sambungan..
Sebulan lebih aku duduk di rumah itu. Sejak ahli keluarga aku balik hari tu, tidak pernah sesiapa hubungi aku, tanya keadaan aku atau cari aku..
Abang.. abang pun dah tak peduli tentang aku.
Aku tak ada telefon. Aku tak ada duit, syukurlah didalam bagasiku ada beberapa not 100 yang ditinggalkan. Entah siapa yang beri, aku masih tertanya-tanya.
Bekas suami aku.. aku baru tahu namanya Aizim. Macam mana aku boleh lupa semua perkara penting ni?
Tuk tuk tuk..
Aku bangkit dari pembaringanku. Bayi perempuan yang aku beri nama bunga sudah tidur kerana kekenyangan.
Pintu aku kuak kecil dan aku intai ke luar.
Aizim?
"Keluar" arahnya.
Aku hanya menurut. Entah apa yang dia mahu..
Ini pertama kali dia menegur aku sejak sebulan lalu. Mengikut cerita budak-budak lelaki yang tinggal di sini, aku sudah bercerai setahun yang lalu. Dan aku hilang sejak aku bercerai.
"Kenapa Aizim?" Aku menyoal. Tidak betah lama-lama berdua di dapur almaklum bilik aku sangat dekat dengan ruang dapur.
"Aku nak tanya pasal anak aku. Kau tahu nama dia apa?" Wajah Aizim masih membeku.
Aku diam seketika. "Bunga, saya bagi nama dia bunga"
Meletus ketawa dari bibir Aizim. "Nama dia laila. Anak sendiri pun kau lupa ke?" Sindirnya lagi.
"Okay, bunga laila" Aku membalas spontan.
Ketawa Aizim berhenti. "Jangan sesuka hati nak tambah nama anak aku"
"Tapi dia anak saya juga" Aku melawan kali ini.
"Kau pasti?" Bibirnya tersenyum mengejek.
Apa maksud dia ni?
"Apa hubungan kau dengan abang aku?" Kalini tegas suara lelaki itu bertanya. Matanya menikam wajahku.
Hubungan? Aku geleng. "Saya tak tahu" itu yang sejujurnya aku rasakan.
"Jangan jual diri kau sendiri Aisyah. Kau nampak terdesak sangat, aku ingatkan kau. Abang aku tu tak akan pandang janda macam kau, dia lebih sesuai dengan perempuan berpelajaran" Aizim menempelak diriku.
Aku terkesima. "Sudah la, apa yang awak nak dari saya? Abang awak tak ada kaitan dengan saya pun"
"Yes, itu yang aku nak dengar. Dia lebih sesuai dengan perempuan yang mak aku nak jodohkan dengan dia, lagipun dia tak pernah pedulikan kau kan? Sejak kau datang sini, siapa yang tolong kau? Huh? Nobody right?" Ketawa nyaring keluar dari mulut lelaki itu sebelum dia berlalu meninggalkan aku.
"Jangan tambah nama laila! Aku tak suka!" Sempat lelaki itu menjerit dari jauh.
Aku cuma mampu diam dan pendam. Sedikit sebanyak aku setuju dengan apa yang Aizim katakan. Aku sedar diri.. tapi aku bukan bodoh.
Share this novel