BAB 14

Drama Completed 460

BEG galas aku letak dan aku labuhkan duduk di atas kerusi. Iman nampak
senyum puas bila aku tak berkata apa jauh sekali untuk aku minta tiket
Korean-Air ke Kuala Lumpur daripada dia.
“Awak duduk kejap. Saya check-in.” Dia berlari ke kaunter dan tak
lama kemudian, dia kembali bersama senyuman.
“Nah…” Iman hulurkan tiket kapal terbang pada aku. Lambat-lambat aku
sambut dan sekadar tersenyum tanda ucapan terima kasih.
Aku pandang boarding pass. PUS-CJU. Sambil senyum sinis pada diri
sendiri. Betapa jahatnya aku mempermainkan hati dan harapan semua
orang. Semua orang. Termasuk hati sendiri. Airmata aku bergantungan
pada alis.
Baru nak menapak, Iman rampas boarding pass tadi. Kening aku berkerut.
“Kenapa?”
Iman senyum manis. Dia geleng mengisyaratkan aku aku berhenti
menangis. Bila aku kesat pipi yang tersisa dengan airmata, Iman suakan
satu lagi boarding pass.
“Saya dah cakap, saya akan sediakan dua boarding pass. Sekarang, awak
pilih.” Dia letak dua-duanya atas telapak tangan aku. “Yang mana satu
awak nak. Saya tahu itu keputusan awak yang terbaik, Kejora .”
Tak berani aku pandang wajah Iman tapi memang aku nekad. “Maaf, Iman.
Saya suka awak tapi saya pilih untuk cinta bakal suami saya. Saya
bahagia dengan awak tapi saya pilih untuk teruskan bahagia dengan dia.
Saya harapkan awak tapi saya pilih untuk berharap hanya pada DIA,” ujar
aku.
Besar makna DIA yang aku tuturkan dan aku rasa Iman juga mengerti.
Hanya pada DIA aku meminta agar hala tuju aku kali ini tak tersasar.
Boarding Pass Korean-Air perjalanan PUS-KUL aku capai.
“Ini keputusan saya, Iman. Saya harap awak doakan saya,” pinta aku.
Katalah aku tak malu sebab dah lukakan orang tapi masih berharap dia
mendoakan aku. Tapi, apa lagi yang mampu aku katakan selain ini sekarang.
Dan bagasi aku?
“Saya kuat katakan awak akan balik Malaysia sebab awak anak yang baik,
Kejora ,” ucap Iman sebelum aku sempat bertanya tentang bagasi aku.
“Saya bangga kawan saya ni tak terpengaruh sekadar dengan cinta dan
janji seorang lelaki. Sebaliknya, awak lebih pegang janji awak pada
keluarga awak dan keluarga tunang awak. Beg awak memang saya check-in
untuk penerbangan yang awak pilih,” ujarnya. Suara dia sedikit lemah
dan serak.
Iman nangis ke?
Aku cuba cari kesan airmata tapi tiada melainkan mata kuyu itu nampak
penat. “Saya harap awak enjoy daki Hallasan sorang-sorang nanti.”
Dia sengih sambil geleng. “Patutnya kita pergi berdua. Tapi, tak
apalah. Nak tahu seronok atau tak, nanti datang bulan madu sini,
ajaklah suami daki gunung,” cadang Iman.
Sekali lagi dia sebut tentang bulan madu aku tanpa apa-apa rasa ralat.
Tapi, kali ini aku mampu angguk dalam senyuman separuh redha. Separuh
redha lagi akan melengkapi hati aku bila aku tinggalkan Iman di Negara
yang bakal dijengah salji beberapa waktu saja lagi.
“Awak bila nak balik?”
Iman betulkan jaket tebalnya. “Saya nak tunggu first day of winter,”
jawab dia.
Aku angguk. Rugi tapi tak mustahil aku akan kembali. Aku ingat setiap
laluan dan tempat yang Iman bawak aku. Aku akan ingat sebab aku nak
abadikan ianya dalam sebuah travelog yang kosong muka depannya.
Seperti aku kata, tak bertajuk.
“Jaga diri, Iman,” pesan aku.
“Terima kasih, Laisa Kejora ,” ucap dia.
Biarpun aku tak faham apa yang Iman maksudkan, aku tetap angguk.
Mungkin ucapan terima kasih dia kerana menemani perjalanan dia
seketika. Aku pulang ke Malaysia awal seminggu dan aku sendiri rasanya
sudah cukup sedia menjadi isteri pada Zaza . Aku yakin!
Aku dan Iman Zahaniff … berpisah di lapangan terbang Gimpo setelah
merangka plot cerita kami dengan sedikit keindahan. Kami sama-sama
terbang namun haluan dan tujuan kami berbeza. Kami berkongsi udara
namun bumi yang bakal kami pijak nanti berbeza nama tempatnya.
Poskad yang aku dapat tadi, aku belek di belakangnya. Kemudian, aku
baca tulisannya satu persatu.

Nanti datang dengan saya pulak, ya?
Saya pun nak awak temankan sepertimana dia. – FF

Zaza ? Aku terus memeluk poskad tersebut. Zaza tahu aku datang dengan
Iman. Dia ikut jejak aku. Aku kesat sisa airmata dan mengukir senyum.
Iman – dia masa silam.
Dan Zaza – dia masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience