BAB 5

Romance Completed 2053

AKU memerhatikan semua dormmate aku bersiap sedia untuk majlis itu. Ada yang mengenakan tuksedo putih, ada yang hitam, ada juga yang memakai vest dan ada juga yang memakai kot labuh – ala-ala mystery guy. Aku hanya mengenakan jeans hitam, jaket hitam dan kemeja putih tanpa mengenakan tali leher. Butang baju bahagian paling atas, dibiarkan tanpa dibutang. Rambutku disisir ke belakang dengan tangan. Baru macho kan?

Perhatianku teralih pada si Jiji dan Akmal berebut untuk menggunakan cermin yang disangkut di dinding. Lagaknya macam orang berebut awek je. Aku membetulkan rambut lalu memakai topeng berwarna merah yang sememangnya sudah lama aku sediakan. Hanya untuk malam ini.

“Jiji, Akmal, aku pergi dululah. Kalau tunggu kau orang berdua, memang sampai pagi besok tak pergi nampaknya.” Aku mula bangun lalu mengambil handphoneku.

“Dude, have a little patience, okay? Aku dah pun siap. Si Jiji ni je yang tak siap lagi.” Akmal juga mengambil topeng berwarna biru laut miliknya yang tergantung di pintu loker. “Oh, hello Zorro. Kau ni memang handsome, Ishraff Akmal.” Akmal memuji diri sendiri sambil memandang cermin. Lagi.

“Sekali lagi kau buat macam tu, aku tinggalkan kau.” Aku memberi amaran kepada Akmal. “Ish, sudah-sudahlah tu. Jomlah. Yang lain dah tunggu dekat luar sana tu.” Ringan sahaja kaki aku menghayun pergi. Meninggalkan mereka berdua di belakang.

Sampai sahaja di dewan kolej, mataku terus meliar mencari kelibat seseorang. Namun, hampa. Tiada kelibat si dia.

“Dude, are you looking for your heartthrob?” Suara kasar seseorang menyapa gegendang telinga ku.

Aku menoleh dan... “Taza. Kau rupanya.” Rupanya kasanova nombor satu UiTM berada betul-betul di hadapanku. Bersama beberapa orang pelajar perempuan yang mengenakan dress paras lutut dan high heels. Juga bertopeng.

“Heatthrob? Bro, aku bukan macam kau. Popular, handsome, anak orang kaya pula tu.” Entah ikhlas atau tidak pujian itu, aku tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience