17

Romance Completed 132664

Noor memicit kepala yang tidak sakit. Awal pagi tadi lagi harus mendengar Mona membebel tentang anak terunanya. Mahu tak mahu, Mona kini sudah menjadi sebahagian dari keluarganya. Layan sahajalah perangai menantunya yang satu itu.

"Nanti ni nak pergi honeymoon, kalau dia buat hal lagi macam mana umi?" Mona merengek.

Sudah beberapa minggu bulan madu mereka tertangguh disebabkan Hazim yang selalu hendak mengelak. Kali ini, Mona takkan berdiam diri.

"Yelah. Nanti umi pesan dekat Azim. Mona janganlah marah-marah dia. Hazim tu memang keras kepala sikit. Try berlembut, ambik hati dia." saran Noor.

"Dia nak pandang muka Mona pun susah, umi! Tak faham lah kenapa dia macam tu!"

"Assalamualaikum.." terdengar bunyi seseorang memberi salam dari belakang mereka berdua. Ternyata Rashed baru sahaja pulang.

"Waalaikumusalam." serentak si mertua dan menantu menjawab.

"Ada hal apa ni?" Rashed sudah sedia maklum, pasti ada sahaja aduan Mona kepada isterinya. Apa lagi jika bukan berkenaan Hazim?

"Duduklah dulu, bang. Saya ke dapur ambik air." Noor pantas bangun, membiarkan Mona pula bercerita sekaligus mengambil peluang untuk meminta diri.

"Macam biasalah, ayah." Mona menyalami tangan Rashed tanda hormat.

"Apa hal pulak dengan Hazim tu kali ni?"

"Macam tu lah dia, ayah. Asyik dingin je dengan Mona. Susah betul nak ambil hati dia. Benci sangat kut dia dekat Mona ni." adu Mona sekadar meraih simpati. Tahu bapa mertuanya sahaja yang berani menasihati Hazim.

"Rasa macam tak jadi je honeymoon tu nanti. Hazim tu asyik busy je memanjang. Tapi Mona faham. Mesti dia banyak kerja." tambah Mona lagi, makin menyedapkan cerita.

"Eh, kenapa pulak tak jadi. No, you both must go. Fix your relationship, masa honeymoon lah korang berdua nak saling rapat. No excuses, ayah tetap akan suruh Hazim pergi." pantas Rashed bertegas.

Sudahlah dia yang menaja pakej bulan madu mereka berdua. Semuanya demi untuk merapatkan hubungan anak menantunya itu. Baru senang urusan Rashed dengan besannya pula.

"Tapi Hazim tu la. Ayah, tolonglah pujuk dia. Dia mesti akan dengar cakap ayah. Mona ni dah puas berbaik-baik dengan dia."

"Yelah. Nanti ayah cakap dengan dia."

Mona tersenyum senang. Cara yang paling berkesan untuk membuat Hazim tunduk adalah melalui bapa mertuanya. Ternyata suaminya seorang anak yang begitu taat.

.
.

Petang itu Hazim dihubungi segera oleh Rashed. Menyumpah seranah Hazim di dalam perjalanan apabila diberitahu uminya bahawa Rashed ingin berbincang mengenai rancangan honeymoon mereka yang kerap kali tak jadi.

Hazim tahan telinga dari tadi. Emosi dikawal agar tidak bersikap kurang ajar di hadapan bapanya. Walaupun ada ketika suaranya sedikit meninggi kerana tidak setuju.

"Please, Hazim. For the sake of the tender. Your performance bukannya bagus sangat these days. Syarikat tu ayah usahakan susah payah. And you are the only one yang ayah percayakan."

Kerana wang. Hanya kerana wang dia dijerat dan terus diikat. Kalau melawan, tiada sesen pun dari bahagian syarikat yang bakal dimiliki Hazim. Itu janji Tan Sri Rashed kepada anak tirinya.

"How about my feelings then?" Hazim bertanya serius, bersama riak wajah yang kosong. Hidupnya ibarat robot yang diatur Rashed.

"What feelings? Cinta? I've never seen you with any girls. Whats more important is masa depan kamu, Hazim."

"Thats all matter to you? Duit? Why not ayah sendiri je yang kahwin dengan Mona tu?" balas Hazim kasar sambil sengih sinis.

"Don't be rude Hazim! Jaga sikit mulut tu!" Rashed sudah mencerlung kemarahan.

"I'm not a kid anymore! Ayah tak boleh atur hidup Azim macam ni!"

"Kamu takkan berada di mana kamu sekarang kalau bukan sebab ayah! Unless if you want to give me back everything you own now." amaran Rashed membuat Hazim terdiam.

Jika dikira-kira hampir separuh kekayaan dia miliki hasil titik peluhnya menguruskan syarikat Rashed. Cis!

Dek kerana bengang yang berterusan, Hazim angkat kaki dari situ. Mustahil dia menang jika bertekak dengan si bapa. Buang masa.

Malam masih awal, Hazim tidak terasa ingin pulang ke rumah baru. Cuma satu tempat yang hendak dituju kini. Rindu terhadap gadis kesayangan membuak-buak.

.

"Assalamualaikum." Hazim muncul di muka pintu sambil tersengih.

Kedatangannya disambut riang oleh Hana. Lalu bertalu-talu ciuman mendarat di wajah gadis itu. Hana ketawa kegelian.

"You masak apa ni? sedap je bau?" Hazim terbau haruman dari arah dapur yang seakan-akan memanggilnya.

"I goreng mee je. I belum dinner. You nak join? jom.." lengan Hazim ditarik Hana menuju ke dapur.

Kebetulan Hana sudah siap memasak. Hazim disuruh duduk dahulu sementara dia menghidangkan mee goreng ke dalam pinggan.

"Kenapa tak bagitahu nak datang?" Hana bertanya sambil tangannya lincah meletakkan hidangan ke atas meja dan menuang minuman.

"Tak payah bagitahu pun sayang mesti akan tunggu abang kan?" Hazim hanya asyik memandang Hana.

"Ada-ada je lah abang ni." Hana tersipu malu.

"Makanlah. Nasib baik Hana masak lebih tau." Hana mengambil tempat bertentangan dengan Hazim.

"Amboi.. larat ke nak habiskan sorang-sorang banyak ni?" Hazim mencapai sudu. Selesai membaca basmalah, suapan pertama dimulai.

"Tak pun. Ati simpan untuk pagi esok la." ralit Hana melihat Hazim makan, sedangkan pinggannya tak bersentuh.

Gembira melihat si suami ada di depan mata, lapar sudah tak dihiraukan lagi.

"Tak pernah tak sedap sayang masak. Makan lah yang, tenung abang takkan kenyang." seloroh Hazim.

Ketawa Hana dibuatnya. Lantas dia juga memulakan suapan. Hazim dijeling manja. Bergegar jantung lelakinya. Hana memang pandai mengambil hati, semakin jatuh sayang Hazim dibuatnya.

"Abang busy sangat beberapa minggu ni. Penat business trip sana-sini. " Hazim mengadu saat dia enak berbaring di riba Hana sambil mereka menonton televisyen.

Tiga minggu lepas tak lekang dari outstation, membuatkan dia langsung tidak berkesempatan menjenguk Hana. Terutama bila kini dia harus tinggal bersama Mona. Ke mana dia mahu pergi pasti wanita itu bertanya.

"Biasalah tu abang. Lagipun projek dekat Sabah dengan Dato' Zailan tu macam dah makin okey je Ati tengok." jari Hana bermain-main di celah rambut Hazim.

Ikutkan memang dia mahu melekat begini sepanjang masa dengan Hazim, tetapi dia juga faham akan tanggungjawab lelaki itu. Hazim sememangnya seorang pekerja yang berdedikasi. Sama seperti ayahnya.

"But i miss you. Abang tak banyak spend masa dengan you. Sorry.." jari Hana dikucup Hazim.

"Takpe lah. Ati faham. Abang tak payah lah fikir sangat."

"How bout nanti abang bawak Ati jalan-jalan?" Hazim sudah bangkit dari pembaringan dan memeluk bahu Hana.

"Jalan-jalan mana pulak? abang kan busy. Tak payah lah.."

Bukan sahaja kerana kesibukkan Hazim, malah Hana takut jika mereka terserempak dengan orang yang dikenali. Terus nanti dia dicop curang dengan suami orang!

"Alah baby...dah lamakan kita tak spend masa. Please. Kejap je."

"Sekarang kan dah jumpa, dah spend masa. Okay la ni."

"No, we have to go somewhere. Please. Dekat je pun jadilah." Hazim memujuk bagai anak kecil.

"I dah lama tak manja-manja dengan you. I miss you sayang..." suara Hazim sudah bertukar dalam.

Pipi Hana dibawa mendekat. Lalu ciuman ditampal di kiri dan kanannya. Makin lama makin ke bawah. Hana sudah terkial-kial kegelian. Makin galak Hazim mengusik leher jenjang isterinya.

Kedua-duanya bergelak ketawa sebelum diganggu oleh deringan telefon bimbit Hazim. Hana membetulkan kembali duduknya sambil menolak dada Hazim yang rapat.

"Angkat je." Hana menyuruh tatkala riak Hazim berubah melihat nama pemanggil. Hana sudah faham.

"What?" mendatar suara Hazim menyentuh corong telefon, tiada salam tiada sapa.

"Where are you? balik sekarang boleh tak? i nak cakap sikit." suara gadis di sebelah talian menjawab.

Hana menghantar isyarat kepada Hazim yang merenungnya. Keluahan berat terluah juah dari bibirnya. Lantaklah kalau si pemanggil mendengarnya!

.

Sampai sahaja di rumah Hazim terus naik ke bilik tidur. Tubuhnya dibaringkan ke atas katil dengan malas. Sudah kedengaran suara Mona memanggilnya dari luar, Hazim sekadar memejam mata dan menyumpah dalam hati.

"Dari mana ni? Lewat baru balik?" tegur Mona yang sudah berbaju tidur paras lutut.

Melihat Hazim yang terkujur di atas katil sambil mata terpejam, Mona sembunyi senyum. Pintu bilik Hazim ditutup, dan perlahan suaminya didekati.

"Nak cakap, cakap cepat. Aku penat." balas Hazim dengan mata masih terpejam.

"I'm sure you dah tahu apa yang i nak cakap. Mesti ayah dah bagitahu you siang tadi kan." Mona memberanikan diri untuk duduk di sisi katil. Memanjat sedikit mendekati Hazim tanpa lelaki itu sedari.

"Kalau bukan sebab ayah yang paksa aku tak nak pergi pun. Kau tak payah beriya sangat."

Mona mencebik dengan jawapan Hazim. Dalam hatinya masih puas hati kerana akhirnya kali ini Hazim akan mengikutinya ke Jepun untuk bulan madu.

"Alaa you... i tahu you marahkan i lagi. Sorry Hazim.. i cuma nak berdua-duaan dengan you, bercuti sama-sama. Kita tak pernah lagi jalan-jalan together kan?" Mona bertindak berani menyentuh lengan Hazim yang jelas berurat.

Segalanya tentang lelaki itu seksi dimatanya. Sudah lama ingin dia memiliki Hazim sepenuhnya. Harap-harap tekniknya ini menjadi. Malam ini Mona akan pastikan Hazim jatuh dalam godaannya.

"Apa benda kau ni?" Hazim membuka mata saat terasa jemari Mona bermain di lengannya.

Hazim tidak membantah sebaliknya dia hairan dengan sikap lembut Mona yang tiba-tiba.

"I tahu you masih tak ada perasaan apa-apa dekat i. I faham, i tak boleh paksa you untuk suka i. But at least give me chance?"

Mona membawa tangan Hazim dalam genggaman, dan dicium dengan lembut. Hatinya berbunga-bunga apabila Hazim tidak menolaknya seperti selalu. Sedikit sahaja lagi.

Dahi Hazim berkerut seribu. Namun dibiarkan sahaja Mona berbicara lanjut.

"You tahu kan yang i dah lama sukakan you. Sekarang i dah jadi isteri you. I milik you, Hazim. Please layan i sebagai seorang isteri selayaknya..." tangan Hazim tadi dibawa Mona untuk mengusap pipinya.

Renungan mata Hazim semakin membangkitkan perasaan Mona. Perlahan-lahan Mona mendekati Hazim yang masih membatu. Inilah peluangnya. Peluang untuk dia menagih kasih seorang suami.

Hazim pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Dibiarkan sahaja Mona yang telah memanjat ke atas tubuhnya.

Sentuhan demi sentuhan sang isteri akhirnya membuaikan jiwa Hazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience