(sessantauno)

Romance Series 154234

"Mika..." celik-celik mata saja nama orang itu yang dicarinya terlebih dahulu. Cahaya matahari pagi daripada cermin kaca di sebelah katilnya menyinari segenap bilik.

Aleena bangun dan memandang sekeliling, kosong. Rambutnya yang agak serabai diperbetulkan dengan menggunakan jari-jemarinya sambil turun daripada katil.

'Mana dia ni?' kaki dibawa turun ke bawah, ruang bawah moden itu dikelilinginya.

"Mika... honey.. mana awak? Zen..." Dia memanggil sambil berjalan di villa mewah itu seorang diri tapi masih tak menjumpai apa-apa.

'Takkanlah Mika keluar dengan Zen.. dia tak akan tinggalkan aku seorang diri .' fikirnya.

Dengan hanya memakai sehelai dress merah tidur yang nipis bertali separa atas lutut, kaki dibawa keluar dari rumah, ingin mengelilingi ruang halaman luar.

Baru saja kaki ingin mencecah ke bahagian belakang, sesuatu mengamit pandangannya.

"Mika..." suaranya menolehkan Dom ke arah belakang. Wajah serius itu terus mengukirkan senyuman manis padanya.

"Carrissima.. sudah bangun?" Dom mendekatinya dan tangan Aleena ditariknya merapati.

Wanita itu hanya menggangguk mengiakan, agak terkaku dengan sekelilingnya.

Sweater di tubuh dibuka dan diikatkan pada pinggang Aleena sebelum tubuh itu dicempungnya.

"Siapa mereka sayang?" bisiknya di sebelah telinga si suami sambil sesekali mencuri pandang orang-orang di situ

"Mana Zen? You stay with him for a while, could you?" pipi Aleena dikucupnya sekali; bertanya. Soalan Aleena diabaikan.

Tubuh Aleena dibawanya kembali ke dalam villa, meninggalkan orang-orang tadi.

Aleena agak was-was memandang ke arah 2 orang lelaki dan seorang wanita itu. Mereka tampak....

..berbahaya.

"Erm awak.. tanak.. awak teman saya." adunya manja. Leher Dom dilingkari tangannya seraya mengusap lembut. Memujuk.

"Please sayang.." wajah sendu ditayangkan lagi apabila Dom tak menunjukkan perubahan dengan membawanya kembali ke dalam villa.

Tubuh Aleena mahu diletakkan di sofa di ruang tamu tapi wanita itu lebih degil. Tangan diperketatkan lagi pelukannya dileher, tak mahu turun dari dukungan.

"Carrissima.. don't be like this.. I've something to discuss with them." pujuknya pula apabila Aleena tak mahu mendengar kata.

Semenjak mengandung, memang wanita itu tak seperti dulu. Terlalu manja dan mahu dia sentiasa ada di sisinya 24 jam.

"Saya takut.. saya dapat rasakan they're not good people sayang.. jangan tinggalkan saya." wajah disembikkan agar Dom mengubah fikiran.

Seraya itu, Zen pula kelam-kebut turun dari tingkat atas dan terus berdiri agak jauh dari mereka apabila menerima renungan tajam dari Dom. Kepala ditundukkan.

"Now Zen is here. Nothing to afraid of. Mereka di luar sana? Awak tak perlu risau.. They can't kill me easily, I just need a little bit help from them.. then, I'll spend the whole day with you, hmm?"

Dia tak mampu berkasar dengan Aleena walaupun kadang kala gadis itu seperti tak mahu memahami keadaan mereka. Tapi tak mengapalah, asalkan Aleena dan anaknya selamat, dia tak akan mengeluh.

"Fine.. tapi jangan lama sangat.. Saya akan rindukan awak nanti.." akhirnya selepas dipujuk, Aleena melepaskan juga leher Dom dan lelaki itu meletakkannya lembut di atas sofa.

"Zen.. siapkan Aleena dan jumpa saya nanti." biasa saja pertuturannya tapi Zen tahu dia dalam masalah.. urgh..

"Si Dom." lelaki itu mula berlalu keluar dan perlahan-lahan, hilang dari pandangannya.

"Signora.. let's go. You need to hit the shower first and have your breakfast.." Bicaranya lembut pada Aleena yang dari tadi tak lepas dari memandang ke arah laluan Dom tadi.

"Okay.." keruh wajah wanita itu hanya diabaikan Zen. Salahnya apabila tak bersama Aleena tadi.

Adakah wanita itu sudah mendengar rancangan Dom yang seterusnya? Dia tak pasti..

~~~~~~~~~~~~

Sedang Aleena menjamu sarapan di meja makan, Dom tiba. Pipi kanan si isteri dikucupnya lama sebelum memeluk tubuh itu dari belakang. Manja.

"Carrissima.. sorry am late. Awak dah makan? Kenapa tak makan lagi ni?" Dom cuba memujuk lembut.

Agak lama perbincangan mereka hingga Dom tak sedar sudah hampir 2 jam dia meninggalkan Aleena. Dia tahu, wanita itu mesti terasa hati dengannya kerana memang itulah sikap Aleena yang kini.

Manja.

Diam. Wanita itu langsung tak melayan kata-kata Dom walaupun dibiarkan lelaki itu mengucup pipi dan lehernya. Dia tak peduli. Protes.

Zen yang berdiri di hujung meja hanya memerhati gelagat suami isteri itu tanpa niat mahu mencampuri.

"Sayang.. saya minta maaf sebab lambat. Janganlah begini hmm? Okay.. awak cakap, awak nak saya buat apa supaya awak maafkan saya hmm?" pujuknya lagi.

Kedua tangan Aleena diambil dan dikucup sayang.

"Apa-apa je?" Terjerat dengan kata-kata Dom, Aleena bertanya.

"Yes my love.. anything for you." Bibir muncung Aleena dikucupnya sekali.

"Saya nak..." dibisiknya perlahan di telinga Dom sebelum senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Awak nak sekarang?" tanya si suami pula. Kerusi di sebelah Aleena ditariknya sebelum melabuhkan duduknya di situ.

"Hmm.. tak perlulah sekarang. Tapi saya nak hari ni jugak. Boleh?" mata dwi-warna itu terkebil-kebil memujuk.

"Sure thing carrissima.. sekarang, finish your meal okay?" rambut lurus itu dibelainya lembut sebelum mengucup ubun-ubun si isteri.

"Baik!" makanan yang tak berluak di depannya tadi terus dijamahnya berselera.

Dom hanya memerhati Aleena dari tepi, ditilik wajah itu tanpa disedari si isteri.

'I apologize for making this decision, this is all for the safety and happiness of you and our child mia bella..'

~~~~~~~~~~~

Seperti yang dijanjikan Dom, mereka keluar meluangkan masa seharian bersama. Zen sebagai pemandu sudah ditugaskan menjadi tour guide pelancongan suami isteri itu.

Dibawanya Aleena ke tempat-tempat menarik di Ulsan. Dari Daewangam Park, Ulsan Grand Park, Seoknamsa, Boksoondoga dan destinasi terakhir mereka adalah Taehwa.

Tangan Aleena tak pernah dilepaskan dari genggaman tangan Dom walaupun hanya untuk seketika. Segala keinginan wanita itu diturutinya selagi tak berbahaya dan memudaratkan satu-satunya wanita kesayangannya itu.

Bandar Taehwa itu dikelilingi mereka. Suasana malam agak sejuk menyebabkan Dom memeluk bahu Aleena sentiasa walaupun pakaian di tubuhnya sudah cukup tebal.

Kata Aleena, dia mahu bersiar-siar di sana. Jadi Dom hanya menuruti meskipun dia tak mahu gadis itu berjalan terlalu jauh, bimbang Aleena kepenatan. Zen membontoti mereka dari arah belakang.

"Mika.. saya gembira sangat hari ni. Esok kita nak ke mana pula? I can't wait!" ujarnya teruja. Tangan berglove kulit itu memeluk pinggang Dom, beriringan berjalan bersama di tengah-tengah kota yang sibuk dengan warga tempatan dan para pelancong.

"Take it easy sayang.. nanti kita fikirkan ye?" tiada yang lebih menggembirakan hatinya selain daripada melihat senyuman Aleena. Itulah ganjaran terbaik buatnya.

Segala kepenatan dan lelahnya terbalas hanya dengan membuatkan insan itu gembira bersama.

"Hmm.. awak. Macam mana? Awak dah fikirkannya?" Dia bertanya pula. Wajah Dom yang agak tinggi darinya membuatkan dia mendongak memandang.
"Yup.. saya dah fikirkannya.. awak tak perlu risau la hmm? Saya akan beritahu kemudian." lengan Aleena diusapnya lembut sambil berjalan. Aleena hanya mengangguk mengiakan.

Tak jauh dari situ, kelihatan seorang lelaki tempatan mula dikerumuni orang ramai yang lalu lalang.

"Apa yang mereka buat tu? Jom Mika.." tangan Dom ditarik mengikutinya.

Tiba-tiba kelihatan sekumpulan burung putih berterbangan dari arah lelaki tadi dan mengundang tepukan gemuruh penontan di sekeliling.

Aleena ingin tahu, ketinggian orang ramai di hadapan membuatkan dia terjingkit-jingkit ingin melihat.

"Honey.. I can't see anything." adunya tanpa memandang Dom di belakang.

"Take over." tolehnya seketika pada Zen di belakang dan lelaki itu menunduk menerima arahan. Langkah terus dihalakan pada Aleena dan tak semena-mena..

"Aw-awak.. Mika.." terkejut Aleena dibuatnya apabila lelaki itu tiba-tiba mengendongnya tinggi. Didudukkan Aleena di atas sebelah bahunya sambil memegang gadis itu.

"Can you see it?" tanyanya dari bawah.

"Ya. Saya dah nampak." Aleena mengangguk teruja sambil mata tak terkalih dengan aksi magis penghibur jalanan itu.

Sesekali wanita itu tersenyum teruja dan terkejut seketika sambil menikmati segala persembahan.

Apabila selesai beberapa sesi, Aleena diturunkan kembali. Wanita itu masih tetap memandang kepada lelaki muda akhir 20an itu tak berkelip.

"Mika.. I really enjoyed it.." kata-katanya penuh makna, lengan baju Dom ditariknya manja.

"Glad you are." Dom terus mengalihkan pandangan pada Zen dan lelaki itu terus memahami kemahuan Dom tanpa sebarang bicara.

Zen mendekati lelaki tadi yang sedang melutut mengutip wang di dalam kotaknya. Melihatkan ada kaki yang berhenti di hadapannya, kepala diangkat menatap wajah dingin Zen di atas.

"Gyeolje." (Your reward) tuturnya perlahan sekadar hanya lelaki itu saja yang mendengarnya.

Sekeping syiling dibuang ke dalam kotak sebelum dia kembali ke arah Dom dan Aleena yang mula beransur pergi.

"Haigo.. geuneun dongjeun man jueosseubnikka? Jeongmal insaeg." (Haish.. duit syiling je dia bagi. Kedekut betul.) tergeleng-geleng kepalanya mengutip duit dan apabila dia mengambil syiling yang dibuang lelaki tadi.

Ianya bukanlah syiling won yang biasa tapi.. syiling emas.

"Jinjja.. Igeo sungeum-iya?" (Biar betul.. ini syiling emas tulen ke?) lelaki tadi terus dipandangnya dan kelibat tubuh lelaki itu sudah hilang dalam khalayak ramai.

~~~~~~~~~~

"Are you enjoy this vacation my dear?" dahi Aleena dikucupnya berkali-kali. Sayang sangat.

"As long as you're with me.. yes!" tersenyum senang Dom dengan kata-kata wanita itu, pipi pucat Aleena ditariknya manja. Geram.

Tapi kegembiraan mereka tak lama apabila sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Civil Defence Siren daripada Disaster Warning System mula berbunyi lama daripada air-raid mula mencemaskan orang ramai. Amaran itu boleh didengari di 30meter pada setiap desibel perseginya mengakibatkan keadaan huru-hara yang mendadak.

Aleena yang dilanggar orang ramai yang berlari tanpa hala tuju terus ditarik Dom merapati. Orang ramai yang mula melanggar sesama sendiri turut juga merempuh Dom dan Zen yang cuba melindungi Aleena di tengah.

"Fine the main refuge here! Now!" arah Dom tegas. Lelaki itu mula menarik Aleena mengikuti dan Zen pula merempuh orang ramai yang menghalang laluan mereka.

Gegaran tanah lebih mencemaskan setiap orang. Aleena panik dan tersungkur di celahan orang ramai apabila tangannya terlepas daripada pegangan Dom.

Orang ramai yang berlari ada yang melanggarnya yang terduduk di tanah.

"Aleena! Get up!" satu tangan mula menariknya bangun dan dia tak mahu dilepaskan lagi. Tubuh Dom dipeluknya seerat mungkin dan pandangan mereka bertautan pada sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 25tingkat mula tumbang perlahan-lahan, menuju ke arah mereka.

"Dom!!" Zen menarik tangan lelaki itu agar mengikutinya. Tak menunggu lama, tubuh Aleena dicempungnya dan mereka berlari bagaikan tiada hari esok.

Orang ramai di sekeliling tak diendahkan asalkan nyawa sendiri dapat diselamatkan. Bangunan itu perlahan-lahan kelihatan dari belakang, mula tumbang mahu menimpa bumi dan...

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-08-01 20:24:54 

ada je idea awak kn buat suspen..best awak..novel awak x mgecwakn..h.i.m ni mmg thriller novel ..jujur sy kta kn pling best diantara novel awk yg lain..ngeri..romance....bestttt..msti awak buat homework sblm nk hsilkn krya krya awak kn


NovelPlus Premium

The best ads free experience