BAB 7

Drama Completed 5869

“ Haziq..you remember him?”tanya Laila selepas berdiri dihadapan Fezrol.

“ Mana tak kenal,boyfriend baru Laila kan,” kata Haziq dengan selamba.

Kata-kata Haziq mengundang ketawa Fezrol dan Laila,” Haziq..bukanlah,”

“Kalau bukan boyfriend,sape?” Haziq mula keliru. Puas otaknya mencerna siapa lelaki dihadapannya ketika ini.

“This is Fezrol Firman,Haziq,” kata Laila dengan senyuman.

Haziq yang mulanya keliru terus tersenyum dan memeluk tubuh dihadapannya. Tempoh masa dua belas tahun tahun menyebabkan dia tidak mengenali Fezrol lagi. Mereka bertiga berbual tentang kehidupan Fezrol sekarang. Rupa-rupanya Fezrol diselamatkan oleh sebuah keluarga dan kerana hentakan yang kuat,Fezrol tidak dapat mengingati sebarang memori tentang keluarganya dahulu. Tetapi apabila ayah angkatnya, Datuk Mahmud menunjukkan profil tentang Laila,tiba-tiba segala memori yang dahulunya hilang datang kembali.

Ketika mereka semua ingin balik,Fezrol menawarkan diri untuk menghantar Laila tetapi Laila menolak. Apabila melihat wajah kakaknya yang muram Fezrol mengajak Laila ke sebuah restoran bagi mendengar luahan hati Laila.

“Akak dah lama kena buang keluarga Man,” kata Laila selepas Fezrol mendesak untuk menceritakan apa yang berlaku selama dua belas tahun tahun dia menghilang.

“Kenapa?”

“ Semua orang salahkan akak atas kehilangan Fezrol. Maksu dengan Mak Hasanah je yang percaya pada akak. dua belas tahun tahun akak hidup sendiri,syarikat nie pun akak bina atas usaha akak sendiri tapi ada ahli keluarga yang cakap akak guna duit Datuk Badlyshah,” kata Laila sambil menahan sebak.

“Wait Kak Issabella,why Datuk Badlyshah not bapa ?” Fezrol terkejut apabila Laila membahasakan bapa mereka dengan panggilan Datuk Badlyshah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience