Bab 41

Romance Completed 53837

Hampir 5 minit Munirah berdiri saja di bawah pokok mempelam di tepi rumah uminya ini. Munirah terus lajak datang ke sini selepas pulang dari tempat kerja. Rasa rindu pula sudah lama tidak berkunjung ke sini. Dapatlah dia melihat perkembangan Mikhail sama sejak menjadi pelajar di tingkatan 5 ini. Membantu segala keperluan yg Mikhail perlukan dari segi pembelajarannya.

Macam mana aku nak ambil buah pelam tinggi melayut tu? Tak sekarang ni apehal aku pakai baju kurung kalau dah tahu datang ke sini nak ambil buah? Galah mana galah.. Cakap Munirah sendiri sejak dari tadi lagi dia geram melihat buah mempelam bulat dan banyak sahaja di dahan tinggi itu. Munirah mula mencari galah di sekitar rumahnya tetapi tidak jumpa. Dia berfikir sejenak lalu tanpa membuang masa lagi Munirah terus melipat lengan bajunya. Dipandang sekeliling dahulu jika tidak ada orang di situ. Tanpa membuang masa lagi dia mula memanjat dahan rendah dahulu. Biarlah apa orang nak kata asalkan dia dapat juga makan buah pelam itu nanti. Sampai saja dahan yg ketiga berada agak tinggi di atas sedikit Munirah kembali memandang ke bawah. Riak wajah gembira tadi terus terus berubah 100%.

Umi!! tolong irah Umi...Jerit Munirah kuatnya kerana mula terasa gayat berada di atas pokok pelam itu. Tangannya masih memaut kemas di dahan sebelahnya. Berulang kali dia melihat ke bawah badannya mula mengigil ketakutan. Rasa menyesal saja membuat kerja bodoh seperti ini. Puan Ruziah yg mendengar jeritan Munirah mula bergegas keluar rumah. Perasaan gelisah dan risau mula bermain di firasatnya.

Ya Allah...apa kamu buat dekat atas tu Munirah? Cepat turun..yg kamu pergi panjat pokok ni dah kenapa? tinggi pokok ni. Cuba turun perlahan-lahan. Kata Puan Ruziah mula rasa risau melihat Munirah berada di atas pokok pelam ini. Puan Ruziah cuba mengapai tangan Munirah tetapi tidak sampai.

Huaaghh..Irah takut Umi!! Nak Turun!! Kain dah koyak ni!! Jerit Munirah lagi cuba menarik kainnya yg sudah terangkat ke aras betisnya. Selalunya Munirah memakai lagging tapi kali ini dia silap memakai kain dalam saja. Dengan penampilannya berbaju kurung moden habis terkoyak kain itu dibuatnya.

Umi nak buat mana Irah?? Dah kamu yg berada di atas sekarang ni..bukannya umi. Cubalah turun perlahan. Abaikan saja kain yg dah terkoyak tu. Pegang dahan sebelah kanan kamu tu..langkah perlahan-lahan. Ujar Puan Ruziah mula gelabah dan cuba untuk menolong Munirah. Pada masa yg sama bibirnya tersenyum riang. Rasa kelakar saja melihat tingkah laku pelik anak perempuannya ini. Agak lama juga Munirah mahu beranjak turun ke bawah sehinggakan Puan Ruziah melabuhkan punggungnya di kerusi dahulu. Penat berdiri lama memerhati sahaja gelagat Munirah. Kebetulan saja kereta mercedes lama masuk ke dalam perkalangan rumah itu. Puan Ruziah terus berdiri dan memerhati ke arah Munirah bersilih ganti dengan kereta En Shukri yg baru saja pulang. Peluh mula memenuhi dahi Puan Ruziah. Takut keadaan akan bertukar lain pula nanti.

Kereta siapa ni? Tanya En Shukri kepada Puan Ruziah apabila melihat ada kereta Myvi putih berada di sini. Pada masa yg sama juga En Shukri mencari jika ada kelibat tetamu yg bertandang ke sini.

Dah pulang abang..Arr ini kereta..Belum sempat Puan Ruziah memberitahu En Shukri kedengaran suara Munirah menjerit lagi.

"Arghhh!! Umi!!! Ada ulat bulu!!! Tolong!! Nanti dia gigit Irah!! "

Munirah cuba menekup mulutnya tadi apabila melihat kelibat En Shukri di situ tetapi selepas perasan ada ulat bulu di pohon yg sama ia pegang tetiba rasa takutnya mula naik ke palang. Habis pokok pelam itu di goncangkannya. Meronta-ronta Munirah meminta tolong.

Irah?? Munirah yg panjat pokok itu? Tanya En shukri kepada Puan Ruziah mahu kepastiannya. En Shukri terus berjalan pergi ke arah pokok pelam itu. Dia memandang lama ke atas pokok pelam. Memang sah Munirah sedang menangis tetapi disengka air matanya apabila En Shukri sudah dapat menangkapnya. En shukri mencekak tangannya di pinggang. Lama saja tatapan itu diberi kepada Munirah. Puan Ruziah sudah tidak duduk senang. Takut suaminya ini akan naik angin nanti.

Haishh..tak habis-habis nak menyusahkan orang. Buah boleh dikait yg pandai-pandai panjat dah kenapa. Nak jadi apa pula lepas ni? Nak jadi monyet? Tunggu situ. Biar abah naik. Beleter En Shukri lalu menangalkan kasutnya dan mula memanjat perlahan. Tergamam Puan Ruziah melihat reaksi suaminya ini. Dia ingatkan En Shukri mahu marah pada mulanya. Ini lain pula jadinya. Senyuman manis terus terukir di bibirnya. Muncung saja mulut Munirah apabila En shukri berkata begitu padanya. Senyuman gembira turut terukir di bibirnya. Dalam diam En shukri masih lagi ambil berat pasal dirinya. Munirah ingatkan En Shukri tidak pernah kisah selama ini tetapi apabila umi selalu bercerita baru ia tahu mereka masih lagi mempedulikan dirinya. Benar kata Kak Iman "Pertalian darah jangan pernah diputuskan walau seberat manapun ujian yg kita lalui". Munirah berjaya juga turun dengan bantuan daripada En Shukri. Mereka berdua terus berlalu masuk ke dalam rumah manakala En shukri masih lagi berdiri di hadapan pohon mempelam itu. Dia mengait seberapa banyak buah pelam untuk Munirah. Sekeras hati En shukri ada lembutnya juga. Masih sanggup buat apa saja asalkan dapat melihat senyuma di bibir Munirah lagi. Itulah yg akan dapat menenangkan jiwanya. Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tak akan putus.

Mika..macam mana dengan ujian? semuanya baik saja? Tanya Munirah sambil melihat semula buku rujukan yg dibelinya untuk Mikhail. Setiap tahun ada saja silibus baru. Disebabkan itulah pelajar terpaksa bawa keluar duit banyak untuk membeli buku rujukan sendiri. Nak harapakan sekolah memang tak lah. Bagi tahu saja buku apa yg kena beli, Selebihnya duit pelajar sendiri.

Ermm..boleh lah..Cuma dekat addmath sikit..i'm gone. Ajarkan Mika nanti boleh? Kata Mikhail sambil melihat saja wajah kakak polosnya itu menyediakan segala keperluan hariannya ini. Munirah selalu memberi wang kepadanya setiap bulan. Selama ini pun Munirah selalu membelanjanya juga. Mikhail rasa bersyukur mempunyai kakak sebaik Munirah. Ada kalannya mereka selalu saja bergaduh dan bertengkar antara satu sama lain. Tetapi perasaan sayang kepada kakaknya ini sampai bila-bila Mikhail akan menjaganya. Mikhail mahu melihat Munirah juga gembira apa yg ia lakukan. Tidak kisahlah dia sudah berumah tangga dan berdikari sekali pun. Asalkan Munirah rasa selesa apa yg sudah ia lakukan sekarang. Itulah yg diharapkan oleh Mikhail sebagai adik lelakinya.

ok..Nanti bila-bila masa datanglah ke rumah Cikgu Azhar. Bukannya kau tak tahukan alamatnya. Aku tak boleh lama kat sini. Laki aku dah nak pulang nanti. Nah semua buku yg kau kirim tu. Make sure study ok? Jangan siakan duit aku ni. Kata Munirah lalu memberikan buku itu kepada Mikhail. Senyuman menampakan gigi taring terus diberikan kepada Mikhail. Ada makna di sebalik senyuman seram itu. Mikhail terus mengangguk tanda faham saja. Kakaknya ini masih tidak ubah seperti dulu saja. Apa yg masalah Mikhail timbulkan Munirahlah orang pertama yg akan membelasahnya. Garang Munirah tidak boleh bebuat main. Mikhail tidak tahulah macam mana Munirah hidup dengan Cikgu Azhar. Keras kepala kakaknya ini sudah dibuang atau belum. Mikhail sendiri pun tidak tahu. Munirah banyak menghabiskan masanya di rumah ini. Ini adalah kali pertama sejak ia diusir Munirah berada lama di sini. Hati Munirah mula rasa tenang apabila dirinya sudah disambut baik oleh ahli keluarganya sendiri. Sesungguhnya perkara yg lepas sudah banyak membuat diri mereka semua menjadi matang dalam menyelesaikan satu masalah. Tiada apa yg lebih gembira bila melihat gelak ketawa ahli keluarganya sendiri lagi.

..................................................................

Azhar..kamu tidak berbincang langsung semua ini dengan Munirah dahulu?? Macam mana kalau Munirah dapat tahu nanti? Ya Allah..kenapa cepat sangat kamu buat keputusan melulu seperti ini Azhar? Abang pun tahulah tentang semua ini? Azfar? Azman? Kamu semua sudah tahukan? Tanya Hajah Fazilah tegasnya apabila dikhabarkan Azhar baru saja mengijab kabulkan Mira sebagai isterinya.

Selama 3 hari ini mereka telah berada di Songkla, Thailand. Azhar berkahwin secara senyap di sana bersama Mira dan juga papanya sebagai wali manakala Azhar membawa walid dan juga Azfar serta Azman. Perkahwinan ini berjalan secara terturup sahaja kerana Azhar tidak mahu menghebohkan perkara ini secara terbuka. Mereka telah mendapat kata sepakat antara satu sama lain untuk mendiamkan diri saja tentang hal ini. Hanya ahli keluarga saja yg tau tentang semua ini. Mereka perlulah menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan Munirah sendiri. Azhar tidak mahu kecewa dan sakitkan hati Munirah. Dia sangat sayangkan Munirah. Azhar tidak mahu kehilangan Munirah kalau ia dapat tahu semua ini nanti. Rahsia ini perlulah di simpan sebaik mungkin.

Bonda..please jangan bincang sekarang..Azhar pun tak naklah semua ini. Kalau bukan tidak disebabkan Si Iqbal tu dah lama Azhar tak tolong tahu tak? Kata Azhar mula rasa kusut fikirannya memikirkan semua ini. Nasib saja Munirah tiada di sini. Tidak tahu jika dia mendengar semua ini pasti Munirah akan minta jatuh talak hari ini juga. Tidak semenanya Azhar akan kehilangan Munirah nanti.

Ehh Azhar..bonda tak ajar kamu agama ke Azhar?? Kamu tahu tak ini sudah menjadi "perkahwinan Muhallil" iaitu dalam masyarakat orang panggil kahwin cinta buta. Jika kamu dan Iqbal merancang semua ini..perkahwinan kamu tak sah Azhar. Niat kamu hanya mahu menyerahkan Mira kembali kepada Iqbal selepas menceraikannya nanti. Semua ini tak sah Azhar malah bertambah dosa saja. Apa yg abang buat ni?? Semua ini salah dari sisi agama. Marah Hajah Fazilah terus mengucap panjang di situ. Dia mengurut dadanya banyak kali. Apa yg sudah terjadi dekat keluarga mereka kali ini. Sampai sanggup bermain agama seperti ini sekali. Wirda cuba menenangkan diri Bonda. Takut Bonda pula akan jatuh sakit nanti. Keadaan mula menjadi tegang dan sepi. Semua orang hanya membisu saja.

Azhar tahu bonda. Azhar tak jahil lagi semua ini. Perkahwinan Muhalil ini sah "Jika isteri atau walinya berniat supaya suami baru menceraikan isteri itu supaya dia dapat kembali kepada suami pertamanya, maka akad nikah itu sah". Mira dan Datuk Rizman sudah setuju semua ini. Mereka sendiri yg sanggup buat semua ini bonda. Azhar tak pinta semua ini. Mira..Mira cuma mahu perkahwinan ini selama sebulan saja. Selepas itu akan jatuh talak terhadapnya. Jadi tolong semuanya.. Rahsiakan semua ini daripada Munirah. Azhar tak mahu Munirah minta cerai pula dari Azhar. Azhar sayangkan Munirah. Separuh jiwa Azhar hanya ada Munirah. Hanya sebulan saja. Azhar boleh bertahan. Ujar Azhar lalu mengusap kasar wajahnya. Rasa beban yg ditanggung ini separuh mati sakitnya. Mereka yg lain hanya mendiamkan diri saja. Masing-masing kasihan melihat Azhar terpaksa berkorban semua ini. Perempuan yg bernama Amira Athirah sangat kejam. Dia hanya akan berkahwin baru dengan lelaki bernama Azhar sahaja. Dalam masa sebulan ini juga dia akan melayan Azhar sepenuh rasa cinta di hatinya.

Terserlah Azhar..bonda yg mendengar semua ini rasa sangat terkilan. Entah apa pula yg Munirah rasakan bila dapat tahu semua ini. Jangan hancurkan hati anak orang Azhar. Cukuplah dengan apa yg Munirah sudah lalui selama ini. Munirah anak yg baik. Kalau kamu sayangkannya kamu tak akan sanggup berkorban seperti ini. Tolong..Satu saja bonda pinta tolong jangan lukakan hati Munirah lagi. Sekali ia terguris kamu akan kehilangannya selamanya. Pesan Bonda lemahnya lalu bangun dan berjalan naik ke dalam biliknya. Perasaan sebak mula menguasai diri Bonda. Apabila ia mengingati semula wajah Munirah yg menangis teresaknya di masjid tempoh hari perasaan yg sama juga bonda rasakan. Bonda terus mengesat air mata yg sudah lama mengalir di pipinya. Bonda rasa kasihan jika Munirah akan dapat tahu semua ini. Apa pula perasaan kedua ibu bapanya nanti.

Ermm...Bolehlah ada buah pelam..boleh buat colek nanti.. Kuih akok yg Umi kirimkan untuk bonda. Ada juga buah tangan. Eemm mesti bonda suka nanti. Abang mesti dah pulang..tapi apasal ada kete Abang azfar dan Azman pula ni?? Semua sudah pulang secara tiba-tiba ke sini ke? Cakap Munirah sendiri apabila terpaksa parking keretannya di luar sahaja. Dia terpaksa berjalan dan membawa buah tangan itu sekali. Setiap langkah yg Munirah ambil rasa tidak sedap hati saja. Dia mula memegang dadanya. Rasa rindu akan diri Azhar mula bermain di benak hatinya. Senyuman riang terus terukir di bibir Munirah. Perasaan gembira akan berjumpa dengan Azhar setelah 3 hari tidak menatap wajahnya. Semakin sayang saja dirinya dekat Azhar. Sedang Kemaruk cinta orang kata.

Azhar..bawa bertenang..Inshallah semuanya akan tamat tidak lama lagi. Walid pasti Azhar boleh mengatasinya. Azhar kena kuatkah diri demi Munirah. Jangan menangis lagi. Nasihat Walid pendeknya dekat Azhar apabila melihat Azhar sudah mengesat kasar sisa air mata yg mula mengalir di wajahnya. Dirinya tidak dapat mengawal emosi lagi. Rasa bersalah saja buat semua ini. Tiba-tiba

Assalamualaikum..Ucap Munirah lalu melangkah kakinya masuk ke dalam rumah. Semua orang di situ terus berdiri dan ada juga mula berlakon main telefon. Semua terkejut dengan keberadaan Munirah di sini. Munirah memandang hairan apabila melihat wajah mereka masing-masing. Seperti nampak hantu sahaja apabila melihat ke arahnya. Pandangan Munirah terus dialihkan ke arah Azhar. Dia terus tersenyum riang apabila Azhar mula memberikan senyuman ke arahnya. Tetapi apa yg membuatnya hairan di situ apabila melihat wajah Azhar yg kelihatan sangat sembab sekali. Seperti dirinya tidak terurus saja. Senyuman Munirah terus mati. Wajah yg lain juga kelihatan lain dan cuba menyembunyikan sesuatu.

"Apa yg telah terjadi? Adakah semua orang sedang sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku sendiri? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience