Bab 19

Romance Completed 21373

Iris tersenyum melihat anaknya yang sudah kekenyangan itu. Setelah disendawakan dia meletakkan kembali bayi itu ke dalam katil bayi. "Mana pula perginya si Rayyan ni? Dari pagi tadi tak nampak batang hidung. Marah sangatlah tu." dia mengomel perlahan.
Dia memerhati segenap ruang bilik itu. Berat hatinya nak meninggalkan Malaysia ini. Lagi seminggu sahaja tempoh cutinya.
Setelah agak lama dia termenung, dia tersedar apabila pintu bilik dibuka. Disangkakan Rayyan tetapi sangkaannya meleset sama sekali apabila melihat Irdina yang masuk ke biliknya. 'Eh? Asal kakak ada kat sini?'
"Kenapa akak datang?" tanya Iris pelik. Irdina hanya tersenyum sebelum menjawab.
"Akak nak datang jumpa adik sendiri pun tak boleh ke? Que pun ada kat bawah. Tapi, Qeerana ada sekali. Dia beriya-iya nak ikut tadi. Sorry." terbeliak mata Iris apabila mendengar nama sepupunya disebut. Qeerana ialah adik Khairil iaitu 3 tahun lebih muda daripada mereka. Dia memang selalu sahaja berselisih faham dengan Qeerana.
"Apa di menggatal sangat nak ikut. Nak kena panggang dengan Dya ke?" ujarnya perlahan. Irdina menepuk perlahan tangan Iris. "Jangan nak cari masalah. Ni rumah mertua Dya tau."
"Yela... kalau akak nak main dengan Izhan pergilah ambil dia dalam coat tu. Dia tak tidur lagi tu. Jomlah turun bawah sekali." Iris bangun dari sofa yang didudukinya. Irdina perlahan-lahan mengendong Izhan. Rasa ingin mengendong anak sendiri makin membuak-buak.
******************
"Hai, kak Dya! Wah... lama tak jumpa. Tup, tup dah ada anak. Hebat!" Qeerana memeluk Iris erat. Lakonan supaya menjadi baik dihadapan Rayyan. Tak sangka sungguh dia Iris akan dapat bersuamikan lelaki kacak pada pandangannya.
Dia tidak suka Iris melebihi dia. Walaupun Iris selalu melebihinya.
Iris kejang seketika. 'Eee... minah ni nak bajet baik pun tak payahlah dekat aku. Aku dah tahu sisi gelap dia macam mana. Nak makan pelempang ke budak ni?' rengus Iris perlahan.
"Jangan ingat aku dah berubah." keras kata-kata itu walaupun secara berbisik. "Memang aku dah tahu pun. Parasit macam kau ni susah nak jadi baik." pelukan itu dieratkan sampai Qeerana mengaduh sakit. 'Kau ingat kau seorang boleh cakap kasar-kasar dengan aku? Macamlah tak kenal aku siapa.' Iris terus duduk di sebelah Puan Sri Hadina, iaitu tempat Qeerana tadi. Jadi, Qeerana tiada tempat duduk. Perempuan itu hanya menjeling.
Qeerana dengan selamba duduk di sebelah kaki Rayyan. Biarlah duduk atas lantai sekalipun. Asalkan sebelah Rayyan.
Berbulu mata Iris melihatnya. Kalau ada laser di matanya, memang sudah berlubang-lubang muka Qeerana dikerjakannnya. Rayyan yang berasa tidak selesa menggaru kepala yang tidak gatal.
Rancangannya sebenarnya, ingin membuat isterinya cemburu apabila melihat Qeerana datang. Tetapi memikirkan dirinya yang mula rasa tidak selesa, dia membatalkan sahaja niatnya.
"Eerrr.. Qeera duduk kat tempat abanglah. Jangan duduk atas lantai. Sejuk." selamba Rayyan membahasakan dirinya abang. Dia sudah bangun untuk duduk di tempat lain.
"Lepastu abang nak duduk mana?" penuh keayuan dia bercakap. Seluruh keluarga memandang ke arah mereka. Termasuk Iris. Bezanya Iris memandang dengan penuh rasa jengkel. Yang lain hanya pelik.
Rayyan hanya tersenyum selepas Qeerana mengambil tempatnya. Selepas itu, dengan tidak menghiraukan semua mata yang memandang, dia berjalan ke arah Iris. Iris panasaran. 'Dia nak suruh aku bangun ke? Lebih baik aku bangun dulu sebelum dia suruh. Karang malu je.' Iris sudah bangun dan mula mengorak langkah ke dapur.
Rayyan berlari anak ke arah Iris lalu di tarik tangan Iris untuk kembali ke ruang tamu. Iris menjadi semakin pelik. Apabila tiba diruang tamu, Rayyan duduk di tempat Iris lalu ditarik sekali lagi tangan Iris dengan kuat sehingga gadis itu terduduk di atas pehanya.
Iris terkejut bukan kepalang. Dia cuba bangun tetapi pelukan erat dipinggangnya menghalang pergerakan. Tersenyum sahaja mereka yang melihat. Iris yang bertubuh kecil itu membuatkan beratnya boleh ditampung Rayyan. "Duduk diam-diam. Sandarlah." kepala Iris ditolak perlahan ke bahunya.
"Wahh.. tengok tu Iz. Tak lama lagi Izhan dapatlah adik baru nampaknya. Iris menahan malu yang amat. Dia menyilangkan tangannya ke tubuh lalu wajahnya dipalingkan. Malu,malu, malu!
"Sayang nak abang buat macam tu juga ke?" Que tersenyum nakal ke arah Irdina. Irdina pula yang merah muka menahan malu. Rayyan hanya ketawa senang. Dagunya diletakkan diatas bahu Iris. 'Sesekali nak bermanja pun tak boleh ke?'
"Sweetnya korang ni. Uncle tengok pun rasa macam nak jadi muda balik. Tapi tak mungkinlah, kan? Kalau macam tu, nak cari isteri muda lah." kata Tan Sri Razlan cuba berjenaka.
"Eeee... orang tua ni. Tak padan yang kerepot." Puan Sri Hadina mencubit geram lengan suaminya. "Garangnya... aduhhh" kewujudan Qeerana bagai tidak disedari mereka.
"Abang Rayyan dengan Kak Dya bila kahwin? Tak jemput pun. Ke kahwin senyap-senyap? Bunting pelamin ke apa ni?" terkedu Tan Sri Razlan, Puan Sri Hadina serta Rayyan. Iris menggetap bibir. Mahu sahaja bibir sepupunya itu ditamparnya.
"Kecil-kecilan sahaja. Tak jemput? Kalau tak jemput, takdelah keluarga kau masa tu datang ke majlis nikah masa tu. Siapalah yang katakan, 'majlis takde kelas macam tu Qeera tak pergi. Mak, ayah dengan abang jelah pergi.' Lepastu kau datang sini nak menyindir-nyindir. Mulut kau jangan kurang ajar eh? Kalau aku bunting pelamin, anak aku dah besar. Aku bukan macam kau. Sanggup bunuh nyawa yang tak bersalah demi nak tutup aib kau. Dah berapa tahun tak jumpa pastu kau muncul pula hari ni kenapa? Buang tebiat? Ke nak asah lagi bakat lakonan kau biar meletup. Hmm?" berapi-api kata-kata yang dikeluarkan Iris.
Rayyan menggosok perlahan tangan Iris untuk menyabarkan isterinya itu. Terus wajah Qeerana menjadi bengis. Tiada lagi senyuman dibibir itu. Puan Sri Hadina mengarahkan Irdina membawa Izhan masuk ke dalam bilik. Dia dapat merasakan yang pertengkaran besar akan berlaku.
Sebenarnya, Puan Sri Hadina dan Tan Sri Razlan juga berasa tersinggung dengan kata-kata Qeerana tadi. Jadi, mereka sama sekali tidak marah apabila Iris bertindak sebegitu.
"Hei! Aku tak hingin punlah pergi majlis korang. Memang takde kelas langsung! Aku pergi majlis yang sama taraf dengan aku je. " Qeerana bangun dan melangkah ke arah Iris. Iris pula melepaskan diri dari pelukan Rayyan lalu berdepan dengan Qeerana.
"Kalau tak hingin, apesal tanya-tanya? Yang sama taraf dengan kau tu siapa? Kau ni lupa daratan ke apa?" Iris mengancing gigi. Dia tidak berniat untuk berlaku kurang ajar didepan ibubapa mertua serta suaminya, tetapi perempuan ini benar-benar melampau.
"Dya, Qeera. Kita bincang baik-baik ya? Jangan gaduh macam ni, tak elok." Puan Sri Hadina cuba meredakan keadaan. "Aunty, aunty tak payah masuk campurlah. Ini urusan aku dengan dia. Duduk je diam-diam kat situ." Qeerana menengking Puan Sri Hadina. Wanita tua itu terdiam. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Tidak pernah dia ditengking sebegitu rupa.
Rayyan yang menggelegak terus berdiri dan berniat untuk mendekati Qeerana tetapi perbuatan Iris menghentikannya. Pipi Qeerana merah akibat tamparan Iris yang begitu kuat mengenai wajahnya. "Kau." Iris menuding jari ke arah Qeerana. "Kau memang melampau! Kau boleh tengking aku, aku boleh balas benda yang sama. Tapi, bila kau tengking mentua aku, memang nahas kau aku kerjakan. Hei! Mak bapak kau tak pernah ajar kau jadi macam nilah. Tak reti hormat orang tua! Dekat rumah orang pula tu! Agaknya macam mana kau layan mak kau, hah?! Baik kau blah sekarang sebelum aku bunuh kau dekat sini. Kau nak saman aku, samanlah! Aku ada bukti yang kukuh untuk cekup kau masuk dalam penjara. Kau ingat aku tak tahu, kau buat apa selama ni? Siap kau!" ucap Iris dengan kasar. 'Dahlah, sindir-sindir aku. Kan dah makan penampar. Kalau aku hilang akal tadi, memang mati kau.'
Qeerana terus berlari keluar dari rumah itu dengan tangisan.

Iris mengeluh lalu melutut di hadapan ibu mertuanya. "Ibu, maafkan Dya. Sebab Dya ibu nangis. Maafkan Dya ya, bu." dia menangis teresak-esak dihadapan Puan Sri Hadina.

Walaupun Iris tahu itu bukan salahnya, tetapi dia tetap meminta maaf kerana yang membuat ibu mertuanya mengalirkan air mata itu mempunyai pertalian darah dengannya. Puan Sri Hadina tersenyum. Dia mengusap kepala Iris yang bertudung.

"Takde papelah. Bukan salah Dya. Ibu terkejut aje tadi." dia mengelap air mata dipipi Iris dengan tangan. Tan Sri Razlan dan Rayyan hanya tersenyum. "Alololo... tadi bukan main lagi naik hantu. Ni nangis pula. Emo lah awak ni." Rayyan mengusik isterinya untuk menghilangkan rasa sedih itu.

"Suka hati sayalah! Awak tu lebih-lebih pula. At least, berbaloi lah mengalirkan air mata sebab nak kemaafan. Orang tertentu je boleh nampak saya nangis depan dia. Awak tak tersenarai." Iris terus bangun lalu mendapatkan anaknya yang berada di dakapan Que.

Que dan Irdina baru turun apabila tiada lagi tengkingan yang kedengaran. Terkejut juga dengan suara lantang Iris dan Qeerana itu. Habislah sepupunya itu terkena bebelan dari ibunya. 'Cayalah, Dya! Akak tabik!' dia berkata dalam hati. Tetapi tertanya juga dia, apa maksud Iris yang dia tahu semua yang Qeerana buat selama ni? Nantilah! Ini bukan masa yang sesuai untuk bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience