bab 3

Romance Completed 841801

Puteri Arabella sudah pun sampai di kampusnya selepas menaiki teksi.
Itulah kebiasaanya,dia tidak pernah sekalipun minta untuk dihantar oleh suaminya Karl untuk ke kampus atau ke mana sahaja.
Karl juga tidak pernah mempelawa untuk menghantarnya,mana mungkin berlaku kerana mereka tidak berkomunikasi dengan baik pun.
Jarak antara rumah yang mereka diami memang dekat malah laluan ke kampusnya ke tempat kerja Karl adalah sehaluan.
Tetapi tidak pernah sekalipun mereka satu kereta,itulah kenyataannya.

Dia hidup berdikari sejak dulu lagi,sejak pemergian orang tua di sisinya.
Kalau dulu dia dimanjakan oleh mereka namun kini dia perlu lakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

Statusnya menjadi isteri orang hanya dia dan keluarga Karl sahaja yang tahu maka dia tidak mahu orang lain tahu hal tersebut.

Di kampus juga rakannya tahu yang dia masih lagi bujang seperti yang lainnya.

Ada juga yang sudah beristeri dan bersuami malah yang sudah beranak pun datang untuk belajar namun berbeza dengannya,dari awal mula lagi perjanjian menetapkkan yang status itu harus dirahsiakan oleh semua.

Jika orang lain bernikah adalah atas dasar suka sama suka berbeza dengan dirinya hanya sekadar persetujuan dari sebelah pihak sahaja.

Dia ataupun Karl berada dalam tersepit atas kemahuan Karmila ibu mertuanya itu.

Tempat pertama saat melangkah ke kampus ditujunya adalah kantin ditemani oleh salah seorang sahabat baiknya iaitu Akira.
Berbekalkan bekal yang dia siapkan di rumah tadi.
Sejak tinggal bersama orang tuanya lagi Puteri Arabella sudah biasa dibekalkan oleh mamanya sarapan dan dia tidak segan membawanya dan kini dia teruskan amalan membawa bekal sendiri,lebih bersih dan selamat baginya.

hai" sapa Irsyad lelaki tampan yang selalu menjadi perhatian ramai siswi si situ.

Puteri Arabella yang dari tadi menikmati makanan yang dibawa tadi mendongak melihat sumber suara itu.

Kawan baik Puteri Arabella juga turut berada bersama iaitu Akira turut menoleh.

" hai", jawab kedua mereka serentak.

" boleh duduk?" tanya Irsyad tanpa dipersetujui terus duduk di hadapan mereka.

Untung hari ini Akira duduk bersebelahan dengan Puteri Arabella jika tidak mesti Irsyad mengambil tempat di sebelahnya.

", dah duduk baru minta izin?" tanya Akira mencebik .

" adab bertanya..", jawab Irsyad sambil tergelak.

" awak memang suka makan masakan dari rumah eh?" tanya Irsyad kepada Puteri Arabella yang dari tadi tidak menghiraukan kehadirannya sama sekali.

Begitu payah dia usahakan agar wanita yang memakai tudung empat segi itu memandangnya atau bercakap dengannya seperti wanita lain yang selalu merayu kepadanya.

" puteri memang suka masak dan nikmatinya,lagipun lebih jimat kan?" jawab Puteri jujur.

Memasak adalah satu terapi fikiran buatnya,setiap hari dia mampu berfikir menaik tarafkan masakannya dan setiap hari juga dia tidak sedikitpun jemu untuk mencuba pelbagai resepi baru.
Kemahiran memasak adalah diwarisi daripada ibunya Aisyah Rahman Al Kitri.

Semasa masih remaja lagi ibunya sudah pun mengajarnya sedikit sebanyak tentang masakan,daripada kaku dan buta dalam kenal perihal barangan di dapur dan beberapa jenis rempah ratus sehinggalah dia mengetahui dan mengenalinya satu persatu,malah mereka sering menghabiskan waktu bersama di dapur ,masak dan masak pelbagai jenis masakan,dari masakan asas hingga ke desert semua menjadi kemahirannya.
Namun kebersamaan mereka tidak berlanjutan begitu lama kerana pemergian kedua orang tuanya pergi tak kembali lagi.

Kebersamaan itu menjadi memori yang tidak dapat dia lupakan sampai bila-bila.
Nasihat dan tunjuk ajar kedua mereka menjadi saksi kehidupannya kini.

Malah sejak satu bumbung dengan suaminya Karl dia sentiasa masak dan menyediakan pelbagai hidangan dari masakan kampung,barat malah dia juga boleh memasak masakan apapun kerana dia suka mencuba meskipun rasanya belum tentu mengikut selera yang menelannya.

Dia patut merasa bangga dengan usahanya itu,sekarang tidak sulit sama sekali untuk belajar memasak dan mencuba resepi baharu kerana semua berada hanya di hujung jari sahaja.

Dia juga tidak pernah dengar rungutan dari Karl mahupun Tania tentang masakannya selama dia masak di sana,mungkin juga kerana mereka tidak pernah makan semeja.

" boleh cuba?" tanya Irsyad dan Puteri Arabella menghulurkan sedikit makanan itu kepada Irsyad.

" hmmm...sedap...patutlah..untung siapa nanti yang jadi suami puteri" puji Irsyad jujur.
Masakan yang biasa tetapi rasa yang luar biasa.

" ya betul tu,Kira sokong..dia ni bukan sahaja cantik malah pandai masak,boleh mengenyangkan perut suami nanti" kini Akira pula menyokong.

" ada ada sahaja korang,dah lah habiskan makan tu,esok kalau nak puteri bawa lagi...puteri memang suka masak dan suka lagi kalau ada orang yang habiskan makanan" jawabnya sambil tersenyum.
Tidak semena pula wajah suaminya berlegar di kotak fikirannya,dia tahu Karl suka masakannya kerana Bik Santi selalu cerita bahawa Karl dan Tania memuji masakannya ,malah setiap hari mereka menghabiskan setiap masakan yang dia hidangkan.
Dia selalu tersenyum bila mendengar pujian itu meskipun bukan dengar langsung dari mulut suami dan madunya itu.
Cukup sekadar mendengar cerita Bik Santi kepadanya .
Tapi bagaimana nanti sekiranya Tania tahu yang selalu memasak untuknya itu adalah madunya sendiri,apa reaksi dan tindakan wanita itu,pasti marah ,kecewa dan sakit hati tentunya.

Irsyad dan Akira menghabiskan kesemua makanan yang dibawa oleh Puteri Arabella itu.
Satu keberuntungan buat Irsyad hari ini kerana dapat makan bersama perempuan pujaan hatinya itu.

Dalam diam dia menyimpan satu perasaan terhadap Puteri Arabella namun takut untuk nyatakan hasrat hatinya itu.
Demi persahabatan yang mereka jalini sejak pertama kali menjejaki kaki ke kampus ini.
Kebersamaan antara ketiga mereka ,bergaduh,berdebat,satu kuliah membuatkan kenangan yang tidak akan pupus sama sekali.
Demi semua itu Irsyad rela pendamkan segalanya kerana persahabatan itu lebih bernilai dari rasa cinta di hatinya.
Dia tahu tidak semudah itu untuk dia takluki cinta di hati Puteri Arabella.

Biar waktu yang mengatasi segalanya,andai jodoh dan bahagia itu ada untuk bersama dengan wanita pujaan hatinya maka dia terima namun jika tidak ada ikatan persahabatan akan diteruskan sampai akhirnya.
Dia pasrah kerana semua itu adalah takdir dan ketentuan Ilahi.

Selesai makan mereka bertiga masuk ke dewan kuliah .
Fakulti mereka adalah sama maka setiap hari pasti bertemu jadi tidak hairanlah Irsyad selalu suka mendampinginya.

" Puteri" panggil Akira saat mereka sudah pun berada di dalam dewan kuliah.

Irsyad sudah pun beralih ke tempat duduknya di belakang.

" ada apa?" kelihatan wajah Akira serius .

" aku rasa Irsyad tu memang sukakan kaulah" Sudah kali keberapa Akira menyatakan itu sejak bermulanya semester sampai ingin habis semesta ayat dan perkataan yang sama Akira utarakan.

Puteri hanya mengulum senyum kekadang dia juga malas untuk melayan mulut kecoh sahabatnya itu.

"sudah kali keberapa kau cakap Akira...Puteri tidak ada hak untuk melarang sesiapa menyukai atau cintakan puteri yang puteri tahu adalah hati Puteri bukan untuk dia atau orang lain" lirih puteri Arabella sambil tersenyum.

"persahabatan itu lebih penting dari sebuah ikatan sebenarnya Akira,kau dan dia adalah sahabat terbaik yang pernah Puteri ada,maka biarlah kita bertiga terus jadi sahabat..." sambung Puteri Arabella lagi.

Entah mengapa wajah suaminya tiba tiba berlegar di kotak fikirannya saat menyatakan perkataan sayang dan cinta itu.
Dengan cepat dia menggelengkan kepalanya,nyah kan rasa itu,tidak mungkin rasa itu hadir dalam dirinya.

Karl memang suaminya namun hatinya telah dimiliki oleh Tania.

Dia isteri kedua yang tidak pernah diharapkan keberadaannya.
Mana mungkin Karl Eusoff akan mencintainya sebagaimana dia mencintai Tania.

" kenapa?" tanya Akira hairan melihat Puteri Arabella menggelengkan kepala tiba tiba.
" tak ada apa apa,cuma aku tak nak terjebak cinta tiga segi,kau sendiri tahu kan yang Melia juga rapat dengan Irsyad" tegasnya menepis rasa aneh di hati terhadap suaminya kini.

Sebut perkataan itu tidak ubah macam hidup yang kini dia lalui,dia hadir dalam rumahtangga orang lain sebagai orang ketiga kini dan apa bezanya dia dengan cinta tiga segi itu.

" betul juga,dasar buaya darat,jauh panggang dari api kau memang tak sesuai buat buaya tembaga macam dia..harap muka macam Ji Chang Wook tapi perangai macam haprak mengalahkan buaya tembaga " ucap Akira membuatkan Puteri Arabella tergelak kecil.

Puteri Arabella tahu yang sahabatnya itu suka menonton drama korea dan hafal setiap nama pelakonnya.

Sungguh mulut Akira tidak dapat dicegah bila menyumpah,dia akan hamburkan sahaja tanpa rasa bersalah.

"dia bukan buaya daratlah Akira,itulah nasib punyai wajah macho macam dia,semua mengaku sebagai kekasih " tambah Puteri Arabella sambil tergelak kecil.

"tapi kau tahu mana yang Ji Chang Wook tu tak ramai perempuan...?" tanya Puteri Arabella sambil tergelak kecil.

"hihi...aku umpamakan sahaja muka Irsyad tu dengan Ji Chang Wook...dia kan iras,muka ala Korea gitu..." dia juga turut tergelak.
Puteri Arabella hanya menggelengkan kepala,itulah sikap Akira semua orang dia akan buat persamaan dengan artis .

" apa kau dah ada someone?" tanya Akira lagi selalu ingin mengorek rahsia sahabatnya itu.

" maybe ada dan tak ada" jawab Puteri Arabella jujur,tidak tahu nak klasifikasi sebagai apa hubungan antara dia dan Karl saat ini.
Jika kata tak ada pasti tak patut,jika kata ada banyak pula soalannya nanti.

"macam chipsmore gitu? tapi selama tiga tahun ni kan aku tak pernah lihat kau keluar dengan sesiapa pun.."

"boyfriend x ada...dunia Puteri simple aja tak ada yang istimewa..Akira sendiri macam mana dah ada yang special..tapi kalau Puteri dating pun Akira tahu ker? setahu Puteri..Akira juga macam Puteri juga kan?" Puteri menyinggul lengan Akira.

"hihi...kita serupa...belum bertemu dengan mr perfect 10 lagi" Akira berkata sambil bernyanyi.

"mr perfect 10 ya...emmm...mungkin belum menjelma lagi...kan ,mana tahu nanti menjelma ,atau belum lagi lahir atau tunggu Lee Min Ho atau Ji Chang Wook datang melamar?" ketus Puteri Arabella.

"belum lahir lagi,apa jodoh kita sampai masa kita dah tua gayut gitu?" tanya Akira dengan nada terkejut dan menggidikkan bahunya.

"hahah...mana lah tahu kan sekarang ni ramai sangat yang nikah dengan lelaki yang lebih muda dari perempuan"

"tak nak Akira semuda itu..harap-harap satu dua tahun lagi jodoh sampai dan rasanya kita kena cari segera jodoh kita"

"untuk Akira ajalah...Puteri tak masuk dalam senarai mencari ok"

"soal Lee Min Ho dan Ji Chang Wook tu...otw datang tapi kena ke Korea dululah cari" dia tergelak besar sehingga sebilangan pelajar menoleh ke arah mereka dan menunjukkan jari ke mulut isyarat diam.
Segera dia menutup mulut sehingga nampak bahunya terhinjut akibat menahan tawa.

"huhu....ni mesti dah ada...rahsia dari Akira kan?soal Akira tak mahu mengalah meskipun diberikan peringatan untuk diam.

Puteri Arabella tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya dia hanya mengukir senyum.
Kalau dilayan makin banyak soalan pasal jodoh dia bahaskan.
Diam lebih baik agar Akira pun diam.
Andai Akira tahu tentang pernikahannya nanti apa agaknya reaksi Akira nanti.
Tapi buat masa ini biarlah menjadi rahsia hidupnya kerana belum sampai masanya lagi untuk dia bongkarkan semuanya itu.

Bukan sahaja untuk dirinya tetapi menjaga hati suaminya sendiri kerana apa yang berlaku ini tanpa pengetahuan madunya lagi,takut nanti ada yang mengamuk.
Situasi yang menakutkan dapat dia gambarkan bagaimana jika rahsia pernikahannya dengan Karl Eusoff terbongkar nanti pasti jadi sorotan media sosial pastinya kerana suami dan madunya itu merupakan orang yang dikenali umum.
Baginya selagi mampu untuk menutup mulut dan bertahan biarlah dia simpan dahulu kerana tidak akan merugikan mana-mana pihak pun.

Aib suami harus dia jaga dan jika terbongkar nanti pasti ada hati yang akan terluka dan pastinya dia yang akan dipersalahkan kerana menjadi benalu dalam rumahtangga orang lain.

"ada rahsia?" Akira masih penasaran untuk mendengar cerita sahabatnya itu.
Kan dah kata sahabatnya itu tidak akan pernah diam selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

"mana ada...cuma belum masanya lagi...maksud Puteri kalau jodoh pasti tak ke mana"hampir terlucut pula di mulutnya.

"hmmm...oklah..pasrah aja ya..tapi.." tak sempat Akira habiskan kata muncul pensyarah perempuan masuk ke dewan kuliah mereka.

Percakapan mereka terhenti apabila seorang pensyarah masuk,semua isi dewan kembali terdiam.
Puteri Arabella bernafas lega ada juga menyelamatkannya dari tujahan pertanyaan dari Akira selanjutnya.

"ni ada senarai nama untuk latihan industri..nama dan Syarikat yang telah tersenarai," ucap Prof Azira yang mengendalikan perkara itu.

Beberapa kertas diedarkan kepada setiap seorang.

Pengajian mereka hampir tamat maka perkara terakhir ialah jalani latihan industri terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan akhir semesta.
Selain harus menyiapkan tesis-tesis yang berkaitan.
"dapat Syarikat mana?" tanya Irsyad tiba tiba muncul dari arah belakang.
Akira dan Puteri Arabella menoleh serentak.

Puteri Arabella meneliti mencari namanya di kertas itu.

"wei korang satu company lah,hihi..aku juga" Akira berkata dan tergelak.

"jodoh" ucap Irsyad dan Puteri Arabella hanya tersenyum.

Apa pun yang diucapkan oleh lelaki itu bagaikan angin lalu buat perempuan itu.

Jodoh sudah Allah tetapkan buat dirinya meskipun dia tidak tahu sepanjang mana jodohnya dengan Karl Eusoff nanti namun dia harus menjaga jodoh orang itu.

Ya dia ibarat menjaga jodoh orang lain.

"Syarikat ni miliki dua cabang...bukan calang calang juga kita dapat kat sini" Akira mula mencari sesuatu di aplikasi telefonnya.
Akira memang pantas dalam hal itu.
Irsyad dan Puteri Arabella turut melihat itu.

"tengok Syad,Puteri..kita dapat salah satu anak syarikatnya...yang kedua ,Syarikat KENTARA holding anak Syarikat K & A holding...property and development...so agak agaknya kita dalam bidang apa ya?" Akira bertanya tentang informasi itu.

"jelas jelas bidang kita adalah akaun ataupun marketing tak kan kau nak jadi tukang cuci?" tanya Irsyad mengenakan Akira.

"kau memang layak jadi pengawal keselamatan di situ..baru ramai orang masuk" balas Akira tidak kurang menyakatnya.

Puteri Arabella hanya tergelak melihat gelagat kedua temannya itu.

"muka handsome macam aku kau kata jadi jaga?"Irsyad menunjukkan jari ke arah wajahnya.

Akira dan Puteri Arabella tergelak besar.

"macam mana dengan Melia? tak sekapal dengan kita kan?" tanya Akira tiba tiba berjaya menghentikan gelak Irsyad.

Semua warga tahu macam mana hubungannya dengan Melia termasuklah Puteri Arabella.

"dia ...mana aku tahu.." lirih Irsyad memandang ke arah Puteri Arabella yang tersenyum itu.

"girlfriend sendiri kut.." Akira menyiku lengan Puteri Arabella.

"dia.." tak sempat Irsyad bersuara satu suara kedengaran memanggilnya di balik pintu dewan.

Tersembul wajah Melia di situ ,baharu sahaja namanya disebut langsung munculkan diri.

"emmm...panjang jodoh korang" ucap Akira sambil tergelak.
Irsyad kedengaran mengeluh kasar dan bangun dari duduknya melangkah menuju ke arah Melia yang dari tadi melambai lambai ke arahnya.

"ada girlfriend tak nak ngaku,terang terang semua dah tahu" cebik Akira.

"biasalah lelaki..sudah lumrah mereka macam tu" sambung Puteri Arabella.

"maklumlah kan Ji Chang Wook...mesti ramai peminatnya" sambung Puteri Arabella lagi dan Akira mencebik .

"muka terang-terang Akira nampak macam buaya tembaga,mengangga cari mangsa" sahut Akira.

"ish..tak baik Akira mengata Irsyad macam tu,dia kan baik pada semua"

"tapi pada perempuan aja kan?"

"biasalah lelaki...kalau terlebih baik pada sesama lelaki tu nanti dipandang pelik pula,tapi kalau dengan perempuan kan lumrah..." ucap Puteri Arabella.
Dia tahu Irsyad memang baik dengan ramai perempuan dan melayan mereka dengan baik ,oleh kerana itulah ramai yang salah anggap tentang kebaikannya itu termasuklah Melia yang selalu mengaku yang Irsyad adalah kekasihnya.

Hati lelaki boleh terbahagi lebih daripada satu itulah istimewanya jadi lelaki boleh menempatkan cinta di hatinya lebih daripada satu bisik hati kecil Puteri Arabella sambil tersenyum,entah bahagia atau derita yang bakal dia kecapi nanti.

Akira tetap memandang bingung dengan kelakuan sahabatnya itu,adakala tersenyum sendiri,adakala termenung seolah ada sesuatu yang Puteri Arabella sembunyikan daripadanya.
Dia tahu pasti masanya nanti perempuan berwajah cantik itu akan menceritakan segala kepadanya meskipun dia tahu tidak sabar untuk mendengar luahan hati sahabat baiknya itu.

"aku tetap di sisi kau Puteri" bisiknya di telinga Puteri Arabella membuatkan sahabatnya itu menoleh terkejut mendengar ucapan Akira.

"thanks" hanya itu yang mampu dia ucapkan setakat ini,meskipun dia tidak tahu apa maksud Akira tadi,tetapi dia tahu Akira boleh membaca sesuatu dari wajahnya,dalam gembira ada rahsia dia pendam.

Akira mengukir senyum dan mengangkat kedua ibu jarinya tanda 'ok' dan mereka sama-sama ketawa .
Hanya ketawa menyembuhkan sedikit keterlukaan hati meskipun ianya hanya untuk bahagiakan hati orang lain yang melihatnya.

belanja satu bab hari ini...semoga enjoy membacanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience