Aku mengumpulkan seluruh tenaga yang ada sekarang ini dan aku bertekad aku tidak akan menerima sesiapa kecuali Danish Uwais.
“Maaf Akim, saya tak boleh terima awak. Dalam hati saya ini ada seseorang yang amat istimewa bagi saya. Seseorang yang amat saya cintai sejak pertama kali saya melihatnya. Maaf kerana menolak.” Selepas berkata begitu aku bangun dan terus meninggalkan Akim bersendirian yang terkaku. Maaf Akim hatiku berkata.
Bunyi enjin kereta membuatkan Qisya bangun daripada pembaringannya dan keluar daripada biliknya untuk membuka pintu utama. Ini mesti Auni baru balik ni, siap kau Auni. Hatinya berkata. “Assalamualaikum. Qisy..oh …Qiys…” Auni memberikan salam.
Tok Tok Tok !!
“Walaikummussalam, hai Auni, cepatnya kau balik. Aku Ingatkan kau dah tak jumpa jalan balik dah. Kau sesat ya tadi?” Selepas menjawab salam, Qisya terus menyindir Auni dengan tajam.
“Hish !! Kau ni, aku pergi singgah masjid tadi, nak tenangkan hati aku ni.” Balas Auni.
“Kau pergi mana tadi?” Qisya bertanya lagi. “Nanti aku cerita okay, sekarang ni aku nak mandi, lepas mandi aku cerita dekat kau okay. Sabo sikitlah nenek !” Auni berkata sambil mencubit pipi Qisya yang tembam dan terus masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya dan merehatkan minda.
Selesai mandi dan bersolat Isyak, Auni keluar daripada biliknya. Fikirnya Qisya telah lena dibuai mimpi di sofa luar tetapi sangkaannya meleset sama sekali, rupa-rupanya Qisya sedang berada di dapur. Qisya kelihatan seperti sibuk sekali di dapur, Auni terintai-intai Qisya di dapur melalui pintu, tiba-tiba Qisya terkejutkannya.
“Hoii!! Mak kau aku terbalik!!” Apabila terkejut, apalagi Auni pun mengeluarkan latahnya, dan Qisya pula hanya ketawa besar sebesar-besarnya. Sekali Qisya dapat habuan daa ! “Auni apa kau ni, terintai-intai aku dari pintu itu?” Qisya bertanya.
“Kau ni Qisya, kus semangat aku. Tadi aku ingatkan kau sudah tidur tapi rupa-rupanya, hmmmmm masak Maggi Kari rupa-rupanya budak bertuah ni” Auni sudah ketawa besar.
“Kau ni Auni, aku laparlah tu yang aku masak tu, tapi aku masak mee segeranya satu bungkus je, kau nak ke?” Qisya membalas. Dia sedang memasukkan mee segera itu ke dalam mangkuk yang telah tersedia.
“Hmmmmmmmmm….nampak sedapnya, sikit boleh?” Aku mencium bau mee segera perisa kari yang telah tersedia di mangkuk bercorak bunga itu.
”Hoi! Mana boleh, kau nak masaklah sendiri” Qisya segera membawa mee segeranya lari daripada Auni sambil tergelak-gelak.
“Qisya, tunggulah kejap. Aku nak masak juga, kau teman aku di sini ya. Teman aku borak-borak” Aku membalas sambil tanganku pantas membuka kabinet untuk mengambil sebungkus mee segera perisa kari juga.
”Okay, aku teman kau” Qisya masuk ke dapur semula tetapi aku lihat isi di dalam mangkuknya.
“Ya Allah, lajunya kau makan mee segera ni. Kau ni kelaparan ke apa?” Aku membuntangkan mata setelah melihat isi mee segera yang hanya tinggal suku sahaja di dalam mangkuk kepunyaan Qisya.
“Hehe, biasalah aku kan?” Qisya membalas sambil tersengih seperti beruk yang baru pakai gigi palsu.
“Hmm..aku faham kalau kau yang makan, alamatnya memang cepat habis” Aku juga tersengih kepada Qisya tetapi sebenarnya lebih kepada memerli.
“Auni kau kata nak cerita, cepatlah cerita aku nak dengar.” Qisya bertanya sambil tangannya laju mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan sebentar tadi.
“Tunggulah sampai aku habis makan, nanti tak habis makan lagi air mata aku dah meleleh tau.” Aku membalas sambil tangan memasukkan mee segera yang siap dimasak ke dalam mangkuk bercorak daun yang telah tersedia.
“Yelah ! Aku tunggu ni.” Qisya memberikan kata setuju.
Setelah aku selesai makan, Qisya mengajak aku untuk menonton televisyen sambil merehatkan minda.
Share this novel