Bab 15

Crime Series 28563

Qarl masih membatukan diri.

Kami masih tak berganjak dari dalam kereta. Kereta diparkirkan di luar rumah. Aku lihat anak matanya berair.

"Awak..."

Dia menangis? Biar betul.

Tak pernah lihat Qarl yang ganas mengalirkan air mata.

"Qarl Lee..."

Dia memandang aku.

"Apa dah jadi dengan..."

Tidak semena-mena dia memegang kedua bahu aku.

"Anna, dengar sini. Aku nak kau stay dengan aku. Jangan lari. Aku taknak kau diapa-apakan."

Aku mengerutkan dahi tanda kurang mengerti.

Apa ni? Tak paham. Apa kaitan aku dengan mereka?

"I'm sorry, Anna. Aku taknak libatkan kau dalam hal aku. Tapi mereka da nampak kau."

Apa yang Qarl cakap ni?

"Aku taknak kau mati sebab aku."

Mati?

"Awak cakap apa ni?"

Qarl memejamkan mata.

"Banyak yang kau tak tahu pasal aku, Anna."

"Okay tapi... Cerita la. Baru saya tahu pasal awak."

"Kau tu mangsa culik aku. Aku taknak kau ambil tahu details pasal aku."

"Kalau macam tu jangan cerita apa-apa dengan saya la. Lepaskan saya. Saya pun taknak tahu apa-apa pasal awak."

Aku bengang.

Lantas keluar dari kereta. Menghempaskan pintu kereta. Berlari anak masuk ke dalam rumah dia.

Kalau taknak bagitau jangan libatkan aku. Bebaskan aku.

What do you want from me, Qarl Lee?

Dalam keadaan tegang begini pun masih ego bercerita. Tanam la ego kau tu dalam-dalam.

Aku nak balik. Nak jumpa mak ayah. Bukan suka kena kurung 24 jam.
. .
. "Anna."

Aku tidak mengendahkan dia.

Aku menyapu sampah di ruang dapur.

"Kau marah aku ke?"

Aku memekakkan telinga. Tidak mahu memberi respons kepadanya.

Qarl merentap penyapu dari tangan aku secara tiba-tiba.

"Bak sini balik."

Aku membentak.

"Pandang aku. Dengar apa aku nak cakap."

Aku memusingkan badan. Membelakangkan dia.

"Nyawa kau mungkin dalam bahaya kalau May tahu pasal kau."

May? Siapa May? Apa kaitan aku dengan May?

"Anna. May... Dia..."

Qarl terhenti kata-kata.

"May bunuh mak ayah aku."

Gulp. Bunuh?

Aku memusingkan semula badan. Memandang anak mata Qarl. Muka dia sedih.

"Who is May?"

Aku nak tahu siapa May.

Qarl menghela nafas. Berat.

"May ex-girlfriend aku."

Hmmm. Ex-girlfriend Qarl rupanya.

"Aku jadi ketua mafia disebabkan perempuan tak guna tu."

"Aku nak balas dendam."

Kesian Qarl.

Aku tak mampu nak kata apa-apa.

"Sorry, Qarl. Saya tak tahu apa yang jadi pada awak."

"Kau akan kata aku jahat sebab tembak orang. Tapi... Aku nak mereka semua dapat pembalasan yang setimpal."

Muka Qarl merah. Menahan marah agaknya.

Baru aku faham. Qarl nak balas dendam.

"Tapi... Kenapa awak cakap nyawa saya dalam bahaya?"

Aku tak faham maksud pada kata-katanya itu.

"Sebab... May tak boleh lihat aku bahagia. Dia tak suka tengok orang di sekeliling aku."

Aku membuat muka blur.

"Anna, kau mungkin tak faham kalau aku cerita sekalipun."

"May mahukan aku jadi miliknya sorang. Mak ayah aku tak suka May. Dan, May mahu memiliki harta aku."

Oh. Baru aku faham.

May tamakkan harta kekayaan Qarl. Mak ayah Qarl tak suka May.

"Jahatnya dia. Sampaikan bunuh mak ayah awak."

"Dia memang jahat. Perempuan tak guna. Aku benci dia."

Qarl menghempaskan penyapu ke lantai.

Aku terkejut.

Ishh mamat mafia ni. Nak marah orang lain, lepaskan geram dekat aku. Nasib baik tak kena kaki aku tadi.

"Dahlah. Jangan marah-marah. Sabar. Dia takkan apa-apakan saya."

Qarl memandang aku.

"Kalau dia tahu tentang identiti kau. Aku takut dia bunuh kau pula, Anna. Aku taknak kehilangan lagi orang yang aku sayang."

Aku terkedu.

Orang yang aku sayang?

Seakan tidak percaya pada kata-katanya.

Muka Qarl jadi lain. Dia tak berani tenung mata aku.

Qarl suka aku ke?

Tak mungkin. Aku ni cuma mangsa culik dia.

Dan aku... Tiada sekelumit perasaan pun padanya.

"Anna. Tolong jaga diri. Aku akan lindung kau kalau mereka ganggu hidup kau."

Lindung?

Memang aku di bawah kawalan kau, Qarl.

Sampai bila kau nak tahan aku?

Kau bukannya lelaki yang jahat.

"Kalau macam ni gayanya Anna, aku takkan lepaskan kau. Aku takut dia bunuh kau pula."

"Tapi... Saya nak balik. Awak tahukan nanti kawan saya, Mira cari saya. Mak ayah saya kat kampung pasti cari saya. Saya hilang macam tu je, tentu mereka risau. Dah sebulan saya kat sini, Qarl."

"Aku tahu semua tu. Tapi, kau lagi selamat kalau stay dengan aku."

Qarl. Kau tak pernah faham aku.

Aku rindukan mereka.

Aku mahu lari juga. Dari hidup Qarl Lee. Aku taknak terlibat sama dalam masalah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience