Bang chik lagi?
Apa kena orang keliling aku ni? Takde nama lain ke nak sebut? Diorang tak tahu setiap kali diorang sebut bang chik, semakin aku rindu dia.
"Tolonglah. Not abang chik lagi", rayuku sebak.
"Kenapa?", soal Arif mendekati aku. Namun aku mendepangkan tangan agar jauh dariku.
"Takde apa apa. Cuma hari tu ada kecoh sikit bila sebut bangchik, maklong yam".
"Maknanya keluarga sayang pun masih macam dulu", luah Arif bunyi sedikit kecewa.
Aku menangkap beberapa kata dari bibir Arif - pun, macam dulu. Aku menatap wajahnya dengan penuh persoalan.
"Maksud abang?"
"Sayang betul tak kenal abang? Tak kenal bang chik yang hensem ni?". Raut wajahnya tampak sedih.
"Kenal bangchik. Sayang dia sangat sangat. Tapi dah tak ingat muka dia. Langsung tak ingat, bukan buat buat. Nama dia pun baru baru ni je muncul semula. Sebelum ni memang tak ingat langsung".
Arif menghela nafas dan naik ke atas. Aku agak dia kecewa yang aku tak ingat rupa bangchik. Tak lama kemudian, Arif turun bersama satu album gambar lama. Arif mempelawa aku mengikutnya, "Jom duduk kat sofa, tengok ni".
Aku selak kulit album dan kuteliti setiap gambar. Semuanya gambar lama. Warna pun agak pudar tapi aku kenal gambar dan latar gambar. Aksi budak perempuan kecil comot, rambut depan dipotong lurus membonceng basikal yang ditunggang seorang budak lelaki. Aku kenal kedua duanya. Gambar kedua budak perempuan itu mencium pipi budak lelaki tu dengan sebelah tangan memegang aiskrim yang belum dimakan.
"Ni gambar abang chik dengan saya. Mana abang dapat semua ni. Abang curi yer?", tanyaku curiga.
Satu album penuh gambar kami berdua. Aku rindu bang chik. Rindu dia sangat sangat. Kenapa sekarang baru aku teringatkan dia, kemudian rasa rindu itu terlalu besar untuk aku tanggung.
Arif berteleku memandang aku tanpa suara, memberi satu pandangan yang penuh makna.
"Tak mungkin.. tak mungkin", ucapku sambil menggeleng kepala. Aku tetap menafikan walaupun hati aku berdetik mengiyakan dia bangchik kerana hanya bangchik gelarkan aku, Chi-Chi. Arif tersenyum lebar.
"Saya nak call angah", ujarku muktamad. Tak tahan aku nak berteka teki tanpa jawapan.
"Call la. Suruh dia datang sini, kita dinner sesama". Arif bangun berjalan ke dapur dan membuka peti sejuk.
"Abang main main kan saya kan?", ujarku mengekori dia dari belakang. Eh.. sempat pula dia beli barang mentah untuk masak. Penuh peti sejuk tu beza sangat dengan peti sejuk kat rumah aku.
"Mainkan apa? Angah tau la pasal ni", balas Arif malas nak melayan aku. Mungkin dia tak menyangka sesukar ini untuk menyakinkan aku.
"Tipu!". Sungguh ini bukan sesuatu yang aku jangka, angah tau Arif tu bangchik?
"Tipu apanya? Masa kita nikah tu dia dah tau la", kata Arif menutup pintu peti sejuk dan berdiri didepanku.
Aku merenung Arif.
"Bak sini telefon tu". Arif mengambil telefon dari tanganku dan mencari nama angah. Terus ditekan butang call.
"Ngah, Nura tak percaya bangchik tu aku. Balik kerja kau singgah rumah aku jap. Kita dinner sekali". Hati aku makin berdegup kencang bila Arif serius. Kemudian Arif menghela nafas, sebekah tangan bermain di jambang nipisnya.
"Ok ok. Bila?".
Aku memandang Arif meminta penjelasan bila dia menamatkan panggilan.
"Angah suruh kita pergi jumpa maklong Timah", kata Arif memulangkan telefon padaku. Aku letak saja di atas meja kopi.
"Haa.. jom la", balasku terus bangun.
"Sekarang?". Buntang matanya.
"Habis tu? Tahun depan?", balasku sinis. Aku berjalan ke tingkap melihat ke bawah. Keadaan trafik memang teruk.
"Sayang, empat jam tau pergi rumah maklong. Dah la sekarang ni tengah jem, orang balik kerja", pujuk Arif sambil mengeluh.
Aku membelakangi Arif, berdetik di hati macam mana Arif boleh tahu berapa lama ke rumah maklong Timah? Pastilah dia pernah ke sana, itu saja alasan yang aku terfikir. Atau mungkin ke angah dah beritahu siap siap lokasi rumah maklong Yam?
"Ngah, dia buat gila. Nak pergi rumah maklong sekarang juga". Aku berpusing, Arif menggunakan telefon aku rupanya.
Aku dengar suara angah ketawa dengan kuatnya.
"Oh.. kau ada kat area sana? Ada program keusahawanan? Aku bukan apa, nanti sampai sana dah tengah malam. Ingatkan bila bagitahu aku ni siapa, cukup la. Rupanya lain jadi", ujar Arif menjeling padaku dan aku menjeling kembali. Ingat dia sorang je boleh jeling?
*******
Dari jauh, aku nampak maklong Timah duduk di porch rumah bersama angah. Sepantas kilat abang aku sorang ni. Sejak paklong tiada, maklong tinggal sendirian. Anak anaknya tinggal di taman berhampiran.
"Ingat lagi kamu jalan datang rumah maklong ye", sapa maklong Timah sewaktu bersalaman dengan Arif. Aku sekadar memasang telinga dan memerhati.
"Alhamdullillah", balas Arif selepas mencium tangan maklong. Angah dan Arif siap berpelukan, aku nampak keakraban mereka di situ. Kemudian aku pula bersalaman dan kami bersama sama masuk ke dalam rumah.
"Ha.. kat mana kamu jumpa bangchik, kakak? Hari tu maklong tanya kamu kata tak pernah jumpa. Ni siap bawa datang rumah maklong". Aku buntu. Kenapa semua orang kenal bangchik. Kenapa aku tak?
"Kenapa semua orang yakin dia ni bangchik?"
Tiga pasang mata memandang aku, serentak.
"Kakak tak ingat langsung ke?", tanya maklong Timah.
Aku bingung. Ingat apa?
"Apa yang kakak last ingat tentang bangchik?", tanya maklong Timah lagi.
Aku pejamkan mata. Dadaku sesak. Airmata penuh bertakung hinggakan kelopak mata tak mampu menahan lalu ianya keluar melalui hujung mata.
"Kakak tunggu bangchik datang jemput kat rumah tapi tak datang datang. Dah banyak hari kakak tunggu. Bangchik janji nak bawa pergi kedai beli aiskrim tapi bangchik bawa Anor", ujarku sebak. Aku mengimbas kembali kenangan lampau. Betapa sakitnya hati aku bila Anor budak darjah tiga tu, ketawa girang membonceng basikal bangchik.
Angah ketawa besar. Ehh.. sakit pula hati aku. Aku tengah sedih tau.
"Ni la puncanya dia tendang tayar basikal Ayeh, Ngah?", soal maklong Timah dan angah angguk. Maklong Timah menggeleng kepala dan mengusap tanganku.
"Saya tengah kayuh basikal balik dari kedai. Entah dari mana dia datang, tiba tiba sepak tayar. Melelong basikal saya sampai jatuh masuk longkang besar", cerita Arif pula merenung aku tajam dan dalam kemudian ketawa bersama angah.
Hish.. takkan la aku seganas tu. Sedap je diorg ni buat cerita. Aku perhati je muka mereka satu persatu. Seronok sangat la tu ingat cerita lama.
"Kakak ingat tak?" Aku menggeleng dengan soalan maklong Timah.
"Mana nak ingat maklong. Dia telentang atas jalan raya lepas tendang tayar Ayeh. Orang terpa dan tolong Ayeh sebab Anor melolong menjerit. Ayeh dah pengsan masa tu, terhantuk kat tebing longkang. Dah berdarah darah. Kakak ni, angah pikul dia bawa balik. Setengah nyawa hilang".
Eh sedapnya kau ngata aku kan ngah. Tak mungkin la aku buat bangchik macam tu sekali. Auta je lebih ni.
"Kakak tau tak kenapa Ayeh dah tak datang dan jemput kakak kat rumah?", soal maklong Timah.
Aku geleng. Aku tak ingat apa. Manakala Arif tunduk seperti rasa bersalah. Angah menepuk belakang Arif.
"Saya tak buat benda tu maklong. Sumpah. Demi Allah", ucap Arif bergenang air mata.
"Maklong tau. Maklong ada. Cuti sekolah kan masa tu? Semuanya salah sangka. Makndak Biah dah pergi minta maaf kat mak kamu. Tapi dia tak nak terima", balas maklong Timah tenang. Aku bertambah bingung. Apa kena mengena ni?
Arif mengangguk.
"Maklong nak tanya dari dulu lagi tapi tak berkesempatan. Macam mana kamu boleh terfikir nak buat macam tu?". Arif memandang aku. Aku dapat rasakan pandangan itu penuh dengan kasih sayang.
"Maklong ingat tak Tok Mamat ?", tanya Arif.
Maklong mengangguk, "dia selalu datang rumah kamu masa cuti sekolah kan, bawa cucu dia".
"Haah", jawab Arif mengiyakan. Aku cuba mengingati kembali sedikit demi sedikit, semuanya semakin jelas. Kenapa semua ini hilang dari memori? Bukan hilang tapi disorokkan.
"Satu petang, masa tu hujan lebat sangat. Saya dan Nura lalu depan Tok Mamat nak tengok tv. Saya terdengar Tok cakap dengan bonda yang Nura ni harus dipisahkan dari saya kerana dia bawa sial. Lagi cepat, lebih baik", kata Arif terhenti seketika.
Aku bawa sial???? Sialan punya Tok Mamat. Tak padan dengan misai kontot.
"Saya sayang Nura. Saya tak nak jauh dari dia". Arif memandang aku. Aku terkesima... dari kecil kau dah sayang aku? Eh.. aku pun sayang dia sebab dia rajin layan perangai aku. Dia baik, dia lembut.
"Esok tu, saya nekad bawa Nura lari. Saya tak nak berpisah dengan dia". Berkerut dahi aku bila mendengar Arif bercerita.
"Tu yang pergi bangsal tinggal kat hutan hujung kampung tu?", soal angah.
Arif mengangguk. Maklong Timah menggenggam tanganku dan berkata, "Kakak, masa tu satu kampung kecoh kamu berdua hilang. Ada yang kata kamu berdua disorok hantu kopek. Semua orang keluar cari. Mak kamu dah macam orang gila".
"Kami bermalam di situ. Gelap. Saya bawa torchlight je. Takut juga tapi nekad. Nura menangis takut dan lapar. Roti dan keropok yang saya bawa pun dah habis. Saya pujuk dia sampai tertidur. Lepas tu Nura terjaga dan menangis. Bila terdengar azan, saya bawa Nura keluar dari situ. Baru separuh jalan , dah jumpa orang mencari kami". Sesak nafas aku mengenangkannya. Nekad betul Arif masa tu, yang aku pun ikut je ke mana dia pergi.
"Kakak, masa ni mak kamu ada sekali. Nuha tinggal dgn maklang. Masa jumpa tu, kakak menangis dan ada darah mengalir di celah kaki", tambah maklong Timah. Serta merta aku mengepit kedua kakiku.
"Haah maklong. Berdarah sebab saya tarik pacat. Banyak gigit kaki Nura. Senang hinggap sebab Nura pakai skirt masa tu", terang Arif. Dia ingat setiap apa yang terjadi seolah olah ianya masih baru.
"Ni la punca semuanya", keluh maklong.
"Kenapa maklong?", soalku ingin tahu.
"Orang yang jumpa kata kakak dirogol. Kamu menangis kata sakit. Tambah dengan darah tu. Mak kamu percaya masa tu".
Aku terhenyak. Arif rogol? Dia la penyelamat aku selama ni. Dia pelindung.
"Mulai hari tu, kamu berdua tak dibenarkan main bersama. Jumpa pun tak boleh walaupun mak Nura dah minta maaf pasal tuduhan palsu tu pada keluarga Arif", ujar maklong Timah memandang kami berdua silih berganti.
"Tak lama tu, kamu sepak tayar basikal Arif. Bertambah marah la mak Arif. Mengamuk dia sebab Arif kena jahit kat kepala dan pipi sebab cedera masa jatuh". Mak aihh, teruk juga.
"Maklong Yam datang rumah. Masa tu kakak main basikal kat simpang masuk rumah tok. Saya dengan along atas pokok rambutan. Maklong Yam tolak kakak dari basikal. Lepas tu dia pukul kakak dengan penyapu. Saya menjerit jerit panggil mak. Along terjun dari pokok, mencari tok. Kakak dah tak sedar. Pengsan jatuh basikal. Mak berlari mendapatkan kakak. Masa tu Maklong Yam ugut mak, kalau kakak pergi rumah dia cari Arif. Dia akan pastikan tu hari terakhir mak nampak kakak bernafas", cerita angah. Arif meruap mukanya dua tiga kali. Aku yang mendengar jadi sakit dada ni. Sampai macam tu sekali? Patut reaksi maklong Yam tempoh hari begitu padaku.
"Ada penyapu ke dekat situ?", tanyaku pada angah. Ye lah, selalu orang pukul dengan rotan atau kayu. Mestilah maklong Yam yang tengah marah mencapai apa saja untuk memukul aku.
"Tak, dia memang bawa dari rumah", jawab angah yakin.
"Kakak, mengikut kepercayaan penyapu digunakan untuk menghalau sial, hantu, setan", beritahu maklong Timah. Aku ternganga, betul ke aku ni sial.
"Maklong, kenapa kakak sial?", sebak pula hati aku dilabel begitu.
"Sebab kau lahir semasa gerhana. Lepas tu kau ada tanda lahir hitam berbulu kat dahi. Satu lagi kat tengah tulang bahu yang bercantum dengan tengkok". Aku ternganga dengan penjelasan angah. Bukan aku minta pun lahir masa gerhana, Allah yang kurniakan waktu itu untuk aku dilahirkan. Aku meraba kawasan yang angah katakan, aku tak tahu pun ia wujud.
"Tanda tengkok tu la buat aku yakin dia Nura ketika pertama kali kami bertemu. Bentuk unik, tak mungkin ada pada orang lain", ujar Arif tersenyum memandang aku.
Angah menggeleng kepala dan berkata, "kiranya ilmu pawang tu habis takat ni je la maklong".
"Ye la tu. Kan mak kamu kata pawang tu dah mati kan", sahut maklong Timah.
"Pawang apa?", tanya Arif.
"Lepas selesai kekecohan petang tu, mak telefon abah kat bandar. Jadi keputusannya bawa kami berpindah secepat mungkin. Tapi bila Nura sedar dari pengsan, meracau racau menyebut bangchik tak henti lepas tu berlari nak ke rumah kau. Atok buat keputusan kena ubatkan dulu Nura sebelum berpindah", jawab angah. Fuhhh... drama betul kisah aku dan Arif ni.
"Banyak tempat kamu dibawa berubat, eloknya sehari dua. Lepas tu kamu mula teringatkan bangchik, menangis nangis nak main dengan bangchik. Last sekali dengan pawang tu, baru la nampak berkesan - langsung tak ingat bangchik", cerita maklong Timah.
Aku memandang ketiga tiga mereka, kemudian pandanganku pada Arif. Dia turut membalas pandanganku.
"Esok kita balik, kita terus pejabat agama la", kataku padanya. Aku nekad. Walaupun aku sayang sangat bangchik dan aku dah jatuh cinta pada Arif, cerita silam yang berlaku menakutkan aku. Apatah lagi dengan 'kehangatan' penerimaan maklong Yam terhadap aku baru baru ini.
"Buat apa?", tanya Arif terkejut.
"Kita bercerai", kataku tanpa perasaan. Arif tak berkerdip memandangku. Angah terpaku.
"Korang dah kawin?".
Share this novel
kenapa banyak komen sama dari owner sama? mcm spam tapi rasanya masalah novel plus kot
Chapter YAPI paling dupdap dupdap setakat ni sebab banyak persoalan / kekeliruan selama ni akhirnya terjawab dalam bab ni..
Chapter YAPI paling dupdap dupdap setakat ni sebab banyak persoalan / kekeliruan selama ni akhirnya terjawab dalam bab ni..