BAB 1

Romance Series 27442

                  Amelia bantu Jobi betulkan mesin di Makmal Sains. Kainnya tersangkut di bucu meja besi. Jobi lihat Amelia. Amelia terjatuh dari meja itu. Dia berhenti kendalikan mesin Sains itu. Dia perlu bantu Amelia dengan segera.

“Hati-hati Lia. Tempat ni sempit. Jangan banyak gerak sangat. Karang mesin-mesin ni semua jatuh.”.

Arah Jobi. Jobi memakai kaca mata hitam. Lelaki yang paling baik dengan Amelia. Selalu bantu Amelia kalau susah.

“Aku tahu lah Jobi. Aku tak sengaja nak langgar meja tu.”.

Amelia tidak puas hati. Jobi seakan marah dengannya. Jobi teruskan kerjanya kendalikan mesin itu kembali. Dia tahu Amelia memang tidak suka ditegur. Pasti ada saja jawapan diberi. Dianggapnya itu alasan dari Amelia saja.

“Merajuk lah tu.”.

Jobi kelihatan merajuk. Amelia tidak terniat buat muka Jobi seperti itu. Jobi akan buat muka merajuk kalau ditengking sedikit.

“Tak de lah. Aku tak merajuk pun.”.

Jobi cuba bohong. Amelia pula tidak percaya dengan kata Jobi itu. Dia dengan Jobi bukan kenal hari ini. Sudah dua tahun mereka kerja di Makmal itu. Sikap Jobi itu sudah lama diketahui oleh Amelia.

“Nak makan dengan aku tak lepas habis kerja?”.

Ajak Amelia. Dia cuba pujuk hati Jobi kembali. Memang itu saja yang boleh tenangkan Jobi balik. Memang mesra mereka.

Tut..

Professor Guna Datang.

“Hm. Ingat ni taman permainan ke. Sempat nak gurau. Cepat buat kerja tu. Karang aku buang sorang-sorang, apa pun tak dapat.”.

Suara Professor Guna. Dari belakang dia menyapa Jobi dan Amelia. Guna memang tegas dengan pekerjanya. Lagi-lagi dia seorang ketua. Memang dipantau setiap pekerja di sana.

“Maaf Prof.”.

Jobi dan Amelia hentikan sekejap kerja mereka. Hormat seketika Guna datang. Guna ketua di Makmal itu. Semua gaji mereka daripada Guna. Disebabkan itu mereka perlu hormat Guna dengan baik.

“Hm. Aku tak nak tengok macam ni lagi. Sekarang pergi sambung buat kerja tu.”.

Arah Guna kepada Jobi dan Amelia. Amelia pula cepat-cepat memegang mesin yang perlu diperbaiki.

“Alah kau jangan buat-buat kerja tu Amelia. Kau jangan risau lah Lia. Professor Guna tu acah je. Dia tak akan buang kau juga dari sini. Kau tu budak paling pandai kat Makmal ni. Dia tak akan buang kau punya lah.”.

Jobi memuji Amelia. Dia tahu sendiri yang Amelia adalah orang paling pandai di Makmal itu. Sudah berapa kali Amelia lakukan kesalahan. Pernah juga ada kesalahan besar. 4 hari Amelia tidak datang kerja. Sampai sekarang Guna masih tidak buang Amelia di Makmal itu.

“Jangan lah kau cakap macam tu Jobi. Aku macam kau je. Pandai. Aku ni bukannya pandai sangat.”.

Amelia rendah diri. Dia tidak mahu tunjukkan yang dia pandai. Walaupun dia tahu yang dia memang pandai. Dia balas pujian Jobi. Dia tahu yang Jobi hanya merendah diri.

Jobi juga pandai setanding dengannya. Semua urusan di Makmal itu kepakaran Jobi. Mereka memang setaraf. Tiada yang beza.

“Alah Lia. Kau ni lebih-lebih lah pulak.”.

Jobi terasa malu dengan apa yang dikata oleh Amelia. Dia memang tunggu kata itu keluar dari mulut Amelia. Semakin semangat dia bekerja.

“Ok enough to talk. Buat kerja ni balik. Kang datang Professor Guna tu balik, mampus.”.

Amelia hentikan perbualan. Dia tidak mahu Guna nampak sekali lagi mereka asyik berborak. Walaupun Amelia tahu yang Guna tidak akan buang dia kerja di Makmal itu.

“Ok Stop.”.

Jobi juga setuju apa yang dikatakan oleh Amelia. Dia sudah diberi amaran. Hanya sekali lagi peluang dia ada. Jika dia buat kesalahan sekali lagi, dia akan dibuang dari kerja. Dia tidak dapat jumpa dengan Amelia lagi.

“Amelia.".

Nora menyapa. Amelia pula memusing kepala melihat Nora.

“Prof. nak jumpa dengan kau.”.

Sapa Nora dari arah belakang. Terhenti Amelia dari perbaiki mesin yang rosak itu. Dia tidak tahu kenapa dipanggil Guna.

“Mampus.”.

Bercakap sendiri Amelia di hati. Amelia semakin ketakutan. Kaki bergetar diikuti dengan tangan. Guna sangat garang. Dia tidak tahu macam mana mahu berhadapan denegan Guna kali ini.

Nora pula masih tunggu Amelia bergerak dari tempatnya. Jobi pula terasa hairan. Takkan disebabkan mereka berdua berbual tadi. Jobi terlihat risau. Dia tidak mahu Amelia terjadi apa-apa.

“Jobi aku kena gerak dulu. Kau jaga cover kerja aku dulu kat sini. Kejap lagi aku datang.”.

Arah Amelia kepada Jobi untuk gantikan tempatnya buat sementara. Dia mahu jumpa dengan Guna. Entah apa kali ini yang diamahukan oleh Guna. Dia terpaksa pergi dengan cepat. Dimarahi pula dia nanti.

“Cepatlah sikit. Aku ada banyak kerja lagi ni.”.

Marah Nora yang terasa lama pergerakan Amelia. 10 minit dia berdiri menunggu Amelia. Berang sedikit Nora.

Nora juga bekerja di bawah Guna. Nora di bahagaian pejabat. Pakaian yang dipakainya sentiasa seksi. Dia mahu kalahkan kecantikan Amelia.

Bagi Jobi, Amelia tetap cantik. Nora tidak boleh lawan kecantikan yang ada pada Amelia. Wajah Amelia ada kacukan orang Rusia. Amelia juga kurang memakai make-up. Putih muka Amelia. Terpegun kadang-kadang Jobi dengan muka yang dimiliki oleh Amelia itu.

“Er.”.

Amelia tidak mahu layan karenah gedik Nora. Dia teruskan jalannya tanpa lihat Nora. Nora hanya mencari gaduh bila bertemu.

^^^

“Prof. Panggil saya?”.

Sapa Amelia dahulu. Guna pula masih sibuk dengan kerjanya. Guna ada gayanya sendiri. Dia pemarah tapi baik hati. Dia tidak terlalu nampakkan baiknya itu di depan pekerjanya.

“Duduk.”.

Amelia lantas duduk di kerusi itu. Dengan sopan dia duduk di kerusi Guna. Dia tetap mesra dengan Guna walaupun Guna sentiasa akan bercakap kasar dengannya.

“Kau nak tahu tak kenapa aku panggil kau kat sini?”.

Amelia bingung. Dia mula takut dengan mata Guna. Memandang dengan begitu tajam. Hatinya sudah terasa lain.

“Tak tahu Prof.”.

Jawab Amelia dengan sopan. Dia elakkan fikir buruk. Walaupun sedang takut yang dia akan dibuang dari Makmal ini. Tapi dia tidak yakin. Hari ini tiada kesalahan yang dia buat. Hanya berbual dengan Jobi saja. Tanganya diletakkan di lutut. Menahan kakinya yang sedang bergetar tidak henti-henti.

“Aku nak esok kau dandan dengan cantik. Muka kau ni da lawa da aku tengok. Pejabat ni besar. Five Star. Takkan kau nak malukan aku dengan pakaian selekeh kau ni. Kau tengok Nora? Tak boleh ke kau jadi macam dia? Baju bundle entah mana kau beli ni. Esok kalau kau pakai macam ni lagi aku keluarkan kau. Lagipun kau ni memang layak aku keluarkan. Entah berapa kali kau buat kesalahan. Ingat besok kalau kau tak ikut apa yang aku cakap ni. Aku terpaksa keluarkan kau dari sini.”.

Amelia garukan kepala. Dia tidak pernah memakai pakaian Nora. Dia fikir sejenak dengan kemahuan Guna itu. Mana mungkin dia pakai seksi itu. Dianggapnya orang akan ketawakan dia nanti.

“Tapi Prof. Saya da biasa lah dengan pakaian macam ni. Kenapa saya nak pakai baju macam Nora tu. Saya tak selesa lah nanti nak buat kerja.”.

Rayu Amelia. Dia cuba elakkan pakai pakaian yang dimahukan oleh Guna itu. Mana mungkin dia akan baju macam Nora.

“Amelia, Amelia, Amelia. Nasib lah kau ni budak pandai. Kalau tak, da lama aku buang kau. Kau ingat tempat ni senang ke nak dapat. Da berapa orang aku da buang. Hampir 20 orang. Orang macam kau ni patut syukur masih boleh tahan dekat sini. Aku tak kira. Kau kena pakai juga baju tu. Kalau kau masih nak kerja dekat sini. Ini Last Warning aku Faham!”.

Guna tidak peduli dengan rayuan Amelia itu. Dia tetap mahu Amelia pakaian seperti Nora. Dia pusingkan kerusinya menghadap ke Laptopnya semula. Tidak mahu dengar lagi alasan yang keluar dari mulut Amelia.

Amelia pula tundukkan kepala. Dia terpaksa akur dengan kata Guna. Sepatahpun dia tidak melawan. Dia tahu kedudukan Guna itu.

“Baiklah Prof.”.

Guna tersenyum apabila Amelia setuju. Selesa dia buat kerja selepas ini. Di Makmal ini hanya Amelia saja yang pakai baju serupa lelaki. Guna berasa hairan.

“Ok. Itu je aku nak cakap dengan kau. Pergi buat kerja kau balik.”.

Amelia berdiri dari kerusi itu. Dia rasa kebingungan mahu cari di mana baju yang dimahukan oleh Guna itu. Di rumah pula semua baju Jersi dan baju lelaki. Baju seksi pula tidak ada.

“Aku kena minta bantuan dari Jobi ni. Mampus aku kalau tak dapat cari baju yang Prof. nak tu. Prof ni pun satu lah. Ada ke minta pelik-pelik dengan aku. Eish!”.

Sindir sikit Amelia. Di berada di luar bilik Guna. Tanganya menunjukan penumbuk ke arah bilik Guna. Tidak puas hati dengan permintaan Guna. Kakinya ditahan untuk tendang bilik Guna.

“Sabar. Nasib lah kau ni ketua. Kalau tak memang da lama aku tendang pintu ni.”.

Amelia sedar siapa dirinya. Dia hanyalah bekerja dengan Professor Guna. Di Makmal Sains itu berikan dia peluang untuk sambungkan kerjayanya.

Dia mengarah ke tempat Jobi. Terlihat Jobi masih sibuk betulkan beberapa mesin yang rosak. Dia rapatkan jaraknya ke arah Jobi. Mukanya muram, sedih, kecewa. Dia tahan nangis.

“Eh. Lia. Da kenapa dengan kau ni?”.

Tegur Jobi selepas terdengar suara Amelia yang seakan menangis. Dia hentikan kerjanya dari baiki mesin itu. Dia berdiri dengan cepat.

“Jobi kau kena bantu aku ni. Aku minta bantuan kau.”.

Rayu Amelia dengan sedih. Jarak mereka tidaklah berapa jauh. Mereka saling berhadapan.

“Kau nak aku bantu apa?”.

Tanya Jobi selepas dengar kata Amelia ini. Tidak tahan dia lihat muka Amelia yang sedih itu.

“Prof nak aku pakai baju macam Nora tu. Mana aku nak dapat baju macam tu? Kau sendiri tau aku kan. Memang tak pernah pakai baju macam tu. Dia nak sama kan aku dengan perempuan yang ada di Makmal ni. Da gila kali otak Prof tu.”.

Jelas Amelia. Wajahnya terlihat marah. Sungguh berang dengan kemahuan Guna itu. Dia langsung tidak terima.

“Hahahahahaha”.

Ketawa Jobi dengan besar. Dia cuba bayangkan Amelia memakai baju macam Nora. Jobi sendiri tidak boleh terima. Dia tidak boleh membayangkan Amelia memakai baju macam Nora Tidak tahan mulutnya mahu ketawa.

“Apesal kau ketawa ni? Aku tengah serius ni. Jangan lah gelak.”.

Berang dia lihat Jobi ketawa. Jobi sendiri ketawa bila bayangkan pakaian Amelia sama dengan Nora.

“Aku boleh tolong kau. Aku pinjam baju adik aku nanti. Kau jangan risau lah. Aku ada kat sini. Esok aku bawa baju tu untuk kau. Tapi kau kena datang pagi tau.”.

Jobi berhenti gelakkan Amelia. Dia tidak sanggup teruskan ketawa itu ke arah Amelia. Dia cuba faham Amelia.

“Thanks Jobi. Baiklah. Kalau boleh subuh aku datang kalau kau nak.”.

Senyum mereka bersama. Jobi dan Amelia sambung kerja. Mesin itu ditebalikkan kembali. Mereka fokus terus dengan kerja mereka tanpa bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience