Bab 7

Romance Completed 13383

Bab 7

Pada suatu malam selesai sahaja kami menunaikan solat maghrib,Lim menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah.

“Liana, abang ada hal nak beritahu.Abang ingat kita pindah rumah,nak tak?”

Aku yang terkejut mendengar permintaannya terus ingin mendapatkan penjelasan darinya.

“Kenapa ni?Abang tak selesa tinggal dengan keluarga abang ke?Nanti apa kata mama dan papa?Liana Cuma ikut abang saja.Apa pun abang cakap sendiri dengan mama dan kalau boleh jangan bagi mama kecil hati pula.”

“Itu Liana jangan bimbang.Abang sendiri akan cakap dengan mama.Abang Cuma perlukan sokongan dari Liana saja. Segalanya abang dah sediakan.Rumah pun abang dah sedia.jangan bimbang ok.”

Aku cuma mengangguk tanda setuju.Aku melihat Lim tersenyum lebar sekali. Mungkin bila tinggal dengan keluarganya,dia tidak boleh keluar dengan kekasih hati.Bila dah tinggal berasingan tentu boleh keluar dan balik lambat.Getus hati Aliana. Tanpa disedari Lim sedang memerhatkan Liana.

“Kenapa ni Liana?Liana tak suka kita tinggal dirumah sendiri?”

Aliana Cuma menggelengkan kepala dan tersenyum pada suaminya walaupun dia tahu senyuman itu hanya pura-pura dan kelihatan tawar sekali. Selesai saja dia memakai tudung,mereka turun kebawah untuk makan malam bersama-sama keluarga yang lain.

“Mama,saya ada perkara yang nak beritahu pada mama dan papa.Saya ingat minggu depan nak berpindah.Lagipun saya sudah beli sebuah rumah tapi tak berapa jauh dari sini.” Lim memandang muka kedua orang tuanya. Mereka kelihatan terkejut sekali dan seperti tidak setuju dengan perkara tersebut.

“Mengapa tiba-tiba saja hendak pindah?Tak selesa tinggal disini ke Liana?” Pn Chuah cuba mendapatkan penjelasan. Dia seperti tidak berpuas hati.Seleranya untuk terus menikmati makan malam terpadam terus.Dia sudah tidak berselera hendak menjamu dan dia terus tinggalkan meja makan lalu ke ruang tamu. Lim dan Aliana memandang sesama sendiri dan tidak menyangka niat untuk berpindah membuatkan mamanya kecil hati. Aliana mengajak Lim untuk memujuk Pn Chuah dan menerangkan kedudukkan sebenar.

“Mama dengar apa yang kami nak kata. Bukan kami tak selesa tinggal kat sini tapi kami teringin nak hidup berdikari tanpa bergantung pada mama dan papa.Setiap hari minggu kami akan datang menjenguk mama dan papa atau kami akan telefon. Mama , tolong benarkan kami berpindah dan berilah restu mama pada kami.” Lim cuba merayu dan menyakinkan Pn Chuah supaya membenarkan mereka berpindah. En.Chuah yang melihat hanya menggelengkan kepala.Dia tidak tahu mengapa isterinya terlalu mengikut perasaan.Selalunya dia lebih suka anak-anak mereka hidup berdikari tanpa bergantung pada keluarga. Melihat Lim yang bersungguh-sungguh timbul perasaan kesian pada hatinya lalu memujuk isterinya supaya bersetuju sahaja.

“Ala….sayang.Biarlah mereka berpindah.Lagipun bukan jauh sangat rumah mereka tu.Kalau mereka tak datang sini,kita pergi melawat mereka. Bihar mereka timba pengalaman bagaimana hidup berkeluarga. Baru mereka ada rasa bertanggungjawab pada keluarga.” Akhirnya Pn Chuah berjaya dipujuk jua. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan anak menantunya tetapi dia terpaksa akur juga dengan permintaan mereka.Lagipun betul juga apa yang dikata oleh suami dan anaknya.Kalau mereka tidak datang melawatnya,dia boleh kerumah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience