VS 4

Drama Completed 85759

Hujung jari Eva bermain lembut di pinggir bibirnya.
Kisah dia dan Daim tadi masih terus segar.
Entah kenapa perasaan Eva pada Daim tak pernah pudar sejak dulu.
Dia dan Daim, teman sepermainan, teman gaduh dan gembira, teman suka dan duka. Teman segala-galanya.
Sehingga Eva sendiri tak sedar bila perasaan cinta itu wujud dalam dirinya pada Daim.
Walau lelaki itu terangan menolak, namun Eva masih tak mampu membuang perasaan cintanya.

10 tahun dulu, hubungan Eva dan Farina sangat akrab. Tapi jadi jauh bila wanita itu menjalinkan hubungan dengan Daim.
Marah? Memang lah marah. Tapi nak buat macamana, itu pilihan Daim dan Farina.
Bila terfikirkan pasal kad kahwin Farina. Hati Eva kembali membara.

Daim jarang bercerita tentang hubungannya dengan Farina.

Sedangkan Eva sendiri pernah nampak Farina keluar dengan lelaki lain, bila tanya Daim, lelaki itu menafikan sekerasnya yang Farina ada hubungan dengan lelaki lain.

Dan sekarang?
Terang-terang Farina kahwin dengan lelaki lain.
Binawe!
Bukk!
Tanpa sedar, Eva menumbuk meja di hadapanya. Geram!

“Are you okay Eva?”

Laju Eva angkat muka. Tak sedar yang dia tengah duduk berdepan dengan Lukas untuk memilih tema perkahwinan mereka.
Rambut blond nya di kuak kebelakang.
Kepala digeleng perlahan.

“So you nak pilih yang mana? Garden theme or Hawaiian theme?”
Lukas menunjuk pemplet yang berselerak diatas meja.

Eva ukir senyum. Tak mahu tunjuk hatinya yang gelisah.
“Mana-mana yang you nak.. i ikut je.”

Lukas pandang perancang perkahwinan yang sedang berdiri dihadapan mereka.
“Mana yang tengah top sekarang ni?”

Perancang Perkahwinan berpewatakan dua alam tu meleret senyum sambil mengoyang bahunya. Geli!
“Yang Vouge sekarang is Hawaiin Theme. But that theme we all arrange at outside. Kena tengok cuaca dulu. If you pilih Garden theme boleh choice indoor or out door.”

Lukas angguk kepala.
“I think i pilih Garden theme la. How about you Eva?”
Lukas senyum sambil memandang Eva dihadapanya.
Termenung lagi..
“Eva?”

Sekali lagi Eva angkat wajah pandang Lukas.

“Are you okay?”

Eva telan liur.
Aku tak okay.. kepala aku serabut sekarang. Tapi aku tak tahu kenapa?
“I’m okay.. just tired because lately my schedule very fit.”

Lukas cari lengan Eva sebelum mengengam erat.
“After we married... i nak you berhenti jadi artist.”

Eva bulat biji mata.
Memang dia pun tak berapa suka dunia artist tapi untuk berhenti mendadak, dia perlu kan masa.
“Bagi i fikir dulu Lukas.”

Lukas sentuh pipi Eva. Dia perlukan Eva menjadi hak milik sepenuhnya.
“Actually i pun tak suka you jadi artist. Sentuh dengan ramai lelaki. Lagi-lagi bila di orang ni banyak yang bersosial lebih-lebih. Sebab tu selalu terjadi kes cerai berai kat kalangan artist.”

Sekali lagi Eva telan liur.
Wajah didongak memandang ‘wedding planner’ yang hanya senyum simpul mendengar kata-kata Lukas.
Malu juga bila Lukas talbiah macam tu!

“But i tahu you tak macam tu Eva.. thats why i setuju nak ambik you sebagai isteri i.”

Eva tarik perlahan lengannya dari gengaman Lukas.
Dalam hati rasa nak suruh Lukas berhenti bercakap pasal benda ni lagi.
Tak malu ke dengar dek nyah depan mereka ni?

Lukas sekali lagi menarik lengan Eva.
“I nak you stop jadi artist Eva. You tahu kan, i boleh bagi you segalanya. You just stay at home. Waiting for me like my mom do to my dad.”

Laaa... tak habis lagi ke Lukas?
Sekali lagi Eva dongak pandang ‘wedding planner’.
Nyah tu dah buat muka bosan.
Eva kembali pandang Lukas. Senyum pura-pura dilebarkan.
“Err.. Lukas.. i think we can talk about this later. Now kita fikirkan pasal plan wedding kita okay.”

Lukas angguk kepala. Gengaman tangan Eva dilepaskan.
Dan mereka kembali membincangkan rancangan untuk perkahwinan.
Segala nya di uruskan oleh perancang perkahwinan. Dari tema, pakaian, makanan hingga persembahan semua ‘nyah’ tu yang uruskan.

Seusai perbincangan selesai, Eva beringingan dengan Luka menuju ke kereta.

“Kita dinner dulu ye Eva.”

Eva yang baru melabuhkan punggung dalam Citroen C5 menilik jam dilenganya.
“Sorry Lukas.. i think dah lewat la, esok i ada shoot.”

Lukas pandang jam digital di dashboardnya. Baru pukul 8.
“You shooting pukul berapa?”

“9 am.. but i kena sampai awal untuk make up.”

Lukas menekan butang ‘start’sebelum enjin dihidup.
Gear D dimasukan.
“Thats why i cakap dengan you, after we married. I nak you berhenti dari jadi artist, duduk rumah jaga i. Jaga anak-anak kita. Senang kan. Mana i pergi you boleh ikut. Ini you tengok la sepanjang 3 tahun kita couple, jarang dapat jumpa. Reason you takut peminat nampak, bila peminat dah tahu, you pulak selalu busy.”

Enough Lukas.. Eva picit tengah dahi.

Tangan kiri Lukas mengait jemari Eva.
“I’m deep in love with you Eva.. I sanggup bagi apa saja yang you mintak asal kan you sentiasa bersama i.”

Ingin Eva melepas keluh, tapi takut kurang ajar.
Akhirnya dia diam.
Mata memandang jauh ke luar tingkap.
Makin rapat dia dengan Lukas, makin Eva tak tahu apa perasaanya sekarang ni.

Citroen C5 milik Lukas berhenti dihadapan pagar rumah Eva.

Eva melangkah keluar dan membuka pintu kecil.

Lukas turut keluar dari keretanya.

“You balik la dulu Lukas.”
Separuh badan Eva dah memasuki ruang rumahnya tapi wajah masih memandang Lukas.

“I hantar you kat dalam.”

“Err..”
Belum sempat Eva menghalang, Lukas terus menolak perlahan tubuhnya masuk dan lelaki itu turut melangkah.

“Terima kasih Im.. kalau takde kau, tak tahu la aunty nak buat macamana tadi.”

Im?
Serentak pandangan Lukas dan Eva jatuh pada tubuh Daim yang sedang berdiri berhadapan Dahlia, mama Eva.

Saat tu juga, Dahlia dan Daim memandang Lukas dan Eva.

“Eh! Kau dah balik Eva?”
Dahlia melirik kearahnya anaknya.

Eva senyum sambil langkah menghampiri mamanya.
Sempat matanya melirik kepada Daim sewaktu tubuhnya melintasi lelaki itu.
“Mama buat apa kat luar?”
Sengaja tanya soalan. Entah kenapa tiba-tiba rasa jangal bila dekat dengan Daim.

“Paip bilik air mama bocor, papa tak balik lagi. Mama panggil la Daim mintak tolong.”

Eva angguk kepala, tak menjawab.

“Im balik dulu aunty.”

“Eh. Nanti dulu Im.. aunty dah masak untuk makan malam. Jom makan sekali.”

Daim yang baru sebentar ingin melangkah, kembali menoleh kepada Dahlia.
“Im dah makan kat cafe tadi aunty, masih kenyang.”
Uh! Padahal perut memang tengah bebunyi ni.

Dahlia angguk faham.
“Yela.. terima kasih tau Im.”

Daim angguk kepala dan kembali menuju ke pintu kecil antara rumah mereka sebelum tubuh dimasukan ke ruang rumahnya.

Dan Eva.
Masih berdiri kaku. Sikit pun tak toleh pada Daim.
Apakah perasaan ni?

Lukas pulak?
Juga masih berdiri didepan pagar. Mata tak lepas memandang Daim yang dah hilang dibalik pintu kecil.
Kedua buku limanya digenggam erat!
Gigi diketap menahan Marah pada lelaki bernama Daim Akli!

****
Daim datang awal ke majlis perkahwinan Hairul dan Farina.
Dia membawa anak buahnya untuk melakukan persembahan silat didepan pengantin.
Itu hadiah Daim pada seniornya.
Persembahan free! Tanpa bayaran!

“Thanks Im. Kau bawa anak buah kau buat majlis aku makin meriah.”

Daim pandang Hairul dihadapanya yang segak dengan kemeja putih disaluti kot biru turquoise dan leher turut diikat bow yang sama warna dengan kotnya.
Itu warna tema majlis Hairul dan Farina.
“Ini hadiah aku khas untuk senior yang banyak mengajar aku masa kat sekolah dulu.”

Hairul lebar senyum, bahu Daim ditepuk berkali-kali.
“Untung aku kawan dengan kau Im. Tak lupa member.”

Daim bangga, bibir turut mengorak senyum.
“Mana bini kau? Lepas bersanding tadi tak nampak pun.”
Mata Daim menari kekiri dan kanan. Figura Farina dicari dalam keramaian manusia yang hadir dimajlis rakannya itu.

“Dia masuk bilik. Touch up sikit. Sekejap lagi ada sesi bergambar. Biasa lah orang perempuan “

“Ha ha ha! Nasib la kau dapat bini macam Farina tu Rul.”
Norman yang juga kawan baik mereka bersuara, setelah dari tadi hanya menjadi pemerhati kepada percakapan Daim dan Hairul.

“Siapa tak sayang bini ooiii!”

Daim dan Norman makin kuat gelak memandang Hairul yang dah terangkat kening sambil melebar senyum.

“Eh Im. Eva tak datang ke?”
Suara Hairul masih diselang tawa.

Oh! Jangan sebut pasal Eva!
Kalau perempuan tu nak datang memang aku akan halang cukup-cukup. Sadis nanti!
“Tak lah Rul. Dia busy.”
Daim cuba cipta satu penipuan!

“Apa tak datangnya. Kau tak sedar ke kecoh-kecoh sekejap tadi kat luar dewan ni.”

Hah?!
Serentak Daim dan Hairul memandang pada Norman.

“Sempat aku mintak tanda tangan dia ni hah!”
Norman menyingsing lengan baju kot nya dan jelas kelihata tanda tangan milik Eva di lengan baju kemeja lelaki itu.

“Bangga nya aku artist datang kat majlis aku.”
Hairul pandang Daim.
“Len kali inform aku dulu kalau Eva nak datang, boleh aku prepare awal-awal.”

Prepare apa? Ingat Eva tu siapa?
Menteri?
Raja?
Nak hampar kapet merah bagai?

Cukup Daim!
Ni bukan masa nak argue lagi!
Kau tak rasa something fishy ke dengan kedatangan Eva?

Oh! God!
Cepat Daim menoleh kepada Norman.
“Mana Eva sekarang ni Man?”

Norman angkat bahu tak pasti.
“Nampak macam dia pergi jumpa Farina kat bilik.”

No!
“Rul! Aku aku mintak kebenaran nak jumpa Farina jap.”

Hah?!
Hairul besar mata. Tapi kepala tetap diangguk.

Daim kuak rambutnya kebelakang sebelum merapat langkah menuju ke bilik persalinan Farina.

*****

Sementara itu didalam bilik Farina, Eva masuk tiba-tiba tanpa sebarang bunyi ketukan.
Ye! Hati dia panas!

Mak andam dan Farina serentak memusing wajah memandang Eva.

Eva senyum pada mak andam sebelum melirik tajam ke arah Farina.

Farina faham. Pandangan didongak kepada mak andam.
“Akak keluar dulu ye. Saya ada hal nak bercakap dengan ARTIST POPULAR ni. Nanti dah siap, saya call akak lagi ye.”

Mak andam mengangguk lantas melangkah keluar dari bilik.

Eva merengus kuat.
Lagi-lagi bila Si Farina ni mention ‘Artist Popular’. Sah-sah nak perli lah tu!

“Apa hal kau tiba-tiba datang majlis aku ni Eva?”
Farina memandang cermin dihadapannya sambil berpura-pura membetulkan kedudukan sanggulnya.

“Aku dapat kad, takkan aku taknak datang kot? Lagipun kedatangan aku disambut meriah orang kat dewan ni, kau tak rasa banggan ke?”

Farina gengam buku limanya. Hati.. sabar...

Eva menghampiri Farina yang masih duduk menghadap cermin.
“Aku yang sepatutnya tanya kat kau. Apa yang kau dah buat pada Daim.”

Farina senyum joker.
“Apa aku dah buat kat dia? Cuba kau explain”

Hati Eva makin panas!
“Kau ni jenis perempuan yang tak reti bersyukur kan Rina? Aku layan baik kau masa sekolah. Tapi kau diam-diam couple dengan Daim. Tanpa aku tahu! Bila Daim mati-mati suka kan kau, kau tinggal kan dia macam tu je! Sekarang dengan bangganya kau tunjuk kan kat Daim yang kau kahwin dengan kawan dia! Melampau kan kau ni Rina!”
Eva ketap bibir. Dada turun naik tahan marah.

Farina bangun. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Ini majlis besar dia. Farina taknak dapat malu kerana bergaduh disebabkan seorang lelaki!.
“Eva... aku rasa kau dah salah sangka. Aku..”

“Kau apa Rina?!”
Eva pangkah ayat Farina. Amarahnya makin meluap.
“Kau nak cakap, Daim tak sesuai dengan kau. Sebab dia tak study tinggi macam Hairul? Dia bukan kerja pejabat macam laki kau tu?!”

“Eva...”

Eva pandang wajah sayu Farina! Tapi sikit pun tak terkesan kat hati dia!
“Keputusan aku untuk putuskan persahabatan kita sepuluh tahun yang lalu memang tepat Rina. Aku kerja sebagai pelakon, tapi kau sebenarnya lebih hebat berlakon dari aku.”

Farina merengus. Kali ni sabarnya makin nipis!
Eva dah melampau!
Langkahnya menghampirinya artist rambut blond itu.
“Kalau kau tahu aku pandai berlakon kenapa kau masih nak argue dengan aku lagi Eva? Sebab kau jealous, Daim tak terima cinta kau?”

Makin laju dada Eva turun naik mengambil oksigen. Muka berkerut-kerut menahan marah.

“Kau sedar tak Eva. Kau ni rupa ada. Pandang luar memang cantik sebab tu kau boleh jadi artist. Tapi attitude kau ZERO!”

What!
“Apa kau cakap ni Rina!”
Arggh! Eva kuak rambut blondnya kebelakang.
Tangan dah ringan diangkat melepasi kepalanya. Sikit lagi nak jatuh ke pipi Farina.

“Eva!!”

Serta merta tindakan Eva mati. Pandangan ditoleh kebelakang.
Daim laju menghampirinya.

“Apa kau buat ni Eva?!”
Daim menarik lengan Eva supaya tubuh wanita itu menjauhi Farina.
Kalau dia lambat sikit tadi, besar kemungkinan Farina dah terluka.
“Kau dah Giler ke Eva?!”
Sekali lagi Daim menjerit. Dadanya terasa berat dengan sikap Eva.

Eva mendongak, mata hezzelnya merenung tajam kepada Daim.
“Kau cakap aku gila Im? Kau sedar tak kau dah kena game ngan minah ni?!”
Wajah Farina dijeling sebentar.

“Im... aku rasa Eva ni dah banyak salah sangka. Better kau bawa dia keluar dari majlis aku. Aku taknak orang luar tahu apa yang berlaku dalam bilik ni.”

Eva cekak pingang, badan ditoleh kembali kepada Farina.
“Ewah... pandainya kau nak berlakon lagi Rina!. Kau dah buat taik pada Daim, sekarang kau pura-pura mintak kesian pulak.”

Sekali lagi Daim tarik lengan Eva supaya menghadapnya..
“Sudah Eva! Jom kita balik.”

Eva menarik lengannya dari gengaman Daim.
Mata dibulatkan memandang lelaki itu.
“Daim aku takkan puas hati selagi aku tak kena kan perempuan ni!”

“Eva jangan jadi budak-budak boleh tak?!”
Pandangan Daim turut tajam menikam mata Eva.

“Aku jadi budak-budak masa sepuluh tahun yang dulu Im! Sekarang aku akan lawan perempuan ni secara orang dewasa!”

Sekali lagi Daim menarik lengan Eva bila dilihat wanita itu ingin berpusing kembali kepada Farina.

Eva sedaya upaya melepaskan gengaman Daim.

“I said enough Eva!!! Kalau kau nak aku still jadi kawan kau! Better ikut aku keluar dari sini!”

Eva menoleh pantas kearah Daim.
Sanggup lelaki ni putus kawan sebab Farina?

Daim kendur bahu.
Wajah ditunduk sedikit menyamai muka Eva.
“Kita balik Eva...”

Eva masih diam.
Hati berbalam mendengar kata-kata Daim sebentar tadi.

Daim merantai jemarinya pada lengan Eva. Pandangan dilirik sebentar kepada Farina.
“Rina.. maafkan aku. Aku bawak Eva balik dulu.”

Farina hanya mengangguk. Sedang jantungnya masih berlari pantas melihat adengan Daim dan Eva sebentar tadi.

Tangan Daim terus menarik lengan Eva keluar dari bilik.
Terkoncoh-koncoh Eva mengikut langkah Daim hingga ke kereta lelaki itu.

Daim membuka pintu di bahagian penumpang sebelum menolak lembut tubuh Eva kedalamnya.
Setelah pintu ditutup, langkah dipanjang menuju ke bahagian pemandu.
Pantas enjin Toyota Hilux nya dihidupkan sebelum kereta itu laju meluncur jalan.

Sesekali ekor mata Daim melirik Eva yang membuang pandangan keluar tingkap.
Mulut wanita itu masih terkunci rapat.

Daim teguk liur.
Perlahan lengan Eva dicari dan digengam.
“Eva.. aku mintak maaf..”
Dia tahu Eva terasa dengan ayatnya sebentar tadi

“Kau sanggup putus kawan sebab Farina? Sedang kan Farina terang-terang curang dengan kau Im.”

Daim keluh nafas. Sekejap pandangan dilirik semula kepada Eva sebelum mata terus tumpu pada jalan.
“Bukan itu maksud aku Eva.. Aku taknak kau buat hal kat majlis diorang. Kau kena sedar, kau tu artist. Kalau public tahu. Habisnya di viral kisah kau Eva.”

Eva tunduk wajah.
Dia pun tak sangka amarahnya meningkat naik apabila melihat wajah bahagia Farina.
“Aku geram sebab dia main-mainkan kau Im.”

“Eva.. kita dah bincang hal ni. Aku takde masalah apa-apa. Aku okay je dengan Farina. Itu pilihan dia Eva.”

Tapi hati aku yang sakit Im!
Aku tahu nak cakap macamana!
Tapi hati aku benar-benar parah sekarang ni!
“Aku tak sangka Farina boleh sekejam tu buat kat kau Im.”

Daim lepas jemarinya pada lengan Eva.
Wajah diraup sekali.
“Eva.. after this, boleh tak kau jangan ambik tahu lagi pasal hubungan aku dengan sesiapa pun”

Muka Eva ditoleh pantas memandang sisi Daim.
“Apa maksud kau Im?”

Sekali lagi Daim tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.
“Kau dah nak kahwin Eva. Kita takkan jadi macam dulu lagi. Hal aku dan Farina, biar aku uruskan. Kau takde hak nak masuk campur.”

“Im..”

“Eva..”
Daim pangkah ayat Eva .
“Aku rasa kita berdua tak boleh rapat macam dulu lagi. Kau dah jumpa life kau dengan Lukas. So aku pun nak cari life aku sendiri. Dengan siapa aku berhubung selepas ni, bukan hal kau lagi Eva.”

Eva merasakan jantungnya mati tiba-tiba. Tak percaya dengan kata-kata Daim.
“Im.. drop kan aku kat sini.”

Wajah Daim sekilas menoleh kepada Eva.
“Buat ape kau berhenti sini? Aku hantar kau balik.”

“Im!! I said stop the car!!!”

Daim mati nafas!

Serta merta brek Toyota Hiluxnya ditekan sebelum kereta berhenti di bahu jalan.
Badan dipusing mengarah ke Eva.
“Eva.. jauh lagi rumah kita. Kau nak balik macam mana? Aku hantar kau ye.”
Suara Daim dikendurkan.

“Kau sendiri yang cakap, antara kita takde apa-apa lagi Im. Jadi aku taknak kau ambik tahu hal aku selepas ni!”
Eva buka lock dan menolak pintu kereta hingga terbuka luas.

Daim cuba capai lengan Eva. Namun wanita itu cepat melarikannya.

Sesaat kemudian tubuh Eva dah sepenuhnya berada di luar kereta.
Dan pank!
Pintu Toyota Hilux ditutup keras.
Sebelum wanita itu laju melangkah melintas jalan dan memasuki mall diseberang sana

Mata Daim masih melihat dari dalam keretanya.
Dia ingin kejar. Dia ingin pujuk semula Eva.
Tapi Daim sendiri mengerti, jika kali ni dia berlembut lagi dengan Eva. Tak mustahil hubungan mereka kembali akrab seperti dulu.

Cukup dia jaga Eva.
Cukup Daim Akli menjaga jodoh milik Lukas Abraham.

Kali ni dia perlu lepaskan segala kenangan yang dibina 28 tahun lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience