5

Drama Completed 10559

Rutin persekolahan sudah bermula.Cuma kali ini aku tidak lagi bangun seawal dulu.
"angah.. adik.. bangun.."pintu bilik mereka aku ketuk mamai.aku mandi dahulu,kalau nak tunggu mereka memang lambat la jawabnya.aku sudah bersiap dengan uniform lengkap. wah.. semangat..
"adikk... angahhh bangun... "tempik ku.
"dah bangun la"aku menoleh.. aku tersenyum seperti kerang busuk. redza menunggu gilirannya. aku membantu ibu menyiapkan sarapan untuk ayah dan bekal untuk kami.
"oiii"tangan qayyum yang basah diletakkan dipipiku. aku menendang buntutnya.
"uiii ganass"tawanya
"cepat solat pula"tempikku.
"adik jangan nak meralik.. tak payah nak menyanyi sangat cepat.. nanti lambat.. ibu nak buka gerai pula"tempik ku..
"huiii... jam loceng dipagi hari.. "usik ibu.
"maaf ibu dah terbiasa"selorohku
"suami awak dah bangun ke"tiba bulu roma ku berdiri tegak.. perkataan suami itu mengakibatkan guruh di mindaku.aku ke bilik arash. ku ketuk berkali kali tapi tidak berjawab. aku memberanikan diri membuka.
"arash bangunnn.." aku menginjak injak bahunya namn tiada jawapan.
"oiii bangun lewat dah ni.. "rungut ku.
"arash sufiyan.... "tempikku. mulutku diterkup. aku. mengigit tangannya dia mengerang kesakitan.
"cepat nanti lambat"tempik ku.aku ke dapur semula.sarapan ayah aku letakkan di meja sisinya.
"ayong dah siap dah.. solat dah? "soal ayah.
"dah ayah"ujarku
"baguslah.. siapkan arash..pakaian dia semua dah siap.. "tanya ayah.
"tu baju dekat luar"ujar ku
"ayong dah jadi isteri orang... kena layan dia dengan baik.. letak baju dia dalam bilik... siapkan makan pakai dia.. "tegur ayah.
"anisa uniform iyan mana"tempik arash.
"kejap aku amikkan"tempikku
"bahasa tu kasar tu... ayah taknak dengar dah kau aku.. ayah tak ajar adab ke"leter ayah di pagi hari
"kejap anisa amik kan"aku keluar dari bilik
"mengadalah si iyan ni.. ni baju tak boleh amik sendiri"marah ibu
"Dah jangan marahkan Arash.. isteri dia yang tak pandai..biar ayong yang buat semua untuk arash.. dia dah ada isteri.. bukan untuk dimanjakan sampai jadi ratu"leter ayah. ibu menghulurkan baju itu kepada ku.
"ayong siapkan suami kamu.. "suruh ayah
"ye ayah"ibu menyuruh aku masuk ke bilik arash agar tidak lagi dileteri ayah
"mengada kamu ye iyan.. kesian anisa kena marah dengan pak long kamu"bising ibu. arash tertawa.pintu biliknya di kunci dari dalam. aku kaku.aku hulurkan baju sekolahnya.
"kau nak suruh aku pakai baju dulu ke seluar dulu"ujarnya.
"mana manalah cepat la dah lambat ni"rungutku
"ayahhh.... "
"seluar dulu"aku hulurkan seluar kepadanya. tualanya di baling ke muka ku.
"ishhh"tuala itu aku sangkut ke penyangkut lalu aku angin kan ditingkap.dia menyarung uniformnya.
"butang"suruhnya.aku mengikutkan sahaja. lengan bajunya dilipat paras siku.
"baju tu masuk lah ke dalam"suruh ku
"oh ye lupa"dia tersenyum seperti kerang busuk
"dah solat"dia menggeleng.
"cepat la dah enam setengah dah"bising ku
"kemas bilik aku"suruhnya.banyak songeh la mamat ni..bantalnya aku tumbuk tumbuk melepaskan geram. aku duduk dikatilnya sementara dia solat. begnya aku periksa. bekas pensil kami sama cuma dia berona biru gelap. ada tertulis H.A..Ah biarlah bukan masalah aku.. dia menghulurkan tangannya.aku menepuk tangannya. dihulurkan lagi.kali ini aku menepuk kuat.
"salam la ngok.. salam suami amik berkat"ujarnya.
"ayahhhhh..."aku sambut salamnya dan kukucup tangannya.
"bagus.. macam tu la isteri mithali"ujarnya.
"tie kau mana"aku mencari tali lehernya
"dalam almari"aku membuka almari tersebut tapi dihalangnya..
"biar aku ambil"dia mengeluarkan tali lehernya dan hulurkan kepada ku.dia berdiri dihadapan ku.tali lehernya aku ikat rapi.. begitu juga rambutnya
"ok.. siap"ujarku.aku keluar dari biliknya. qayyum dan redza memerhati ku.
"apa"soalku
"sayang.. ikat tali leher abang"ujar qayyum
"abang...tak sampai.. "ujar redza
"mari.. "dipegang bahu redza.
"ah abang..malu"redza mengeletis
"muaaahhhh"qayyum mencium pipi redza.
"eeiiiiiuuuu"geli gelaman aku. redza dan qayyum tertawa.
"korang kalau tak mengusik ayong tak sah ye"tegur ibu
"ayong... muah muah"usik qayyum
"aku tumbuk kau kang"geram pula aku. arash keluar dari biliknya. aku mengambil bekalnya didapur
"abang iyan.. muah muah..pegi la"ajar qayyum.
"angah kau jangan mengajar ye"marah ku.
"apa salahnya suami sendiri bukan suami orang.. pahala tau cium pasangan ni"sampuk ayah
"yeaaahhh angah setuju ayah angah setuju"
"pintu rezeki terbuka luas bila kita cium pasangan di awal pagi"sampuk ibu. muka aku dan arash merah. aku hulurkan bekalnya. aku salam ayah dan ibu sebelum pergi.
"jangan lupa salam suami"tegur ayah.
"ya ayah"aku menyalami suami ku yang tercintaaaa sangattttttt.... sakitnya hati aku. ubun ubun ku dikucup lelaki itu. aku terkejut. dahi dan juga dua pipi ku. aku kaku. arash turun tanpa perasaan.
"yeaaaahhhh"sorak dua beradik itu.
"cepat nanti lambat"tempik ibu. aku cepat turun dan masuk ke perut kereta.

"hajarrrr"tegur syira.kami berpelukkan.
"kenapa aku nampak kau makin cantik sekarang"pipiku dipegang gadis itu.
"mana ada.. biasa je... dah duduk rumahkan.. "dalih ku
"tumpang lalu"ujar arash. aku ketepi sedikit.beg aku ditarik arash
"kita jumpa dalam kelas"tempikku.aku merentap begku
"kau apahal"marahku.
"dah lewat, nak perhimpunan pula"ujar arash.
"ini sekolah bukan rumah...kau jangan nak bawa hal peribadi dekat sini"marahku.
"hajar"tegur sir rahimi
"assalamualaikum sir"aku menyapa lelaki itu
"ada masalah ke hajar"soal lelaki itu
"saya buat pertukaran kelas tahun lepas.. tahun ni saya masuk 5 dinamik..kelas hajar, saya minta dia tunjukkan kelas tapi dia tak nak sir"ujar arash.tukar kelas... bila dia tukar kelas.. aku tak tahu pun.. buat hal betullah dia ni
"hajar kamu bawa di kelas lepas tu turun untuk perhimpunan ya"suruh sir rahimi. aku mengiyakan saja.

Aku mengambil tempat di tepi tingkap. padang bola yang menghijau menenangkan jiwa.syira masuk ke kelas.aku melambai.
"sini sini"panggilku.
BUKKKKK
Arash membaling begnya. lalu duduk disebelahku
"ni tempat syira la"ujarku
"takde nama pun.. aku duduk dulu jadi ni tempat aku la.. "dipalingkan mukanya ke arahku
"aku duduk sini"syira menarik kerusi dihadapanku.duduklah kau nak duduk...janji aku dengan syira duduk dekat dekat.
"eh kau bukan kelas depan efisyen ke.. kenapa kau masuk dinamik pula"soal syira
"bosan aku kelas tu... kerek budak budak dia"ujar arash.
"memang kelas dorang kerek kerek.. nak pula dua ekor kera tu.. meluat aku" ujar syira
"kera kera mana"soal arash
"liza dengan rubi"arash mengangguk
"dorang ok je.. dalam kelas tu aku paling suka farah"ujar arash
"farah.. satu geng dengan liza tu kan.. kau memang bad taste..takde citarasa langsung"ujar syira. apa yang dibualkan mereka aku tidak tahu.. sekejap orang tu sekejap orang ni.pandanganku aku lepaskan ke padang
"wei...sepupu kau suka dekat diva weh"kami tertawa berdekah..
"korang ni kenapa"soal arash
"dia tu nama je diva tapi cengeng"tawa kami.arash diam.

"Saya guru kelas kamu pada tahun ini"ujar sir rahimi. satu kelas bersorak seronok tapi tidak arash.
"saya nak ubah kedudukan meja kamu"ujarnya
"sir taknak sir.. kami dah dapat partner kami"rungut pelajar
"hajar kamu ok ke dengan deskmate kamu"soal sir rahimi.
"kau cakap ok tidak aku bagitahu semua kau isteri aku"bisik arash
"saya ok sir"balasku.
"kalau macam tu ok lah.. cuma yang perempuan jangan duduk ditingkap.. biar lelaki ditingkap.. korang kalau emergancy senang nak keluar"ujar sir. aku dan arash bertukar tempat duduk. perlantikan ketua kelas bermula. ramai nama yang dicalonkan.termasuk aku.tahun ini tahun pertama dan terakhir aku memegang jawatan didalam kelas.. penolong ketua kelas bergandingan dengan fahmi selaku ketua kelas. arash dilantik menjadi bendahari dan pembantunya syira. aku kehabisan kata. tahun ini aku akan sibuk dan terlalu sibuk.manakan aku memegang jawatan ketua platon untuk pandu puteri bergandingan dengan syira dan kelab reka cipta aku sebagai setiausaha dan presidennya arash..mati la akuuuuu....

Bekal yang ku bawa ku buka.bau nasi minyak bersama kerutuk daging memikat selera.
"sedapnya"ujar syira.
"kau nak"soalku.
"nak juga... sedapnya"ujar syira. aku bahagikan bekal ku bersamanya.
"kau buat apa dekat sini"soalku
"makan la"ujarnya
"dalam banyak tempat kenapa dekat sini"soalku
"sebab aku tahu kau takkan cukup nasi tu. ditukar bekalnya dengan bekalku yang sudah luak sesudu.
"ishhh"aku membuka bekalnya lalu aku jamah.
"arash..kenapa tak tunggu farah"gediknya minah senget ni
"lapar"ujar arash.
"korang buat apa dekat sini"soal liza
"kami makan la bimbooo"balas syira. kami ketawa.
"arash ni boyfriend si farah.. kau jangan nak try ye"amaran liza
"ada kami kisah"balasku lagi ketawa.
"arash tu"aku mencubit lengannya..
"arash apa"soal farah
"arash tu.. kalau diberi pilihan.. dia tetap takkan aku pilih...tapi kalau dengan kau memang sesuai"kami tertawa. arash memandang ku geram.
"arash...awak bawa bekal ke.. nak sikit boleh.. "arash menyuapkan nasi ke mulut farah.. seronoknya gadis itu.. aduyaiii apa la punya pilihan la minah ni.aku menghabiskan bekalku dan berlalu pergi.dalam perjalanan aku terserempak dengan sir rahimi.. aku syira dan sir rahimi bergandingan.

"saya nak bahagikan kumpulan untuk subjek sains"ujar teacher teo
"teacher saya nak dengan syira,"pinta ku
"teacher saya nak satu team dengan hajar and syira"sampuk arash. semua mata tertumpu pada kami.
"kami sepupu"ujar ku
"kau pe hal.. suka ikut aku"geram aku.. takde kebebasan langsung
"sebab aku suami kau"ujarnya
"iya aku tahu tapi ni sekolah..kat rumah kau suami aku"geramku
"jadi kau mengaku lah aku suami kau"soalnya
"ye.. kau suami aku kan kita dah buat perjanjian yang dekat rumah kau suami aku..aku kena dengar cakap kau...dekat sekolah aku rakan sekelas kau.. faham"geramku lagi
"hajar.. kamu ada masalah ke"soal teacher teo
"tak teacher.. saya setuju arash, syira, fahmi dan azlan satu kumpulan cikgu"ujarku.
"bagus...kamu boleh duduk"arash tersenyum sendirian.geramnya akuuuu......

"kau suka arash"soal farah
"sapa...aku"mereng dah ke apa perempuan ni tahan aku tengah jalan tanya soalan bodoh macam ni
"habis ada orang lain lagi ke dekat sini"soal farah
"apa...aku tunggul"sampuk syira
"aku maksudkan dia... kau berkepit je dengan dia.. kau dah takde jantan lain kau nak caras"soalnya
"apa yang kau merepek ni syaitooooonnn"ujarku
"meh sini aku azan kan tepi telinga kau"ujar syira. kami tertawa.
"kau.... "tudung aku ditarik dan digenggam farah. aku la... cukup pantang orang tarik tudung aku.. dah la awning susah nak jadi.. aku mengunakan ilmu karate ciptaan sendiri aku tendang kaki farah dan menyebabkan farah terjatuh
"sial kau hajar"tempiknya
"ni tak payah nak jadi samseng la kalau cengeng"ujar ku dan berlalu pergi. tudung ku yang herot aku baiki didalam kelas.arash yang baru masuk ke kelas lepas rehat duduk ditempatnya
"kau jatuh dekat mana"soal arash. dibaling kacang ke mulutnya
"jatuh apa.. awek kau la.. merapu tibe cari pasal"rungutku.
"arash... "panggil liza
"apa.. "soa arash. liza masuk ke kelas kami dan menghampiri arash
"farah.. luka teruk... sebab dua ekor ni la"ujar liza
"wehh... takat macam tu je pun takkan luka teruk sangat"soalku.jatuh terjelepok je pun..
"kau ada pukul dia ke"marah arash
"mana ada aku pukul dia.. aku tolak dia je"jelas ku
"ish kau ni... "arash berlalu pergi mengikuti farah. apa salah aku sekarang ni. aku dan farah berpandangan. arash tidak masuk ke kelas bahasa melayu.wahh sayang gila dia dekat farah..

"hajar, insyirah ikut saya ke bilik disiplin"ujar cikgu disiplin. aku dan syira mengikut dari belakang
"saya pernah bagi amaran pada kamu agar tidak menggunakan kekerasan didalam sekolah"ujar cikgu itu
"ya saya ingat pesanan cikgu"ujarku
"tapi kenapa kamu masih berdegil"ujarnya lagi
"saya gunakan kekerasan macam mana cikgu maksudkan"aku keliru.aku berhak pertahankan diri aku
"kamu tolak farah sampai dia jatuh tangga..nasib baik takde yang patah.. hanya kaki dia terseliuh dan luka ringan sahaja.. kalau ada kecederaan lain macam mana"soal cikgu lagi
"hajar tak tolak farah jatuh tangga cikgu"ujar syira.
"saya hanya tolak dia jatuh lantai ke cikgu.. mana jatuh tangga"ujarku
"maksudnya kamu mengaku yang kamu tolak dia"aku disoal lagi
"ya saya tolak dia tapi bukan dekat tangga dekat depan tandas"jelasku.cikgu memanggil liza, rubi dan dua orang lagi pelajar dari kelas hujung.. mereka semua anak buah si diva cengeng
"saya nampak dia tolak farah jatuh tangga depan tandas cikgu"ujar mereka
"kau nak menipu agak agak la.kau pun takde tadi"marahku
"kamu dah buat salah tetap tak nak mengaku dan masih nak menyalahkan orang lain"ujar cikgu disiplin. aku terdiam
"kamu syira.. pengawas tapi membiarkan kawan kamu membuli."akhirnya salah tetap berpihak padaku
"cikgu.. kami tak buat pun"belum sempat syira menghabiskan kata katanya..cikgu disiplin memintas
"ini amaran terakhir syira.. lagi sekali saya daapti kamu bersubahat dengan aktiviti buli saya terpaksa lucut jawatan kamu"aku terdiam. syira diam. aku mula rasa bersalah.

"syira aku minta maaf.. "pinta ku
"takpe...kita tak buat salah pun kan.. aku pun dah malas dah nak jadi pengawas... ayah aku tak setuju sebenarnya aku jadi pengawas.. sebab kai tengok.. masuk kelas lambat.. cikgu tak masuk kelas aku kena keluar kelas jaga korang... korang belajar aku ada urusan luar kelas.. balik ni aku nak bincang dengan baba aku.. aku nak letak jawatan aku nak tumpu pada spm"ujarnya.aku lagi serba salah. aku duduk ditempatku. arash yang duduk ditepi tingkap mencuka. marah benar dia. aku hanya diam.kerusiku ditendang.
"apa kau ni"marah ku
"aku nak kau minta maaf dekat farah"arahnya
"asal aku lak.. dia yang mulakan dulu"marahku
"tapi bukan alasan untuk kau tolak dia"marah arash
"aku tolak dia jatuh lantai depan toilet je pun"jelasku
"dari tangga jatuh sampai depan toilet kau kata je.. kau tahu tak luka dia teruk"marah arash.
"kat mana dia sekarang aku nak jumpa dia"marahku.aku bangun dari kerusi dan keluar kelas
"hajar... hajar"syira mengejarku. pintu bilik rawatan aku tolak kuat.farah bersandar di katil ditemani liza.
"kat mana teruk kecederaan kau.. kat mana... "tempikku kakinya yang berbalut aku tekan sekuat hati.. pipinya yang luka aku tekan berkali kali.
"kau gila ke apa.. "arash menarik tangan ku dan menolak aku ke tepi.
"arash"rengek farah
"kau jangan nak lepas geram tak bertempat... "marah arash
"arash sakit.. "arash memeriksa farah yang berada di katil
"kau pergi balik kelas... pergi"tempik arash. entah kenapa hati aku sedih dengan kejadian itu. mataku mula berair.ku sapu kuat air mataku dan keluar dari bilik rawatan.

Pintu bilik aku hempas kuat.geramku masih belum habis.ibu yang berada didapur terkejut.
"anisa kenapa sayang"soal ibu.aku diam.
"biarkan dia ibu... dah buat salah nak marah kat orang lain.. cengeng"ujarnya.aku keluar dan pintu biliknya aku buka dan ku hempas.
"hempas hempas semua.. biar runtuh rumah ni"ujarnya.dia mengunci pintu dari dalam. ah lantak la... kau nak kunci ke apa ke..
"sape cengeng... "soalku
"kau la"ujarnya
"aku cengeng...awek kau tu yang cengeng... "balasku
"kau nampak tak apa yang kau buat dekat dia... sampai macam tu sekali kau marah kan dia.. "ujar arash
"apa aku buat.. marah...untuk apa aku marah dia... dia yang datang sound aku dulu depan toilet"jelasku
"dia sound kau apa sampai kau sakit hati sangat"marah arash
"dia tuduh aku cuba rampas kau dari dia..dia ingat aku hadap sangat dengan boyfriend dia.. main cakap sedap mulut.. dah tu bila kau kata cengeng dia yang tarik tudung aku.aku tolak la dia"ujarku
"kau cemburukan.. "soal arash
"soalan kbat bodoh mana yang kau bagi ni.. nak cemburu celah mana..aku nak cemburu dekat dia.. silap orang la mat"balasku
"kau cemburu sebab dia awek aku"provok arash
"kau ingat aku peduli.. kau nak bercinta dengan dia ke apa ke itu kau punya hal bukan aku.. masalahnya sekarang aku dituduh atas perbuatan yang aku tak buat"ujarku
"habis kalau kau tak tolak dia siapa yang tolak dia.. takkan dia sengaja nak jatuh dari tangga.. lagipun kau mengaku tadi kau tolak dia"arash cuba memerangkap aku. kepalanya aku ketuk.dia mengaduh.
"kau faham tak.. aku jumpa dia depan toilet.. bukan dekat tangga bukan dekat tingkat atas.. aku baru keluar toilet... aku terserempak dengan dia.. tiba dia main serbu aku.. lepastu dia yang tarik tudung aku dulu aku tendang kaki dia lepastu dia jatuh ke lantai.. kau faham.. dia yang cemburukan aku.. bukan aku cemburukan dia.kau faham tak"tengkingku
"ayong kenapa tinggi suara dengan suami"tegur ayah.
"masalahnya ayah... ayong sedih kenapa takde sorang pun percaya yang ayong tak bersalah..termasuk suami sendiri"airmataku mengalir laju. aku keluar dari biliknya dan masuk ke bilik aku.bantalku basah dek tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience