagi berkecil hati dengan kejadian haritu. Tapi, kalau dia jadi Gia pun dia akan kecil hati jugak dengan apa yang Luqman cakap.

Luqman menghampiri Puan Aminah yang tak senang duduk dari tadi. Dia tahu Puan Aminah mesti tengah tunggu kedatangan Gia. Tapi, dia yakin yang Gia takkan datang lagi lepas apa yang dia cakap haritu.

“Ibu…ibu tunggu Gia ke?”

“Ye. Ibu risaulah kalau dia tak datang. Ibu takut dia berkecil hati dengan kita.”

“Ibu nak risau kenapa kalau dia berkecil hati dengan kita sekalipun? Biarlah dekat dia…”

“Luq! Ibu tak suka kalau ada orang berkecil hati dengan kita. Sampai bila-bila pun hidup takkan aman macam tu. Lagipun, ibu kesiankan Gia. Ibu tahu disebalik wajah dia yang selalu senyum macam tu, ada banyak benda yang dia pendamkan dalam hati dia.”

“Dia pendam yang dia tu sebenarnya pembunuh! Dia yang bersalah dalam hal ni!”

“Tapi macam mana kalau dia tak bersalah Luq?!”

“Pada Luq dia tetap bersalah dan pembunuh!” Luqman masih lagi tak boleh terima kalau Gia disahkan tak bersalah.

“Luq! Ibu tak suka Luq cakap macam tu. Luq bukalah hati dan mata Luq untuk tengok sisi kebaikan dari Gia. Ibu tahu Luq marahkan Gia dengan kejadian dah berlaku pada Dariya tapi Luq kena ingat jugak…marah ada batasnya dan benda yang dah terjadi berlaku dengan keinginan dari Allah. Qada’ dan Qadar yang Allah dah tentukan untuk perjalan hidup kamu, Dariya, ibu dan Gia. Kalau Allah kata kun faya kun, maka benda yang Dia kehendaki akan terjadi jugak sama ada benda tu kita suka atau tidak.”

Luqman terdiam seketika bila kena ceramah dengan Puan Aminah. Bila dah masuk bab agama memang tak boleh nak bahas apa lagi. Sememangnya apa yang ibu cakap tu betul tapi dia tak puas hati sebab Gia masih lagi tak kena tangkap ditambah lagi dengan bukti apa semua tu. Itu je.

“Luq kena ingat pesan ibu…benda apa yang terjadi berbalik ingat kepada Allah. Mesti Allah ada sebab yang tertentu kenapa Dia bagi jalan kehidupan kita macam ni. Itu tandanya Allah tengah menguji kita. Kalau kita tak dapat terima apa yang dah jadi seolah-olah kita tak percaya dengan qada’ dan qadar yang Allah dah turunkan pada setiap umat hambaNya.”

“Tolonglah Luq…ibu mintak satu perkara. Jangan pernah bergaduh lagi dengan Gia. Luq tak percayakan Gia…tak apa ibu tak kisah tapi jangan pernah sakitkan hati dia dengan kata-kata yang keluar dari mulut Luq. Ingat Luq, ibu tak nak satu hari nanti Luq menyesal dengan apa yang Luq dah buat. Masa tu nak putar balik masa pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur…”

“Kalau ibu tak fikirkan Luq lebih dari Gia…mungkin sekarang ibu dah duduk dekat rumah Gia.”

“Hah?”

“Gia ada mintak ibu duduk dengan dia supaya dia boleh jaga ibu. Dia risau ibu duduk sorang-sorang dekat sini tapi ibu tolak atas sebab apa? Ibu tolak atas alasan Luq! Ibu sayangkan dua-dua tapi ibu lebih fikirkan Luq. Ibu mintak sangat tolonglah jangan bertekak dengan Gia lagi. Cukup-cukuplah tu…”

Pesanan yang amat mendalam dari Puan Aminah. Luqman tahu dia tak dapat mengawal perasaan dan hatinya dari berkata macam-macam pada Gia tapi disebabkan Puan Aminah, dia cuba.

“HAH Luq…muka kau tak nampak tegang pun hari ni. Kau dah tak bertekak dengan Gia ke?” soal Idham. Dia nampak Luqman agak rileks hari ni berbanding dengan hari yang sebelumnya yang mukanya asyik ketat je.

“Hmmm…dia tak datang jumpa ibu hari ni. Tu aku rileks sikit. Tak ada lah nak berangin sangat.”

“Patutlah. Tapi, dah kenapa pulak dia tak datang? Bukan kau kata selalunya dia datang jenguk ibu ke?”

“Memanglah tapi agaknya dia sentap kot kena sound dengan aku haritu. Tu yang tak datang…”

“Kau sound dia? Weyh! Kau ni memang tak beli insurans betullah. Aku syak kau memang sound dia kaw-kaw kan? Aduh kau ni!”

“Dah aku sakit hati dengan dia. Lantak dialah nak terasa ke apa. Kisah pulak aku.”

“Kau ni Luq memang heartless tahu? Aku pelik macam mana Dariya nak dekat kau dulu.”

“Dariya lain, dia tu lain.”

“Apa yang lainnya? Sama-sama perempuan jugak? Come onlah bro…kau ni sudah-sudahlah sakitkan hati Gia. Mungkin pada pandangan kau dia bersalah dalam hal tu tapi kau kena ingat jugak Luq. Hasil siasatan masih lagi tak menunjukkan yang dia tu bersalah.”

“Sebab tulah aku tak puas hati! Kalau jadi dekat tunang kau, apa yang kau rasa Fahim? Kau boleh terima senang-senang macam tu je ke?”

“Aku pun marah jugak tapi tak adalah sampai nak buat macam kau ni. Cuma, apa yang kau kena buat sekarang ni duduk dan bertenang. Yakin yang semuanya akan berakhir tak lama lagi. Kalau kau terus-terus buat macam ni, hati kau takkan pernah senang. Percayalah cakap aku.”

“Kau nak suruh aku rileks like nothing happened macam tu? Agak-agaklah! Hati aku takkan senang selagi dia tak kena tangkap! Itu je!”

Fahim hanya mampu menggeleng dengan perangai keras kepala Luqman. Cuma, apa yang dia mampu doa sekarang ni supaya Luqman tak keras kepala lepas tu bertindak ikut suka hati. Jangan sampai Luqman buat kerja dulu sudah. Siasat secara diam-diam.

GIA memandang nombor pemanggil di skrin telefonnya. Panggilan dari Puan Aminah. Mesti ibu call ni sebab aku tak datang jenguk dia hari ni. Mesti ibu tertanya-tanya kenapa aku tak datang tapi aku dapat agak yang ibu tahu sebab kenapa aku tak datang jenguk dia hari ni.

Ikutkan hati memang aku nak pergi jumpa dengan ibu tapi aku kena fikir jugak kalau aku berdepan dengan Luqman nanti, entah apalah perang yang akan berlaku nanti. Aku dah malas nak bertekak dengan Luqman. Serius aku dah malas. Lagi aku bertekak dengan dia, makin aku sakit hati dan akhirnya aku yang mengalah.

Lagipula aku tak nak hubungan ibu dengan Luqman retak disebabkan aku je sebab setiap kali Luqman bertekak dengan aku, mesti ibu akan bersuara bagi pihak aku dan aku tahu mesti Luqman tak puas hati dekat aku.
Panggilan terputus bila Gia tak menjawab panggilan dari Puan Aminah. Namun, sekali lagi telefonnya berbunyi. Panggilan dari Puan Aminah. Gia menjawab panggilan tersebut.

“Hello ibu.”

“Gia…Gia apa khabar? Kenapa Gia tak datang jenguk ibu hari ni?”

Soalan dari ibu pun dah buat aku sebak sekarang ni.

“Gia mintak maaf ibu sebab tak datang jenguk ibu. Gia tak berapa sihat sebenarnya hari ni.”

“Ye ke Gia? Ke sebab Gia terasa dengan apa yang Luqman cakap? Sebab tulah Gia tak datang hari ni?”

“Tak ibu…bukan sebab Luqman. Gia betul-betul tak sihat hari ni. Pasal Luqman tu, Gia tak ambik pusing langsung.”

“Tak apa lah kalau macam tu. Ibu mintak maaf kalau ibu ganggu Gia rehat. Jaga kesihatan tu. Kalau Gia ada apa-apa nak bagitahu ibu, Gia bagitahu je ibu. Ibu sedia nak dengar.”

“Ok ibu. Nanti kalau Gia dah sihat, Gia terus pergi jenguk ibu.”

“Baiklah kalau macam tu. Gia rehatlah dulu. Ibu letak telefon dulu.”

Gia meletakkan telefonnya ke tepi sebaik saja Puan Aminah memutuskan taliannya. Dia menghembuskan nafas beratnya. Sebenarnya aku sihat je tapi saja aku buat alasan macam tu so that ibu tak fikir macam-macam.

“Kau rasa ibu akan percaya ke apa yang kau cakap tu hmmm?” Kristine melangkah masuk ke dalam bilik Gia dengan segelas cawan air kosong.

“Aku tahu ibu takkan percaya.”

“Kenapa kau tak cakap terus-terang je dengan ibu? Kan senang?”

“Tak naklah. Aku tak nak bebankan ibu dengan kes Luqman lagi. Lagipun, aku dah penat nak bertekak dengan Luqman.”

“Aku tahu…ni jangan lupa. Esok dah nak kena fly balik Filipina. Pack your things nanti ok.”

“Ok. Jangan risau.”

Malasnya aku nak kena fly balik Filipina esok. Dah kalau Danial tahu yang aku balik Filipina esok, mesti dia akan kacau aku nanti. Sakit jiwa! Sakit jiwa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience