Bab : 30

Action Completed 53513

Skrin tv menyala, entah siaran apa yang ditayangkan ianya sama sekali tidak menarik perhatian Kaden untuk menontonnya malah lelaki itu sibukkan diri membaca sesuatu di atas meja kopi depan sofa tempat dia duduk. Ada buku tebal terbuka luas dan helaian kertas bersepah di situ. Pen berada di celah jari tangan kanannya. Mata itu tekun memandang setiap butiran yang ada di situ.

Tidak lama kemudian, muncul Davina yang baru saja selesai mandi. Dengan rambut dibalut dengan tuala dia jalan dekati sofa sama Kaden duduk.

"Apa awak bacakan sejak tadi?"tanya Davina sambil mencapai remote tv dari meja itu lalu duduk di sebelah Kaden dan tekan punat di remote itu untuk cari channel yang menarik.

"Research...aku dapat kes istimewa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mempunyai masalah jantung dan pada masa yang sama kanser usus. Aku nak cari tahu macam mana bantu dia suoaya dapat bertahan lebih lama lagi sementara waktu.."jawab Kaden tanpa memandang Davina.

Davina mengangguk kepala. Dia masuk kerja dua hari lagi. So tak ada la nak dipeningkan sangat. Memandangkan mereka berdua duduk dekat apartment sama yang mana di aturkan oleh ibubapa Kaden,supaya dapat mudahkan urusan kerana fikirkan mereka berdua akan berkahwin. Tapi nampaknya rancangan itu ke bulan. Tak menjadi sebab pertunangan mereka diputuskan.

"Good luck..."ucap Davina sebelum dia teringat yang dia dah ucapkan tiga kali perkataan tu dalam sehari ni. Kelakar betul!

Setelah itu mereka berdua diam sekejap. Masing-masing tenggelam dengan dunia sendiri. Kaden dengan bacaannya. Davina dengan tontonannya di skrin Tv.

Davina selesakan dirinya disofa itu sambil angkat kedua-dua kaki naik ke atas sofa lalu silakan sebelah kaki, sebelah lagi di tegakkan dan tangannya di siku pada headrest sofa sewaktu kepalanya di topang atas tapak tangan tu.

Beberapa minit selepas itu, Davina bersuara semula. Sambil pandang skrin tv sambil tu dia berkata. "Awak."panggilnya.

"Hm."jeda Kaden dengan pendek sambil selak muka surat buku perubatannya.

"Kita kan dah putus tunang...perlu ke saya keluar dari sini tinggal di tempat lain?"tanya Davina.

"Kenapa kau tanya macam tu?Nak pindah sangat ke?"soal Kaden sebelum sentuh skrin ipad di mana hasil x-ray pesakit dan MRI tertera di situ. Dia tilik imej itu dengan mata dikecilkan.

"Tak adalah...kita kan dah tak ada apa-apa...so maybe awak rasa nak saya pindah ke atau parents awak tak suka ke?Mana tahu"seloroh Davina lagi tanpa sedar mengutil hujung kuku jari kakinya semasa termenung memandang tv. Siaran drama korea 'The Uncanny Counter' sedang dimainkan.

Kaden berdengus sebelum Tarik sengih meleretnya. "Kau merepek apa...kan aku cakap parents aku tak kisah pasal pertunangan ni...dia orang sendiri kata kalau kau perlukan masa untuk berfikir dia orang beri kelonggaran. Sementara tu duduk je la dekat sini...lagipun tempat ni besar, bukannya kita selalu balik rumah..paling-paling habiskan masa dekat hospital tu berhari lamanya.."beritahu dia selepas sedar ada yang dia terlepas pandang dari hasil MRI pesakitnya.

Davina kerling ke tepi muka Kaden lepas dengar. "Baik betul la family awak dekat saya...saya dah hutang banyak pada mereka...baiknya awak carikan menantu untuk mereka supaya mereka dapat timang cucu dengan cepat"balasnya pula.

Barula Kaden berpaling, dia pandang akan Davina dengan kening terangkat. 'oh really' kepada Davina. "Kalau macam tu kau kahwin dengan aku je la...buatkan cucu untuk dia orang kalau kau sendiri yang tak sabar...cakap macam senang. Ingat anak tu hari ni mintak esok dapat?Macam tu?Aku ni sibuk orangnya tak terfikir nak bercinta apa lagi pasal anak...dari kau merepek better kau buatkan aku air ke hidang aku kudap-kudapan ke...kan elok.."

Isy!Menyampah pulak dia bercakap dengan Kaden ni. Dia bagi cadangan je. Bukannya suruh lelaki ni kahwin kemudian dapatkan anak serta merta. "Air apa awak nak?"tanya Davina acuh tak acuh.

"Apa-apa aje la..janji manis.'kata Kaden sekembali focus menyambung kerjanya semula.

Lantas Davina bangun dari sofa itu dan gerak ke arah dapur tanpa berlengah. Sampai di dapur, Davina buka cabinet tempat simpan gelas dan mug. Dia keluarkan satu mug hitam dari situ lalu di letakkan atas kaunter berdekatan dengan mesin air. Sebelum tu dia Tarik laci di sebelah kanan bawah kaunter untuk ambil peket kopi 2 in 1 dari situ.

Dengan cekap jari Davina cubit hujung peket plastic kopi lalu dikoyakkan. Setelah itu dia gerak hendak capai mug tersebut, tapi pada masa dia hendak capai tangannya terlanggar akan mug tersebut tanpa sengaja lantas ianya meluncur ke tebing kaunter sebelum jatuh terhempas ke lantai dengan bunyi yang kuat.

SPRANG!

Bersepai terus mug hitam tersebut di depan kakinya.

Menahan nafas terkejut dengan kejadian itu, Davina pegang dada dengan mata terbutang luas. "Oh my goodness!"sebutnya dengan sneak di dada.

"Kenapa?"muncul Kaden dengan muka cemas. "Asal?Kau tak apa-apa ke?"tanya dia yang lirik akan Davina sebelum pandang ke lantai di depannya ketika itu.

Kepala Davina gerak memandang Kaden. "Tak...saya tak sengaja jatuhkan mug ni tadi.."beritahunya.

Kaden lepaskan nafas lega. "Terkejut aku..ingatkan kau jatuh ke apa tadi"lafaznya sambil jalan dengan berhati-hati mendekati lantai yang penuh dengan serpihan kaca di situ. "It okay...biar aku yang kemas. Kau pergi duduk sana"arahnya sambil tolak Davina ke belakang untuk di jauhkan dari tempat kemalangan. Khuatir sekiranya kaca itu di pijak Davina.

"Sorry..."ucap Davina sambil telan air liur serba salahnya.

"Tak apa...mug je. Boleh beli lain..jangan kau sudah.."beritahu Kaden sebelum gerak capai penyapu dan penyodok dari tepi tong sampah di situ.

Davina berdiri kaku dekat situ memandang Kaden kemas sepahnya. Entah kenapa dia rasa macam ada yang tak kena je yang dah berlaku. Harap-harap semua ni hanya mainan perasaan dia saja sudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience