bab3

Romance Series 14769

"Tolong lepaskan saya cik! kenapa nak culik saya?"
Feena meronta ronta meminta dilepaskan, sambil teresak esak menagis.

"Kau nak mati ke? tolong duduk diam diam boleh tak? Jangan sampai aku mengamuk".
Kata salah seoran dari mereka. kelihatan ada 3 orang lelaki bersamanya yang memakai penutup mulut didalam kereta itu. Dua dihadapan dan seorang menjaga Feena dibelakang.

"Wahh garang ya!" Kata salah seoarang dari penculik yang duduk diseat memandu. Sambail ketawa.

Feena diam membisu, bila dia arahkan untuk senyap dan tidak meronta ronta. Feena sungguh ketakutan duduk didalam kereta bersama penculik tersebut. Feena berpusing memandang kebelakang, kelihatan keretanya dibawa oleh salah seorang dari mereka, mengikut kereta yang membawa Feena.

"Apa kita nak buat lepas ni?" Tanya salah seorang dari mereka.

"Bos cakap apa denga kau Man?"
Tanya lelaki yang duduk disebelah Feena itu.

"Bos suruh bawa dia kerumah sewa Fais. Dekat situ tempat baru, tak ada ramai orang yang duduk lagi".
kata Man salah seorang dari mereka.

"Yaallah apa lah nak jadi dengan aku lepas ni. Kenapa mereka menculik aku? Apa mereka nak dari aku?" Bisik hati Feena.

"Cik nak bawa saya pergi mana CIk?
Kalau cik nak duit, Daddy saya boleh bagi. Tolong lepaskan saya Cik".
Feena merayu kepada pencolek tersebut.

Lelaki yang duduk dibelakang bersama Feena, memandang tepat kemata Feena.

"Kau tak payah ajar kami! apa yang kami nak buat".
Kata lelaki yang duduk disebelah Feena. Feena menjadi takut, bila melihat lelaki tersebut. Matanya seperti serigala yang hendak makan orang. Bila melihat tepat kemata Feena.

"Cantik pula aku tengok anak dato Farid ni?"
kata lelaki yang duduk bersama Feena dibelakang. Lelaki yang dipanggil man tadi bersuara.

"Dah lah cantik seksi pulak tu hahahahhaha".
Mereka bertiga ketawa bersama sama. Feena bertambah takut, dah mengesotkan punggungnya hingga kehujung kerusi berdekatan pintu kereta.

"HIsssss, apa korang ni? Jangan buat i macam macam".
kata Feena yang mula menangis.

"Alahhhh, cakap macm tu pun nak nagis?"
kata lelaki yang duduk di sebalah Feena.

"Kita orang ni pencolek, bukan perogol". kata lelaki itu.

"Tapi sama sama jahatkan" kata feena lagi.

"Memanglah kita orang jahat.
Tapi!" lelaki itu terhenti dari berkata kata.

"Ahhhh sudahlah. kau jangan takut. Kami simpan kau sekejap je. Lepas kami dapat duit, kami akan lepaskan kau".
Kata lelaki tersebut dengan nada yang pelahan dan tidak menakut nakutkan Feena lagi. Feena mula merasa lega sikit. Tapi masih mengalir air mata.

Feena melihat persekitaran lokasi yang mereka nak membawanya. Kelihatan kawasan yang sedikit berhutan dan agak jauh dari bandar.
Keadaan gelap, Feena tak pasti dimanakah tempat itu dan Feena terasa lama duduk didalam kereta. Angara lebih satu jam lebih perjalan ketempat yang mereka sebut sebut tadi.

"Kenapa jauh sangat". Bisik hati Feena, Feena mula gelisah kembali.
kenapa mesti jauh kalau nak sorokkan aku?"
kata Feena didalam hati.

Kereta diberhentikan disatu kawasan perumahan apartment yang kelihata baru dibina. Tidak ramai penghuni di situ, boleh nampak lampu lampu yang menyala didalam rumah yang berpenghuni.
Hanya 3, 4 rumah yang bercahaya.

"Kau jangan menjerit ye? kata lelaki yang duduk disebelah Feena.

"Kalau kau menjerit aku bunuh kau" kata lelaki tersebut. Feena bertambah takut, bila diugut pasal bunuh. Feena menggangukkan kepalanya, tanda faham. Lelaki dihadap pula membuka penutup mulutnya dan menyorok nyorokan wajahnya dari dilihat Feena. Mana kala, lelaki disebelah Feena, masih memakai penutup mulut. Rupanya bila mahu masuk kedalam bangunan itu, kena melepasi guard yang dijaga oleh penjaga Nepal.

"Haiii, abang nak pergi rumah cik Fais ke?"
Tanya penjaga Nepal itu. sambil tersenyum.

"Kelihatan orang itu sudah kenal mereka bertiga. Mesti mereka biasa disitu".
bisik hati Feena.
Guard itu memandang keseat belakang.
Lekas lekas lelaki yang duduk dibelakang, memeluk Feena. Feena bertambah takut dan hanya membiarkan sahaja lelaki itu memeluknya.

"Hai Bai!" kata lelaki disebelah Feena.

"Aku demamlah". Sambil lelaki tersebut buat buat batuk.

"Ini tunang I. U tengok, dia cantik tak Bai?" Lelaki tersebut bergurau kepada guard itu dan lelaki tersebut tersenyum memandang Feena yang kelihatan gelisah.

"Woww cantiklah bos". Sambil tersenyumm.

"Boleh masuk" kata Lelaki Nepal itu dan setia tersengeh sengeh, macam kerang busuk.

Bila melepasi guard, Feena menolak lelaki tersebut dan kembali duduk dipenghujung pintu, sambil membetulkan dress pendek yang dipakainya. Lelaki yang duduk disebelahnya berkerut dahi melihat Feena dan hanya diam memandang ke tempat lain. Mana kalau dua lelaki yang dihadapannya memakai semula penutup mulut semula.

"Rimasnya aku pakai benda alah ni Man". kata pemandu kereta tersebut kepada lelaki disebelahnya yang bernama Man itu.

"Penculikkan mestilah kena pakai"
mereka berdua berpandangan dan ketawa. Sampai didalam parking bertingkat didalam bangunan, mereka memarking keretanya.

"Ingat aku tak nak kau buat hal.
kau rasa nak selamat ikut arahan kami. Kalau kau rasa nak cepat mati, kau cubalah buat hal". Kata lelaki yang duduk disebalah Feena.
Mereka bertiga keluar dari kereta. Feena pula merancang untuk melarikan diri. Bila pintu kerata yang Feena duduk dibuka, Feena menolak lelaki tersebut dan terus melarikan diri. Lelaki tersebut berlari mengejar Feena. Bila berjaya menanggkap Feena, lelaki itu memeluk dan menutup mulut feena dari menjerit.

"Heii, kan aku dah cakap, jangan buat kerja bodoh". Sambil memusingkan badan Feena mengadap mukanya, terus melepang muka Feena.

Feena terkejut dan ketakutan melihat lelaki tersebut begitu marah terhadapnya dan terus Feena menangis. Mana kala tiga orang lelaki termasuk yang memandu kereta Feena berpandangan dan membuat muka serba salah terhadap Feena.

"Susahlah macam ni korang, kalau jiran jiran aku dapat tau mati lah kita". kata lelaki yang memandu kereta Feena tadi.

"Ohhh, dia lah Fais yang disebut sebut oleh mereka tadi, bisik Feena.

"Ini mesti rumah dia". Bisik Feena Lagi.

"Ehhhh, cepatlah kita tak boleh tunggu lagi dekat sini".Kata Man. Mereka berlima termasuk Feena masuk kedalam lif. Man menekan tingkat 9, manakala Feena hanya memerhati. Sampai sahaja ditingkat 9, Feena dibawa keluar dari lif dan lelaki yang memandu kereta Feena tadi membuka pintu Gate rumahnya.

"Ohhh, betullah, dia Fais". Bisik hati Feena lagi.

Masuk kedalam rumah, masing masing menarik nafas lega. Mana kala lelaki yang duduk disebelah Feena, masa didalam kereta tadi menarik lengan Feena dan menyuruh Feena duduk disofa ruang tamu. Feena melihat disekeling rumah itu, rumah yang cantik dan bersih, walaupun tak banyak barang.

"Maafkan aku, kerana memukul kau tadi! Aku tak sengaja". kata lelaki tersebut kepada Feena.Feena mengerutkan dahinya. Tanpa berkata apa apa.

"Jomm masuk dalam bilik" ajak lelaki tersebut?

"Ehhh, tak nak" Kata Feena.

"Nak buat apa?" Tanya feena lagi.

"Hahahahahah", mereka Berempat ketawa. Termasuk lelaki yang duduk disebalah Feena.

"Ehhh! Bukan kami nak buat apa apa pun dekat engkau. Kami nak suruh kau tidurlah. Dah nak subuh dah ni".
kata lelaki yang duduk disebalah Feena tadi.

"Kau jangan takutlahh, kami ni pencolek bukan perogol". Kata Fais.
Sambil duduk disofa berdepan Feena.

"Hurmmm, ayat yang sama sahaja mereka ni pakai".
Bisik hati Feena.

"kami pencolek bukan perogol"
dah traning apa?" kata Feena lagi didalam hati.

"Nak tak nak, kau kena duduk dalam bilik".
kata lelaki yang duduk disebelah Feena itu. Yang tiba tiba membuat muka marah dan menarik lengan Feena dan membawa Feena masuk kedalam bilik dan mengunci Feena dari luar bilik. Feena duduk diatas katil dan mula menangis. perasan takut mula datang kembali.

"Apa yang akan jadi kepada aku?" biski Feena.

"Hurmmmm, kau ni kasar sangatlah Naim". Kata Fais.
Naim hanya tersenyumm.

"Biar dia takut sikit".
Balas Naim, masing masing membuka penutup mulut, bila Feena sudah dimasukan kedalam bilik.

"Huuuuu leganya korang.
lemas aku, pakai penutup mulut ni?" kata Khairul. Sambil mereka berempat ketawa.

"Bila nak settle kes ni Man?" Tanya Naim kepada Man, yang merupakan ketua dalam mereka berempat.

"Hurmmmm aku pun tak taulah Im.
Ini semua arahan Bos, dia cakap tunggu je sampai dia call. Dia suruh lepaskan barulah kita lepaskan.
Tugas kita sekarang, cuma simpan dia sahaja. Hal yang lain bos yang akan uruskan". kata Man lagi.

"Nanti, bila bos dah bayar kerja kita, barulah kita lepaskan awek tu. Bos cakap nak bayar seorang 50ribu. Lepas settel semua. Bolehlah kita berjimba lepas tu. Kerja kita pun senang! Culik dan jaga dengan baik".
Kata Man lagi.

"Tapi dua ,tiga hari ni korang boleh tolong jaga tak? Aku kena balik. Aku nak settlekan urusan aku?" kata Man. Masing masing mengganguk tanda setuju.

"Dahlah aku dah letih, aku masuk tidur dulu". kata Fais dan terus banggun masuk kebiliknya.

"Aku pun samalah Beb". kata Khairul. Terus bangun dan masuk ke biliknya.

"Habis, bilik aku awek tu guna, aku nak tidur mana?" Tanya Naim.

"Abang Naim dengan abang Man kena tidur diruang tamulah nampaknya". kata Fais sambil ketawa. Berkerut dahi Man dan Naim.

"Ehhh, tak apalah Im, kita berkorbanlah sikit untuk duit".
kata Man sambil tersenyum.

"Aku pun esok nak kena gerak..
Aku ada hal dengan keluarga aku".
kata Man lagi.

"Hadaplah kau sorang sorang tidur dekat ruang tamu ni hahhaha". kata Man sambil ketawa.
Kerana keletihan akhirnya mereka tertidur hingga kepagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience