Bab 30

Other Series 2183

`Kau betul ke nak ikut aku? 'soalku sambil memandang Hana yang tengah bersiap. Hana memandangku. `Betullah, kenapa?' soalnya balik. `Sorry Hana.. Sebabkan aku.. Kau turut kena tempias.. Sama-sama tak gi kolej'. Balasku perlahan. Aku menunduk memandang lantai. Hana mendekatiku lalu duduk di sebelahku. `Qilla'. Panggilnya lembut. Aku memandangnya sebelum merebahkan kepalaku pada bahunya. `Aku risaulah Hana.. Aku rasa tak sedap hati dari semalam.. Aku risau kalau penyakit aku ni semakin teruk'. Ujarku. Air mata mengalir perlahan. Hana memaut bahu Qilla untuk menenangkannya. `Kau jangan risau.. Aku ada untuk kau.. Tu janji aku kat kau'. Bisik Hana ke telingaku. `Sorry sekali lagi Hana.. Aku... Hana sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. Aku terdiam. `Aku tak nak dengar kau sebut pasal mati lagi.. Kalau kau cakap lagi.. Aku mungkin takkan layan kau.. Ingat.. Aku tak nak kau tinggalkan aku'. Ujar Hana. Aku memejamkan mata seketika. `Jomlah kita pergi'. Ajakku. Kami sama-sama bangun sebelum keluar dan mengunci pintu. Aku mengurut leherku. Aduh! Janganlah buat hal lagi! Gumamku dalam hati. Hana yang melihat pantas bertanya. `Kenapa? 'soalnya. Aku tersenyum tawar. `Biasalah.. Loyar datang balik'.balasku. Hana terdiam. `Jomlah'. Ajakku lalu aku menarik tangan Hana. `Kau okay ke naik teksi? 'soalku. `Kenapa tak okay pulak? Aku tak kisah pun'. Balas Hana.`Takde apa.. Saja tanya'. Balasku. Aku mengurut leherku. Aduh! Cepatlah hilang wahai loyar!! Gumamku dalam hati. `Jom.. Tu ada teksi lalu'. Ajak Hana. Dia menarik tanganku. Aku hanya menurut. Sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri. Hana memandang Qilla. Dia masih mengurut leher sambil memejam mata! Hana mengeluh. Perlahan-lahan dia mengenggam erat tangan Qilla. Aku yang berasa tanganku dipegang membuka mata perlahan-lahan. Aku memandang Hana. Hana tersenyum. Aku membalas sedaya yang mampu. Aku perlahan-lahan merebahkan kepala di bahu Hana. `Sabar Qilla.. Kita nak dekat sampai dah ni'. Bisik Hana. Aku hanya mengangguk perlahan. Setelah sampai dan membayar duit, kami terus keluar dan menuju ke hospital. `Tingkat berapa? 'soal Hana. `2'. Jawabku pendek. Kami terus menaiki tangga dan terus menuju ke bilik doktor Syura.`Ehh Qilla! Masuklah terus! Doktor memang tengah tunggu kamu'. Ujar seorang jururawat. Aku hanya tersenyum. Aku memandang Hana. `Kau nak ikut ke? 'soalku. Hana tersenyum sambil mengangguk. Walaupun hati aku berat nak mengajak Hana masuk, tetapi aku tetap menarik tangannya. `Assalammualaikum doktor'. Sapaku sambil menutup pintu. `Waalaikummussalam.. Ehh Qilla! Duduklah'. Balas doktor. Kami duduk serentak. `Hari ni datang dengan kawan pulak.. Sebelum ni asyik datang sorang je'. Usik doktor Syura. Ceh! Sempat lagi mengusik aku doktor ni! Gumamku dalam hati. Aku hanya tersengih sambil menjeling Hana. Hana hanya tersenyum. `Erm.. Doktor.. Kenapa doktor nak jumpa saya? Ada apa-apa ke? 'soalku. Doktor Syura terdiam seketika. Aku dan Hana saling berpandangan. `Doktor'.panggilku lagi. Doktor Syura mengeluh sebelum tersenyum tawar. `Qilla.. Saya harap awak tabah dengan apa yang saya ingin cakapkan...percakapan doktor Syura terhenti seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya. Aku semakin berdebar. `Qilla ingat tak yang saya cakap kat Qilla yang penyakit Qilla dah sampai tahap 3.. Dan Qilla pernah cakap yang tahap 3 ni mungkin dahulu punya.. Qilla ingat lagi? 'Soalnya. Aku memejamkan mata seketika sebelum mengangguk. `Qilla.. Sebenarnya.. Kanser otak Qilla yang sekarang ni sudah berada di tahap yang akhir.. Iaitu tahap 4'.sambungnya. Damn! Bagaikan halilintar masuk ke dalam hati aku! Aku tersandar pada kerusi. Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tangan. Ya Allah! Dugaan apakah ini! Gumamku dalam hati. Hana terdiam. Dia memandang Qilla. Dia tahu sahabatnya menangis. Qilla! Perlahan-lahan dia menarik kedua-dua tangan Qilla daripada menutup mukanya lalu mengenggam erat. Aku memejamkan mata. Aku tidak sanggup untuk memandangnya! Aku menundukkan muka. Doktor Syura hanya mendiamkan diri. Sungguh! Diapun berasa simpati dengan Ryana Aqilla! `Qilla.. Pandang aku'. Pujuk Hana. Aku perlahan-lahan mengangkat muka lalu memandangnya. Aku semakin sebak apabila melihat Hana menangis. `Qilla'. Panggil doktor Syura. Aku memandangnya. `Qilla kena kuat semua ni. Qilla kena cepat buat pembedahan.. Penyakit Qilla dah merebak dalam otak Qilla.. Qilla akan selalu berasa loyar dan bila Qilla memuntahkan segalanya.. Qilla akan muntah... `Darah'. Pintasku. `Awak tahu? 'soal doktor pelik. Aku tersenyum tawar. `Saya tahu doktor.. Saya dah pernah muntah berdarah dah pun'. Balasku sebelum memandang Hana. `Kenapa? Kenapa Qilla tak pernah bagitau saya? Kenapa Qilla tak berjumpa dengan saya? 'soal doktor bertalu-talu. `Saya baru tau je doktor.. Masa tu pun kawan saya ni baru tau yang saya sakit' . Balasku. Aku dapat merasakan yang tanganku semakin digenggam erat. Doktor Syura meraup mukanya beberapa kali. `Qilla.. Awak kena buat pembedahan cepat! Penyakit macam ni tak boleh buat main-main Qilla! Lama kelamaan jugak.. Badan awak akan menjadi lemah.. Penglihatan awak akan semakin kabur dan lama kelamaan akan menyebabkan Qilla... `Buta '. Pintasku lagi. Doktor Syura terdiam. Hana mula menangis teresak-esak. Aku cuba mengawal. `Doktor.. Saya mungkin takkan buat pembedahan'. Ujarku perlahan. Doktor Syura tersentak. Dia memandang Qilla lama. `Kenapa? 'soalnya bergetar. Hana turut tersentak. Aku mengeluh. `Doktor.. Nak buat pembedahan tu.. Mesti kena guna duit yang banyakkan? Saya mana ada duit sebanyak tu doktor.. Saya tak mampu.. Lagi baik saya biarkan sakit saya ni merebak hingga saya... Percakapanku terhenti di situ. Aku tak mampu nak menghabiskannya. `Doktor.. Saya keluar dulu'. Sambungku. `Tunggu.. Saya nak bercakap dengan kawan awak '. Balasnya. Hana memandang doktor Syura. `Kenapa doktor?' soalnya. `Adik tolong nasihatkan kawan adik ni.. Ingat.. Penyakit kanser tak boleh buat main-main'.balas doktor Syura. Doktor Syura dan Hana serentak memandangku. `Qilla.. Pleasee.. Awak masih ada peluang untuk hidup.. Pasal duit.. Awak tak perlu fikirkan.. Duit tu kita fikir kemudian.. Yang penting sekarang.. Awak kena buat pembedahan Qilla! Awak nak ke? Awak nak ke tinggalkan kawan awak? Kawan awak yang selalu ada dengan awak? Sampai dia sanggup menangis di depan awak! Awak sanggup Qilla? Sanggup? 'soalnya. Aku terdiam. Aku memandang Hana. Aku menggeleng perlahan. `Tak sanggup kan? So pleasee Qilla.. Jangan buat keputusan terburu-buru. Fikirkan perasaan kawan awak.. Saya tahu.. Dia amat rapat dengan awak kan? So pleasee.. Sekarang terserah awak.. Nak buat pembedahan or no.. Saya dah bagi nasihat.. Kalau awak setuju buat pembedahan.. Awak boleh berjumpa dengan saya lagi'. Ujarnya lagi. `Thanks doktor. Kami keluar dulu'. Balasku. Doktor Syura mengangguk. Aku menarik tangan Hana yang masih menangis. Maafkan aku Hana! Gumamku dalam hati. Setelah keluar dari bilik doktor Syura.. Aku melepaskan pegangan dan tersandar pada dinding sebelum terduduk. Aku merapatkan kedua-dua belah kakiku di dada. Aku menyebamkan mukaku. Aku menangis semahu-mahunya. Hana yang melihat pantas duduk bertinggung di sebelah Qilla. `Qilla'. Panggilnya lembut. Aku hanya mendiamkan diri. `Qilla.. Pleasee.. Pandang aku.. Jangan buat aku macam ni.. Pleasee'. Rayu Hana. Dia sudah memegang kedua-dua belah tangan Qilla. Aku mengangkat muka perlahan-lahan. `Hana.. Kau tak perlu menangis sampai macam ni'. Ujarku. Aku menyeka air mata Hana. `Qilla.. Pleasee.. Kita buat pembedahan '. Pujuk Hana. Dia memegang erat tanganku. Aku terdiam. `Qilla.. Pleasee'. Rayunya lagi. Belum sempat aku membalas handsetku sudah berbunyi. Aku mengeluarkannya. Hafi! Mimpi apa dia ni? Tertiba call aku! `Siapa? 'soal Hana. `Hafi'. Balasku. Aku mengangkat. `Ryana Aqilla!! 'Jerit Hafi dan Khairul. Aku menjauhkan handset daripada telingaku. Aku pantas menarik Hana supaya keluar daripada hospital. Hana menurut. Sesudah keluar, aku membuat pembesar suara. `Korang apahal menjerit?! Salam tak bagi! Main sergah je!' ujarku tinggi. `Err sorry.. Kami nak tanya.. Kenapa kau dengan Hana tak datang? Hana ada dengan kau ke tu? 'soal Hafi. Dia menjeling geram ke arah Khairul. `Ye.. Aku ada ni'. Balas Hana pula. `Hana! Kenapa Hana dengan Qilla tak datang tadi? 'soal Khairul laju. `Hana demam sikit.. Tapi sekarang dah sihat dah.. Aku temankan dia je'. Balasku. Membulat mata Hana memandang Qilla. Qilla! Asal aku pulak yang kena! Gumam Hana dalam hati. Aku hanya tersengih memandangnya. `Oooo.. Erm.. Besok korang datang? 'soal Hafi pula. `Datang'. Jawabku pendek. `Erm.. Okaylah.. Jumpa esok.. Bye Hana and Qilla'. Ujar Khairul dan Hafi hampir serentak. `Bye'. Jawab kami berdua serentak. Aku mematikan talian. Aku memandang Hana. `Dah.. Tak yah nak masam sangat muka tu'. Ujarku. Hana memukul perlahan bahuku. Aku menggosok. `Qilla! Tak pasal-pasal aku yang kena tau tak! 'marah Hana. Aku memegang kedua-dua tangannya daripada terus memukul aku. Aku mengenggam erat. `Sorrylah.. Lagipun aku tak bersedia lagilah.. Nak bagitau Hafi ngan Khairul'.balasku.`Tapi sampai bila? Sampai bila Qilla?' soalnya. Suara Hana mula serak.`Hana..pleasee..jangan nangis lagi! 'Pujukku. `Sampai bila?' soalnya lagi. Aku mengeluh. `Kau sendiri tau jawapannya Hana'.balasku. Hana menggeleng. `Qilla! Pleasee! Jangan lemah! Kuatkan semangat kau! Mana janji kau pada aku? Mana Ryana Aqilla yang aku kenal dulu? Mana? Mana Ryana Aqilla yang berani,yang selalu lindungi aku, yang kelakar dulu? Mana semua tu Qilla? Mana? 'soal Hana sambil menggocangkan kedua-dua tanganku. Aku hanya diam dan tunduk. `Pleasee pandang aku masa aku tengah bercakap'. Sambung Hana sambil mengangkat daguku. Tanpa sepatah kata aku terus memeluknya dan menangis semahu-mahunya di bahu Hana. Hana turut menangis. `Qilla.. Pleasee.. Pleasee strong.. Demi aku.. Demi persahabatan kita'. Ujar Hana tersedu sedan. `Aku tak boleh janji Hana.. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadi kuat'. Balasku. `Pleasee stay with me'. Ujar Hana lagi . Aku hanya mengangguk walaupun aku tahu itu tidak akan lama. Aku mengeratkan lagi pelukan. Seketika kami hanya berpelukan sesama sendiri. Aku meleraikan pelukan setelah agak lama. Aku menyeka air mata Hana. `Dah.. Jangan nangis lagi.. Kalau kau nak aku kuat.. Pleasee.. Jangan nangis.. Sebab itu yang akan melemahkan aku'. Ujarku. Hana tersenyum tawar. `Dah.. Jom.. Kita balik'. Ajak Hana. Aku hanya mengangguk. Aku menahan teksi dan kami masuk serentak. Aku hanya tersandar pada kusyen. Hana memandang Qilla. Dia mengenggam erat tanganku sambil merebahkan kepalanya di bahuku. `Aku nak kau kuat'. Ujar Hana perlahan. `Aku cuba'. Balasku perlahan. Aku memandang ke luar tingkap. Maafkan aku Hana! Aku memang tak boleh kuat! Aku tak boleh lawan penyakit ni! Gumamku sendiri. Seusai sampai, kami terus keluar dari kereta dan menuju ke bilik. Kami masuk ke dalam bilik dan menguncinya. Hana duduk di atas katil sambil memandangku. Terasa tekakku loyar aku pantas berlari ke bilik air. Aku memuntahkan segalanya. Seperti biasa belakangku terasa diurut. Setelah reda, aku menghadap Hana. `Hana! Kau ni! Asyik nangis je! Aku dah cakapkan tadi! 'ujarku. Aku menyeka air mata Hana. Hana hanya membiarkan saja. Hana menarik tanganku keluar dari bilik air dan duduk di atas katil. `Hana.. Nape ni?' soalku. `Qilla.. Pleasee buat pembedahan.. Pleasee'. Rayu Hana. Aku terdiam. Aku ingatkan dia dah lupa! Aku mengeluh. `Qilla.. Pleasee.. Kalau kau anggap... `Memang aku anggap kau kawan baik aku.. Aku dah anggap kau adik beradik aku Hana.. But.. Pleasee lah.. Jangan paksa aku untuk buat operation'. Pintasku. Hana merebahkan kepalanya di bahuku. `Aku just nak kau selamat Qilla.. Aku tak nak kehilangan kau.. Pleasee faham aku'. Balas Hana. Aku memeluk bahunya. `Aku faham.. Aku faham.. Tapi please bagi aku masa.. Aku tak ready lagi hana'. Balasku. Hana mengangguk. Aku menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience