BAB 3

Drama Completed 1228

Azlina berasa gelisah, dia berulang balik dari bilik Azura dan ruang tamu. Suaminya, Parman , 60 tahun, balik kerja. Parman hairan isterinya mencungap-cungap bergegas ke depan pintu.

"Abang, aku risau lah tengok Azura. Tak tahulah, dia tak mahu cakap, tak mahu makan."

"Teruk ke sakit dia?" soal Parman.

"Teruk, dia pengsan di tempat kerja."

"Pengsan?"

"Pengsan, pengsan. Ini mesti kerja Karim. Saya tanya dia tadi, dia cakap putus, putus. Saya tanya dia putus tunang? Dia mengangguk lalu menangis."

"Engkau tak telefon Karim?"

"Mana lah saya tahu, Azura pun tak kasi saya telefon."


"Kenapa putus?"


"Manalah saya tahu. Anak awak pun membisu kalau saya tanya. Ini mesti kerja Karim  hantar barang kotor."

"Eh awak, kita tak punya bukti. Tak
boleh menuduh."

"Eh, abang, doktor kata dia tak sakit. Kenapa dia mengamuk dan
pengsan? Lepas itu berdiam, macam patung. Ini mesti kena ubat guna-guna."

"Tak baik menuduh."

"Awak tak ingat, dulu arwah Maimunah, jiran saya putus tunang, tunangnya hantar barang kotor hingga dia mati."

"Aku tak fikir lah sampai dia buat Azura begitu."

"Mungkin, dia gunakan sihir supaya Azura lupakan dia."

Tiba-tiba, Azura menjerit. Azlina dan Parman cepat-cepat naik tangga ke bilik Azura. Azura terus menjerit-jerit.


"Azura, Azura, kenapa ni?" teriak Parman.


"Azura, Azura." Azlina memegang bahu Azura.

"Pergi ambil ubat dia," saran Parman.

Azlina mengambil ubat dan segelas air. Parman memegang bahu Azura.

"Astarfirallah, mengucap anak mengucap. Astarfirallah," ucap Parmen.

Azura berhenti menjerit lalu diam.

"Ini ubat dia." Azlina memberi satu lembar panadol.

"Ini panadol," tegas Parman.

"Betul ini ubat makan dia.Tapi dia sudah makan tadi."

Parman membaringkan Azura dan memegang dahi Azura.


"Kalau dah makan, tak boleh makan lagi, bahaya."


"Apa kita nak buat abang?"

"Biar dia rehat dulu."

Mereka keluar dari bilik Azura dan turun ke ruang tamu.

"Kan saya dah kata ini mesti perbuatan Karim. Nanti saya beritahu Azlin," usul Azlina.

"Buat apa?"

"Diakan abang Azura, dia mesti tahu."

"Hai, engkau nak beritahu budak
samseng tu. Nanti dia mengamuk."

"Biarlah. Dia boleh ajar si Karim sikit."

"Aku cakap jangan," tegas Parman.

Azlina berpaling muka dengan muram.

Lewat malam, Azlina masih gelisah, memikirkan tentang Azura. Parman sudah baring hendak tidur.

"Abang, besok saya bawa dia jumpa Tok Ali?"

"Tok Ali?"

"Tok Ali, bomoh. Dia kan sepupu saya."

"Eh, kita tak tahu dia dibuat orang."

"Abang, doktor kan dah kata, dia tak sakit. Abang lihat tadi dia jerit-jerit."

"Apa yang bomoh boleh buat?"

"Mestilah dia tahu siapa punya ankara. Abang nak Azura pengsan , jerit, jerit?"

"Engkau saja lah hantar. Aku nak kerja."

Share this novel

Yupunya
2021-01-02 15:49:07 

a bit turned off bila baca penggunaan ganti nama..kejap aku-kau, kejap saya-awak, kejap panggil abang.


NovelPlus Premium

The best ads free experience